LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 23, 2011

Langsir Moden Eyelet Style

Jiwa dan raga sekarang adalah telah memfokuskan kepala otak untuk mensurvey lansir. 



Dan ternyata pilihan muktamad yang ada sekarang ialah langsir moden eyelet style. Ya!!! Saya telah tekadkan hati memilih design ini dalam rumah saya nanti.



Siapa nak tahu google sahaja gambarnya di sini. Sangat cantik menarik dan kau memang dabommm!!!



Now, saya dah round satu Melaka semata-mata mahu masuk kedai langsir sahaja. Ye puan-puan. Saya round Melaka dan mencari kedai langsir. Ingat ye. Kedai langsir, bukan tukang jahit langsir. Sebabnya, langsir telah dirancang untuk dijahit sendiri. Huhuhu!!!



Pandai ke kau jahit Asfaliza? Memang lah tak pandai. Tapi kan katanya adik tailor. So, apa guna kita tak gunakan tailor free. Barang-barang sahaja yang kita beli sendiri. Upahnya tunggulah aku belikan KFC.



Tapi misi munsurvey belum berakhir ye puan-puan. Saya masih ada lokasi yang mahu dilawati. Maybe minggu depan mahu melawat tapak di Tangkak pulak sebabnya suami saya yang mempelawa secara sukarela. Haruslah aku sangat seronok. Huhuhu. Eh kenapa tak pergi Nilai 3. Entah. Rasanya saya boleh dapat harga rendah kot di Melaka. 



Ok siapa nak tahu kedai langsir yang saya dah pergi kat Melaka? So siapa-siapa yang mencari kedai langsir di Melaka, list nya ada di bawah ni ye.


  • Kota fesyen ( Ayer Keroh) - Kat sini, siapa-siapa yang ada bajet lebih atau poket tebal boleh la pilih yang mana berkenan di hati. Saya mengatakan tidak di sini. Sebab mahal sikit kot. Tu pada saya lah yang poketnya tipis. Eh ni bukan nak kondem kedai tu tau. Cuma kalau ada yang bajet lebih boleh la pergi sana. Kat sana memang banyak sangat kedai langsir tau. Rambang  mata. Cuma kebanyakan staff macam tak mesra alam dan ada sikit kedekut ilmu. Lalalala....
 
  • Jakel (Semabok) - Best jugak kat sini. Harga berbaloi. Staff pun mesra alam. Dan yang palin penting staff tak kedekut ilmu. Siap dia kata, kalau rod kayu ni akak try survey kat kedai hardeware pulak. Tengok harga dia mana yang murah. Ha kauuuu... Mana ada orang jual suruh pergi survey kedai lain dulu.
 
  • Kamdar - (Bachang) Pun best. Dan yang paling best harga yang saya nak untuk ring buat eyelet kat kepala langsir adalah jauh lebih murah dari harga di kedai lain. Staff pun tak kedekut ilmu bagi tips pemasangan langsir walaupun saya tak membeli apa-apa. 
 
  • Nagoya (sebelah Melaka Central)- Belum sempat lor nak masuk tanya lebih detail pasal harga. Tapi yang pasti semua orang tahu kot Nagoya punya harga pun murah.



So, tunggu je la next next next entry pasal langsir ni ye. Ok daaaaaaa



4 comments:

nur anis said...

cepat-cepatupdate ye pasal langsir ni. saya suka tengok langsir. kalau g rumah orang, melilau je mata. huhu

ashra said...

saya suka tengok pelbagai langsir yang moden2 ni.berangan kalu ada umah sendiri sok2,nak jahit sendiri..hehe.tapi belum lagi btul2 blaja menjahitnye...

Unknown said...

nur anis : kalau kita pulak malu nk melilau mata kat rumah org. hehhehehe... takut nk tgk

ashra : haah. kalau rumah sediri, exited tu lain macam sikit la

Anonymous said...

You actually make it seem so easy with your presentation but I find
this matter to be really something that I think I would never understand.
It seems too complicated and extremely broad for me.
I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!

Take a look at my web blog ... Pur Essence Anti Aging