LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 30, 2011

Iqbal Fahreen - Tentang Sebuah Pengorbanan Seorang Ibu Dan Perjuangan Anak Kecil


Saya bukan siapa-siapa pun pada anak kecil ini, tapi saya ada satu naluri yang dianugerahkan sebagai naluri seorang ibu yang meruntun hati saya. Kerana saya juga mempunyai seorang anak. Dan air mata berjujuran membaca cerita tentang coretan seorang ibu terhadap anak nya iaitu adik Iqbal Fahreen






Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.



Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 
 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.


 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.



Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.



"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"



Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.



Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.



Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"



Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.



Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.



Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.



Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.



Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?



Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.



Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

 

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"


 
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"


 
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?


 
Mak jawab, "Balai bomba!"


 
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.


 
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.


 
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"


 
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.


 
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.


 
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.


 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


 
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.


 
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


 
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.


 
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.


 
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


 
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.


 
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak per
lu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."


 
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.


 
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.


 
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.


 
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.


 
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


 
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.


 
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


 
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.


 
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.


 
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"


 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.


 
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.


 
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


 
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."


 
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...



Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

 

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

 
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

 
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.





Besday Boy

Ni gambar besday boy semalam. Ayah dia mms. Besday boy on 29.09.11. 2 years old

Sep 29, 2011

Rayyan Adam 2 Years Old

Mama happy sayang dengan perkembangan sayang. Anak mama now dah masuk 2 years old. Makin hari makin sihat. Makin hari makin pandai. Terus lah belajar apa saja ilmu yang ada ye sayang. Asal kan segalanya di jalan yang benar.



Setakat hari ini apa ye yang sayang dah pandai. Lama dah rasa nya mama tak list kan satu persatu. Hari ni mama nak try ingat balik supaya benda ni satu hari nanti akan jadi kenang-kenangan buat kita berdua.



  • Berat mulut. Masih belum pandai menyebut perkataan yang dia tak familiar. Setakat hari ini dia hanya boleh menyebut ma (mama), ayah, nek (nenek). So daya untuk dia bercakap masih di tahap yang tidak memberansangkan. Pendek kata Rayyan Adam belum pandai cakap. Lambat. Tapi!!!! Kami semua tidak kisah asalkan ada perkembangan lain yang dia boleh buat. Betul tak puan-puan. Masih ada lagi benda lain yang dia ok. So no problem with this.
 
  • Faham memberi dan menerima arahan. Seee?? Walaupun tak pandai cakap, tapi dia faham segala apa yang kita maksud kan. Dan kita juga faham apa yang dia minta. So, tak de masalah kan. Okey nak tahu contoh? Kata lah dia nak makan, dia tarik tangan kita ajak pergi dapur. Then dia akan tunjuk pinggan atau pun peti ais. Dia tahu dalam peti ais ada makanan. Lepas tu kata la dia nak mandi, dia tarik tangan kita ajak pergi toilet. Then dia akan try buka baju dia pada hal tak pandai pun bukak sendiri. Tak susah kan dengan bahasa isyarat ni? So simple with this boy
 
  • Tidur tutup muka dengan Eli. Ok now kalau dia nak tidur dengan nyenyak, nak tak nak terpaksa relakan dia menutup muka dia dengan Eli. Tak lama lepas dia nyenyak, kita angkat la alihkan Eli tersebut. Perangai ni memang sebijik ikut perangai saya. Suami pun naik pelik orang tidur tutup muka dengan bantal.
 
  • Rayyan Adam lambat tidur malam. Palin awal beliau akan tidur pada pukul 12 tengah malam. Alahai anak mama. Nak main je keje nya. Dah gelap pun still nak tendang ball. Baring pun baring la, janji dapat tendang ball tu.
 
  • Rayyan Adam takut dengan mama. Mama garang ke? Hmm terpulang la yek orang nak kata apa. Ada jugak orang cakap dah la jumpa anak sekali sekala, mama nya pulak garang. I don't care about that. Selagi kami suami isteri dan mak saya jugak masih boleh terus kan hidup macam ni its ok for me. Selalu je suami call pukul 1 pagi suruh saya tidur kan Rayyan Adam. Ye lah, ayah suruh tidur dia tak nak tidur. Nenek suruh apatah lagi. So, bila dengar suara mama nya tidur terus. Takut la katakan. Ha tak ke untung tu namanya.

