LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 28, 2012

My Generasi



Percaya atau tidak saya menangis tengok video ni.



Yess i miss every part yang ditunjuk dalam video ni.


Semua benda dalam video tu memang saya pernah alami. Dan itu la alam yang paling best yang perlu dikenang hingga mati. Hope Rayyan Adam dan adik-adik nya tahu yang mama pernah berada pada alam tersebut.


Kat sekolah, ketua pengawas mesti akan berdiri kat depan perhimpunan and akan cakap, ke hadapan lurus... Bawah lurus....Senang diri... Jaga diri....


First bab color LUNA. Masa saya tadika arwah abah tak belikan kan pun color LUNA tu. Sedih.... Mahal tau masa tu. 2 ringgit lebih. Then nak tak nak pinjam yang kawan punyaa. Makan hati tengok kalau kawan tu ada yang color panjang. Lama-lama bila naik darjah 1 dapat jugak saya color LUNA....


Lepas tu main pemadam. Siapa menang, banyak lah hari tu dia bawak balik pemadam. Mak sampai pelik kenapa saya asyik mintak 10 sen sebab nak beli pemadam. Dia tak tahu yang anak dia ni berjudi pemadam kat sekolah.


Main batu seremban. Mencarik la ni kat rumah batu 5 bijik nak bawak pegi sekolah. Pantang cikgu tak masuk kelas. Tu la keje nya. Main dari batu 1 sampai batu 7. Huh!!!!


Ha bab main ceper yang tak boleh belah. Ni tak ingat celah mana saya kutip ceper. Tapi kalau dapat 5 keping ceper, siap ketuk bagi dia leper supaya lagi laju ceper tu nak hentam. Hal ceper ni saya adalah bergaduh laki bini. Suami tak terima saya panggil benda alah ni ceper. Dia kata ceper tu entah apa-apa. Dia kata dia panggil penutup botol.


Saya cakap lah kat suami, kalau abang tak caya nama benda ni ceper, abang tanyalah kat kawan-kawan sayang. Memang kitorg panggil ceper. Kitorg tak panggil penutup botol. Dia ni kan suka pertikaikan satu-satu bahasa yang orang Johor gelarkan tapi dia tak panggil gelaran yang sama. Suka hatilah kan. Negeri kita, kita punya suka la!!!


Main ramprit la. Main getah. Nanti sebut la, ayuskiping!!!! Main galah panjang la....Yang main silang pangkah tu tak ingat nama game tu apa. Tapi memang habis la buku matematik main benda  tu je. Best gila!!!


Rindu rindu dan rindu sangat........Sekurang-kurang nya saya sangat syukur sebab saya ada kenangan kanak-kanak yang sangat berharga untuk dikenang....

1 comment:

OgysiJemariSeni said...

Sama la kenangan JS jugak tu... memory!!!