LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 30, 2012

Basikal Angry Bird Oren


Namanya pun anak bujang. Harus lah ayah nya yang bercita-cita mahu membujangkan anak nya semampu mungkin.


Dengan segala mak nenek basikal ada dalam rumah ni. Tambah lagi yang ni. Katanya untuk menambahkan skill kayuhan.


Setakat hari ini basikal angry bird oren ni masih berada dalam rumah. Entah bila harus dirasmikan di atas tanah. Beli pun belum cukup 24 jam setakat entry ni ditaip.


Emaknya harus lah malas membantu. Ini semua kerja orang lelaki. Huhuhuu

Oct 29, 2012

Kedai Makan Best Di Melaka

Hari ni nak share kedai makan yang best di Melaka yang saya suka dan wajib pergi kalau tekak meronta-ronta ingin dipenuhi.



 




Pertama, kedai Puteri Era Roti John. Huh!!! Memang sedap. Lain la dari roti john biasa. Sebab nya roti nya digoreng dulu dengan telur siap-siap. Ni roti digoreng secara keseluruhan tau. Rampahnya pun terasa mencucuk-cucuk sampai ke tekak. Hahahhahha. Betul tak tipu.


Lokasi terletak berdekatan dengan Hospital Putera. Kalau sesat cari balik Hospital Putera. Pusing-pusing kat situ jugak. Kedai dia jenis kedai R&R. Ada 2 baris. Sebelah sini peniaga Melayu. Sebelah sana peniaga cina.


Harga pulak sangat lah berbaloi-baloi. 1 batang roti john spesial RM5. Gambar di bawah 1/2 batang je tau. 1/2 batang makan sorang memang kenyang macam makan nasi. Harga roti john biasa saya tak tahu sebab tak pernah order.


Dannnnnn air buah gelas besar cuma RM2 sahaja. Percaya la. We all selalu order segelas je. Memang besar. Gambar lupa pulak nak amik. So, biasa nya saya akan order 1 batang roti john spesial + air buah gelas besar = total RM7 je untuk makan 3 beranak. Murah kannnnn.... Dan sedapppp!!!


Bisnes start pukul 6 petang and tutup pada hari Selasa. Kena la hafal sebab takut kecewa kalau pergi kedai tutup












Kedua popia basah. Sumpah sedap. Murah pulak tu. Ada 3 jenis filling. Udang, daging and ayam. Seketul cuma RM1. Sumpah sedap.


Kedai ni memang dari sejak arwah abah ada lagi kitorg suka ngeteh kat sini. Tujuan utama memang cari popia basah. So bila datang sini mesti teringat kat arwah abah.

 
Terletak kat Ujong Pasir. Ala kedai ni memang popular menjual kuih muih. Gila banyak kuih muih Melayu kat sini. Betul-betul kat tepi jalan. Parking memang penuh. Nasib baik kalau dapat. Sebelah nya ada surau. Surau apa entah namanya tidak la saya ketahui.


Pelanggan memang ramai. Cina, Melayu, India, pelancongggg. Memang ramai. Duduk pun kena kongsi meja. Tapi saya hanya suka makan popia basah nya sahaja. Kuih-kuih lain kalau teringin baru saya amik. Kalau tak its ok.


Kena datang cepat. Kalau datang dah pukul 6 lebih sorry naik lori la. Nasib baik ada lagi. Nasib tak baik sila la balik.






Ok toke-toke kedai sekalian. Sila bagi saya komisyen atas khidmat iklan tidak berbayar di sini. Huhuhu. Atau apa salah nya setiap kali saya makan dapat diskaun berpatutan dari pihak anda. Tak gitu!!!

Oct 25, 2012

Goodie Bag Ideas

Hari ni saya nak share satu benda yang saya buat dengan keringat saya sendiri. Huhuhu.


Kebetulan saya dalam keadaan tidak bekerja waktu ini, maka banyak la masa saya untuk menggodek apa yang patut yang sesuai untuk majlis besday si kecik.


