LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ~aSFaLiZa~. Show all posts
Showing posts with label ~aSFaLiZa~. Show all posts

Apr 23, 2014

30

Alhamdulilah usia menginjak satu lagi angka. 30 ok 30!!!!
Dulu tengok orang umur 30 macam dah tua sangat je. Bila terkena batang hidung sendiri, tak de la tua sangat!!!


Tanggal 29 Mac 2014 memang berada di kampung halaman. Kebetulan mak buat kenduri. Sambut bersama adik beradik sendiri sangat la terharu berkumpul beramai-ramai.


Masalah utama pada hari kejadian ialah si anak dara yang langsung tak sporting. Kalau boleh nak bergayut 24 jam dengan mama. Orang lain tak boleh kacau mama! Huh!


Erkkkk seperti biasa layan je la gambar nya ye

Ini kek sangat sedapppppp!!!! Decoration mestilah simple memandangkan ini sambutan hari tua yang ke 30



Nampak terliur takkk???



My jantung hati!!!!




Dan simbolik nya hadiah hari jadi ke 30 ialah mekap. Nampak sangat laki aku suruh aku solek cantik-cantik takut bini nampak tua. Hadiah fresh panas-panas dari Korea. Kiriman dari kawan suami dari Korea

Dec 12, 2013

Apa Nak Jadi

Assalamualaikum....

Ya Allah... Apa lah nak jadi dengan blog ni....

Nak tulis. Nak taip. Nak cerita.

Tapi malas yang amat menguasai. 

Tanggungjawab bertambah. Anak dah 2. Alhamdulilah sekarang pun dah mula bekerja semula.Tu yang bz kalah Rosmah Mansur.

Kadang-kadang rasa tak adil pulak bila tak de cerita sangat pasal si kecik cenonit tu. Ye la, dalam ni dulu dah banyakkkk sangat cerita pasal si abang. So now, mesti la turn adik kan...

Ok la kita cuba berdikit-dikit. Tak de orang baca pun tak apa. Tuan punya belog ada, boleh baca sendiri.

Daaaa........


Apr 15, 2013

Tiada Entry Bergambar

Perasan tak sejak dua menjak ni entry saya dah kurang dengan gambar-gambar. Cewahhhh.... Ada ke orang kisahhhhh!!!!


Actly, tipon iols rosak uols. Tak de maknanya nak membeli tipon baru dalam keadaan diri ini berstatus penganggur. Itu iols sedar diri hokey.


Tapi!!!!


Korang ingat korang je ke yang mamfu pakai samsung??? Iols pun mamfu hokey!!!! Original lagi. Ada aku kesah korang nak berwasap, berwecet bagai???? Muahahhaha!!! Ayat nak senang kan hati je uols.

Mar 25, 2013

Menjadi Pengasuh

Kerana saya juga seorang ibu saya cuba menolak satu je pekerjaan dari rumah yang sangat mulia.


Sebenarnya sejak saya berhenti kerja, ada je beberapa orang yang mencadangkan saya menjadi pengasuh.


Serius, di kawasan perumahan tempat tinggal saya ni memang ramai ibu bapa yang mahu anak mereka dijaga oleh suri rumah berbanding dengan taska. Bukan tak boleh buat duit. Setakat duduk rumah jaga anak orang, hujung bulan dapat bayaran. Mudah kan?


Saya bukan tak berminat. Tapi percaya la. Saya juga seorang ibu yang mahukan kalau boleh tumpuan menjaga anak saya haruslah diperhatikan 24jam 100%. 



Kita sedia maklum hati manusia ni sangat subjektif. Kita tak tahu apa yang tersirat. Malah yang tersurat juga kita tak perasan. Banyak benda nak kena diperincikan bila mengasuh anak orang lain.


Makan, pakai, tidur, persekitaran, kesihatan, masa kita lagi etc. 


Dan jika segala keperluan dan kehendak ibu bapa yang mungkin sedikit cerewet tak dapat dipenuhi pastinya saya juga mengundang dosa kerana seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.


Oh bukan bermakna saya menulis ni sebab ada ibu bapa cerewet yang nak hantar anaknya kat saya. Tapi saya pernah lihat ibu bapa yang terlalu cerewet yang agak tidak munasabah permintaannya. 


