LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label EMOSI. Show all posts
Showing posts with label EMOSI. Show all posts

Apr 8, 2013

Cerewet Pada Barang Yang Murah

Memang ada jenis manusia yang macam ni.


Cerewet pada barang yang murah
Sudah lah nak membeli barang tu dah memang murah dah harganya
Beriya-iya sampai bergaduh nak minta diskaun


Bahagian dia pulak, kalau ada orang berhutang atau meminjam, kelam kabut menagih hak milik dia.
Langsung tak pandai bertolak ansur


Malah bangga menyatakan diri tu sangat pandai menawar harga dengan penjual. Ok fine...


Kalau macam tu, lebih baik awak saja yang menjual 
Saya membeli barang murah yang awak jual
Dengan potongan harga paling minimum


Pendek kata, saya nak  beli barang dengan awak
Dengan harga modal
Awak tak perlu amik kos untung atau kos modal atau kos upah!!!


So, setakat ni je la urusan saya dengan awak
Tiada lagi urusan berkait dengan wang ringgit atau harta benda dengan manusia yang macam ni


Sekian terima kasih 

Apr 5, 2013

No In Good Mood

Saya tak tahula apa yang saya alami sekarang ni pembawakan budak ke apa.

Apa yang penting, saya nak mood ni cepat-cepat berlalu pergi. Saya sendiri bosan menanggung perasaan ini.


Sejak hamil anak kedua, satu benda yang saya suka buat, suka makan, suka tengok seperti tak de apa pun. Kosong.


Saya suka baca novel
Saya suka tengok tv
Saya suka masak
Saya suka buat kek
Saya suka tulis blog
Saya suka macam-macam


Tapi semuanya saya tak berapa suka. Bukan tak suka langsung. Tapi memang tak nak buat semua benda tu.


Saya tak de mood. Selalunya saya akan duduk depan tv dengan perasaan yang jauh melayang. Kosong.


Kalau buka fb, mesti saya akan scroll ke bawah baca status kawan-kawan. Baca iklan kat page. Semuanya sekali lalu je.


Buka blog, asyik refresh je. 


Makan pun tengok la. Kalau rasa lapar sangat, baru la terasa perut ni dihargai.


Pergi shopping... Pun sama. Pergi sekadar keperluan. Dah dapat benda yang dicari, terus balik. Kadang-kadang petang-petang bawak jugak Rayyan Adam beriadah. Tengok dia gembira main basikal kat tepi tasik, terubat jugak mood yang kosong ni. 


Paling tak boleh dikawal, bila tiba-tiba saya akan menangis. Masa ni cuba cari suami and peluk dia kuat-kuat sebab saya sedih tak tentu pasal. Sangat melampau kan perasaan ni.


Ini kalau benda tak bersebab pun dah menangis. Apatah lagi kalau ada benda yang bersebab. Jangan diusik perasaan yang ada ni.


Pernah saya merungut dengan suami sebab tak dapat layanan 1st class macam seorang kenalan saya dapat dari suami dia.  Sebab nya, saat ini kenalan saya ni pun sedang hamil anak kedua.


Dan selepas rungutan tu, suami memang layan saya sebaik mungkin walaupun dia tak mampu memetik bintang di langit untuk memenuhi kehendak saya. Pantang saya cakap panas. Dia cepat-cepat basah kan tuala and lap setiap celah badan saya yang melengas.


:( 



Alhamdulilah suami saya cuba sabar dengan karenah saya. Rasa berdosa merungut itu dan ini 


Mar 5, 2013

Pray For Sabah & Malaysia

Sebagai seorang ibu extra ibu mengandung, saya harap doa saya dimakbulkan Allah. Semoga percerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan aman dan selamatkan lah semua pegawai, orang ramai, orang kampung dll yang berhabisan mempertahankan hak tanah tumpah darah bumi bertuah Malaysia. 
 
Satukan lah rakyat Malaysia. Hentikan la tuduh menuduh, saman menyaman, tulis yang tak sepatutnya. Dengan iringan doa dan Al-Fatihah buat pewira negara yang telah gugur. Semoga keluarga mereka tabah. Air mata saya pun tumpah, apatah lagi mereka....
 
Ye.. Saya hanya manusia biasa yang bisa tersentuh mengenangkan perjuangan wira-wira negara ini....
 
