LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Sep 17, 2013

Cerita Hari Raya

Salam Zulkaedah 1434H semua.


Ye... Ramadhan dan Syawal telah pun berlalu pergi. Tapi saya baru terkedek-kedek mempamerkan cerita hari raya kami.


Tak pe lah. Lambat-lambat pun janji ada ceritanya.


Tahun ni giliran beraya di Johor. 2 hari sebelum Syawal dah pun sampai Johor. Sempat la berpuasa sehari di sana.


Tema baju raya pulak, pink + purple memandangkan kehadiran tuan puteri yang memaksa para lelaki berpakaian jambu. Huhuhu


Lebaran kali ni sangat bermakna dengan kehadiran ahli baru yang sangat dinanti. Lebih seronok bilamana 1 Syawal 1434H (08.08.2013) jatuh pada ulangtahun pernikahan kami yang ke 5.


Makanya, 

1 Syawal 1434H = 08.08.2013 = 5 tahun pernikahan = 2 orang anak = Alhamdulilah = Syukur ke atas kurniaan rezeki anak-anak daripada Allah swt










Jan 8, 2013

Borong Di Jekel



Memandangkan 6 hb, Ahad hari tu hari last Jakel Melaka buat sale besar-besaran akhir tahun, akak saya berhempas pulas pujuk saya join dia borong sakan.


Dan seperti gambar di atas la hasil nya. Kain lycra color turquoise adalah hadiah untuk diri sendiri. Huhuhu. In Shaa Allah kalau tailor sanggup nak buat kan uniform untuk ibu mengandung ni. Kalau rajin saya wasap wasap la kat sini bersama hasilnya.


Yang color purple tu pulak harus lak kain pasang untk dibuat baju Melayu abang Long kita. So, dengan tidak semena-mena tema color kita untuk raya akan datang tiba-tiba ber color purple. 


Kebetulan pulak jumpa kain songket belen-belen macing pulak dengan kain baju Melayu tersebut. Apa lagi. Memang tidak tunggu lama la. Baju Melayu beserta samping Rayyan Adam telah pun setel.


Baju Melayu ayah nya kita fikir kemudian pulak la ye. Sama ada nak beli siap atau pun beli kain lain and tempah jugak. Tengok la nanti. Saya ni jenis tak wajib pakai baju raya 1 family 1 papan pun. Memang dari dulu tak pernah pakai sepapan. Huhuhuu.


Lagi pun yang dalam perut ni pun nak berbaju raya jugak. Alhamdulilah. In Shaa Allah raya akan datang, berempat la kami sekeluarga nanti. Tungguuuuuu....


Orang tak kaya kena lah beli time murah-murah. Kena pandai pilih yang jenis kain mahal yang orang kaya pakai. Baru lah nampak macam kaya. Muhahhahaha. Jangan marah aaaaa!!! 

Sep 5, 2012

Cerita raya Kedua @ Myhometown

So raya kedua maka berangkat la kami 3 beranak ke tanah tumpah darah ku yang tercinta ke negeri palin selatan tanah air.


Kalau hari biasa we all guna laluan AMJ je. Memandangkan raya. Sanak saudara pun telah lama menanti. Maka laluan highway PLUS menjadi keutamaan. Sejam saja sudah sampai destinasi. Alhamdulilah


Rombongan Cik Kiah beraya secara laju-laju supaya semua rumah dapat pergi. 10 minit je 1 rumah. Yes!!! We all mencapai target. Eh memang betul tau ni rombongan Cik Kiah. Pasal nama mak iols Rokiah. Kau hado?


Paling lama we all duduk kat rumah my abang sulung. Semua pun buat macam rumah sendiri. Ada kebun kat belakang nun tu pun semua buat macam kebun sendiri. Habis penuh bonet masing-masing dengan buah kelapa.



Dan gambar di bawah diambil secara rawak untuk dimuatnaik dalam blog ni. Gambar adalah banyak dan malas nak edit. Sila la tonton....




Laki i nak tunjuk skill pancung kepala


Masa ni orang kampung tenga baraan. Cepat-cepat nak amik gambo backgroud rombongan baraan tersebut



Mak sedara dengan budak-budak gedik ni


Dah puas ditaram kelapa kat belakang. Pindah pergi pokok lain pulak



Dengan mykakak. Disuruh saya duduk depan sebab dia tak nak nampak gemokkkk



Budak kecik ni masih dalam mood demam. Moody. Badmood. Dan seangkatan dengannya. Rambut dia macam rambut pekan kan???? Sangat geram dengan mamak tu buat rambut anak aku cenggini. Hihs!!!