Dan bukan lah bermakna saya adalah antara ibu bapa yang terlebih cerewet itu. Nak kata cerewet tidak. Tak cerewet pun tidak. Cuba bertindak secara bertempat dan logik akal jika anak saya dijaga oleh orang lain.
    

Feb 13, 2013

Bajet Suri Rumah

Menjadi suri rumah banyak mengajar saya tentang pengumpulan duit. Muhahhahha!!!

Ye la... Dulu masa kerja, tiap-tiap bulan nak beli apa pun tak fikir panjang. Dapat gaji main beli je. Janji puas hati.


Sekarang tahu pulak kumpul duit. Nak apa-apa mesti ada target kumpul duit. Selagi tak cukup, kumpul lagi, kumpul lagi dan lagi


Pandai pulak kumpul kan. Dulu tak de pun fikir kan, duit yang ni ketepikan, duit yang tu ketepikan.


Tapi tak pe. Kehidupan pasti akan mengajar kita sesuatu. Yang penting kami sekeluarga masih mampu lagi untuk menyuap nasi dan makanan yang sedap-sedap yang lain.


Apa yang penting SORU. Lain-lain, nanti-nanti pun tak pe.


Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati

Dec 31, 2012

Kegembiraan 2012 - Alhamdulilah

2012 bakal melabuh kan tirai. Meninggalkan seribu satu kenangan yang terindah dalam hidup saya. Alhamdulilah.


Banyak perkara besar yang terjadi sekitar 2012. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun banyak rintangan yang dihadapi.


  • Of course tanggal 1 Januari 2012 kami sekeluarga telah berpindah masuk ke rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri masih lagi berhutang dengan bank okeyyyy. Alhamdulilah. Tarikh ini juga malam pertama kami bermalam di sini. 
 
  • Tanggal 31 May 2012 pulak tarikh akhir saya bekerja di Seri Kembangan Selangor. Sangat syukur dengan kejadian ini. Setelah hampir 4 tahun mengharungi perkahwinan jarak jauh. Dalam tempoh ini air mata menjadi sebati dalam diri. Menahan rindu terhadap suami. Menahan rasa bersalah terhadap anak sendiri. Akhirnya detik ini muncul. Walaupun secara materialistiknya telah berkurangan. Tapi percaya lah... Rezeki Allah ni luas. Jangan disempitkan dengan rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengeluh.
 
  • Dan penutup tahun 2012 dihidangkan dengan berita gembira yang dinanti. 7 November 2012 ujian air kencing saya menunjukkan tanda positif. Baby pulak sudi muncul di mata kami pada 12.12.12. Segan agaknya. Kami bakal menimang cahaya cinta kedua kami. Alhamdulilah. Doakan saya dan baby sentiasa sihat. 


Kegembiraan yang dikurniakan segalanya datang dari rezeki Allah swt. Semuanya dengan izin. Semoga saya sekeluarga tidak lalai dengan apa yang telah dikurniakan.


Walaupun ada juga detik sedih dalam hidup sepanjang tempoh ini. Tapi mari kita usaha untuk hilangkan segala stress tersebut supaya terhindar dari sebarang penyakit. Huhuhu.


And welcome 2013. Semoga rezeki kita semua melimpah ruah untuk tahun-tahun yang mendatang.... 



Oct 16, 2012

Ke Mana Hilangnya Juwita?

Ke Mana Hilangnya Juwita?


Juwita ada di sini. Sibuk dengan diri sendiri aje.


Masih lagi menjadi suri rumah.


Sibuk dengan apam polka dot. Sibuk dengan cup cake. Alhamdulilah semuanya rezeki dari Allah. 


Juga sibuk dengan suami. Sibuk dengan anak bujang sorang. Dan sibuk menambah ahli baru. Insya-Allah


Sementara masih menjadi suri rumah tangga, saya cuba tidak melepaskan peluang mengumpul segala keberkatan dari Allah swt.


Semoga dengan setiap hidangan yang saya sediakan untuk suami dan anak akan diberkati. Semoga dengan setiap lipatan helaian baju suami dan anak mendapat pahala yang berganda. Semoga dengan setiap peluh keringat mengemas habuk-habuk di celah-celah rumah mendapat syafaat Allah swt.


Jika sepanjang hayat saya ditakdirkan menjadi suri rumah, akan ada hikmah yang Tuhan akan tunjukkan walaupun bukan pada waktu yang terdekat ini.