  • Manja dengan mama. La tadi kata garang. Ha itu ler. Orang ingat aku ni garang je manjang. Pada hal budak tu memang manja dengan kita. Kalau hari Isnin or Selasa, mak saya mesti cakap Adam cari mama dalam bilik. Dia round bilik sambil panggil ma...ma... ma... Serius sedih kalau dengar dia cari saya.

  • Tiap-tiap petang wajib round naik motor dengan ayah. Ayah tak sempat nak bukak kasut lagi, dia dah siap-siap amik kasut dia ajak ayah naik motor.

  • Pandai pau ayah dengan mama. Tak kira siapa yang bawa dia pergi kedai, conform ada je habuan yang dia mintak kat kita. Kaki buli eh budak ni. Huhuhuhu.
 
  • Dan masih lagi tidak mesra alam. Rayyan Adam sukar untuk didekati. Geram tau mama perangai anak mama yang satu ni. Bila nak berubah sayang. Pls la. Orang nak kawan dengan sayang. Janngan sombong-sombong ok. Awak  tu dah besar tau.


Ok, dah kot. Nanti-nanti mama ingat lagi, mama tulis lagi apa yang sayang dah pandai buat. Ni mama dah tak ingat. Memori low

Mari Berholiday


Siapa mahu bercuti angkat tangan. Saya saya saya!!! Tengok ni saya dah angkat dua-dua tangan. Best nya kan la hai kalau dapat berholiday dengan kawan-kawan. Eh kawan-kawan? Habis anak? Suami? Mak macam mana? Huhuhuhu. Ala sekali sekala holiday dengan kawan-kawan lama apa salah nya yek. Kalau nak try jom lah kita tengok kat sini

Happy 2nd Birthday Sayang


~29.09.09~ 
Happy 2nd birthday my lovely son Rayyan Adam. Today officially is your 2nd birthday. I love u so much. Ayah love u so much and we all love u till the end of life. Jadi la org yang berguna ye sayang. Buat la kami berbangga menjadi mama dan ayah kamu. Muah muah muah.
 

Sep 28, 2011

Tewah IOI

Semalam ke IOI la kita mencari kedai langsir yang ada. Masih lagi dalam misi pencarian langsir idaman. Huhuhu!!! Tapi yang sempat dilawati ialah Tewah sahaja. Masa betulah mencemburui kita



Menggedik di tiang keselamatan


Menggedik lagi

Seronok tak terkata sempat meng-grab segulung kain langsir berharga 2 hengget segulung. Saya punya yang bertali merah. Tali kuning itu harganya 1 hengget. Percaya? Sila lah percaya. Harga sebenar ialah semeter RM28. So, sudah selamat mendapat langsir dapur. Kau tunggu je la nanti aku jahit cantik-cantik, grand-grand langsir dapur aku

28.09.09 - 2 Tahun Lepas


Pada hari ini 2 tahun lepas saya telah didatangi tanda mahu bersalin. Ye happyyy. Saya dah nak deliver my baby. Tanda bersalin keluar lebih kurang pukul 1 tengah hari. Pukul 3 petang masuk yang tempat cek-cek jantung baby tu, entah apa ke nama nya tempat tu. Waiting room kot namanya.



Masa ni dah berdebar-debar kena seluk kat tempat tuttt... Tatit.



Doktor cek-cek jantung baby, nampaknya jantung baby semakin slow. Alamak aiii. Apa ke hal nya anak aku ni. Rupanya tali pusat dah terbelit kat leher. Then tangannya dengan jaya nya memicit tali pusat nya sendiri. Ayak!!!



So, tunggu pulak doktor pakar sampai. Ikut kan kalau baby ok saya masuk wad dulu. Ye lah. Belum sakit kan.



Then doktor pakar kata, kalau jalan tak bukak sehingga 12 malam kita kasik belah!!! Wohaa!!! Tatot lagi.



Alhamdulilah pukul 11 malam tu saya dah start sakit-sakit pinggang. Dah start nangis-nangis. Dah start asik-asik minta maaf dengan suami. Cium tangan suami. Sobsobsob. Sedih ok time ni. Eh takut pun ada jugak.