Darah saya memang tiada kaitan dengan darah pahlawan. Darah saya memang tiada kena mengena dengan mereka yang sedang berjuang. Tapi mereka semua sedang berjuang untuk menyelamatkan negara saya yang tercinta.
 
Saya sayang Malaysia...

Jan 18, 2013

Kurang Ajar

Seseorang itu sangat kurang ajar bila tak faham akan maksud KAUNTER EKSPRESS UNTUK 10 ITEM KE BAWAH.


Iols laki bini memang akan berkunjung ke Mydin Mall Ayer Keroh sekurang-kurang nya 2 kali sebulan. Ibarat macam pasar borong kami la. Segala mak nenek barang dapur termasuk ikan ayam sayur mayur semua memborong di sini.


Barang murah mampu beli, segar dan memang kebanyakan penduduk berdekatan pun memborong di sini.


Maknanya disebabkan orang yang terlampau ramai berpusu-pusu di sini, Mydin wujudkan beberapa kaunter ekspress untuK 10 ITEM KE BAWAH.


Perkara kurang ajar terjadi ketika kami beratur di kaunter ini secara sah (sah sebab barang kami memang tidak melebihi 10)

  • Manusia ni, barang nya lebih dari 10 barang. Kadang-kadang ada yang sorang. Kadang-kadang lebih dari sorg tapi secara berkelompok (laki bini). Membayar di kaunter ekspress ini. Asingkan barang-barang yang banyak tadi sehingga cashier mengira 3 kali (3 resit). Ye la sebab nak jadi kan bawah 10 setiap pembayaran.
    • Ekspress dah ke nama nya kalau dah untuk 1 pelanggan mengambil masa seperti kita memborong untuk 1-2 bulan punya stok. 


  • Tang yang ni memang tahap tak reti membaca langsung. Sah-sah barang memang lebih dari 10. Lebih banyak pulak tu. Selamba badak bayar di kaunter ekspress tersebut. Sangat kurang ajar sebab bila dia sedar dia beratur di tempat yang salah, dia sikit pun tak de rasa bersalah kepada mereka yang sedang berderet-deret beratur di belakang ni!!!!
    • Ni lebih kurang sama dengan kes di atas la. Cumanya tahap tak faham bahasa tu boleh la kasi jugak kat cashier yang menerima pembayar tersebut.


Saya sangat suka dan happy bila ada cashier yang tegas halau pelanggan yang tak faham atau pun tak perasan perkataan KAUNTER EKSPRESS UNTUK 10 ITEM KE BAWAH.       

Dec 31, 2012

Kegembiraan 2012 - Alhamdulilah

2012 bakal melabuh kan tirai. Meninggalkan seribu satu kenangan yang terindah dalam hidup saya. Alhamdulilah.


Banyak perkara besar yang terjadi sekitar 2012. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun banyak rintangan yang dihadapi.


  • Of course tanggal 1 Januari 2012 kami sekeluarga telah berpindah masuk ke rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri masih lagi berhutang dengan bank okeyyyy. Alhamdulilah. Tarikh ini juga malam pertama kami bermalam di sini. 
 
  • Tanggal 31 May 2012 pulak tarikh akhir saya bekerja di Seri Kembangan Selangor. Sangat syukur dengan kejadian ini. Setelah hampir 4 tahun mengharungi perkahwinan jarak jauh. Dalam tempoh ini air mata menjadi sebati dalam diri. Menahan rindu terhadap suami. Menahan rasa bersalah terhadap anak sendiri. Akhirnya detik ini muncul. Walaupun secara materialistiknya telah berkurangan. Tapi percaya lah... Rezeki Allah ni luas. Jangan disempitkan dengan rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengeluh.
 
  • Dan penutup tahun 2012 dihidangkan dengan berita gembira yang dinanti. 7 November 2012 ujian air kencing saya menunjukkan tanda positif. Baby pulak sudi muncul di mata kami pada 12.12.12. Segan agaknya. Kami bakal menimang cahaya cinta kedua kami. Alhamdulilah. Doakan saya dan baby sentiasa sihat. 


Kegembiraan yang dikurniakan segalanya datang dari rezeki Allah swt. Semuanya dengan izin. Semoga saya sekeluarga tidak lalai dengan apa yang telah dikurniakan.