Amminn Ya Rabbal Alamin

Sep 13, 2012

Suri Rumah




Assalamualaikum...


Ketika ini sedang bersiaran secara langsung sebagai suri rumah tangga sepenuh masa SAMBIL BEKERJA....


Yup.. Saya dah pun berhenti kerja. Cuba menyesuaikan diri lagi. Maklum lah dah 4 tahun bekerja sebelum ni. 


Pagi-pagi hantar si kecik ke sekolah. Tengah hari mencari ruang untuk rumah ku syurga ku. Buat apa yang patut... Mengemas. Memasak. Mencuci. Tidur. Huhuhu... Petang pulak amik si kecik dari sekolah. Tu lah rutin harian setakat ni


Dan dalam masa yang sama masih meneruskan projek membaking. Alhamdulilah rezeki orang order apam polka dot dan cupcake tak pernah putus setakat ni.


Nanti-nanti ada masa saya cerita hal bisnes dari dapur rumah saya ye...


Hope rezeki saya dan keluarga semakin bertambah dan dimurahkan. Semoga segala beban hutang piutang diringankan dan dipermudahkan jalan untuk membayarnya.... (hutang rumah... hutang kereta... hutang bil telefon...hutang astro). Huhuhu. Semuanya hutang kan...

Jul 12, 2012

Derma Darah

Sejak saya sekolah saya pernah bercita-cita mahu mendermah darah. Saya selalu berfikir, aku bukan dari kalangan orang kaya yang mampu untuk dermakan harta. Tak salah rasa nya aku derma sebahagian daripada apa yang tubuh aku ada untuk mereka yang memerlukan. Ianya juga harta yang Tuhan kurnia kan untuk tubuh ini.


Tapi semua tu hanya fikiran minda sahaja tanpa ada tindakan. Ye. Masa itu, saya tak tahu macam mana saya mahu dermakan darah. 


Sehingga saya melangkah ke alam universiti. Sudah tentu banyak program kesihatan dianjurkan oleh universiti untuk sesi kesihatan. Saat ini saya tidak mampu lagi untuk melepaskan peluang yang ada.


Di KUSTEM saya berjaya mendermakan darah jika ada mereka daripada Hospital Terengganu membuat program sebegini. Alhamdulilah. Tercapai juga maksud impian saya di sekolah tadi.


Tapi.... sehinggga hari ini. Saya hanya pernah 4 atau 5 kali sahaja menderma darah. Sedih bukan. Saya pun tak tahu apa punca saya tidak bergerak aktif untuk mencari mana-mana program derma darah yang lain. Mungkin saya sudah lupa apa matlamat saya yang mula-mula tadi.



Darah saya ialah jenis A. Sesuai la dengan nama saya yang bermula dengan huruf A. Begitu juga dengan suami saya. Nama nya bermula dengan huruf B. Darah nya juga kebetulan ialah jenis B. Sangat ironi bukan. 


Oh pernah suatu ketika, di saat arwah Abang Ngah sakit tenat di Hospital Batu Pahat, emak pernah berkata yang mana kalau boleh doktor mahu ahli keluarga yang menderma darah pada tubuh arwah. Tapi apa kan daya waktu itu saya berada di KL. 


Memang saya mahu derma sangat-sangat. Namun takdir Tuhan. Arwah tidak sempat merasa aliran darah dari tubuh adiknya sendiri




Semoga di lain waktu, saya masih berkesempatan untuk menderma darah tidak kira pada sesiapa pun asal kan ia nya berbalik kepada niat asal saya. 


Oh untuk menjadi seorang pengikrar (derma organ) saya masih belum mampu lagi melawan minda. Dan setakat ini, hanya ini sahaja yang mampu untuk saya lakukan bukan tujuan untuk menunujuk-nunjuk. Niat saya ikhlas pada yang memerlukan. 

Jun 27, 2012

Air

Gambar dari Atuk Google

Saya ni orangnya tak suka minum air sangat. Bukan tak suka la. I mean saya takkan minum air untuk sesuka hati. Saya akan minum air bila perlu je. 


Contoh nya bila saya makan, saya akan berulamkan air. Dan bila saya berlari, of course la saya akan haus. Ha masa ni la saya akan cari air. Pendek kata kalau hari tu saya makan 2 kali, maknanya hanya 2 gelas je la saya minum air. Hmmm, kebanyakan air yang saya minum tu air manis. Jarang sangat saya minum air kosong.


