Memandangkan novel Ahadiat Akshah telah pun difilem kan lagi. Kali ni nak bagi tahu kat semua orang kampung yang saya ada sebahagian besar novel beliau.
Sangat tak sabar mahu pergi menonton Untuk 3 Hari. Tapi saya kecewa sangant-sangat rupanya novel Untuk 3 Hari tiada dalam simpanan saya. Frustttt!!!
Dan itu lah sahaja novel Ahadiat Akashah yang telah saya miliki sejak saya darjah 6 lagi. So tumbesaran saya di sekolah bergelumang dengan novel-novel beliau. Ye saya sangat suka baca novel-novel di atas secara berulang kali.
Saya memang seorang pembaca novel. Kenapa??? Tak percaya kah???
Kalau saya rajin saya upload lagi novel-novel dari penulis kegemaran saya ye. Saya bias bab penulis novel. Saya hanya akan baca novel dari penulis kegemaran saya sahaja. Once saya baca novel dia sedap sampai rasa macam nak makan, saya akan ulang-ulang baca novel tersebut dan akan cuba dapatkan novel lain dari penulis yang sama tersebut.
Pendek kata, saya ada taste saya sendiri la...Bukan main baca je.
Hmmm... Jangan tak caya ye, saya boleh baca cerita yang sedih medih ni sampai nangis tau. Tak payah pergi jauh. Novel lagenda Budak Setan tu pun berjaya mengalirkan air mata saya ni.
Oh ye, novel adalah antara harta yang saya paling saya sayang sebagai koleksi peribadi saya. Saya sangat serik dan berdendam terhadap sesiapa yang pinjam novel saya tapi tak pulang.
Ramai ok yang pinjam tapi tak pulang. Tak kira la kawan ke, sedara mara ke.... Serius aku ingat sampai bila-bila korang tak pulang kan novel aku!!!!