Sama tak muka weols


Beliau adalah demam. Sepanjang masa merengek. Tapi bukan menangis melalak tau. Badan dia dedor. Tak de mood nak main dengan sepupu-sepupu semua



Adik beradik mak time ni datang beraya tengok mak








Ini lah anak cucu Cik Kiah. Sayang sangat-sangat kat semua. Selamat Hari Raya!!!




Sep 3, 2012

Rayyan Adam First Time in Komuter

Weekend lepas we all anak beranak beraya ke Bangi sekali arung baraya ke KL la.


Kebetulan rumah my BIL ni memang dekat sangat-sangat dengan stesen komuter Bangi. Plan nak bawak budak kecik ni dah lama dah. Nak bawak beliau jalan-jalan merasa naik train. Tapi selalu nya banyak kekangan.


Now kata suami tak moh tangguh-tangguh. Kita bawak kejap je. Dari Bangi ke Kajang. Then patah balik dari Kajang ke Bangi. Ala-ala pelancong u alass. Serius mak bapak dah lama gila tak naik komuter ni sejak kawen. Bujang-bujang dulu memang la naik. Itu pun sebelum beli kereta sendiri. 


Terkial-kial jugak la nak beli tiket. Nasib baik turn kitorg dapat naik coach yang baru tu. Saya ingat nak naik coach wanita tu. Tapi macam kesian lak kat lelaki 2 orang ni berdua je. Huhuu...



Belah sana penumpang tu semua nak ke arah Seremban



Tunggu train






Tengok belakang tu. Ramai indon n orang luar je tau kat dalam komuter ni.









 

Apa pun, Rayyan Adam sangat exited dapat naik train. Masa nak balik mengamuk-ngamuk nak naik lagi. Bila sampai kat kereta, dia bengang sebab Eli dia kena tinggal. Nak jugak ajak naik train lagi nak bawak Eli. Hish!!!


Ok la, saya nak komplen pasal komuter ni macam tak de secure tau. Beli tiket, tapi tiket tu tak de pengesahan dari sesiapa pun. Kalau dulu kan pakai mesin kan. Tapi ni penumpang bebas je keluar masuk kat bahagian tepi. Pegawai pun tak de nak cek tiket tu. Pendek kata, tak beli tiket pun tak pe. Bukan orang tahu pun. Tapi tak tahu la kalau stesen yang lain ok je.


Coach baru ni best jugak la. Orang jakun macam saya boleh la kata coach baru ni canggih. Siap ada tv bagai. Ok la. Air cond pun sejuk. Tapi tak tahu la kalau ramai orang dah tak rasa air cond nya.


Lepas ni ada plan lagi nak naik komuter ni untuk long journey. Jauh sikit nak bawak si kecik ni. Insyallah..

Aug 30, 2012

Raya 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin 


Kisah hari raya tahun ni ada yang best ada yang tak best. Best nya of coz la dapat beraya di kampung tercinta dan duduk lama rasa tak nak balik Melaka je. Serius best


Oh ye giliran beraya tahun ni di kampung suami di Melaka. Tak kisah pun mana-mana beraya. Janji adil dan saksama. Tak gitu. Lagi pun saya suka sebab dua-dua family pun hapening.


Cerita tak best pulak, kesihatan Rayyan Adam yang merundum. Sepanjang tempoh raya beliau sangat moody. Merengek sana. Merengek sini. Apa pun tak boleh!!!! Mama pun tak ikut ayah pergi masjid. Rayyan Adam sangat merengek.....



Tema tahun ni biru caca marba




Bangun pagi raya pujuk budak kecik ni elok-elok. Pagi-pagi mestilah liat nak mandi. Cakap nak pakai baju cantik and nak jalan naik kereta. Nasib baik makan pujuk



Hope  tahun depan budak kecik ni boleh fokus matanya tertumpu ke kamera






Adam minta maaf eh ayah....



Kan dah kata dia bad mood. Tak nak salam dengan mama masa ni



Sedaya mungkin cuba control air mata..



Apakan daya diri ku pacar yang hina terlalu banyak berdosa. Huhuhu.... Memang tak tertahan air mata. Tumpah juga akhirnya. Sebak wei!!!




I luv u so much darlinggg!!!

Aug 29, 2012

10 Syawal

  





Ok hari ni 11 Syawal. Baru nak beroperasi kat blog sendiri. Membizi dengan kehidupan yang nyata.


Apa pun mahu ucapkan selamat hari lahir yang ketiga buat budak cenonit yang makin bijak pandai ini.