Godek-godek kat google.


So bercambahla idea nak buat goodies bag untuk 3rd besday Rayyan Adam


Dan gambar berikut pasti menceritakan segalanya. Pastinya memberi idea kepada anda juga. Murah dan cantik. Tinggal rajin dengan tidak je





 






 

Oct 24, 2012

Review Aku Terima Nikahnya





Saya adalah typical Melayu yang memang suka tengok cerita Melayu. Itu memang tidak disangkal lagi. Nak-nak lagi kalau cerita tu dilakonkan oleh pasangan pelakon yang mantop.


Masa cerita Tentang Dhia saya memang tak pernah miss 1 episod pun. Masa episod last, memang saya puas hati dapat menangis sepuas-puas hati. Gila sedih. Ni baru drama air mata.


Maka nya saya nak jugak menonton filem Aku Terima Nikahnya


Selama ni kan saya bekerja. So dengar-dengar tiket wayang hari Rabu adalah murah dari hari biasa. Cuba lah nasib. Ok la. 7 hengget. Rayyan Adam tak payah beli. 


Lain kali nak pasang strategi menonton hari Rabu je. Sebab nya tak ramai orang. Dan bila tak ramai orang, Rayyan Adam boleh je duduk free dengan senang hatinya.


Ok lets start dengan review Aku Terima Nikahnya.


OMG!!!! Banyak betul adegan peluk memeluk. Rayyan Adam ni kalau tengok benda-benda cenggini mesti dia terjerit-jerit eeeeeeeeeeeee. Lepas tu dia tutup mata. 


Memang setiap adegan mesra-mesra mesti nak peluk. Rasa nak lempang je hokey.


Part menangis pulak... Geram sebab susah nya air mata saya ni nak keluar. Saya kalau boleh cerita macam ni nak puas-puas menangis. Tapi sampai part Arlisa jumpa Johan dengan Suria and Arlisa minta cerai, ha time ni baru la air mata saya tumpah.


Biasa la. Saya ni kalau bab-bab curang memang sentap. Meroyan kejap nangis.


Part fesyen pulak. Baju and kasut Nora Danish sangat la cantikkkkkkk!!!! Eh semua cantik-cantik la. Memang filem ni main dengan color-color pastel. Hish cantik la. Dengan kain shifonnya. Memang lawa. Tapi terlebih seksi sudeyyyy


Lain-lain tak de. Tu je komen saya. 


Kbai


Masterchef Malaysia Musim Kedua

Suri rumah mana yang tak layan Masterchef Malaysia Musim Kedua?


Tak suri rumah pun layan jugak kan.


Emosi la tengok. Paling tak menahan kalau tengok masakan yang diorg masak tu meronta-ronta nak makan yang tu jugak. Kejam kan program ni. Saja buat orang kecur air liur. Nyampah.


Kebanyakan saya akan tengok siaran ulangan kerana pada waktu malam tv hak milik mutlak si kecik. Kadang-kadang je dapat tenteram kan beliau.


Kalau kebetulan tengok dengan suami terpaksa tahan telinga dengar dia pot pat pot pet. 


"Kalau nak nangis time ada yang terkeluar baik bagi semua menang. Orang tersingkir pun nak nangis"


Banyak lagi la dialog dia yang sakit jiwa kalau dengo.


Sebelum ni ramai je peserta yang tak suka dengan Che Lah. Saya suka je. Bias sebab dia dari Johor kot. Eh tapi dia ok la. Memang patut pun kalau dia gaduh dengan Joharis tu. Joharis tu je over sangat. Drama lebih. Nasib baik dah keluar. Huh!!!


Lepas tu suami saya kata patutnya Dean tu yang terkeluar. Mulut tak boleh belah. Hahahaha.