Dalam pukul 2 pagi misi panggil suruh salin baju hospital yang color pink tu. Lepas tu dia masukkan ubat berak. Kita kasik keluar taik dulu. Siap semua mari kita start meneran. Huhuhu!!



Oh ye masa nak masuk labor room tu saya dah tak boleh jalan dah. Dah mengengkang dah. So, naik lah kita welca. 



Baring atas katil, start berjuang demi satu nyawa yang amat dinanti-nantikan. Sejuk aircond kemain lagi kuat. Tapi dahi berpeluh-peluh ni. 



Teran punya teran punya teran tak nak keluar pulak budak ni. Dah kepala tersangkut kat celah tutttt. Sudah nya kaki ku digantung seperti ayam lagaknya.



Maka, teran lagi sekali. Pun tak keluar jugak. Tahu-tahu doktor dah kasik gunting itu tuuttttt.. Uwaaaaa!!!



Then dua orang misi menolak perut saya sekuat hati kiri dan kanan. Dalam masa yang sama saya pun menarik nafas panjang-panjang dan meneran sehabis mungkin.



Yes!!! Akhirnya keluar jugak ini budak. Menangis bukan main lagi. Lega....



RAYYAN ADAM BIN BADRULHISAM
29.09.09 @ 3.30 AM
2.9 KG
AT HOSPITAL BESAR MELAKA



Tomorrow is your birthday sayang. Mama and ayah always love u every time, every minutes and every where. Muahmuahmuahmuah!!!! Ganda 23!!!

Baca Buku Boleh Dapat iPad 2



Sila lah percaya wahai teman-teman ku. Dengan hanya membaca buku anda berpeluang memenangi iPad 2. Gila amazing. Bukan kah membaca itu jambatan ilmu. Bukan sahaja anda boleh menambah ilmu, malah anda boleh menambah iPad 2. Seronok bukan? Dan saya rasa, saya juga mahu mengambil peluang  ini. Jadi mari kita sama-sama berganding bahu berebut iPad 2 dengan membaca buku di sini

Sep 27, 2011

Pomen Lagi

Setakat hari ini, perkara menggodek-godek kenderaan sahaja lah yang boleh mengkhayalkan beliau sebagai seorang lelaki. Layan je lah gambar si bujang trang tang tang ni. Mama doakan yang baik-baik saja untuk anak mama ok sayang. Chillll!!!






Muka Perogol


Aku kalau jumpa dia kat mana-mana sure punya aku takut. Serius takut. Geli pun ada jugak. Yek yek yek. Dah la rogol anak sendiri. Lepas tu anak kau dah mengandung, kau nak korek-korek pulak yek dia punya ^&(*$#$ kau nak kasik gugur anak haram tu. Haramjadah betul la cerita ni.



Baru 3 episod, cerita Soffiya ni dah penuh dramatik. Waaa sedap la kau yek lanyak Tiz. Wakakakkaka!!!



Ok ok ok saya emo dengan dia ni. Eh tapi ok lah. Lakonan dia menjadi. Mantap. Saiko. Tatottt!!!


Sep 26, 2011

Gemuk Tapi Putih

Semalam


Suami : Sayang janji tak nak gemuk lepas kawen


Saya : Kalau macam tu sayang stop la amik ubat perancang ni. Ubat perancang ni lah yang buat sayang gemuk tau. Dulu sebelum amik ubat perancang ni sayang kurus tau.


Suami : Eh tapi lepas sayang amik ubat perancang ni, sayang makin putih tau.



Dush!!! Ye ye je laki aku ni. Pasalnya dia dok gelak kalau anak dia tengok gambar lama saya yang hitam manis tu. Ye puan-puan, Rayyan Adam sekarang rajin bukak album lama saya nak tengok mama katanya. Lepas tu suami ejek-ejek cakap mama hitam.



Ok, gadis hitam manis ni jugak la yang abang tergila-gilakan dulu kan. Sampai kan meraung-raung ketika kekasih mu ini mahu meninggalkan mu. Oppssss....



So, moral of the stoy, tak payah beli krim pemutih mahal-mahal ye puan-puan. Mari beramai-ramai mengambil ubat perancang keluarga. 