Macam kalau penat berlebihan pun saya akan cari air. Namanya nak minum air saja-saja tu bukan saya.


Tak tahu la kenapa. Saya tahu benda ni akan memudaratkan kesihatan saya. Saya sedar. Tapi entah bila nak berubah. Suami dah pesan, setiap pagi bangun tidur, minum dulu air masak seteguk dua. Tapi saya degil. Kawan-kawan pun ada bagi tazkirah. Tapi benda ni semua saya anggap tak penting.


Waimah masa mengandungkan Rayyan Adam dulu pun, sehari tak sampai 5 gelas pun saya minum. 


Dan disebabkan saya tak suka sangat minum air, kulit saya jenis kulit yang kering. Saya harap saya boleh berubah. Saya tak suka sebenarnya berkeadaan begini. Tapi kalau bukan diri sendiri yang merubah, siapa lagi yang nak  bantu kan.


May 25, 2012

Alhamdulilah

Alhamdulilah...
Alhamdulilah...
Alhamdulilah...

Allahuakhbar!!! Sesungguhnya segala yang berlaku adalah rahsia Tuhan Yang Maha Besar


Setelah sekian lama menunggu, menanti, mencuba, berusaha, berdoa, bertawakal, bagai benar janji Tuhan. Saya telah dapat kerja di Melaka. 


Akhirnya saya sudah boleh tersenyum lebar.
Akhirnya saya sudah boleh bernafas lega
Akhirnya malam-malam saya dalam dakapan suami
Akhirnya Rayyan Adam membesar di depan mata


Tulisan ini ternyata tidak boleh menggambarkan perasaan sebenar saya. Yup memang saya gembira. Cuma tidak la sampai terlompat kegirangan. Entah. Tak tahu macam mana nak describe.


Bayangkan sejak daripada saya menulis di blog ini, betapa banyak nya saya merintih tentang keadaan saya yang duduk berjauhan dengan suami dan anak.


Betapa saya cemburu dengan insan lain yangsetiap detik kehidupan mereka berada di hadapan yang tersayang.


Sepanjang saya mengadung Rayyan Adam, berapa kali je yang suami saya teman kan. Selain daripada itu saya bersendirian. Memerhati para isteri yang sedang sarat ditemani suami tercinta. Saya cemburu melihat jari jemari mereka bertautan. 


Sedangkan saya???? Ya saya cemburu. 


Saat sakit pening asya pula. Sepanjang 9 bulan Rayyan Adam dalam kandungan, saya memang mengalami muntah-muntah yang tidak berakhir. Hanya kawan-kawan serumah yang ada untuk menemankan saya ke klinik. 


Selepas kelahiran Rayyan Adam pula saya terpaksa berjauhan dengan bayi yang telah menemani saya sepanjang 9 bulan dalam kandungan. Luluh nya hati seorang mama melihat mama orang lain dapat mengulit anak kecik nya setiap hari.


Ini juga saya cemburu. 


Pendek kata, saya selalu membahagikan perasaan rindu saya terhadap suami dan anak. Kalau saya rindu suami pasti saya akan menangis. Dan kalau saya rindu Rayyan Adam saya juga akan menangis. Jadi, siapakah yang saya harus rindu dulu. Saya kalah dengan perasaan rindu.


Saya sangka dengan situasi saya yang terlalu merintih di sini, semua orang akan bersimpati. Tetapi sangkaan saya salah. Rupanya ada juga yang bersangka buruk terhadap tindakan saya yang sanggup bekerja jauh dan meninggalkan keluarga tanpa mereka tahu apakah tanggungjawab yang saya lakukan.


Saya menangis lagi mengenangkan hasad dengki manusia. Dikatanya saya mama yang tidak bertanggungjawab. 


Tapi bila difikir-fikir semula, untuk apa aku menangis dengan ayat-ayat negatif engkau. Bukan lebih baik aku mengahappykan diri aku dan suami serta Rayyan Adam.


Now, engkau nak kata apa lagi bila aku dah duduk sebumbung dengan keluarga kecik aku.