Entah saya ok je dengan Dean tu. Suka dengar kalau dia komen pasal peserta lain. Lezer yang amat. Tapi dia berterus terang. Azni pun saya suka jugak. Ah Hong. Izyan. Pendek kata sekarang ni peserta yang tinggal banyak yang saya suka. Hmmm yang mama tu pun over. Tak nak la kalau dia yang menang. Lain-lain ok je.



Suami saya komplen, nak saya serve makanan sama cantik macam Mastechef



Nah amik. Roti Pratha frozen je. Diccicah dengan Beef Keema Masala dari MyChef.
 
 


Lepas tu terkial-kial tanya... Ni nak makan nya macam mana ni. 


Hish makan je la kot. Huhuhu. Baru dapat plating food macam ni dah tergugat iman takut nak makan. Ni belum test makan kat hotel 10 bintang lagi ni.

Oct 23, 2012

Mama Nak Mee


Tu diaaaa.... Si kecik dah pandai order-order makan. Seleranya sangat lah baik. Kalau suap memang habis. 


Ni kes tengah malam dalam pukul 10 kot. Dia minta mee. Saya cakap mee tak de. Kita makan nasi eh.


Ngamuk wei. Kat dapur tu cuma ada mee hoon je. Ayam habis. Ikan bilis habis. Nak tak nak masuk jugak la dapur. Tumis bawang besar and bawang putih. Celur mee. Letak kan telur buat rencah.


Habis uols. Dah kata dia nak makan mee, nak mee la.


Dia pandai order 3 benda je.

1) Nasi
2) Mee
3) Kek


Part minta kek ni memang tak leh nak layan sangat. Kalau dia minta time tak de kek, huh tak de la maknya ni terlebih rajin nak menggodak kek. Pandai-pandai la mak bapanya pujuk supaya dia lupakan permintaan nya pasal kek.


Alhamdulilah bab lauk pauk memang tak cerewet. Dia tak suka makan lauk. Hahahaha!!! Janji ada kicap. Kalau kita suap kan ayam marah wei. Kalau nk tipu jugak lauk ayam tu saya kena lenyek-lenyekkan baru dia tak tahu. Sayur pun macam tu jugak.


Ok la... Janji dia kenyang and nak makan

Oct 22, 2012

Cara-Cara Menebus Scoop Susu Anmum Essential

Saya rasa ini lah masa yang di tunggu-tunggu oleh pembeli tegar Susu Anmum Essential.


Setiap tahun Anmum akan buat acara penebusan untuk mereka yang mengumpul scoop Susu Anmum Essential. 


Penebusan kali ni perlu disertakan sekali dengan bar kod. Sebelum ni saya memang menyimpan bar kod ni walaupun penebusan yang sebelum ni tak perlu pun bar kod. Nampaknya, gerak hati saya betul.


Sebenarnya saya dah pos scoop ni 2 minggu lepas. Tapi baru ni berkesempatan nak share Cara-Cara Menebus Scoop Susu Anmum Essential. Tapi secara bergambar la eh


Apa pun setiap penebusan maximum untuk setiap 1 borang dibolehkan sehingga 5 packs. 


Maknanya 5 scoops purple + bar kod 1.2 kg untuk penebusan 1 kotak 500gm. Maximum 5 kotak. Kalau guna 1 borang boleh pos 25 scoops purple + 5 bar kod 1.2kg/resit pembelian 1.6kg (tin)


Kalau scoop kuning pulak 1 penebusan kena pos 12 scoops + bar kod 500 gm


Dan pos sila guna pos ekspress atau pos laju ye. Kalau agak-agak lambat sampai boleh komplen kat page Anmum




Kelantan vs ATM

Sebenarnya we all laki bini dah lama tak layan bola. Seperti diketahui suami saya bukan lah peminat bola mahu pun sukan-sukan lain. Dan saya memang minat sejak dari azali lagi. Apakan daya berkahwin dengan beliau, hal-hal bola ni jatuh no akhir sekali. Huhuhu. 



