LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label FILEM. Show all posts
Showing posts with label FILEM. Show all posts

Oct 24, 2012

Review Aku Terima Nikahnya





Saya adalah typical Melayu yang memang suka tengok cerita Melayu. Itu memang tidak disangkal lagi. Nak-nak lagi kalau cerita tu dilakonkan oleh pasangan pelakon yang mantop.


Masa cerita Tentang Dhia saya memang tak pernah miss 1 episod pun. Masa episod last, memang saya puas hati dapat menangis sepuas-puas hati. Gila sedih. Ni baru drama air mata.


Maka nya saya nak jugak menonton filem Aku Terima Nikahnya


Selama ni kan saya bekerja. So dengar-dengar tiket wayang hari Rabu adalah murah dari hari biasa. Cuba lah nasib. Ok la. 7 hengget. Rayyan Adam tak payah beli. 


Lain kali nak pasang strategi menonton hari Rabu je. Sebab nya tak ramai orang. Dan bila tak ramai orang, Rayyan Adam boleh je duduk free dengan senang hatinya.


Ok lets start dengan review Aku Terima Nikahnya.


OMG!!!! Banyak betul adegan peluk memeluk. Rayyan Adam ni kalau tengok benda-benda cenggini mesti dia terjerit-jerit eeeeeeeeeeeee. Lepas tu dia tutup mata. 


Memang setiap adegan mesra-mesra mesti nak peluk. Rasa nak lempang je hokey.


Part menangis pulak... Geram sebab susah nya air mata saya ni nak keluar. Saya kalau boleh cerita macam ni nak puas-puas menangis. Tapi sampai part Arlisa jumpa Johan dengan Suria and Arlisa minta cerai, ha time ni baru la air mata saya tumpah.


Biasa la. Saya ni kalau bab-bab curang memang sentap. Meroyan kejap nangis.


Part fesyen pulak. Baju and kasut Nora Danish sangat la cantikkkkkkk!!!! Eh semua cantik-cantik la. Memang filem ni main dengan color-color pastel. Hish cantik la. Dengan kain shifonnya. Memang lawa. Tapi terlebih seksi sudeyyyy


Lain-lain tak de. Tu je komen saya. 


Kbai


Jul 14, 2012

Ice Age 4

Malam tadi kami bertiga hang out dengan kawan-kawan suami saya dengan anak bini diorg sekali la. Lately geng diorg rajin la nak bawa anak bini outing sama-sama sambil isteri-isteri ni pun saling berkenal-kenalan. Saya ok and diorg pun ok. Best je tambah-tambah kenalan ni.


So, acara nya tengok wayang. So, pilihan movie kena la movie berbentuk kekeluargaan memandangkan semua anak kecik-kecik cenonit lagi kan. 


Eh ada jugak kawan suami saya yang bujang menjoin. Diorg pun ok je and sporting. Kadang-kadang ada yang bawak awek. Dan awek nya pun ok. Maksud ok pada saya ialah, masing-masing tak malu nak berborak. Biasa la perempuan ni kan lambat sikit panas bila jumpa orang baru.


Tapi setiap kali keluar ni je pun kawan-kawannya. Kira macam dah kamcing la.


Maka nya ber hang out la kami di Dataran Pahlawan. Tengok Ice Age 4. 3D. Best la. Rayyan Adam pun happy. Yang penting mood dia ok, mama sakit kepala pun jadi ok jugak


Cerita ni best. Tapi panggung wayang kat Dataran Pahlawan ni tak best la. Entah saya tak suka maybe sebab kecik and saya menonton dalam keadaan mendongak. Saya lebih suka kat Jusco Melaka or depan MBMB tu. Tapi dah diorg nak tengok 3D sini je yang ada masa ni. Layan je la...