Walaupun ada juga detik sedih dalam hidup sepanjang tempoh ini. Tapi mari kita usaha untuk hilangkan segala stress tersebut supaya terhindar dari sebarang penyakit. Huhuhu.


And welcome 2013. Semoga rezeki kita semua melimpah ruah untuk tahun-tahun yang mendatang.... 



Dec 6, 2012

Tawa Dalam Tangisan



Mood untuk berblog sudah ke laut hilang entah ke mana. Tapi dalam hati tetap mahu bercerita itu dan ini. Cuma kekangan mood itu sendiri yang tiada.


Dalam keadaan sekarang, satu mood pun memang tiada. Tak tahu apakah badan ini perlukan. Memerlukan sedikit masa lagi untuk pulihkan keadaan.


Lumrah dunia. Dalam pada kita menyambut satu berita gembira, ianya secara tidak sengaja mengundang air mata orang lain. Bukan kerana tidak gembira. Tapi itulah fitrah manusia.


Seperti saya. Juga tidak lekang bertanya diri sendiri. Menyoal, kenapa aku tak boleh dapat apa yang dia dapat. Sedangkan aku dah berusaha perkara yang sama. Malah usaha aku lebih dari dia. Tapi kenapa tetap dia juga yang dapat dahulu.


Tidakkah perkara ini lebih berunsurkan cemburu. Cemburu akan apa yang dia perolehi. Sedangkan aku? Masih menunggu rezeki Tuhan sambil terus menerus berdoa.


Secara tidak sengaja juga ianya mengundang air mata saya. Adakah saya cemburu. Pastinya saya cemburu akan kegembiraan dia. Begitu juga sebaliknya. Jika saya mendapat satu berita gembira, dia juga akan menangis kerana dia belum lagi perolehi apa yang saya perolehi setakat ini.


Apa pun saya tetap terus redha dengan kurniaan yang Tuhan berikan. Masih berdoa dengan cita-cita yang masih belum tergapai. Entah kan dapat, entah kan tidak. Lambat atau cepat itu semua kerja Tuhan.


Redha itu pengubat segala air mata. Sabar lah wahai insan dengan apa yang telah dimiliki atau pun belum.


Alangkah baiknya jika saya hanya cemburu tentang iman dan redha kepada Allah swt yang lebih dimiliki orang lain. Semoga kita semua dijauhi dengan hasutan syaitan yang tahu berbisik supaya cemburu, dengki khianat dengan kelebihan dunia yang dimiliki orang lain.


In Shaa Allah....  


Jun 22, 2012

Kandungan Gula Dalam Badan Mak Kurang



Kandungan gula dalam darah  mak sekarang ni kurang sangat-sangat. Mak memang letih je sejak dua menjak ni. Saya memang paksa mak makan. Mak makan sebab dia pun tak nak badan dia sakit and susah kan siapa-siapa.


Tapi what to do. Gula dalam badan mak tetap kurang.





Ini gambar semalam. 


Bacaan pertama selepas sarapan pagi ialah 2.9
Bacaan kedua selepas minum milo di klinik 2.8
Bacaan ketiga selepas masuk 1 dos ubat ialah 2.7
Bacaan keempat selepas masuk 5 dos ubat semakin menurun iaitu 1.9
 

Masa bacaan gula mak semakin menurun, nurse macam pelik dan mula riuh rendah. Tapi saya dengan hemah nya menegur supaya tidak bercakap tentang masalah ni depan mak saya. Saya takut mak saya panik. Bila mak panik, takut benda lain pulak yang jadi dalam badan dia. Mujur nurse semua mengerti.


Alhamdulilah nurse di Klinik Kesihatan Kemendor semuanya baik. Semua nya bagi layanan yang baik buat mak saya dan diri saya sendiri. Malah ada yang menawarkan untuk saya rehat dalam bilik lain sebab Rayyan Adam dah mula mengantuk dan meragam. Terima kasih semua atas layanan anda. Termasuk juga doktor yang minta maaf pada saya sebab untuk urus kan mak mengambil masa hampir sehari. Dan doktor minta maaf sebab buat anak saya sampai letih. Semoga Tuhan dapat membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan dengan tugas murni anda semua.


Doktor decide nak masuk air. Sementara masuk air tu saya bagi roti and air soya sebab mak dah mula lapar.