Apa pun malam ni memang plan nak menonton secara puas sebab memang nak lepas kan gian. Kalau dulu masa kerja kat Key El ada jugak geng menonton bola. Hany and Aina. Bila ada game besar we all bertiga mesti update sesame kami game berkenaan. 



So, seperti biasa, kalau ada game yang ingin saya nonton pastinya menu makan malam adalah sesimple mungkin. Makan pun mesti lepas game. Sanggup u alls tahan lapar. Sepanjang game saya adalah malas nak sedia kan apa-apa juadah. 



Tak macam mak dulu. Mak memang akan buat jemput-jemut dengan the o panas untuk arwah abah and anak-anak bujang mak. Disebabkan suami saya bukan begitu, maka saya pun dengan senang hatinya berdondang sayang. 






Menu malam ni adalah sardine cap ayam. Simple dan semoga semuanya kenyang.




Tak tahu la jiran-jiran dengar ke tak we all laki bini terpekik terlolong. Saya pun tak de dengar jeritan batin dari rumah-rumah yang berkenaan. Tak macam rumah sewa dulu. Setiap rumah mesti ada satu jeritan. Ke sebab rumah sekarang ni kedap bunyi?



Sebelum game start, saya memang dah ready siap-siap dengan segala mak nenek kartun dalam laptop. Dengan harapan si kecik dapat melupakan sejenak kartun-kartun yang ada kat asteruk tu. Alhamdulialh berjaya







Pada mulanya keadaan sangat-sangat terkawal. Siap boleh buat peace kat mama. Ok la… Good boy. Nak memujuk tengok ball kena la ampu pakai baju ball. Memang malam ni mak bapak kena pandai mengampu. Ayat semua kena power. Cakap Boboiboy ni best. Upin Ipin best. Dia dah bosan buka kan pulak Hantu Kum Kum. Nasib baik mama tak bukakan Kuch Kuch Hota Hai je.



Dan beginilah keadaannya bila tamat permainan……Dalam tv perang. Luar tv pun perang


Loceng Rumah Wireless

Suami saya gedik nak beli loceng pasang kat rumah. Dia kata ada loceng yang tak payah nak pasang-pasang wayar bagai.


Saya pun iye kan je la. Saya tak minat sangat kot. Sebab nya rumah saya setingkat je kot. Orang bagi salam boleh sangat dengar walaupun sayup-sayup. Huhuhu. Tak pun mana yang kenal just calling-calling sudey.


Tapi dah dia nak beli. Beli je la bang oi. Pakai duit dia. Bukan minta bini pun. Apa pun tak boleh!!!


Di mana mahu membeli loceng rumah wireless ni? Kami beli loceng rumah wireless ni kedai menjual lampu. Rasa-rasa nya kalau kat kedai-kedai elektrik pun ada kot menjualnya. Ada jugak yang saya baca, kedai hardware pun ada jugak jual


Berapa harga loceng rumah wireless ni? Harga loceng rumah wireless ni kami beli RM70 untuk 1 set. 1 set ada 1 loceng (dipasang di luar rumah) dan 2 alarm alert yang perlu dipasang pada plug dalam rumah. Benda ni kena pakai karen la kekdahnya. Tapi rasanya tak tinggi sangat kot bik elektrik kitorg sejak pakai benda alah ni.


Muzik dia kita boleh tukar-tukar sebab ada macam-macam muzik. 


Yang loceng kat belah luar tu pakai bateri tau. So memang tak melibatkan wayar langsung.


Jarak loceng rumah wireless ni saya tak tahu la kalau untuk rumah 2 tingkat berkesan ke tak. So far rumah saya boleh dengar sampai dapur. Ala rumah pendek je pun. Jadik la....


Nak tengok gambar loceng rumah wireless ada seperti di bawah. Semuanya suami saya pasang sendiri. 