Rayyan Adam exited sebab ada ELI. ELI kan binatang kesayangannya


Nampak tak budak kecik tu sibuk nak buat peace. Tapi mata tengok lain. Ralit tengok ELI



Cermin mata tu lakonan semata-mata. Rayyan Adam tak nak pakai benda alah tu. Dia rimas. Takut jugak mata dia rosak. Hish. Belum masa nya la bawak dia tengok yang 3D ni. Besar sikit nanti dia nak kot. Apa pun Rayyan Adam sangat baik dan tak susah kan mama and ayah sepanjang malam tu. Good boy sayang



Balik nya diorg nak pergi makan Yong Tau Foo kat Pulau Gadong. Eh ye? Hentam je la.


Oh suami saya memang kena bahan je dengan saya. Ye la. Kalau bini nya yang ajak makan benda alah ni, di uwek uwek kan je. Wah... kalau kawan dia yang ajak, pandai pulak makan!!!!


Geram nya tu, dia boleh pulak telan dengan kadar yang banyak. Konon nampak macam sedap je. Pada hal kalau kita yang nak makan dicebir-cebir bibir tu.


Masa makanan sampai saya nak bahan lagi. Tapi suami saya buat muka bagi hint jangan bahan dia lagi. Dia takut kawan dia kecik hati. Huh!!! Hati kawan nak jaga konon....


Eh tapi sedap tau makan kat sini. Ada sup semua. Nasi lemak kukus pun sedap. Serius sedap. Patut la ramai orang. Lain kali boleh la pergi lagi. Memandangkan laki aku pun tiba-tiba je pandai makan benda alah ni kan....


Gambar makanan tak mampu ditangkap sebab perasaan malu telah menguasai. Huhuhu. 

Apr 17, 2012

Batteleship


Jumaat lepas mencuba nasib mentry masuk panggung wayang bersama anak kecik. Filem pilihan pertama ialah The Wrath Of Titans. Memandangkan waktu tayangan filem tersebut adalah sudah dihadkan. Maka pilihan seterusnya ialah Battleship.


Serius best woooo cite ni. Rasa macam nak tengok lagi. Mana tak best nya. Main perang-perang dengan alien. Hish, kalau ada 3D lagi real seyyyy!!! Suka sangat dengan Rihana. 


Lepas tu masa tengok cerita ni rasa, bestnya kalau kawen dengan navy. Hahahha. Waklu!!! Jangan tak tahu, masa saya dah tunang, ada navy nak masuk line tau. Hahahhaha. Perasan...


Percubaan pertama kami adalah berjaya. Rayyan Adam adalah sangat berkelakuan baik di dalam panggung wayang. So, siapa kata ada anak kecik tak boleh tengok wayang. Lalalalala!!!!!! Salah ye puan-puan sekalian alam....


Oh ye lepas ni dah senang la kerja mama and ayah Rayyan Adam nak dating masuk dalam panggung wayang. Anak kami begitu memahami jiwa mak bapak nya. 


Dulu-dulu nenek ada nak tolong jaga. Sekarang, beliau juga telah menjoin kami. Seawal usia 2 tahun 7 bulan dah masuk wayang. So, anak anda bagaimana pula?


May 23, 2011

Review Nur Kasih The Movie oleh ~aSFaLiZa~

Dek akak bias dek. Akak memang suka cerita ni dek. Mestilah akak kata sedap. Tapi 1 jek akak tak puas hati dengan Khabir Bathia. Ni memang tak puas hati tahap cipan. Kenapa Adam masa tua sangat lah tak hensem. Tak sesuai langsung ok!!!! Serius tak kena orang tua tu dengan Adam yang macho tu. Ni yang akak nak marah ni!!!





Ok, we all laki bini tengok cerita ni hari Sabtu sebab hari Jumaat malam ada hal. Kawan baik suami menikah. So, delay keesokan harinya. Plan nak tengok pukul 8.45 malam. Tapi dah ada notis kat situ Nur Kasih The Movie delay 1 jam. Terus amik tiket pukul 7 malam dan start mestilah pukul 8 malam kan.





