Ok gangguan makhluk halus ni sebenarnya katanya wujud ye?
Last week kan kami balik kampung sebab ada kerja kawen sedara mak. Dan kebetulan pulak Rayyan Adam terkena gatal-gatal (sembota-bintat besar-besar)
Dah bawa pergi klinik. Doktor kata mungkin Rayyan Adam alahan tempat tidur yang ada hama. Maybe la kan. Then dalam masa yang sama, faktor cuaca pun satu hal. Cuaca sekarang ni, doktor kata, kejap hujan, kejap panas. So, takut badan dia tak boleh terima cuaca yang tak menentu ni.
Pergi klinik sudah. Gatal-gatal tu masih ada lagi. Tapi hanya pada waktu pagi sahaja. Tengah hari akan surut sikit. Petang dan malam langsung tak de. Adalah pelik ok.
Makanya, kami semua mula berfikir waktu-waktu badan Rayyan Adam terkena gatal-gatal tersebut.
- Rumah sedara saya tu memang betul-betul di kawasan kubur. Before ni memang saya tak de masalah dengan kawasan ni. Ye la. Dah nama rumah sedara mara semua nya kat sini. Sepupu sepapat memang kebanyakannya duduk sini. Pendek kata, kalau nak pergi rumah adik beradik mak, memang akan lalu kawasan kubur ni. Tanah perkuburan ni ialah tanah perkuburan orang-orang Islam yek.
- Kami sampai rumah sedara saya tu lebih kurang pukul 8.30 malam. Rewang dulu malam tu. Dalam pukul 12 tengah malam baru balik. So, keadaan masa tu memang dah tengah malam.
- Waktu nak balik, Rayyan Adam mengamuk-ngamuk tak nak balik. Ok benda ni memang tak pernah terjadi. Pelik lagi sekali sebab dia tak pernah macam ni. Kami fikir, dia tak nak balik sebab suka sangat main dengan ramai kawan masa ni. Dan sekarang macam terdetik, dia ada kawan lain la pulak
- Keesokkannya gatal-gatal ni muncul kat badan Rayyan Adam. Bintat besar-besar ok. Dan memang saya adik beradik panggil sembota. Orang luar mungkit gegata atau gata-gata kot.
Bukan nak percaya karut. Tapi Rayyan Adam kecik lagi. Dia tak mampu lagi nak lawan penyakit yang pelik-pelik ni. Dia kecik sangat. Hmmm... Tak salah ye nak mencuba cara lain supaya dia cepat baik. Ye. Rayyan Adam memang tak merengek pun. Dia steady. Dia cool. Hope dia cepat baik dan sihat-sihat saja.
4 comments:
haa...gegata tu baru la penah dengar..
Bawak la berubat cari alternatif lain takut makin merebak...
Kita tak nampak, budak2 nampak.
Memang betul la tu. Sbb die kecik lg
nadia : hehhehe... igt kan tahu
JS : tu yg takut dia nampak pelik2
PR : risau sbb dia kecik lagi kan. hmmm
Post a Comment