Oh ye cover tidak termasuk dalam set. Cover tu suami saya beli kat kedai elektrik. Belas-belas je kot harganya. Tak ingat




Close up rupa paras loceng ni dari luar rumah




Ni la yang saya kata alarm alert tu (sebenranya tak tahu nama sebenar dia apa). So, benda alah ni la yang akan berbunyi kalau ada orang press loceng kat luar tu. Muzik ada macam-macam. Pilih je dengan menekan lampu yang menyala tu. Jangan risau. Bil elektrik tak tinggi sangat.



Biasanya kalau saya keluar rumah atau pergi mana-mana loceng ni akan ditutup. Kitorg hanya akan pasang bila ada kat rumah je. Kalau setakat saya duduk sorang-sorang siang hari kat ruang tamu saya akan tutup. Ni salah satu langkah penjimatan bil elektrik la kan



 







Oct 19, 2012

Sotong Goreng Tepung




Ni la kegilaan saya sekarang. Memakan sotong goreng tepung adalah satu keindahan. Dah beberapa kali menggoreng benda alah binatang lembut ni. Beli tak banyak pun. Peti ais kecik la katakan.


Ala buat pun masa suami pergi kerja. Tak mo kasik dia makan. Huhuhu. Gila kejam bini nya ni.


Tak de la... Dia memang tak suka sotong dengan udang. Makan tu makan. Tapi tak de nampak keghairahannya.


So lebih baik saya makan time dia pergi kerja. Malam masak la makanan yang dia suka makan. Tak gitu.

Luka





Ni la cabarannya bila anak semakin membesar. Bila dah jumpa sepupu sepapat sedara mara yg cenonit semua, dia pun nak jugak join. Berlari sana, berlari sini. Susah nak kawal. Terpekik terlolong mak nya ni macam tarzan.


Tapi tak de la nak salah kan siapa-siapa pun. Budak-budak kan. Masa umur cenggini la tengah nak cergas menunjuk aksi stunt.


Nak tak nak gugur jugak jantung ni anak dah berdarah. Bila dia tak nampak luka tu ok je. Bila dia tengok terus terliuk lentok lemah longlai kononnya sakit sangat la!!! Auta je lebih.


Minta-mintak la tak tinggal kesan parut. Umur baru 3 tahun nak oi. Tak mo la parut-parut ni. Tak comel hokey!!!!


Oct 18, 2012

My Kek Cawan DecoDeco

Assalamualaikum.

Hari ni just nak share gambar deco deco saya bersama kek cawan.

Practice makes perfect














Oct 16, 2012

Misi Mencari Swimming Suit

Misi mencari swimming suit telah pun bermula... Rayyan Adam tidak pernah ada baju mandi. Saya memang ada hati nak beli sebelum ni. Ye lah suami rajin bawak we all mandi manda tak kira la air terjun ke, water theme park ke, tapi dia memang tak pernah ada.



Entah la... Bila nak beli je mesti saya cakap mahal la. Lain kali lah beli. Lagi pun dia kan boy. Budak lelaki ni pakai spender je kalau mandi. Tu dah dikira sopan dah pun. Dada nampak terdedah pun apa ada hal.



Sampai la masanya teacher dia minta swimming suit. Huhuhu. Setiap hari Jumaat taska akan ajak budak-budak main air. Tu dikira kelas renang la. Dah teacher minta. Nak kata apa. Beli je la.


Ingat nak beli yang seluar je. Ayah nya pulak nak tutup dada bagai. Layan kan je. Dia dulu tak dapat nak pakai. Bagi anak melaram jadik la





Mula-mula cari kat Mydin. Banyak baju perempuan. Ada pun cuma seluar jek untuk budak lelaki. Terus lari ke AEON plak. Ada banyak.... So misi mencari adalah harga paling termurah. Huhuhu. Gila kedekut.



So ini la rupa gayanya swimming suit Rayyan Adam. Unisex. 45 hengget. Lelaki ke perempuan ke boleh pakai. Esok kalau ada adik umur macam ni dah tak payah beli lain. Pakai je abang nya punya. Itu pun kalau elok lagi