Oh ye. Saya adalah pengguna depo (cucuk kat bontot 3 bulan sekali sejak dari Oktober 2009 hingga kini dan tidak untuk selamanya)



Entry ni bukan fakta ye, tapi hanya berdasarkan pengalaman je. Tak tahu la betul ke idak. Kang ada pulak yang percaya

Grill Rumah Moden Dan Terkini



Tajuk tak agak-agak ye. Alhamdulilah. 1st step dah setel. Hall grill sudah di tahap memberansangkan. Slow-slow kayuh. Lama-lama nanti siap la kan. Dan yang pasti pilihan yang saya utama kan ialah no ukiran-ukiran. No wrought iron. Cuma color wrought iron je yang saya pilih sebab color putih juga ditolak ketepi. Maklum la. Saya bukan golongan ibu yang rajin mengemas mahu pun mengelap habuk-habuk yang terselit di celah-celah ukiran tersebut. Oh saya memang pemalas. Harap maklum. Wakakakaka

Sep 23, 2011

Langsir Moden Eyelet Style

Jiwa dan raga sekarang adalah telah memfokuskan kepala otak untuk mensurvey lansir. 



Dan ternyata pilihan muktamad yang ada sekarang ialah langsir moden eyelet style. Ya!!! Saya telah tekadkan hati memilih design ini dalam rumah saya nanti.



Siapa nak tahu google sahaja gambarnya di sini. Sangat cantik menarik dan kau memang dabommm!!!



Now, saya dah round satu Melaka semata-mata mahu masuk kedai langsir sahaja. Ye puan-puan. Saya round Melaka dan mencari kedai langsir. Ingat ye. Kedai langsir, bukan tukang jahit langsir. Sebabnya, langsir telah dirancang untuk dijahit sendiri. Huhuhu!!!



Pandai ke kau jahit Asfaliza? Memang lah tak pandai. Tapi kan katanya adik tailor. So, apa guna kita tak gunakan tailor free. Barang-barang sahaja yang kita beli sendiri. Upahnya tunggulah aku belikan KFC.



Tapi misi munsurvey belum berakhir ye puan-puan. Saya masih ada lokasi yang mahu dilawati. Maybe minggu depan mahu melawat tapak di Tangkak pulak sebabnya suami saya yang mempelawa secara sukarela. Haruslah aku sangat seronok. Huhuhu. Eh kenapa tak pergi Nilai 3. Entah. Rasanya saya boleh dapat harga rendah kot di Melaka. 



Ok siapa nak tahu kedai langsir yang saya dah pergi kat Melaka? So siapa-siapa yang mencari kedai langsir di Melaka, list nya ada di bawah ni ye.


  • Kota fesyen ( Ayer Keroh) - Kat sini, siapa-siapa yang ada bajet lebih atau poket tebal boleh la pilih yang mana berkenan di hati. Saya mengatakan tidak di sini. Sebab mahal sikit kot. Tu pada saya lah yang poketnya tipis. Eh ni bukan nak kondem kedai tu tau. Cuma kalau ada yang bajet lebih boleh la pergi sana. Kat sana memang banyak sangat kedai langsir tau. Rambang  mata. Cuma kebanyakan staff macam tak mesra alam dan ada sikit kedekut ilmu. Lalalala....
 
  • Jakel (Semabok) - Best jugak kat sini. Harga berbaloi. Staff pun mesra alam. Dan yang palin penting staff tak kedekut ilmu. Siap dia kata, kalau rod kayu ni akak try survey kat kedai hardeware pulak. Tengok harga dia mana yang murah. Ha kauuuu... Mana ada orang jual suruh pergi survey kedai lain dulu.
 
  • Kamdar - (Bachang) Pun best. Dan yang paling best harga yang saya nak untuk ring buat eyelet kat kepala langsir adalah jauh lebih murah dari harga di kedai lain. Staff pun tak kedekut ilmu bagi tips pemasangan langsir walaupun saya tak membeli apa-apa. 
 
  • Nagoya (sebelah Melaka Central)- Belum sempat lor nak masuk tanya lebih detail pasal harga. Tapi yang pasti semua orang tahu kot Nagoya punya harga pun murah.



