LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts

Jan 22, 2013

Jemput-Jemput



Perangai Abang Long nampak gaya nya sudah ikut jejak langkah mama masa kecik-kecik.


Ye saya kecik-kecik dulu kalau mak goreng jemput-jemput mesti keluarkan bawang ngan ikan bilis tu. Tak suka. 


Tapi kalau mak buat yang kosong pun tak suka jugak. Maybe tak rasa sangat harumannya kot kalau kosong je.


Start pandai makan segala khazanah dalam jemput-jemput tu masa dah sekolah menengah kot. Sampai la sekarangggg....


Ni anak bujang pun dah mula ikut. Sumpah tak ajar. Dia pandai sendiri keluarkan segala mak nenek yang ada dalam jemput-jemput tu.


Style family saya memang buat jemput-jemput wajib letak dua benda ni. Ikan bilis ngan bawang. Nak nak makan dengan teh o panas. Mantop!!!!   


Jan 9, 2013

Coconut Shake Batu Berendam

Mari nak share tempat makan mana lagi yang best kat Melaka. Ekceli ni bukan la kedai makan sangat pun. Sebab yang fofular nya air minumnya.


Coconut shake Batu Berendam. Syokk wooo. Time haus minum mahu berdesing kepala otak sebab sejuk sangat.


Harga adalah tidak ingat. Tapi orang ya ampun... Bukan main ramai lagi. Beratur ye uols kalau nak beli. Kalau duduk minum situ kena tunggu jugak la giliran sebab tempat duduk terhad.


Lokasi terletak betul-betul kat tepi jalan. Dekat-dekat simpang nak pergi Sungai Putat. And dekat dengan Family Store Batu Berendam. Juga dekat sangat dengan air port Batu Berendam.


Ada jugak la makanan yang dijual. Macam goreng pisang, cempedak goreng, nugget sume la. Nasi lemak, rojak pun ada kot   







Dan paling special bila mana ada tambahan air kelapa free uols. Ha minum puas-puas. Air kelapa free ni kalau duduk minum kat situ ler. Tapi kalau dah minum coconut shake dah kenyang dah pun. Nak tambah yang free ni pun tak tergamak sebab kenyang dah minum yang berbayar. Tak tahu la perut orang lain

Nov 19, 2012

Putu Bambu Juriah, Ayer Hitam



Ayer Hitam of course la hometown saya kan. Apa yang istimewa kat Ayer Hitam ni selain dari pasu-pasu nya yang lawa or syurga membeli belah untuk bakal pengantin ialah putu bambu yang dijual oleh makcik Juriah.


Family kitorg memang kenal la satu sama lain. Nama suami makcik ni Wak Yan. Lama dah tak jumpa diorg. Memang dari saya sekolah makcik ni dah start jual putu bambu. Dulu cuma gerai kecik tepi jalan je tau. Lama-lama maju. Nak-nak bila ni adalah makanan favorite Sultan Johor. Lagi lah ramai pelanggan nak merasa apa yang istimewa nya.


Ikut kan saya ni tak de lah minat sangat. Biasa-biasa je. Tapi, suami saya ni bukan main suka lagi makan putu bambu kat sini. Setiap kali balik Aitam dia mesti nak makan. Dah jadi acara wajib kalau balik kampung.


Tapi memang sedap lah kalau orang yang minat makan putu bambu ni. Harga 1 pack (politstrin) RM2.50 rasa nya. Ada berapa tak pulak saya pasti. Harga ni pun saya tak pasti gak. Sebab biasa bukan saya yang beli. Huhuhuu.


Nak beli ni kena lah sabar ye. Memang ramai orang yang beratur. So siapa pandai, siapa cepat dia dapat. Harap bersabar..... 



Oct 29, 2012

Kedai Makan Best Di Melaka

Hari ni nak share kedai makan yang best di Melaka yang saya suka dan wajib pergi kalau tekak meronta-ronta ingin dipenuhi.



 




Pertama, kedai Puteri Era Roti John. Huh!!! Memang sedap. Lain la dari roti john biasa. Sebab nya roti nya digoreng dulu dengan telur siap-siap. Ni roti digoreng secara keseluruhan tau. Rampahnya pun terasa mencucuk-cucuk sampai ke tekak. Hahahhahha. Betul tak tipu.


Lokasi terletak berdekatan dengan Hospital Putera. Kalau sesat cari balik Hospital Putera. Pusing-pusing kat situ jugak. Kedai dia jenis kedai R&R. Ada 2 baris. Sebelah sini peniaga Melayu. Sebelah sana peniaga cina.


Harga pulak sangat lah berbaloi-baloi. 1 batang roti john spesial RM5. Gambar di bawah 1/2 batang je tau. 1/2 batang makan sorang memang kenyang macam makan nasi. Harga roti john biasa saya tak tahu sebab tak pernah order.


Dannnnnn air buah gelas besar cuma RM2 sahaja. Percaya la. We all selalu order segelas je. Memang besar. Gambar lupa pulak nak amik. So, biasa nya saya akan order 1 batang roti john spesial + air buah gelas besar = total RM7 je untuk makan 3 beranak. Murah kannnnn.... Dan sedapppp!!!