Selepas tu bacaan gula mak mula naik iaitu 6


Now kena cek setiap hari pulak untuk pantau gula mak. 


Pagi tadi dah cek, tetap sama. Hanya 3 sahaja. Hmmmm saya cuba bertenang. Petang ni akan cek sekali lagi. Dan kalau keadaannya sama, maybe saya akan hantar mak ke hospital untuk pantauan yang lebih setiap masa.



Ya Allah Ya Tuhan, hanya pada Mu aku memohon. Semoga urusan aku untuk memberikan yang terbaik buat ibu ku dipermudahkan. Jangan lah Engkau menurun kan setiap semangat aku yang ada. 


Dan semoga orang-orang di sekeliling ku memahami situasi yang sedang berlaku. Semoga mereka semua bertimbang rasa atas setiap perkara. 


Jangan lah Engkau mematahkan semangat ku hanya kerana aku kecewa dengan diri sendiri. Jadikan lah aku anak yang terbaik sementara peluang dan ruang yang telah Engkau ciptakan untuk aku.....


Dan dalam masa yang sama, Engkau jadi kan lah aku isteri, mama dan pekerja yang baik untuk mereka... Sesungguhnya aku lemah tanpa kekuatan dari Mu Ya Allah....


May 31, 2012

31.05.2012- Last Day

Hmmm.. macam mana nak mula ek. Saya sedih ni. Tapi saya kena terus kan jugak hidup demi kepentingan family saya...


Ok hari ni last day saya di Microcorp Technology Sdn. Bhd. Ya ini la tempat pertama selepas saya graduate saya mencari rezeki. Alhamdulilah.


Di sini saya mampu membeli sebuah kereta terpakai. Dan alhamdulilah juga di sini saya juga mampu membeli sebuah rumah baru atas nama saya sendiri. 


4 tahun 6 bulan satu jangka masa yang banyak mengajar saya tentang macam-macam kehidupan. Segala nya di sini. Daripada saya bujang hingga la saya mempunyai seorang anak bujang berusia 3 tahun. 


Saya sedih. Tapi tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini. Saya sangat sayang dengan kawan-kawan di sini. Saya dah rasa macam adik beradik. Susah senang bersama. Memang la masing-masing tak boleh nak selesai kan masalah kita. Tapi atleast saya boleh berkongsi tentang sesuatu rasa.


Nanti bila di tempat baru belum tentu lagi kita boleh bina persahabatan yang macam ni. Belum tentu lagi orang boleh terima saya seadanya seperti di sini.


Hmmm.... esok lusa atau mungkin sekejap lagi saya akan mula merindui saat-saat bersama kamu. Aina, Hany, Kak Dolly, Marlia, Rini, Kak Azie, Nadia, Fatiha, Dayah, Filah, Niza..... Korang!!!!!!!


Pagi mesti kita beli breakfast kat Shaz. Kalau bosan kita pergi Toyibba. Makan tengah hari kalau belum gaji kita tapau je kat Shaz. Kalau hari gaji mesti kita melawat Jusco Equine or Giant. Dua-dua tempat ni kita rotate setiap masa sampai hujung bulan menjelma. Macam tu la hari demi hari dan bulan berganti bulan.


Dan akhir kata sebab kata-kata lain dah tak boleh terucap ni. Serius aku minta maaf kalau ada apa-apa yang buat korang terasa. Mulut aku selalu je kan lepas cakap. Dan kalau ada apa-apa hutang yang aku terlupa sila bagi tahu. Ni yang terlupa je tau. Mana yang aku ingat aku gaji nanti aku bayar. Wakakakka!!!!


Selamat tinggal kawan-kawan....Datang ke Melaka jangan lupa roger hokey!!! Ada rezeki boleh la aku main masak-masak dengan korang lagi.




May 25, 2012

Alhamdulilah

Alhamdulilah...
Alhamdulilah...
Alhamdulilah...

Allahuakhbar!!! Sesungguhnya segala yang berlaku adalah rahsia Tuhan Yang Maha Besar


Setelah sekian lama menunggu, menanti, mencuba, berusaha, berdoa, bertawakal, bagai benar janji Tuhan. Saya telah dapat kerja di Melaka


Akhirnya saya sudah boleh tersenyum lebar.
Akhirnya saya sudah boleh bernafas lega
Akhirnya malam-malam saya dalam dakapan suami
Akhirnya Rayyan Adam membesar di depan mata


Tulisan ini ternyata tidak boleh menggambarkan perasaan sebenar saya. Yup memang saya gembira. Cuma tidak la sampai terlompat kegirangan. Entah. Tak tahu macam mana nak describe.


