LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts

Dec 19, 2013

Korea

Kan dah kata, ini adalah edisi rajin

Dah la rajin update blog, rajin pulak edit gambar. Rajin tak? Rajin tak???


Ok la, jom kita share story mory yang low class ni. Cerita pasal Korea

Eh bukan kita yang pergi. Mana iols ada pitih nak pergi sendiri. Ini Encik Suami yang pergi atas urusan kerja. Compony support boleh la nak pergi secara free.


So, kejadian berlaku masa betul-betul jatuhnya Hari Raya Haji. Adalah sangat sedih bila mendengar takbir raya hanya bertemankan anak-anak tanpa suami di sisi. Eh tapi weols import jugak mak dari kampung supaya dapat menemankan saya kelam kabut menjaga 2 orang anak.


Layan je la gambar. Nak cerita pun, bukan aku yang pergi. Sebab nak cerita kat sini, sebab apa hadiah yang kita minta semua beliau belikan. So, mestilah berganda-ganda sayang nya pada beliau!!!





Makanan halal adalah mahal nak mam***. Nasib baik semua nya ditaja. So merasa la jadi VVIP sekejap








Bersepah bilik orang jantan duduk


Kedai-kedai jual keronsang. Ni kalau aku yang masuk, mahu blink blink bijik mata





Gelagat peniaga baju sejuk nak tarik perhatian pelanggan. Murah gila. Suami belikan saya selai 15 hengget. Saya memang penggemar baju sejuk. Tak tahu kenapa. Pada hal pakai time tengok wayang jek

Eh nasib baik baju kat dada orang ni tak terbuka butang baju nya macam baju skandal Adi Putra tu kan





Dan ini adalah part yang paling best, bila saya dapat apa yng saya minta!!!

Tapi semua yang dia beli, apa yang saya tulis je. Memang dasar orang lelaki tak reti nak tokok tambah. Kalau aku, mesti tak bawak balik barang sesen pun duit shopping!!!




Yang paling saya suka The Face Shop tu. Minta nya 3 barang. Tapi butik tu banyak bagi free gift. Biar la jarang bersolek pun. Janji dapat barang made in korea.

Then baju perantin anak dara pun sangat cantik. Pandai suami pilih color peach kegemaran hamba....

Part keronsang tu memang la saya senaraikan beli 2. 1 saya, 1 mak. Tapi kau dah tahu murah, kau beli je la lebih. Sudahnya saya bagi je mak dua-dua. Sian pulak mak dapat 1 jek...

Eh nanti engineer dari Korea mahu datang Malaysia pulak, saya dah senaraikan dah barang apa yang saya nak. Mestilah nak kirim The Face Shop lagi. So, Encik Suami, sila la bayar ye....

Feb 21, 2013

Voucher Tesco


Yeba yeba!!! Boleh sopink baju Abang Rayyan Adam. 
Nak sopink barang baby pun tak tahu mana nak start.


Baju bajan baby kalau boleh nak tahu jantina dulu.
Silap-silap tunggu baby keluar baru mama berkain batik keluar sopink baju baby. Huhuhu.


Anyway tq ye ayah sebab bawak balik benda alah ni. 
Terus mama buat keputusan nak buat apa dengan benda alah ni.

Jan 18, 2013

Kurang Ajar

Seseorang itu sangat kurang ajar bila tak faham akan maksud KAUNTER EKSPRESS UNTUK 10 ITEM KE BAWAH.


Iols laki bini memang akan berkunjung ke Mydin Mall Ayer Keroh sekurang-kurang nya 2 kali sebulan. Ibarat macam pasar borong kami la. Segala mak nenek barang dapur termasuk ikan ayam sayur mayur semua memborong di sini.


Barang murah mampu beli, segar dan memang kebanyakan penduduk berdekatan pun memborong di sini.


Maknanya disebabkan orang yang terlampau ramai berpusu-pusu di sini, Mydin wujudkan beberapa kaunter ekspress untuK 10 ITEM KE BAWAH.


Perkara kurang ajar terjadi ketika kami beratur di kaunter ini secara sah (sah sebab barang kami memang tidak melebihi 10)

  • Manusia ni, barang nya lebih dari 10 barang. Kadang-kadang ada yang sorang. Kadang-kadang lebih dari sorg tapi secara berkelompok (laki bini). Membayar di kaunter ekspress ini. Asingkan barang-barang yang banyak tadi sehingga cashier mengira 3 kali (3 resit). Ye la sebab nak jadi kan bawah 10 setiap pembayaran.
    • Ekspress dah ke nama nya kalau dah untuk 1 pelanggan mengambil masa seperti kita memborong untuk 1-2 bulan punya stok. 


