Rayyan Adam dah masuk hari ke 4 kena sembota. Mula-mula hari Sabtu hari tu naik ruam jek. Sapu cream econozine.
Esoknya Ahad terus jadi macam sembota.
Sembota ni kalau yang tak tahu, macam bintat tapi besar-besar. Lepas tu banyak.
Rayyan Adam kena kat perut. Belakang. Peha. Hmmm. Mak mana tak risau ye tak?
Yang bagus nya Rayyan Adam tak nangis or nak garuk-garuk tempat yang gatal tu. Kata pun boy. Mesti lah kena cover hensem.
So far takat ni apa yang kami buat, sapu dengan bawang putih. Sapu bedak gatal. Sapu krim econozine. Dan satu lagi petua dari opismate, sapu dengan kunyit campur garam.
Oh ye. Petang ni, suami balik kerja akan bawak dia ke klinik. Maybe amik antibiotik la kot biasa nya dengan ubat tahan gatal. Biasa nya la.
Actly, penat kitorg fikir apakah punca dia kena sembota ni.
- First saya fikir sebab Sabtu tu Rayyan Adam ada makan ubat cacing. Nak kata alergik ubat cacing, ni dah kali kedua dia makan. Before ni ok je. So skip la punca yang ni kot
- Then, Jumaat tu jugak kitorg balik kampung and tidur rumah abang saya. So, of coz la tidur pakai tilam yang dah lama tak pakai. Tapi beralas. Bukannya tak alas
- Mak pulak kata, takde punca. Mak cakap, benda ni kalau nak kena, kena jugak. (ok ni adalah pemikiran orang tua)
Hope everything is ok. Budak nak besar ni macam-macam ye gayanya. Cepat sembuh ye sayang. Jangan buat mama risau. Mama jauh ni.
Kalau kawan-kawan ada patua, dengan rendah dirinya saya mintak share yek. Mana la tahu menjadik petua kawan-kawan.
6 comments:
Semoga cepat sembuh!!! Anak tak sihat mak pon pening kepalakan.
semboyan ngn sempoa aku thau la beb...huhu ;)
sembota ni 1st time aku dgr nih...mugkin org ganu gune prkataan lain kot
first time gak dengar perkataan sembota ni..hehe
first time kak munna dgn sembota...apa2 pun semoga rayyan cepat sembuh
ye laa...1st time gak dgr sembota ni...mcm mna rupa dia ?
JS : tu la. mmg pening ni
hany : aku sokmo dgr sembonia jek. kehkehkeh
nadia : aik org johor pun tak tahu ke
munna : hehhehe... nnti saya explain ye kak apa tu sembota
siti : rupa dia bintat besar-besar dan banyak kat bahagian badan. dan adalah gatal
Post a Comment