******************


Dan kepada kamu dan kamu dan kamu juga, terima kasih terhadap doa-doa kalian untuk saya sekeluarga. Pastinya doa saya juga menyusul untuk kebahagian kalian. Sesungguhnya kita semua layak untuk memiliki kebahagian tidak kira walau macam mana juga cara nya. Walau pun duduk berjauhan begini, percaya lah yang kami sangat-sangat bahagia.


Tapi bohong la tidak bergaduh. Mahu tak bergaduh. Menangis jangan cakap lah. Tertekan jugak jadi mainan setiap hari. 


Tapi kebanyakan hari, sabar adalah ubat paling mujarab. Percaya akan hikmah yang Tuhan akan jelaskan, pasti anda tidak kecundang.


Harapan nya semoga kasih sayang ini akan terus bersemi hingga akhir hayat kami semua. Aminnn

******************



Abang, Rayyan Adam anak mama.... Sekarang rezeki kita sudah sampai. Sekarang doa kita telah diterima. 4 tahun kita mencuba bersama. 4 tahun kita menanggung bersama. 


Sebelum ni saya selalu memotivasikan diri mengingatkan yang insan lain jauh lebih lama tempoh masa hidup berjauhan dengan pasangan dan keluarga mereka. Malah ada yang mencecah 10 tahun. Semua tu membuatkan saya sedar yang saya tak keseorangan berhadapan dengan situasi ini. Perasaan kami sama.


Insyallah lepas ni akan diteruskan usaha untuk ke arah ahli yang ke 4 pulak. Semoga segalanya dipermudahkan. Janji Tuhan itu pasti. Sabar sahaja pengubat segala duka.  


Sujud syukur ku pada Mu Ya Rabb. Dan yang pasti saya ada satu nazar untuk ditunaikan. Insyallah tungulah rezeki yang bakal dikongsikan sikit atau banyak. Insyallah (saya menulis tentang nazar di sini supaya saya tidak terlupa dengan kelapaan kegembiraan yang Tuhan telah kurniakan buat kami sekeluarga)



ALHAMDULILAH!!!!

May 23, 2012

Tidur


Sama tak? Situasi nya memang selalu begini

Rayyan Adam peluk Eli
Mama peluk Rayyan Adam
Ayah peluk mama

Mar 29, 2012

28 Years Old



I'm 28 years old today. 2 tahun lagi nak masuk 30. Diam tak diam masa berjalan terlalu pantas.


Alhamdulilah masih lagi bernafas di bumi Allah. Dikurniakan suami dan anak yang sangat best. Syukur pada Mu Tuhan. Tq abang. Tq Rayyan Adam. I luv both of you darlingsss.


Semoga di hari-hari mendatang akan sentiasa bahagia dengan keluarga serta kawan-kawan yang juga sangat best.


Terima kasih buat semua. Alhamdulilah

Mar 28, 2012

My Generasi



Percaya atau tidak saya menangis tengok video ni.



Yess i miss every part yang ditunjuk dalam video ni.


Semua benda dalam video tu memang saya pernah alami. Dan itu la alam yang paling best yang perlu dikenang hingga mati. Hope Rayyan Adam dan adik-adik nya tahu yang mama pernah berada pada alam tersebut.


Kat sekolah, ketua pengawas mesti akan berdiri kat depan perhimpunan and akan cakap, ke hadapan lurus... Bawah lurus....Senang diri... Jaga diri....


First bab color LUNA. Masa saya tadika arwah abah tak belikan kan pun color LUNA tu. Sedih.... Mahal tau masa tu. 2 ringgit lebih. Then nak tak nak pinjam yang kawan punyaa. Makan hati tengok kalau kawan tu ada yang color panjang. Lama-lama bila naik darjah 1 dapat jugak saya color LUNA....


Lepas tu main pemadam. Siapa menang, banyak lah hari tu dia bawak balik pemadam. Mak sampai pelik kenapa saya asyik mintak 10 sen sebab nak beli pemadam. Dia tak tahu yang anak dia ni berjudi pemadam kat sekolah.


Main batu seremban. Mencarik la ni kat rumah batu 5 bijik nak bawak pegi sekolah. Pantang cikgu tak masuk kelas. Tu la keje nya. Main dari batu 1 sampai batu 7. Huh!!!!