  • Tang yang ni memang tahap tak reti membaca langsung. Sah-sah barang memang lebih dari 10. Lebih banyak pulak tu. Selamba badak bayar di kaunter ekspress tersebut. Sangat kurang ajar sebab bila dia sedar dia beratur di tempat yang salah, dia sikit pun tak de rasa bersalah kepada mereka yang sedang berderet-deret beratur di belakang ni!!!!
    • Ni lebih kurang sama dengan kes di atas la. Cumanya tahap tak faham bahasa tu boleh la kasi jugak kat cashier yang menerima pembayar tersebut.


Saya sangat suka dan happy bila ada cashier yang tegas halau pelanggan yang tak faham atau pun tak perasan perkataan KAUNTER EKSPRESS UNTUK 10 ITEM KE BAWAH.       

Jan 8, 2013

Borong Di Jekel



Memandangkan 6 hb, Ahad hari tu hari last Jakel Melaka buat sale besar-besaran akhir tahun, akak saya berhempas pulas pujuk saya join dia borong sakan.


Dan seperti gambar di atas la hasil nya. Kain lycra color turquoise adalah hadiah untuk diri sendiri. Huhuhu. In Shaa Allah kalau tailor sanggup nak buat kan uniform untuk ibu mengandung ni. Kalau rajin saya wasap wasap la kat sini bersama hasilnya.


Yang color purple tu pulak harus lak kain pasang untk dibuat baju Melayu abang Long kita. So, dengan tidak semena-mena tema color kita untuk raya akan datang tiba-tiba ber color purple. 


Kebetulan pulak jumpa kain songket belen-belen macing pulak dengan kain baju Melayu tersebut. Apa lagi. Memang tidak tunggu lama la. Baju Melayu beserta samping Rayyan Adam telah pun setel.


Baju Melayu ayah nya kita fikir kemudian pulak la ye. Sama ada nak beli siap atau pun beli kain lain and tempah jugak. Tengok la nanti. Saya ni jenis tak wajib pakai baju raya 1 family 1 papan pun. Memang dari dulu tak pernah pakai sepapan. Huhuhuu.


Lagi pun yang dalam perut ni pun nak berbaju raya jugak. Alhamdulilah. In Shaa Allah raya akan datang, berempat la kami sekeluarga nanti. Tungguuuuuu....


Orang tak kaya kena lah beli time murah-murah. Kena pandai pilih yang jenis kain mahal yang orang kaya pakai. Baru lah nampak macam kaya. Muhahhahaha. Jangan marah aaaaa!!! 

Oct 30, 2012

Basikal Angry Bird Oren


Namanya pun anak bujang. Harus lah ayah nya yang bercita-cita mahu membujangkan anak nya semampu mungkin.


Dengan segala mak nenek basikal ada dalam rumah ni. Tambah lagi yang ni. Katanya untuk menambahkan skill kayuhan.


Setakat hari ini basikal angry bird oren ni masih berada dalam rumah. Entah bila harus dirasmikan di atas tanah. Beli pun belum cukup 24 jam setakat entry ni ditaip.


Emaknya harus lah malas membantu. Ini semua kerja orang lelaki. Huhuhuu

Oct 22, 2012

Cara-Cara Menebus Scoop Susu Anmum Essential

Saya rasa ini lah masa yang di tunggu-tunggu oleh pembeli tegar Susu Anmum Essential.


Setiap tahun Anmum akan buat acara penebusan untuk mereka yang mengumpul scoop Susu Anmum Essential. 


Penebusan kali ni perlu disertakan sekali dengan bar kod. Sebelum ni saya memang menyimpan bar kod ni walaupun penebusan yang sebelum ni tak perlu pun bar kod. Nampaknya, gerak hati saya betul.


Sebenarnya saya dah pos scoop ni 2 minggu lepas. Tapi baru ni berkesempatan nak share Cara-Cara Menebus Scoop Susu Anmum Essential. Tapi secara bergambar la eh


Apa pun setiap penebusan maximum untuk setiap 1 borang dibolehkan sehingga 5 packs. 