Bayangkan sejak daripada saya menulis di blog ini, betapa banyak nya saya merintih tentang keadaan saya yang duduk berjauhan dengan suami dan anak.


Betapa saya cemburu dengan insan lain yangsetiap detik kehidupan mereka berada di hadapan yang tersayang.


Sepanjang saya mengadung Rayyan Adam, berapa kali je yang suami saya teman kan. Selain daripada itu saya bersendirian. Memerhati para isteri yang sedang sarat ditemani suami tercinta. Saya cemburu melihat jari jemari mereka bertautan. 


Sedangkan saya???? Ya saya cemburu. 


Saat sakit pening asya pula. Sepanjang 9 bulan Rayyan Adam dalam kandungan, saya memang mengalami muntah-muntah yang tidak berakhir. Hanya kawan-kawan serumah yang ada untuk menemankan saya ke klinik. 


Selepas kelahiran Rayyan Adam pula saya terpaksa berjauhan dengan bayi yang telah menemani saya sepanjang 9 bulan dalam kandungan. Luluh nya hati seorang mama melihat mama orang lain dapat mengulit anak kecik nya setiap hari.


Ini juga saya cemburu. 


Pendek kata, saya selalu membahagikan perasaan rindu saya terhadap suami dan anak. Kalau saya rindu suami pasti saya akan menangis. Dan kalau saya rindu Rayyan Adam saya juga akan menangis. Jadi, siapakah yang saya harus rindu dulu. Saya kalah dengan perasaan rindu.


Saya sangka dengan situasi saya yang terlalu merintih di sini, semua orang akan bersimpati. Tetapi sangkaan saya salah. Rupanya ada juga yang bersangka buruk terhadap tindakan saya yang sanggup bekerja jauh dan meninggalkan keluarga tanpa mereka tahu apakah tanggungjawab yang saya lakukan.


Saya menangis lagi mengenangkan hasad dengki manusia. Dikatanya saya mama yang tidak bertanggungjawab. 


Tapi bila difikir-fikir semula, untuk apa aku menangis dengan ayat-ayat negatif engkau. Bukan lebih baik aku mengahappykan diri aku dan suami serta Rayyan Adam.


Now, engkau nak kata apa lagi bila aku dah duduk sebumbung dengan keluarga kecik aku.



******************


Dan kepada kamu dan kamu dan kamu juga, terima kasih terhadap doa-doa kalian untuk saya sekeluarga. Pastinya doa saya juga menyusul untuk kebahagian kalian. Sesungguhnya kita semua layak untuk memiliki kebahagian tidak kira walau macam mana juga cara nya. Walau pun duduk berjauhan begini, percaya lah yang kami sangat-sangat bahagia.


Tapi bohong la tidak bergaduh. Mahu tak bergaduh. Menangis jangan cakap lah. Tertekan jugak jadi mainan setiap hari. 


Tapi kebanyakan hari, sabar adalah ubat paling mujarab. Percaya akan hikmah yang Tuhan akan jelaskan, pasti anda tidak kecundang.


Harapan nya semoga kasih sayang ini akan terus bersemi hingga akhir hayat kami semua. Aminnn

******************



Abang, Rayyan Adam anak mama.... Sekarang rezeki kita sudah sampai. Sekarang doa kita telah diterima. 4 tahun kita mencuba bersama. 4 tahun kita menanggung bersama. 


Sebelum ni saya selalu memotivasikan diri mengingatkan yang insan lain jauh lebih lama tempoh masa hidup berjauhan dengan pasangan dan keluarga mereka. Malah ada yang mencecah 10 tahun. Semua tu membuatkan saya sedar yang saya tak keseorangan berhadapan dengan situasi ini. Perasaan kami sama.


Insyallah lepas ni akan diteruskan usaha untuk ke arah ahli yang ke 4 pulak. Semoga segalanya dipermudahkan. Janji Tuhan itu pasti. Sabar sahaja pengubat segala duka.  


