LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 10, 2011

Murtabak Singapura



Kalau kat area Johor memang popular la Murtabak Singapura ni. Dia lain dari murtabak biasa tu tau. Masa kecik-kecik dulu memang biasa makan Murtabak Singapura ni. Bila dah sambung belajar kat Terengganu, jumpa style murtabak lain, macam pelik pulak. Pada hal Murtabak Singapura ni yang lain dari yang biasa.



Biasanya Murtabak Singapura ni akan dimakan cicah dengan sos dan timun. Maverles....



Sekarang ni, kalau teringin sangat-sangat nak makan, time balik kampung mesti singgah kat Restoren Murtabak Singapura kat Muar kat area Tanjung Agas. Ala siapa-siapa orang Muar tahu la kat mana kedai ni. Kat tepi jalan tu je kat traffic light. 



Kadang-kadang tu perut tak lapar pun. Tapi sebab nafsu, singgah la makan.



Dari kecik saya memang selalu singgah restoren ni. Tu yang tahu tu. Arwah abah yang bawak.



Harga dia berbaloi-baloi


Kecik RM6 (1-3 orang) Kalau saya dengan suami je order yang ni cukup
Besar RM10 (2-3 orang) Kalau saya, suami dengan mak order yang ni
Special RM16 (Tak sure berapa orang boleh makan, sebab tak pernah test)


~Ni harga kat restoren ni je tau. Restoren lain tak tahu berapa~



Kalau area Air Hitam tu pun banyak jugak restoren yang jual Murtabak Singapura ni. Kalau puan-puan pergi sana nak bershopping, kalau nak cuba, ada je kedai-kedai yang jual. 




Ala tapi kat area KL pun rasa nya dah banyak orang jual Murtabak Singapura ni kan. Cuba la. Sedapppp....

4 comments:

SiTi said...

owhh mcm ni ke rupanya...xde inti ye

~aSFaLiZa~ said...

siti : inti dia luar dan dalam.

mzhany said...

sedappp nom nom nom...

aiezza sue said...

laaa..ye ke,rugi plak tak beli aritu ada jual kat Param..mcm tabur2 serunding kat atasnye..erk?