Maknanya 5 scoops purple + bar kod 1.2 kg untuk penebusan 1 kotak 500gm. Maximum 5 kotak. Kalau guna 1 borang boleh pos 25 scoops purple + 5 bar kod 1.2kg/resit pembelian 1.6kg (tin)


Kalau scoop kuning pulak 1 penebusan kena pos 12 scoops + bar kod 500 gm


Dan pos sila guna pos ekspress atau pos laju ye. Kalau agak-agak lambat sampai boleh komplen kat page Anmum




Oct 16, 2012

Misi Mencari Swimming Suit

Misi mencari swimming suit telah pun bermula... Rayyan Adam tidak pernah ada baju mandi. Saya memang ada hati nak beli sebelum ni. Ye lah suami rajin bawak we all mandi manda tak kira la air terjun ke, water theme park ke, tapi dia memang tak pernah ada.



Entah la... Bila nak beli je mesti saya cakap mahal la. Lain kali lah beli. Lagi pun dia kan boy. Budak lelaki ni pakai spender je kalau mandi. Tu dah dikira sopan dah pun. Dada nampak terdedah pun apa ada hal.



Sampai la masanya teacher dia minta swimming suit. Huhuhu. Setiap hari Jumaat taska akan ajak budak-budak main air. Tu dikira kelas renang la. Dah teacher minta. Nak kata apa. Beli je la.


Ingat nak beli yang seluar je. Ayah nya pulak nak tutup dada bagai. Layan kan je. Dia dulu tak dapat nak pakai. Bagi anak melaram jadik la





Mula-mula cari kat Mydin. Banyak baju perempuan. Ada pun cuma seluar jek untuk budak lelaki. Terus lari ke AEON plak. Ada banyak.... So misi mencari adalah harga paling termurah. Huhuhu. Gila kedekut.



So ini la rupa gayanya swimming suit Rayyan Adam. Unisex. 45 hengget. Lelaki ke perempuan ke boleh pakai. Esok kalau ada adik umur macam ni dah tak payah beli lain. Pakai je abang nya punya. Itu pun kalau elok lagi



Aug 6, 2012

Jualan Gudang The Store @ Dewan Tun Ali

Semalam we all menjengah tepi rumah ada jualan gudang oleh The Store. Eh lama dah kan tak pergi The Store. The store kat Melaka kat mana ek. Huhuhu...


Beberapa hari lepas dok tengok banner tepi jalan kat Dewan Tun Ali ni ada jualan murah katanya...


Shopping raya kata. Tapi tak de la mencari beriya-iya sangat sebab untuk si kecik dah setel sikit-sikit sebelum ni. So cari baju bapaknya la pulak. 


Percaya atau tidak we all dok dalam ni tidak melebihi 1 jam pun. Mentang-mentang cari baju laki kau, kejap je kau dok dalam ni eh. Cer kalau baju sendiri. Selai pun makan sejam








So orang Melaka. Meh la jengah sini. Murah-murah. Eh tapi T-Shirt orang lelaki je kot yang banyak pilihan. Untuk wanita dan kanak-kanak lelaki macam tak banyak sangat nak pilih. Kalau untuk baby girl banyakkkk sangat!!! Aku pun tak faham pergi mana-mana pun gaun budak perempuan je yang lebih. Jangan sampai aku dah beranak perempuan, takde pulak gaun cantik cantik macam ni.

Apr 16, 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Kat Melaka sudah buka Kedai Rakyat 1 Malaysia. So menyinggah la kita. Mana yang boleh beli kita beli. Mana yang tak sesuai kita kasik skip. Ikut la atas keperluan masing-masing









So kalau siapa nak pergi tempat nya kat area Kota Fesyen or uptown Mydin Mall

Mar 16, 2012

Tupperware




Saya sudah... Anda bila lagi. Hahaha!!!


Ke saya yang ketinggalan.


Nampak macam mak-mak tak nak kumpul barang tupperware ni. Dulu-dulu kan mak mak kita mesti pergi parti tupperware ni kan. Punya lah susah payah mak mak kita nak mengumpul benda alah ni. Mahal woooo!!!


Eh dulu saya macam tak de la heran mak beli barang tupperware. Tapi tak tahu la sejak ada korga sendiri macam heran pulak aku nak mengumpul barang tupperware ni. Bercinta tau nak membeli. Mahal!!!


Tu sebab rasa macam, baik join je jadik member. Register pun dah boleh dapat free gift. Lepas tu seumur hidup pulak tu. Tak payah renew tetiap tahun. Dan yang paling best boleh beli dengan harga ahli.


Then kalau ada yang nak share mana-mana yang dia offer dapat banyak, maka kitorg kat ofis ni pakat je la reramai.


Dan yang saya tahu dari zaman mak dulu, kalau ada item yang riject like mengelupas ke boleh tukar siot. Tu yang best nya....


Matik la tetiap bulan nak mengumpul.