Kitorg tengok kat Melaka Mall. Tup-tup anak Kak Ana mesej cakap pelakon-pelakon Nur Kasih ada kat Dataran Pahlawan. Siot betul tak tengok kat MP masa tu. Well, kitorg tak suka tengok kat sana sebab kena bayar parking. Kalau kat Melaka Mall free je parking. Dan-dan anak Kak Ana kata Tiz cantik lah. Remmy macho lah. Fiz hensem lah. Eeeeee... geram tau!!!




Berbalik kisah tiket pukul 8 tadi kan. Kata je delay 1 jam. Tapi sampai sejam setengah. Manusia jangan cakap lah. BUkan main ramai lagi gamaknya. Suami siap cakap, dah macam nak tengok cerita Tamil. Ni kalau delay sampai 2 jam, kat India dah kena bakar panggung dah ni. Eh tapi memang nak bakar pun panggung tu. Bukan main lambat lagi. Orang dah bersesak dah ni.





Satu lagi hal. Ni boleh lah dikategorikan filem keluarga. Mana tak nya. Atuk, nenek, cucu, jiran tetangga semuanya ada dalam panggung tu. Masa ni saya dah tak sedap hati dah. Jangan ada budak  nangis sebelah aku melalak buat spoile mood aku dah la. Alhamdulilah. Mana-mana budak yang nangis or yang tak reti duduk diam berjaya saya tepis. Saya berjaya menjalankan misi menonton secara menangis guling-guling.





Komen pasal cerita ni, start dari awal cerita memang air mata ni murah sangat lah mengalir. Sedih sangat. Saya pun tak sedar air mata keluar dengan sendiri. Kenapa? Kenapa? Why? Why? Ha macam tu lah tahap sedihnya. Akak kan ratu air mata dek.




Pengaruh orang sebelah yang dok gelak-gelak tengok aku nangis, sikit pun aku tak heran. Siapa lagi? Laki aku la tu. Pandai cakap ni cerita bohong lah. CErita tipu lah. Lepas tu cakap dah tua Nur jadi gila lah. Eeeee geram tau tengok dengan orang tak tahu nilai cinta agung macam ni.




Keluar panggung, pelik kenapa ramai orang tengok saya. Saya tanya kat suami, kenapa? Dia jawab, dah mata merah macam tu siapa yang tak tengok. Entah apa-apa tengok cerita bohong nangis sampai macam ni sekali.





Buat anda-anda yang berniat mahu menonton filem ini, sila bawa tisu banyak-banyak. Saya dah get ready dengan towel kecik Rayyan Adam yang memang sedia ada dalam hand beg. Tu je lah pesanan penaja saya. Sekian untuk kali ini.

May 20, 2011

Sabar Ya Nur Kasih


Sekarang tengah cuba menyabarkan diri daripada membaca apa-apa review pun daripada sesiapa yang dah tengok Nur Kasih The Movie.




Malam ni nak cuba nasib kalau ada tiket midnite. Lepas tu dek kerana belum gaji, nak bagi tahu suami duit tu saya pinjam dari mak. Ok kan tipu sunat.




Hati sekarang memang tengah menggelitik nak tengok. Berdebar-debar siot. Mahu tak berdebar. Nak menangis secara pukal ni. Mesti puas hati dapat nangis sambil hentak-hentak kaki.




Sejak drama Nur Kasih ni ditayangkan, saya tak pernah termiss 1 episod pun. Semuanya tak pernah ditengok secara ulangan. Semuanya live dari TV3. 




Masa tu tengah mengandung. Dan-dan orang kata aku letak nama anak Adam sebab terpengaruh tengok cerita Nur Kasih.




So, kita tunggu la pulak review dari ~aSFaLiZa~. Nanti kan ye. Nurrrrr...Ya Nurrrr Kasihhhhh. Baca secara versi nyanyian ye.

May 10, 2011

Pontianak Mandikan Kak Limah


Serius kelako tengok gambo ni. Dua-dua pun hantu. Dua-dua pun pontianak. Hahahahaha!!!!


Kredit gambo Oh Bulan

Apr 4, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Malam minggu laki bini berdating berjimba joli tengok wayang. Rayyan Adam sila duduk diam-diam kat rumah dengan nenek ye. Nanti mama bawak sayang jalan-jalan pulak.