Beliau selamat dilahirkan tanggal 10 Syawal 3 tahun yang lalu. Moga menjadi anak yang soleh dan kehidupan yang sentiasa diberkati Allah swt. Aminnn.. 

 

Aug 16, 2012

Risau

Wah semua orang dah mood raya ye. We all pun nak beraya jugak. Mood kerja pun memang dah ke laut. Bosan dengan persekitaran yang tak best 


Tapi tu la.... Rayyan Adam belum sihat lagi. Serius kitorg lebih fikirkan kesihatan dia daripada raya. 


Masuk hari ni dah seminggu gatal dia tak baik. Dia macam ni. Pagi elok hilang semua gatal-gatal tu. Tiba senja mula naik kat bahagian lain pulak. Tompok-tompok tau. 


And now we all tengah berubat cara kampung pulak. Orang tua-tua kata sembur kan. Pagi ni pun ayah dia amik EL jaga. Kata pakcik yang semburkan tu, Rayyan Adam tak boleh mandi. Makan semua kena pantang. So, kita takut teacher dia kat taska langgar pantang. Terpaksa la salah sorg cuti awal.


Huh. Nak raya dah ni wei!!!

Aug 15, 2012

Hamper Raya

 
Sana sini orang dah berstatus kemas baju nak balik kampung, susun kuih dalam balang, pasang langsir baru. 
 
 
 
I all tak sempat lagi u allss. Rayyan Adam belum sihat sepenuhnya. Jenuh  mak bapak tidur lewat hari-hari sebab kena mengadap dia. Memang tak sempat nak keluarkan oven lagi. Niat di hati memang nak buat biskut raya barang sejenis dua jenis. Hope sempat la sebelum Ahad ni. Raya pun kat Melaka je. Tak de la nak kecoh sangat nak balik kampung. Pagi raya pun sempat lagi nak sampai kampung suami. Huhuhu...



Ok. Tu la nak update. Dapat hamper raya. Kawan suami bagi. Tak de pulak biskut raya dalam tu. Kalau ada biskut raya, macam dah selamat kan diri tak payah nak biskut raya sendiri kot. Huhuhu. Orang dah bagi dah kira untung...



Ada ke siapa-siapa lagi nak bagi hamper kat kami. Kecil tapak tangan, rumah kami, kami tadahkan. Sila la....Huhuhu

Nov 10, 2011

Pak Long

Untuk Raya Haji kali ni walau pun suami masih dalam keadaan tak sihat lagi tetap gigih balik kampung macam orang lain jugak.


Kebetulan Pak Long (abang mak) tengah uzur. Sebelum ni beberapa kali jugak my cousin call and msg bagi tahu keadaan Pak Long. Keluar masuk hospital la kiranya.


So balik kali ni, mak memang beberapa kali nak pergi rumah Pak Long je. Pendek kata, banyak habis kan masa kat rumah Pak Long. Ye la. Mak kan dah duduk Melaka sekarang. Kalau saya ada hal, susah sikit la nak balik.


Kat sana, layankan je apa yang dia nak. Mak tolong urut. Then, Pak Long kata nak makan rendang mak. So, bila dapat daging korban, mak masakkn untuk Pak Long.


Banyak benda yang dia minta. Nak makan ubi rebus la. Pukul 2 pagi kejut kan Mak Long nak makan ayam goreng. Tapi bukan makan banyak pun. Tak pe la. Layan kan je. Janji dia nak makan. Kalau tak makan, kita jugak yang susah.


Masa Hari Raya tu, Pak Long kata nak makan nasi beralaskan daun pisang. Layannnnn....


Eh apasal aku taip ni feeling sedih-sedih??? Sobsobsob



Pak Long nampak uzur. Sedih ok!!!



Mak layan kan je apa abang dia nak. Masa ni kan, saya sedih tau. Sebab nampak sangat mak and adik beradik mak dah dimakan usia. Dulu diorg kuat je. Sama la macam kita suatu hari nanti kan. Ok sedih lagi




Ni la nasi nya yang Pak Long nak makan dengan daun pisang. Mak Long yang masak. Nasi hujan panas. Tapi kitaorg suka-suka tukar jadi nasi ribut petir. Hahahha




Hope Pak Long cepat sihat dan segalanya dipermudahkan. Insyallah. Dan walaupun saya hanya sebagai anak saudara sahaja, tapi di saat kita sihat ni, mana yang patut kita buat untuk dia, apa salah nya kita lakukan. Walaupun hanya sekadar melawat dan menziarah. Kita yang muda ni mengalah je la. Mereka lagi tua dari kita. Suatu ketika, kita juga pasti merasai saat begini jika diizinkan Tuhan.