Eh ada tak yang nak jadik downline saya. Hahahha!!! Promo promo. Tak mahal tau. RM70+dapat barang yang dalam gambar kat atas tu. Ha.... tak rugi kan.


Serius dah terasa diri ni macam mak mak sangat....

Jan 12, 2012

Majlis Perasmian

Bila kita menginginkan sesuatu, maka rajin-rajin lah kita berbisik di telinga sang pencinta. 


Contohnya apabila saya menginginkan sebuah oven bercirikan tak kisah la janji oven, maka start daripada hari keinginan itu saya telah mengucapkan kata-kata pujangga ke telinga suami. Ibarat berzikir lagaknya.


Begini ye puan-puan
  • Abang...sayang nak oven
  • Abang...abang kan suka makan kek. Kalau ada oven kan senang. Sayang boleh buat kek sendiri
  • Abang...raya ni tak best la beli kuih raya beli jek. Abang kan suka makan sarang semut. Tak raya pun sayang boleh buat. Makan hari-hari
  • Abang...nak makan ayam bakar la. Tapi tak ada oven. Kena goreng jek
  • Dan sebagainya ye puan-puan

Maka ayat-ayat tersebut dok berulang ulang ulang ulang di cuping telinganya. Kahkahkah!!!!


Sehingga!!!!!! Poket dia penuh. Jangan tunggu lama. Terus sahaja membawa tuan punya duit ke kedai toke cina. Yeba yeba!!!!




Kan dah kata. Saya ni jenis menepati janji. Anak sulung dari oven ni kenalah sedapkan tekak suami. Suami saya memang hantu sarang semut. Alhamdulilah. Dapat jugak meneydiakan juadah kegemaran suami




Pesanan khidmat masyarakat : Perkara di atas tidak boleh diamalkan selalu ye. Boleh mendatangkan mudarat kepada kedua-dua belah pihak. Apa pun ikut lah kemampuan masing-masing. Yang baik dijadikan teladan. Yang jahat dijadikan sempadan. Pis yo!!!

Dec 28, 2011

25 December 2011


25 hb 12 masa tu tak plan pun pegi mana-mana. Tahun lepas ada gak agenda bermandi-mandian. Even cuti 3 hari tapi kitorg laki bini adalah bz yang amat. Bz mak sakit dan bz ke sana ke mari menyiapkan wiring rumah secara bersungguh-sungguh. Apakan daya. Wiring buat sendiri tak de panggil-panggil kontraktor. Cewah! Sendiri-sendiri jek.


Mak pulak kat rumah Kak Ana and yang lain-lain pun berkumpul kat sana. So, dengan tak sengaja singgah kat Mydin sebab nak beli barang dapur. Dengan selipar jepunnya. Dengan serabai nya. Tetiba tengok kat pentas ada orang tengah bersiap-siap.


Rupanya ada orang bersiap-siap nak buat show. Sekali tu amik kau. Huhuhuu. Diorg tengah celebrate krismas. Tengok la kejap. Tengok je pun. Bukan join celebrate.


Rayyan Adam takut. Tapi bapak nya suka. Mahu tak suka? Yang perempuannya joget nampak spender.


Hmmm tak sesuai kot tarian macam ni buat secara open. Sebab ramai orang Islam maaaa.... Seksi uuuuuu. Itu pada saya lah. Pada orang lain tak tahu la.


Tapi tarian tu bukanlah tarian yang lu**h. Memang menghiburkan kanak-kanak. Tapi pakaian kot yang tak sesuai.


Ni tarian pertama. Ok lagi la pakaiannya




Diorg siap turun jumpa kanak-kanak. Tapi tu la. Rayyan Adam takut. Bagus nak oi kau takut. Jangan esok kau dah besar kau suka pulak macam bapak kau



Ha ni la yang saya cakap pakaian yang menjolok mata tu. Hish. Masa tonggek-tongek tu nampak kau punya spender.



Masa tarian yang nampak spender ni kitorg terus blah. Terus kepada tujuan asal nak beli bawang and barang dapur yang lain.

Oct 28, 2011

Baju Reben-Reben

Cantik tak baju ni puan-puan? Hahahaha. Bergelak sakan dengan opismate tadi kat JJ. Rupa dah macam badut sarkas je


Reben diletaknya kat baju ni. Banyak pulak tu. Mak datuk. Budak darjah 1 pun tak hingin nak pakai kot



Dah la tak cantik. Harga membunuh u allss. Dah dekat 60 hengget!!!




Ni namanya terlebih kreatif.


Eh tapi kalau ada yang memang betul-betul minat design macam ni, saya minta maaf la yek dengan entry  ni.