Ha bab main ceper yang tak boleh belah. Ni tak ingat celah mana saya kutip ceper. Tapi kalau dapat 5 keping ceper, siap ketuk bagi dia leper supaya lagi laju ceper tu nak hentam. Hal ceper ni saya adalah bergaduh laki bini. Suami tak terima saya panggil benda alah ni ceper. Dia kata ceper tu entah apa-apa. Dia kata dia panggil penutup botol.


Saya cakap lah kat suami, kalau abang tak caya nama benda ni ceper, abang tanyalah kat kawan-kawan sayang. Memang kitorg panggil ceper. Kitorg tak panggil penutup botol. Dia ni kan suka pertikaikan satu-satu bahasa yang orang Johor gelarkan tapi dia tak panggil gelaran yang sama. Suka hatilah kan. Negeri kita, kita punya suka la!!!


Main ramprit la. Main getah. Nanti sebut la, ayuskiping!!!! Main galah panjang la....Yang main silang pangkah tu tak ingat nama game tu apa. Tapi memang habis la buku matematik main benda  tu je. Best gila!!!


Rindu rindu dan rindu sangat........Sekurang-kurang nya saya sangat syukur sebab saya ada kenangan kanak-kanak yang sangat berharga untuk dikenang....

Nov 16, 2011

Bakal Suri Rumah

Yes. Saya bakal menjadi suri rumah. But not now. Kalau tak de aral, pertengahan tahun depan.

Target sebelum raya. Insyallah. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Perancangan macam mana?

Ye dah ada dah perancangannya. Satu untuk jangka masa panjang. Satu untuk jangka masa pendek. Perancangan ni lebih kepada kewangan la. 

Tapi apa-apa hal, kena jalankan dulu, baru boleh cerita detail.

Slow-slow kayuh. Letih dah duduk jauh-jauh laki bini ni. Letih badan. Letih otak.

Nov 15, 2011

Kemek


Kemek lagi kereta kesayanganku. Tapi!!!! Bukan salah saya ok. Percaya la. Saya adalah pemandu berhemah.


Alkisah nya. Kakak sendiri yang hentam. So? Sanggup ke nak marah akak sendiri yang memang lagi teror bawak kereta.


Adeh!!!! Boleh ke dia  tak ingat saya dah parking kereta belakang kereta dia. Walhal dia tahu. Bukan kes tak perasan. Tapi tak ingat. Dek kerana tak ingat, dengan suka hati nya dia gostan. Bedebuk!!!!


Sudah nya dia tanya kat saya. Marah ke? Marah tak ni? Kang kalau aku marah putus sedara pulak kang. Hahahahha!!!


Ok now kereta saya memang ada kemek-kemek dah. Sebelum ni suami yang buat dia kemek. Nak melintas dalam keadaan banjir, dok kalut, excident sikit.


Ni bertambah kemek. Sudah nya mesti orang ingat saya jenis perempuan yang tak reti bawak kereta.


Hellllooooooo!!!! Saya tak pernah pun calar kan kereta sendiri ok!!!!


Sekali lagi!!!!! Saya nak tegas kan di sini para hadirin sekalian alam. Saya ialah pemandu berhemah. Kereta saya yang kemek-kemek ni bukan salah saya. Tapi orang lain punya salah. Saya pulak yang dapat nama. Ini tidak adil!!!!!!

Nov 11, 2011

Majlis Khatam Quran



Eh sape pulak budak-budak ni. Kenal ke? Kehkehkeh....

Kenal ke tak kenal ni??? Cakap la betul-betul.

Ok la ok la. Betul la tu. Budak yang paling besar tu gambar tuan punya blog.

Si budak kecik yang kedua besar tu my sepupu tag kat fb. Apa lagi. Curik la nak tayang kat sini. 

Ni kalau laki aku tengok ni mampus sampai 18 minggu dia mengejek cakap gambar aku poyo.

Masa ni majlis kawen my sepupu kat Singapore. Sekali arung buat majlis khatam Quran saya ngan Nadia. Yang khatam Quran dua-dua pakai tudung kuning ada songkok tu. Amacam? Glemer tak mak nyah?

Yang sorang lagi tu menyibuk je. Cakap pun pelat lagi ada hati nak pakai baju sama dengan kitorg. 

Oh ye. Sila tahu. Baju yang saya pakai tu kain broket ok!!! Mahal ok!!! Kecik-kecik dah start pakai kain mahal. Jangan pitam sebab saya berlagak. Wakakakka!!!