Filem pilihan tentu-tentu lah filem yang ramai orang tengok and kata sedap. Kalau ramai kata tak sedap saya tak tengok. So, try cuba nasib lah tengok Merong Mahawangsa.




Welllll memang sedap pun. Tapi kan. Saya ni suka sejarah. Tapi kenapa saya tak kenal Merong Mahawangsa. Masa ending cerita, siap tanya dengan suami. Dia ni bapak Parameswara la kan. Hahahha!!! Serius tak kenal. Tapi nama selalu lah dengar. Dengan Langkasuka nya.




Lepas ni nak google Hikayat Merong Mahawangsa pulak. Nak baca habis-habis. Baca pasal sejarah ni syok tau. Dulu saya lebih suka belajar Sejarah daripada belajar BI. Time BI mesti tidur. Tapi time Sejarah sampai cikgu puji buku nota saya paling kemas. Kata minat. Cikgu puji sebab saya je yang tak tidur. Orang lain ramai tidur.




Info 1 : T- shirt - hadiah besday dari Marlia. 
Info 1 : Sweeter - hadiah besday dari Aina.
Saja nak tayang pakai hadiah baju baru. Huhuhu




Kesimpulannya cerita ni memang best. Pelakonnya semua nya pandai berlakon. Pengarah pun pandai mengarah. Saya pulak penonton memang pandai lah menonton. Sekian.



Siapa nak bercuti ke New Zealand tengok ni I call for being the outrageous type because I can’t wait to go rafting in Chirstchurch, NZ. Book your holidays today! #AAXNZ 

Jan 18, 2011

Khurafat - Shamsul Memang Hensem




Siapa dah tengok cerita Khurafat? Angkat tangan!!!



Khurafat best sebab Shamsul hensem. Boleh gitu? Eh tapi memang best lah. Tak sia-sia ajaran bapak dia. Memang menjadi lah kali ni. Cumanya ni baru filem kedua dia yang saya tengok. Yang 1st dulu KL Drift kot. Best gak. Sebab excident dia real. Tak macam Impak Maksima. Kartun je lebih.



So, nak cakap pasal Khurafat ni kan. Siapa yang penakut tu tak payah la pergi tengok. Buat gugur jantung je. Memang la ada takut yang terkejut-terkejut. Tapi tak banyak sangat. Dia memang takut lah.



Sekurang-kurangnya kan, cerita ni mengingatkan saya tentang mati tau. Tak caya, pergilah tengok. Eh ni kalau berani je tau boleh tengok. Kalau tak berani tak payah lah. Kan dah kata tadi. Takut.



Then kan, sebab apa saya kata Shamsul hensem. Sebab nya part yang dia menangis meratap jenazah dia yang dah mati tu kan. Oh berjaya meruntun jiwa saya yang cengeng ni. Kan dah kata saya ni ratu air mata. Memang saya menangis lah masa part yang tu. Entah-entah saya sorang je kot yang nangis masa part tu. Masa tu betul-betul lah menghayati rupa paras Shamsul yang hensem tu. Maknanya kan dia berjaya kan dalam lakonan tersebut.



Oh satu lagi nak bagi tahu. Meh la sokong cerita Melayu. Ye tahu cerita luar pun best jugak. Saya pun layan jugak. Cuma tak payah lah terlalu taksub sangat sampai kata filem Melayu ni entah apa-apa. Tu je la kot pesanan penaja.


Dec 22, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah Peminat Cerita Melayu Tegar

Harap maaf sebab tajuk terlalu panjang sebab tajuk cerita pun dah panjang. Jujurnya saya ni peminat cerita Melayu tegar tau. Tapi kalau kat tv tu bukan takat cerita Melayu, cerita Cina (Isnin-Jumaat pukul 6 petang), cerita hindustan, cerita tamil pun aku layan tau. Even dah tak de cerita sangat, layan jugak lah dokuntari ke, dunia jam 10 ke.



