LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 12, 2011

Big Bad Wolf Books


Now kat Maeps ada jualan buku besar-besaran yang murah-murahan gamaknya. Bayang kan harga yang biasa kita beli kat mana-mana kedai buku puluh-puluh harganya, boleh dapat serendah RM3 di sini. Percaya? Sila lah percaya.




Bagi anda-anda yang hobinya adalah membaca, berbaloi-baloi melabur duit di sini. Cer sebut apa genre yang anda gemar? Pasti anda tidak kecewa.




Dan yang pastinya, sebelum saya datang, saya telah target berapa RM yang saya wajib laburkan di sini. Dan juga saya telah fokus apakah yang wajib saya beli. Alhamdulilah segalanya tidak terlari bajet. Selamatttttt....



Tapi!!!! Ada hati tau nak pergi lagi!!!! Macam mana ni????



Apa ye yang saya target?

  • Children - Of course for Rayyan Adam + Hadiah besday for husband punya anak sedara hujung bulan ni + Hadiah jugak for my anak sedara just for suka-suka je nak bagi sebab kita takde anak girl lagi. So macam berkenan pulak buku girl ni

  • Novel - Of course for me as reward untuk diri sendiri jek

  • Cooking Book - Reward untuk mak. Huhu. Mak suka buka resepi. So memang target nak cari resepi desert. Kena cari resepi yang lain dari yang lain. Nanti-nanti kalau saya rajin pun boleh jek pakai buku tu nak buat desert ke apa ke. Itu pun kalau rajinnnnn.....


Balik kerja terus zasss ke Maeps. Nak ke lokasi ada tram yang disediakan sebab tempat parking kereta adalah jauh



Sebelum pergi sudah buat survey dulu apa yang perlu dilakukan. Huhhu!!! So, bebagasi la kita dalam tu yek nanti. Pilih, masuk dalam beg, then bayar. Setelllll




Gambar adalah disnap oleh orang pekinson



Muka seorang pembaca yang puas!!! Balik pun dah malam. Bayang kan duduk dalam tu adalah tidak sedar diri. Sedar-sedar hari dah malam. Percaya? Sila lah percaya.





Ini bukan hak milik saya seorang ye. Ini adalah hak milik kesemua kami yang pergi tadi yang disumbat di dalam ini bagasi




Dan yang ini baru lak hak milik mutlak saya seorang.




Only 5pcs for Rayyan Adam. Harga RM3-RM6. Tidak lebih dan tidak kurang. Kebanyakan yang saya beli memang betul-betul mengikut umur dia dan juga apa yang dia minat. So far takat ni, Rayyan Adam minat dengan kenderaan. Maka buku bergambar kenderaan la yang saya fokus.




This is reward untuk diri sendiri. 1pc only RM8. Percaya? Sila lah percaya!!!


Ini adalah saja suka-suka nak kasik anak sedara saya yang umur nya 3 tahun. Sebab nya dia budak perempuan yang dah start berangan melaram. Huhuhu. Ala dulu kita pun macam tu jugak kan main pondok-pondok. Harga buku RM8






Hujung bulan ni ialah besday anak sedara suami. Jadik sekali arung je beli hadiah nya kat sini. Setelll



Hasil kiriman opismate. RM5




Resepi desert untuk mak. Mak saya ialah pengumpul buku resepi ye puan-puan. Mesti dia exited ni



Free book mark








Nasihat saya :

  • Pakai lah selipar
 
  • Bawaklah apa-apa troli untuk tampung buku yang banyak kalau anda rasa anda mahu memborong
 
  • Kawal keghairahan anda jika anda memang adalah seorang pembaca yang membaca. Huhuhu. Kat sini boleh hilang kawalan ok



Pendek kata, mulai dari hari ni, pagi makan buku, tengah hari makan buku, petang makan buku, malam pun makan buku. Duit dah habis ni macam mana ni. Kena tunggu next gaji la pulak

6 comments:

munna said...

murahnya...patutlah tgk mzhany memborong sakan kat sana

Mak Su said...
This comment has been removed by the author.
Mak Su said...

membaca mmang happening tau. mana tau satu hari nanti, asfaliza bakal menjadi penulis pula. moh ler baca buku novel pertama maksu kanak-kanak. genre kanak-kanak :)

Unknown said...

munna : ya allah betul kak mmg murah. tu sbb menggila nk memborong nya


maksu : dgn rendah diri nya maksu saya mmg ada cita2 nak menulis. cuma tak jumpa rentak. dan saya mmg ada byk koleksi novel sejak dr sekolah rendah lagi. cuma gnre kanak2 je lum try baca lagi. maybe sbb bukan jiwa saya kot. huhuhuu. rasa mcm nk try baca novel maksu tu la

~Queen Q~ said...

akak.. ade buku women are from mars, men from venus x?

Unknown said...

queen Q : ala takde la sayang. sory ek