Lepas ni nak letak lagi la gambar-gambar lama. Zaman hitam legam dulu. Suami suka mengejek. Dia kata dulu kalau saya amik gambar gaya adalah poyo.

080808 - 111111

080808 untill now 111111...


Hari ni entah ye nak berduka lara sikit. Sebenarnya dari semalam lagi. Mengenangkan nasib diri...


Dah 3 tahun pun kawen. Tuhan masih belum nak bagi saya sekeluarga duduk bersama. Rahsia Tuhan. Siapa lah kita untuk mengetahui apa yang memang sudah tersurat dan tertulis untuk kita semua.


Tuhan kata Qunfayaqun. Kalau jadi, maka jadi lah.


Dan saya, masih lagi berharap, berdoa, memohon untuk berada di samping suami dan anak. Jangan ditanya adakah saya tidak mencuba. Kerana saya akan hanya mendiamkan diri untuk soalan itu.


Adakah saya bodoh untuk tidak mencuba bersama dengan keluarga saya. Dan saya anggap soalan itu yang bodoh. Hanya teman-teman yang terdekat tahu akan hati ini.


Kebanyakan hari saya selama 3 tahun ini semenjak kebelakangan ini semakin positif akan ketentuan yang telah ditetapkan untuk kami sekeluarga.


Ye la. Apa lagi yang saya nak. Bukan saya tak bahagia walaupun duduk jauh dengan suami dan anak. Bahagia sangat-sangat sampai ada jugak kawan yang terharu tengok kebahagiaan kami.


Selalu jugak saya mengingatkan diri sendiri, bukan saya seorang menerima nasib seperti ini. Ramai!!!!


Kalau dibilang dengan jari, lebih dari 10 kawan yang saya pernah kenal mengalami nasib yang sama seperti saya. So apa lagi yang kau nak kenangkan nasib kau wahai Asfaliza.


Malah mereka lagi sukar hidup nya berbanding saya.


A. Isteri di Sabah. Suami di Perak. Anak di Johor. Lebih sedih bila jumpa anak, anak tak nak dengan mak ayah.


B. Isteri di Terengganu. Suami di Pahang. Anak di Perak


C. Suami di Johor. Isteri dan anak di Selangor


D. Isteri di Sarawak. Suami di Pahang


Kesemua di atas adala saya kenal sangat-sangat


Dan ada ramai lagi yang saya kenal pasangan yang duduk berjauhan. Jadi apa lagi yang saya mahu kan?


Of coz la saya mahukan sentiasa berada di sisi keluarga sendiri. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari segala perasaan merintih.


Pls. Jangan la ada yang nak kondem rintihan saya ni. Sebelum ni ada je yang dok menyalahkan saya yang tak reti nak usaha or pendek kata berhenti je kerja jaga anak.


Habis kawan-kawan yang senasib dengan saya, apa cerita pulak. Kenapa kamu-kamu yang ingat saya tak sayang anak tak menyalahkan mereka juga sebab mereka juga meninggalkan anak dengan nenek mereka. 


Setiap orang ada alasan masing-masing. Percaya la. Setiap orang ada kekangannya. Dan mereka yang senasib dengan saya berkemungkinan besar ialah kekangan dari segi ekonomi.


Jujurnya, saya bukan orang kaya untuk duduk goyang kaki di rumah tanpa membuat apa-apa membantu suami mencari rezeki.


Jujurnya juga saya tidak berkahwin dengan lelaki kaya  yang bila-bila masa boleh berhenti kerja duduk rumah dan hanya petik jari sahaja nak apa dan suami akan memenuhi kemahuan saya.


Tidak!!! Saya perlu bekerja untuk memenuhi keperluan bukannya kehendak semata-mata. KEPERLUAN bukan KEHENDAK.


Saya sedar saya tidak boleh kesal akan keadaan sekarang ni.


Tapi saya hanya manusia biasa yang tetap mempunyai perasaan. Apa pun hanya diri ini sahaja yang dapat membantu untuk sentiasa tabah mengharungi perjalanan hidup ini.