Ok, back to story. Suami promote lah kan cerita Hantu Kak Limah ni kat kawan-kawan dia. Pung pang pung pang kata cerita ni best. Lawak gila lah bagai la. Untuk pengetahuan suami saya ni bukan kaki tv macam saya. Dia tak tahu pun perkembangan artis or drama or pasal hiburan ni. Tak kira la hiburan Malaysia ke, luar negara ke. Dia cuma kenal yang popular-popular je. So, bila dia tengok Kak Limah ni dia boleh jadi kenal la kan siapa yang berlakon. So, nampak la kan betapa pengaruh Kak Limah kat sini.



Then, feedback kawan dia - aku tak minat la cerita Melayu.



Wah!!! Sentap makcik dengar. Sombong seh. Kau tak tengok lagi, kau dah cakap macam tu. Beb jangan la lupa daratan. Ye aku tahu ada jugak cerita Melayu yang merapu or mengarut. Contoh macam cerita 2 Alam yang orang dok pukul canang tu. Ha yang tu boleh la kalau kau nak komen sebagai aku tak minat tengok cerita Melayu. Ni cerita yang rata-rata orang kata best.



Setakat ni saya tak jumpa lagi lah komen negatif pasal Hantu Kak Limah ni. Ye tahu. Kadang-kadang dalam cerita ni ada jugak yang tak logik. Contoh si Usop yang tetiba boleh lari sebab nampak hantu. Tapiiiiiii!!!! Kau tahu tak benda tu lawak? Serius lawak. Semua orang ketawa sampai nak terberak. Kau ingat senang ke nak buat orang ketawa. Atleast bila buat benda yang tak logik tapi kelakar, manusia normal mesti ketawa.



Hish tak kisah lah kan orang yang tak suka tengok cerita Melayu ni. Tapi jangan optimis sangat. Kita ni Melayu. Ada benda yang berkualiti walaupun cerita lawak apa salah nya kita sokong. Kita duduk kat Malaysia. Kita sokong lah barang tempatan. Even bukan baju or harta benda brand-brand. Tapi filem ni produk kita tau. Produk Malaysia.



Dah sekian terima kasih. Ikhlas dari peminat cerita Melayu tegar-hanya untuk cerita-cerita berkualiti macam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dec 20, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah



Menonton wayang cerita ini dalam keadaan penat dan mengantuk. Terasa bagai tak rugi membeli tiket berharga 10 hengget. Tak nak komen banyak. Serius cerita ni melampau best. MELAMPAU ok MELAMPAU!!!. Sepanjang meononton, saya jadikan pawagam itu kepunyaan saya. Peduli apa aku orang nak kata aku mengilai kat situ. Hahahaha... Wei !!! Mamat Khalid!!! Apasal kau buat cerita ni sedap sangat. Maaf la kepada pembaca semua. Komen saya adalah bias. Bias merujuk kepada TERLAMPAU SEDAP SAMPAI RASA NAK MAKAN JE KAK LIMAH DENGAN GENG KAMPUNG PISANG. Cer cite cer cite cer cite!!!! Bangang punya Kak Limah. Gila ropenya kamu. Patutlah semua bomoh pun kalah. Hahaha... Ropenya bukan hantu. Habis dikokaknya semua orang.

Dec 9, 2010

Ngangkung


Nngankung katanya filem pecah panggung, tapi saya pecah punggung. Tak dinafikan cite ni memang sentap. Tapi nak buat macam mana. Menonton sambil hati adalah tidak stabil. Jadi kosentrasi cuma ada 25% sahaja. Selebihnya hilang. Tak tahu pergi mana. Niat menonton mahu lenyapkan kegundahan. Ok lah. Ketawa la jugak. Karang kata gila pulak tak ketawa tengok cerita kelakar. Bila 25% saja yang boleh dianggap menonton, maka nilai bintang juga tidak diketahui untuk dianugerahkan kepada filem ini. Terasa entry ni berunsur merepek. Main taip je. Kalau panjang umur next week mahu mencuba Hantu Kak Limah Balik Rumah pula. Mana tahu kegundahan ini akan hilang sekelip mata. Tingggg!!!! Tengok ada mentol kat kepala

Jun 5, 2010

Lagenda Budak Setan Bahagian I

Lagenda Budak Setan Bahagian I filem wajib tonton. Biar lah orang nak kata saya kolot ke apa ke, tengok cerita Melayu. Lantak lah. Aku ni memang berjiwa Melayu yang tengok cerita yang tak meleret-leret. Marilah sokong produk tempatan.



