LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Oct 22, 2012

Kelantan vs ATM

Sebenarnya we all laki bini dah lama tak layan bola. Seperti diketahui suami saya bukan lah peminat bola mahu pun sukan-sukan lain. Dan saya memang minat sejak dari azali lagi. Apakan daya berkahwin dengan beliau, hal-hal bola ni jatuh no akhir sekali. Huhuhu. 



Apa pun malam ni memang plan nak menonton secara puas sebab memang nak lepas kan gian. Kalau dulu masa kerja kat Key El ada jugak geng menonton bola. Hany and Aina. Bila ada game besar we all bertiga mesti update sesame kami game berkenaan. 



So, seperti biasa, kalau ada game yang ingin saya nonton pastinya menu makan malam adalah sesimple mungkin. Makan pun mesti lepas game. Sanggup u alls tahan lapar. Sepanjang game saya adalah malas nak sedia kan apa-apa juadah. 



Tak macam mak dulu. Mak memang akan buat jemput-jemut dengan the o panas untuk arwah abah and anak-anak bujang mak. Disebabkan suami saya bukan begitu, maka saya pun dengan senang hatinya berdondang sayang. 






Menu malam ni adalah sardine cap ayam. Simple dan semoga semuanya kenyang.




Tak tahu la jiran-jiran dengar ke tak we all laki bini terpekik terlolong. Saya pun tak de dengar jeritan batin dari rumah-rumah yang berkenaan. Tak macam rumah sewa dulu. Setiap rumah mesti ada satu jeritan. Ke sebab rumah sekarang ni kedap bunyi?



Sebelum game start, saya memang dah ready siap-siap dengan segala mak nenek kartun dalam laptop. Dengan harapan si kecik dapat melupakan sejenak kartun-kartun yang ada kat asteruk tu. Alhamdulialh berjaya







Pada mulanya keadaan sangat-sangat terkawal. Siap boleh buat peace kat mama. Ok la… Good boy. Nak memujuk tengok ball kena la ampu pakai baju ball. Memang malam ni mak bapak kena pandai mengampu. Ayat semua kena power. Cakap Boboiboy ni best. Upin Ipin best. Dia dah bosan buka kan pulak Hantu Kum Kum. Nasib baik mama tak bukakan Kuch Kuch Hota Hai je.



Dan beginilah keadaannya bila tamat permainan……Dalam tv perang. Luar tv pun perang


May 16, 2012

Hoki

Ok ok satu Malaysia dah tahu Malaysia menang hoki remaja. Memandangkan game main kat Melaka, so kita tak nak la lepas kan peluang tengok secara live. 


So merancang la dengan anak-anak sedara saya pada hari kejadian.





Semangat hokey!!! Siapa kata ada anak tak boleh bawak anak masuk stadium. Rayyan Adam sangat memahami. Ramai je mak bapak menyorong stroller malam tu



Yee!!!! Malaysia menang!!!!


Ni anak sedara saya. Habis je game penonton terus menyerbu padang bersorak. Termasuk la si baju biru ni. Aku risau je kalau budak ni kena tangkap dengan polis. Wakakakaka!!!




Aug 3, 2011

Safee Sali Dan Rakan Macam Monyet

Pagi tadi dengar berita kat Hot FM. Marah wei!!!! Saya sebagai rakyat Malaysia sangat marah dengan isteri salah seorang pemain Singapura yang menggelarkan Safee Sali dan seorang rakannya macam monyet semasa perlawanan antara Malaysia dan Singapura tempoh hari.




Safee suruh isteri pemain tu minta maaf. Saya tak ingat sape nama isteri pemain tu. Tapi yang saya dengar nama nya ialah Melayu. Kalau dah Melayu maknanya Islam kan. So, tergamak nak gelar kan orang macam tu???




Korang dah menang boleh la nak cakap macam tu. Dah menang dah la. Ye memang kitorg kecewa. Tapi akuu sikit pun tak marah kat player Harimau Malaya tu tau. Tapi aku marah kau cakap rakyat Malaysia sama dengan haiwan.



Serius aku marah!!!

Jul 25, 2011

Malaysia Aummmmmm

Malaysia Aum
Malaysia Aum
Malaysia Aum
Aum Aum Aum !!!!




Ketika menonton adalah semasa berbuka menggantikan puasa tahun lepas. Emosi ok tengah-tengah makan tu. Apa pun saya adalah rakyat Malaysia yang bangga dengan team Malaysia. Walau apa pun yang terjadi selepas ini saya tetap dengan pendirian saya yang saya sokong 100% pemain Malaysia.




Aksi saya ketika perlawanan berlangsung ialah



  • Tangan dan kaki saya sejuk. Exited ok
  • Dada saya berdebar-debar. Serius. Jugak sebab exited
  • Setiap masa saya menjerit. Tindakan ini membuatkan Rayyan Adam ketakutan sebab mendengar jeritan saya. Kesian kat budak tu. Dah la dia pun suka tengok bola. Tapi jadi takut tengok mama dia dah naik hantu. Dok peluk nenek je. Takut hantu terjah dia. Hahahahha





Untuk akan datang, saya tak halang anak saya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan. Hahaha kau. Tiba-tiba nak anak jadi pemain bola sepak ye. Eh betul la. Daripada dia buat benda yang tak senonoh. Tak pandai pun tak pe. Janji kalau main bola tu, sekurang-kurang nya dia ada gak bakti untuk negara.



Ok. GO Malaysia GO!!!!

Jul 19, 2011

Main Badminton

Sabtu lepas anak saya kena culik dengan abang dan kakak ipar saya. Maka kami suami isteri berpeluang berhanimun. Lalalala!!!!



Then suami dan kawan-kawan nya pun menyewa la court untuk bermain badminton. Saya pun turut join walaupun tak reti main. Tapi lantak kau le. Janji aku pandai smash.



Saya sangat happy dengan aktiviti macam ni. Biasa nya kami suami isteri hanya main dekat court padang depan rumah je. Tapi faktor angin dan faktor Rayyan Adam yang suka membuat kacau bilau, membuat kan kami tak main betul-betul. Main-main jek. 






Kebanyakan kawan suami saya umur nya baya-baya abang saya. Errrkkk tapi diorg bahasa kan diri diorg aku engkau je dengan saya. Janggal pulak. Sebab macam abang-abang kan. Tapi taram je la