So, tunggu je la next next next entry pasal langsir ni ye. Ok daaaaaaa



Sep 22, 2011

Mee Bandung Again

Kalau mahu makan mee bandung, tidak perlu gusar untuk pergi ke bandung ye puan-puan. Datang ke rumah saya pun sudah ibarat berada di bandung. Wakakakaka!!!



Ok la, ni saya nak masuk bakul angkat sendiri ye. Jeng jeng jeng....



Ye lah... Siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri. Hahahaha!!! Sila gelak jahat lagi.



Tak de lah. Hari tu kawan lama sekolah yang dah bertahun-tahun tak jumpa datang beraya ke rumah. Dan of coz la dia buat request nak makan mee bandung. 



Bagi yang tak tahu.. ceh ceh ceh... Saya ni terer tau masak mee bandung. Rencah dia homemade pakai kudrat sendiri ye saya buat. Resepi adalah rahsia. Hehehehhe....



Kau tak payah nak gebang ye Asfaliza. Kalau adik beradik kau baca statement kau terer masak mee bandung mesti dia gelak guling-guling dengar kau auta. Takat mee bandung yang pakai resepi mak ajar tu, budak baru nak baligh pun tutp sebelah mata je masak.


Ok inilah rencah utama mee bandung yang memang family kitorg terer buat. Memang 100% buatan sendiri. Nanti ada masa kalau rajin saya tunjuk resepi utama nya ye



Then tumis-tumis, masukkan rencah mee bandung




Ok, now tunggu nak masukkan mee dan sayur je. Yang ni masuk kendian sementara tunggu tetamu datang sebab takut mee kembang and sayur lodoh. Sayur yang disyorkan ialah sawi. Mantap!!! Paling best kalau guna air rebusan daging atau rebusan ayam





Sebenarnya, masa saya kecik-kecik mak ialah tukang masak restoren. Lama mak kerja. Then ada modal sikit, mak dengan abah bukak gerai makanan dari umur saya 6 tahun sampai lah umur saya 20 tahun. So bertahun-tahun lah masak-memasak ni. Dan of coz menu feveret ialah mee bandung. 



Antara ramai adik beradik saya, saya lah paling bodoh masak. Sila lah tahu. Hahaha!!! Tu saya kata, takat mee bandung ni mesti diorg gelak je kalau saya kata kawan-kawan saya puji sedap. Ceh!!!



Nasib baik pandai lah jugak aku masak. Malu wei kalau anak tukang masak tak pandai masak.

Lucah


Ni gambar semalam ayah dia mms. Agak lucah ok. Hahaha. Tapi saya suka. Tak senonoh la suami ni. Erkkk jangan ada yang stim pulak tengok gambar ni. Wakakaka!!!

Sep 21, 2011

Pomen Walker Pulak




Ok sayang. Mama and ayah tahu, anak mama ni sikit hari lagi nak masuk 2 tahun kan. Mama and ayah tahu sangat-sangat apa yang anak mama ni minat. Tak sah kalau benda yang beroda menjadi hobi. Bukan ke dah ada superbike, kuda. Pastu walker ni anak mama nak pomen jugak. Dah tu kalau jumpa beg troli yang mama lupa simpan pun anak mama cari tayar dia nak pomen jugak kan. Ok la. Mama faham. Anak mama ni boy. Mana main pondok-pondok ke, kawen-kawen ke. Apa barang??? Ye tak. Bagus.... Jangan dah besar jadi mat rempit tau. Ayah pulak doa, dah besar Rayyan Adam beli 2 superbike. 1 untuk Rayyan Adam, 1 untuk ayah. Boleh ride sama-sama. Pandai eh. Nak pakat 2 orang. Habis mama macam mana? Tinggal? Tak aci tau!!!



Mama, Anak Dan Isteri

Hmmm apa yang nak ditulis ni hanya sekadar apa yang saya alami. Yup. Maybe orang lain pun jauh lebih merasa dari apa yang saya rasa. Tapi ni kan sekadar kenangan yang saya ingin kenang-kenang. Huhuhu.



Saya sebenarnya seorang yang penuh dengan komitmen. Eh bukan komitmen yang bekerja bersungguh-sungguh tu. Tapi komitmen sebagai seorang mama, anak dan isteri. Tu belum campur sebagai seorang pekerja.