Sujud syukur ku pada Mu Ya Rabb. Dan yang pasti saya ada satu nazar untuk ditunaikan. Insyallah tungulah rezeki yang bakal dikongsikan sikit atau banyak. Insyallah (saya menulis tentang nazar di sini supaya saya tidak terlupa dengan kelapaan kegembiraan yang Tuhan telah kurniakan buat kami sekeluarga)



ALHAMDULILAH!!!!

Apr 6, 2012

Musibah

Duhai sahabatku sekelian yg dikasihi selalu.

Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidakmahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah,itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah,itu petanda hati kita jauh daripada Allah.Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah.




Lama kelamaan saya mula belajar untuk tidak mengeluh atas ketentuan Tuhan meletakkan takdir saya hidup berjauhan dengan suami dan anak untuk ketika ini.


Cuba belajar untuk tidak mengeluh. Cuma saya hanyalah manusia biasa yang mudah kalah dengan perasaan rindu.


Percaya lah. Apa yang kita dapat. Apa yang kita tidak perolehi. Tuhan telah susun dengan cantiknya untuk hidup kita. Saya memegang setiap janji Tuhan bahawa setiap apa yang telah ditakdirkan, ada hikmah di sebaliknya.

Feb 29, 2012

Sayang Minta Maaf


Waktu saya menulis tentang entry ni saya rasa saya memerlukan feeling yang mendalam tentang kisah yang akan diceritakan. Saya nak share betapa saya kesal dengan apa yang berlaku. Saya kesal dengan tindakan yang tidak sepatut nya seorang isteri lakukan terhadap suami nya.


Lagak tulisan saya seperti saya sudah melakukan kesalahan besar sahaja kan. Tapi entah la....


Semua nya berasal dari syak wasangka saya terhadap suami.


Mulanya saya terlihat ada rekod call out and call in atas nama Insurans Maybank


Dalam hati mula berdetak. Kenapa Insurans Maybank? Mesti la saya tertanya-tanya. Setahu saya kami suami isteri mana pernah ada deal apa-apa insurans dengan maybank.


Lantas saya tanya dengan suami. Kenapa ada rekod kat hp ni pakai nama insurans maybank?


Suami diam. Masa tu suami tengah layan Rayyan Adam tengok Wonderpets kat latop. 


Lama jugak dia berfikir untuk jawab soalan saya tadi. Suami kata tu personal insurans. Abang baru amik.


Pang!!!!! Saya terus rasa tertipu. Saya rasa dibelakangkan. Saya rasa diketepikan. Saya rasa tertipu!!!!


Kenapa mesti saya rasa macam tu??? Sebab pada saya dalam rumah tangga sepatut nya tidak perlu rahsia. Jangan ada rahsia walau sekuman pun. Sebab tu yang paling utama saya rasa diri saya dah ditipu.


Mulalah saat ini syaitan memainkan peranan menghasut anak cucu Adam. Saya mula menaruh syak yang bukan-bukan. Saya rasa mungkin suami takut saya marah bila gaji dia kurang tiap-tiap bulan sebab nak bayar duit insurans tu. 


Atau mungkin kalau saya tahu, saya nak jugak dia belikan satu personal insurans untuk saya. Mungkin saya akan memaksa beli untuk saya.


Saya terus masuk bilik melayan perasaan.....


Dan bila saya mula mengesyak yang bukan-bukan tanpa berfikir panjang saya send satu sms kepada suami walau pun masa tu saya kat dalam bilik je. Dan ayat nya sangat pedas mungkin.


Tak lama, suami masuk bilik. Masa tu saya memang dah sedia apa dia nak cakap. Cuba bersedia kot-kot ada tindakan yang di luar jangkaan....


Suami datang kat saya. Duduk sebelah saya. Masing-masing diam....


Suami cakap, tahu tak kenapa abang beli insurans tu? Saya diam je tanpa apa-apa respon.


Dia sambung lagi kata, abang kalau boleh memang tak nak bagi tahu sayang yang abang beli insurans tu. Abang memang nak rahsia. Kalau sayang tak suka abang boleh terminate je.


Abang ni tak de harta sayang. Abang ingat kalau abang beli insurans tu, nanti kalau abang mati senang. Insurans ni boleh cover sayang dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya ada benda yang boleh jamin hidup sayang dengan anak-anak kat dunia ni. Abang rasa pampasan insurans ni boleh langsai kot hutang rumah kita ni.....