Nama pun novel terlaris di Malaysia. Saya dah agak dah ramai gila penonton. Dan penontonnya dah tentu-tentulah umur-umur saya. Dah di kalangan kami yang membaca novel tu. 



Akhirnya seperti yang dijangka filem ni berjaya merentap jiwa nestapa. Memang saya dah tahu di mana aksi-aksi yang akan saya menangis. Sememangnya saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Hahaha.... Habis baju suami berfungsi sebagai pengelap air mata. Walaupun mata suami memaksanya menonton, tapi saya dah tak peduli dah dengan perasaan dia. Saya lebih pentingkan watak-watak dalam cerita tersebut.



Secara peribadi saya puji semua watak dalam cerita tu sebab saya amat-amat mengenali watak-watak yang berada dalam novel. Paling saya puji yang berjaya menjiwai watak ialah Que Haidar dan Fazura. Dua-dua pelakon ni tahu menjiwai watak Azmi dan Katerina.



Air mata saya paling laju ketika perpisahan Kashah dengan Ayu. Then, masa Azmi belasah Ayu. Oh ni paling sedih. Sedihnya tengok perempuan tak berdaya kena belasah. Dan apabila kemuncaknya yang saya nanti-nantikan waktu Ayu meninggal ketika bersalin. Ye, saya tahu saya akan menangis ketika ini. Sedangkan membaca novel saja sudah nangis, apatah lagi melihat keadaan sebenar di dalam cerita. 



Tapi satu je yang pengarah ni mungkin terlepas pandang. Sepatutnya masa Ayu nak bersalin, waktu nilah dia ingat semula siapa diri dia. Dan dia pelik kenapa dia berada dalam bilik tu. But it's okey. Memang puas hati lah tengok cerita ni. Puas hati sebab dapat nangis gila-gila punya.



Now, saya akan tunggu untuk Bahagian II pulak. Dan saya yakin Fazura akan berjaya dengan watak Katerina. Ni lepas ni kalau sambungan dia suami tak nak tengok pun tak pe. Pergi sorang-sorang pun tak pe. Hmmmm rasa macam nak tengok lagi lah. Hehehhehe...Ada siapa-siapa nak join....
 


Ha tengok lah. Percaya tak saya kata... Gila ramai orang sampai nak amik gambar sorok-sorok pun malu




Jun 4, 2010

Filem Lagenda Budak Setan




Malam ni paksa suami tengok filem Lagenda Budak Setan. Saya memang antara peminat setia novel ni dan peminat setia Ahadiat Akashah. Boleh dikatakan setiap watak dalam novel ni saya ingat. Kashah, Ayu, Azmi, Katerina bla bla bla. Paling sadis dan tak boleh belah masa Ayu mati beranak. Okey nama pun ratu air mata kan. Sah-sah la baca novel pun nangis.



Ni malam ni tengok kalau tak sedap siap lah!!! Saya tak kenal sangat pengarah filem ni. Tapi, kau jangan nak buat spoiled mood aku nak tengok cerita ni. Kau buat cerita ni tak sedap memang la aku kutuk kaw kaw punya.


Feb 2, 2010

Adnan Sempit

  "I don't want banana fruit two times"


KAKAKAKA. Lawak bangang betul lah cerita ni. Dahlah tengok midnight dengan suami. Ngantuk-ngantuk pun kena ketawa sebab Adnan tu buat lawak yang memang wajib ketawa.Ahmad Idham harap-harap lepas ni produce la cerita-cerita yang ada msg macam ni. Jangan keluarkan cerita sampah legi yek.