Ye saya tahu, orang lain pun ada yang jauh lagi banyakk komitmen dari saya. Tapi kan ni saya nak cerita pasal saya.



Sebenarnya cenggini. Last week seminggu saya tak kerja. Wah orang ingat cuti sakan ye. Sedap cuti sampai seminggu. EL la.



Minggu sebelum tu saya balik Johor sebab nak amik mak bawak ke Melaka. Ye lah dah banyak minggu daripada bulan puasa mak duduk kampung. So, dah tiba masa mak tak boleh duduk sorang-sorang lagi.



Masa balik tu memang mak dah demam awal-awal lagi. Masa ni kakak saya duduk kat rumah mak. Ye lah mak kan demam Saya macam pelik tengok bontot mak. 



Then tanya mak, mak pakai pampers ke?



Mak kata haah... Mak tak boleh control demam. Saya macam tak sedap hati. Tapi ok fine. Malas nak layan ketidaksedapan hati saya ni.



Bawak balik Melaka. Hari Isnin nak pergi kerja ni. Mak cakap, mak nak duduk rumah Kak Ana sebab tak larat nak urus diri sendiri.



Terus saya decide tak nak kerja. Sebab apa? Sebab mak kena pakai pampers kat rumah. So, bila dah pakai pampers, u allsss sebagai anak boleh duduk fikir diam-diam. Of coz la tak kan.



Dan satu sebab lagi, saya tak nak Rayyan Adam dijangkiti. Maklum lah puan-puan. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun mudah sangat dijangkiti apa-apa sebab antibody dia belum kuat lagi kan.



Makanya, mak duduk rumah Kak Ana dan Rayyan Adam saya jaga sepenuh masa. Tengah hari saya pergi rumah Kak Ana jenguk mak apa yang patut.



Ok la. Tak merungut pun. Malah, jauh jauh jauh di sudut hati bersyukur atas segala apa yang saya dapat sekarang ni. Saya dapat peluang menjaga mak. Peluang menjadi mama pada Rayyan Adam. Dan semuanya serentak. Saya juga dapat melayan suami. 



Semua orang pun tak merungut sesama sendiri bila jadi macam ni. Mak ok. Suami ok. Saya lagi ok. Dapat jaga mak. Bela mak. Give the best what i can. Kalau boleh nak jauh kan hati saya daripada wujud perasaan merungut. Ini lah peluang yang saya ada untuk tambah amal yang cetek ni. Itu pun kalau diterima. Wallahualam.



Dan hari Sabtu, Rayyan Adam demam panas. Hilang punca kenapa dia demam panas. Badan dia merah-merah macam terbakar. Actly saya tak panik pun.



1st step pergi farmasi beli ubat demam yang masuk bontot tu. Pergi rumah Kak Ana sebab kat rumah saya dia asyik merengek je. Boring kot. Bogel kan and pakai pampers jek. Mandi kan air asam jawa. 



Malam tu reda sikit. Ingat nak bawak jumpa doktor. Tengok dia happy je. Badan pun dah tak panas. Tapi bila time tidur... Meracau, mengigau. Pendek kata semuanya tak kena gaya.



Esok, hari Ahad bawak jumpa doktor. Klinik yang kitorg selalu pergi tutup pulak hari Ahad. Nak tak nak pergi je la klinik 24 jam yang ada. Doktor kata tak de apa-apa. Ye la. Panas dia turun naik turun naik je. Mahu tak risau anak demam panas. Boleh sawan.



Hari Isnin, saya buat keras hati je pergi kerja macam biasa. Anak belum tentu sihat ke tak ni. Jahat tak?



Tapi suami kata, tak pe, abang ada. Abang boleh jaga. Kalau apa-apa abang bagi tahu eh. Hmmmm...Dan di kejauhan sangat-sangat la risau tahap 200%. Tapi nak buat macam mana. Tak pe lah. Harap-harap kesabaran saya ada ganjaran yang besar Tuhan nak bagi. Amin.



Now, Rayyan Adam dah sihat. Mak pun dah sihat. Saya pun menjadi girang. Alhamdulilah