Saya cuba untuk menegakkan benang yang basah. Tapi kenapa nak kena rahsia??? Sayang tak suka ada rahsia antara kita.


Abang memang nak rahsia sayang. Abang tak nak sayang tahu. Senang kalau abang mati baru sayang tahu ada sikit harta dunia yang abang tinggal kan...


Oh abang... Abang tak payah buat suprise macam ni boleh tak. Bila abang buat macam ni, macam-macam yang buat sayang syak kat abang. Agak nya orang lelaki memang macam ni ke. Sayang yang tak terluah.


Bila jadi macam ni memang saya tak senang duduk. Rasa bersalah sentiasa ikut. Buat nya masa saya marah-marah tak tentu pasal tu, suami terus tak de tanpa saya tahu dia dah maaf kan saya ke belum. Nauzubillah.


Dan sebenar nya saya betul-betul menyesal. Kalau teringat mesti saya cakap minta maaf kat dia. Saya takut kalau dia tak maaf kan saya....


Buat abang, sayang betul-betul minta maaf dengan apa yang sayang tulis kat sms tu. Sayang marah sebab abang rahsia benda besar dalam rumah tangga kita. Abang ingat kalau betul lah benda tu jadi suprise kat sayang, sayang boleh tepuk tangan tanda gembira? 


Abang ingat sayang lebih suka duit pampasan insurans yang abang tinggalkan tu berbanding dengan sayang kehilangan abang? Dan abang ingat kalau sayang tahu hal insurans ni sayang nak bunuh abang kasik abang mati cepat supaya senang hidup sayang?????


Walaupun sayang tahu abang dah maaf kan sayang, tapi sayang tetap akan terus minta maaf atas hal yang terjadi. 


Mungkin betul la orang kata, orang lelaki ni susah nak tunjuk kasih sayang nya. Susah dia nak kasik bukti yang dia sayang isteri nya. Maybe dengan cara macam ni boleh tunjuk bukti yang dia sayang kat saya, cuma dia tak tahu macam mana nak luah....


Dan orang perempuan macam saya akan terus menulis di blog ni yang saya sayang suami saya dunia akhirat....Terima kasih abang.




Pengasuh Vavi






Maaf la tajuk sangat lucah. Tapi tu nasib baik bertapis. Layak kot digelar binatang pengasuh spesis ni. Sialan!!!!!



Tampal mulut bayi

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.





Dari semalam lagi saya dok tengok video ni, tup tup pagi ni mak bapak budak yang kena tampal mulut nya dah buat laporan polis. 


Bagus puan-puan buat macam tu. Saya dan seluruh rakyat Malaysia sokong 100%. Puan jangan takut kalau bos taska tu nak amik tindakan apa-apa kat puan.


Eh si bos taska ni bajet gud-gud je apa hal. Dikatanya 2 orang bekas pekerja merangkap pengasuh yang buat taik kat budak-budak ni nak bankrup kan bisnes dia.


Sila boleh belah. Nasi dah jadi bubur!!! Masukkan je pengasuh dengan bos-bos diorg ni dalam jel!!!!


Benda ni adalah perbuatan khianat terhadap bayi aka kanak-kanak aka budak bawah umur.


Dan doa saya semoga anak-anak saya dan anak-anak kawan-kawan semua selamat di tangan pengasuh masing-masing. Bukan kita minta ye nak hantar anak ke taska or rumah pengasuh. Tapi tuntutan hidup sekarang yang memaksa. Kebanyak ibu bapa tiada pilihan selain daripada cuba mencari yang terbaik buat anak-anak.


Oh sejak Rayyan Adam pergi skul saya dah beberapa kali buat spotcek. Setakat ni belum ada kejadian yang di syak wasangka kan. Alhamdulilah. Dan yang paling penting teacher Rayyan Adam akan update apa-apa yang terjadi pada hari tu.


Contoh nya ada sekali Rayyan Adam muntah, petang masa amik, teacher dia bagi tahu. Then ada sekali Rayyan Adam demam panas. Teacher dia terus call bagi tahu Rayyan Adam demam 


I luv u sayang.... Apa pun yang terjadi yang tak baik kat anak mama, mama akan berjuang untuk sayang habis-habisan sayang....