LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 5, 2010

Lagenda Budak Setan Bahagian I

Lagenda Budak Setan Bahagian I filem wajib tonton. Biar lah orang nak kata saya kolot ke apa ke, tengok cerita Melayu. Lantak lah. Aku ni memang berjiwa Melayu yang tengok cerita yang tak meleret-leret. Marilah sokong produk tempatan.



Nama pun novel terlaris di Malaysia. Saya dah agak dah ramai gila penonton. Dan penontonnya dah tentu-tentulah umur-umur saya. Dah di kalangan kami yang membaca novel tu. 



Akhirnya seperti yang dijangka filem ni berjaya merentap jiwa nestapa. Memang saya dah tahu di mana aksi-aksi yang akan saya menangis. Sememangnya saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Hahaha.... Habis baju suami berfungsi sebagai pengelap air mata. Walaupun mata suami memaksanya menonton, tapi saya dah tak peduli dah dengan perasaan dia. Saya lebih pentingkan watak-watak dalam cerita tersebut.



Secara peribadi saya puji semua watak dalam cerita tu sebab saya amat-amat mengenali watak-watak yang berada dalam novel. Paling saya puji yang berjaya menjiwai watak ialah Que Haidar dan Fazura. Dua-dua pelakon ni tahu menjiwai watak Azmi dan Katerina.



Air mata saya paling laju ketika perpisahan Kashah dengan Ayu. Then, masa Azmi belasah Ayu. Oh ni paling sedih. Sedihnya tengok perempuan tak berdaya kena belasah. Dan apabila kemuncaknya yang saya nanti-nantikan waktu Ayu meninggal ketika bersalin. Ye, saya tahu saya akan menangis ketika ini. Sedangkan membaca novel saja sudah nangis, apatah lagi melihat keadaan sebenar di dalam cerita. 



Tapi satu je yang pengarah ni mungkin terlepas pandang. Sepatutnya masa Ayu nak bersalin, waktu nilah dia ingat semula siapa diri dia. Dan dia pelik kenapa dia berada dalam bilik tu. But it's okey. Memang puas hati lah tengok cerita ni. Puas hati sebab dapat nangis gila-gila punya.



Now, saya akan tunggu untuk Bahagian II pulak. Dan saya yakin Fazura akan berjaya dengan watak Katerina. Ni lepas ni kalau sambungan dia suami tak nak tengok pun tak pe. Pergi sorang-sorang pun tak pe. Hmmmm rasa macam nak tengok lagi lah. Hehehhehe...Ada siapa-siapa nak join....
 


Ha tengok lah. Percaya tak saya kata... Gila ramai orang sampai nak amik gambar sorok-sorok pun malu




4 comments:

Ena said...

waaaaaaaaaaaa..

nak tengok jugakkkk..

sob sob sob..

~aSFaLiZa~ said...

Ena : meh tgk. nti habis

cik daisy said...

akak pun pengikut setia novel2 akashah dulu. tp serius dah lupa jln citer novel2 tu. hahaha!

~aSFaLiZa~ said...

kak d : ala akak ni ada ke blh lupa. hahahha... actly, as dgr byk gak komen negatif pasal filem ni. cuma bagi as, kita tak leh nak espect benda sama atr filem n novel. yg penting jalan cerita tetap sama dan tak lari tajuk. ni komen bias tau. sbb as peminat ahadiat akashah. hahaha