LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 10, 2011

Pak Long

Untuk Raya Haji kali ni walau pun suami masih dalam keadaan tak sihat lagi tetap gigih balik kampung macam orang lain jugak.


Kebetulan Pak Long (abang mak) tengah uzur. Sebelum ni beberapa kali jugak my cousin call and msg bagi tahu keadaan Pak Long. Keluar masuk hospital la kiranya.


So balik kali ni, mak memang beberapa kali nak pergi rumah Pak Long je. Pendek kata, banyak habis kan masa kat rumah Pak Long. Ye la. Mak kan dah duduk Melaka sekarang. Kalau saya ada hal, susah sikit la nak balik.


Kat sana, layankan je apa yang dia nak. Mak tolong urut. Then, Pak Long kata nak makan rendang mak. So, bila dapat daging korban, mak masakkn untuk Pak Long.


Banyak benda yang dia minta. Nak makan ubi rebus la. Pukul 2 pagi kejut kan Mak Long nak makan ayam goreng. Tapi bukan makan banyak pun. Tak pe la. Layan kan je. Janji dia nak makan. Kalau tak makan, kita jugak yang susah.


Masa Hari Raya tu, Pak Long kata nak makan nasi beralaskan daun pisang. Layannnnn....


Eh apasal aku taip ni feeling sedih-sedih??? Sobsobsob



Pak Long nampak uzur. Sedih ok!!!



Mak layan kan je apa abang dia nak. Masa ni kan, saya sedih tau. Sebab nampak sangat mak and adik beradik mak dah dimakan usia. Dulu diorg kuat je. Sama la macam kita suatu hari nanti kan. Ok sedih lagi




Ni la nasi nya yang Pak Long nak makan dengan daun pisang. Mak Long yang masak. Nasi hujan panas. Tapi kitaorg suka-suka tukar jadi nasi ribut petir. Hahahha




Hope Pak Long cepat sihat dan segalanya dipermudahkan. Insyallah. Dan walaupun saya hanya sebagai anak saudara sahaja, tapi di saat kita sihat ni, mana yang patut kita buat untuk dia, apa salah nya kita lakukan. Walaupun hanya sekadar melawat dan menziarah. Kita yang muda ni mengalah je la. Mereka lagi tua dari kita. Suatu ketika, kita juga pasti merasai saat begini jika diizinkan Tuhan.

4 comments:

munna said...

semola Pak Long Asfaliza cepat sembuh ye....

Nazz@Purple said...

semoga dia cepat sembuh..syu gak nazz rasa..teringat kat ayah dulu..

Unknown said...

munna n nazz :tq

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

sedihnya baca.. kita yg duk dekat pun xde masa nk g tgok pak long kak.. aritu pg2 pnah de kecoh cakap pak long meninggal..tkejut gak la.. alhamdulillah umurnya masih pjg..semoga allah lindungi kita semua.. amin..