Walau apa pun ya Tuhan ku, aku tetap bersyukur atas nikmat bahagia yang Engkau kurniakan untuk kami sekeluarga ketika ini. Dan moga ianya tetap berkekalan hingga akhir hayat kami. Amin


Love u abang dan anak mama Rayyan Adam

Oct 21, 2011

Swicth From Maxis to Celcom

Ok lah wei. Dah 7 tahun guna maxis. Setia ok. ni la nombor pertama hingga selamanya. Daripada start pakai top up dulu, sampai la tukar ke post paid, tetap guna maxis. Dan ini lah yang dijaga kesetiannya.



Ikut kan dah berapa kali dah saya merungut pasal maxis dalam blog ni. Siapa rajin baca boleh la nak refer entry 1, entry 2, entry 3, entry 4, entry 5 dan ada banyak lagi yang lain.



So now full stop for maxis. Tak nak lagi pening kepala dah.



Majoriti kawan kat opis adalah pengguna Celcom. Diorg banyak nasihat suruh tukar ke celcom because talian celcom adalah murah.



I am serius ok. Maxis kata pelan dia untuk pekej family adalah free sesama family. Tapi, celah mana yang murah? Celah mana yang free?



Sekali dua tak pe line aku kena bar. Tapi bila dah kerap sangat, kau ingat aku nak ke pertahankan kesetiaan aku ni. Dan banyak kali juga kesabaran aku tercabar.



Aku rindu laki aku, aku rindu anak aku, aku rindu mak aku. Aku sendiri ok kat sini. Kalau dah telefon kena bar, laki aku terkedek-kedek macam bangla bawak anak pergi public phone.



Ok dah malas nak merungut-rungut lagi pasal Maxis. Kalau bos dia baca or orang atasan baca statement dalam blog aku ni, please be remind is customer always right. 



Berbalik kepada celcom. Kalau anda nak bertukar dari talian maxis ke celcom menggunakan nombor yang sama, anda perlu tahu perkara tersebut


  • Pastikan anda tiada kontrak bersama maxis. So pasti segalanya berjalan lancar
 
  • Kalau anda tiada kontrak bersama maxis, bermakna anda hanya perlu menjelaskan bil terakhir anda bersama maxis sahaja tanpa perlu membayar apa-apa wang cagaran kepada pihak maxis
 
  • Untuk penukaran 1 nombor maxis menggunakan line celcom, anda perlu membayar untuk 1 nombor RM80 kepada celcom (mungkin ini sebagai cagaran sebab anda tidak menggunakan nombor celcom)
 
  • Jadi, kata lah anda ada no supline di bawah anda, anda perlu membayar RM80 untuk setiap 1 nombor yang hendak digunakan. Kalau ada 3 nombor, bermakna 3 nombor x RM80 = RM240. Ok jelas?




Memandangkan, saya ada 3 nombor untuk ditukar, RM80 untuk 1 nombor adalah mahal ok. Hari demi hari, harapan tu semakin dilupakan... Banyak cabang nak digunakan untuk duit sebanyak RM240 tu. Beli baju or shopping kat JJ lagi syok guna duit banyak tu.



Tup-tup, rezeki Tuhan ni kadang-kadang kita tak boleh nak duga. Adalah  mamat yang suara nya saya kira mungkin hensem kot rupa paras nya. Huhuhu.



Bla bla bla bla kata, nombor puan terpilih untuk mendaftar secara percuma ke talian celcom. Jadi puan tidak perlu membayar apa-apa pun kepada pihak celcom



Macam tu la lebih kurang ceritanya. Free ok free!!!! So, no payment for RM240 untuk 3 nombor yang berkenaan. Nombor saya, nombor suami dan nombor emak. Lalalalala!!! 



I luv u CELCOM





Ok tak nak over ghiarah sangat. Belum cuba belum tahu orang kata. Jadi kita tengok lah celah mana pulak celcom ni kata line dia murah dan best. 



So kawan-kawan, don't worry. Aku tak tukar nombor. Aku just tukar line jek. Aku pun memang tak suka orang yang suka tukar-tukar nombor ni. Dan sebab tu aku setia dengan maxis selama ni.



Bye-bye maxis kalau selama ni aku banyak lukakan hati kau. Ala.. Selama aku pakai pun, cuma time besday aku je kan kau bagi aku free call kat semua line maxis. Lain-lain hadiah, ada kau kasik aku? Apa cer beb? 



Pssstttt.... akak ipar saya dapat hadiah smart phone dari maxis sebab guna data line maxis. Saya adalah jeles ok!!!! Sentap!!!!