Bisnes start pukul 6 petang and tutup pada hari Selasa. Kena la hafal sebab takut kecewa kalau pergi kedai tutup












Kedua popia basah. Sumpah sedap. Murah pulak tu. Ada 3 jenis filling. Udang, daging and ayam. Seketul cuma RM1. Sumpah sedap.


Kedai ni memang dari sejak arwah abah ada lagi kitorg suka ngeteh kat sini. Tujuan utama memang cari popia basah. So bila datang sini mesti teringat kat arwah abah.

 
Terletak kat Ujong Pasir. Ala kedai ni memang popular menjual kuih muih. Gila banyak kuih muih Melayu kat sini. Betul-betul kat tepi jalan. Parking memang penuh. Nasib baik kalau dapat. Sebelah nya ada surau. Surau apa entah namanya tidak la saya ketahui.


Pelanggan memang ramai. Cina, Melayu, India, pelancongggg. Memang ramai. Duduk pun kena kongsi meja. Tapi saya hanya suka makan popia basah nya sahaja. Kuih-kuih lain kalau teringin baru saya amik. Kalau tak its ok.


Kena datang cepat. Kalau datang dah pukul 6 lebih sorry naik lori la. Nasib baik ada lagi. Nasib tak baik sila la balik.






Ok toke-toke kedai sekalian. Sila bagi saya komisyen atas khidmat iklan tidak berbayar di sini. Huhuhu. Atau apa salah nya setiap kali saya makan dapat diskaun berpatutan dari pihak anda. Tak gitu!!!

Sep 6, 2012

Ikan Bakar Parameswara

Hari Selasa Puan dapur adalah pemalas. Berusaha  memujuk Tuan dapur makan di luar. Jalan punya jalan sampai lah kami ke Pernu. Tak de niat pun nak makan ikan bakar. Tapi boleh pulak kereta parking kat kedai ikan bakar. Entah. Taram je la.


Prosesnya macam biasalah kalau kedai ikan bakar ni. Pilih ikan, timbang and order nak masak apa. We all amik ikan siakap paling kecik. Order masak 3 rasa. Sotong amik untuk sorang makan goreng tepung. Baby kailan kecik. Tu je la kot....



Ikan Bakar Parameswara. Parameswara kau nama menahan


Yang ni buah ni konfiden je we all ingat free. Ye la. Tak order. Tapi ada orang hantar. Tengok semua meja ada. Huhuhu. Gila jakun. Rupanya bukan free hokey. 4 hengget sepinggan. Kalau tahu tak makan. Ye la. Saya ni bukan suka makan buah sangat kot. Memang tak habis pun makan buah ni. Geram la tengok strategi diorg ni meniaga.  Kita tak order tak payah la hantar kot. Ni main letak je kat meja. Huh!!!



Tak faham kenapa kedai makan ikan bakar kat Melaka kebanyakannya akan ada nasi lemak sebagai menu utama nak makan dengan ikan bakar. Tak kena je kan



Ni pun macam tak puas hati gak kot. Ke aku yang jakun. Kita order masak 3 rasa dulu-dulu mana ada orang letak lada hitam kan. Ni memang terserlah rasa lada hitam. Tengok gambar pun dah tahu memang banyak lada hitam dia letak. Spoil tau nafsu ni




Ni boleh la... Sotong goreng tepung. Boleh la....


Kitaorg ni memang jarang makan ikan bakar sebab suami saya kurang suka makan ikan bakar yang bulat-bulat dibakar and makan dengan air asam tu. So memandangkan suami tak suka. Dan sebab tu la ikan tu we all order masak 3 rasa. Suami memang tak nak ikan bakar. So jarang la masuk tempat yang cenggini. Tu yang kalau nak order macam tercangak-cangak macam orang jakun. 



Bil semua sekali RM53.50. Diskaun 50 sen.. Jadikla... Apa pun sedap la makannya. Habis je we all makan. Lapar kot. Huhuhu

Jul 16, 2012

Chicken Foldover


Malam pesta muda mudi. Bertemasya dan menyanyi. Lalalalla!!!!


Apa ingat muda mudi je yang boleh bertemasya. We allss anak beranak pun mahu bergumbira. Memandangkan McD ada tawaran buy 1 free 1. Makanya tidak ketinggalan lah mahu mengenyangkan perut.


Rasanya Chicken Foldover ni dah bertahun-tahun kot tak keluar. Dulu saya memang suka bangat dengan menu ni. Eh tapi kali ni macam tak berapa best sangat la. Ke tekak aku yang dah tak berapa elok.


Siapa rasa nak makan lebih dari satu, boleh la print tiket kat bawah ni. Tunjuk je. Tapi air order lain la. Best nya McD ni selalu buat offer buy 1 free 1.



Sebelum balik tu we all lepak-lepak dulu depan McD sambil-sambil tengok kereta lalu lalang and layan si kecik tu main lari-lari. 


Malam minggu biasa la ramai je yang nak berlumba. Daripada motor kapcai sampai la berlumba kereta. Depan MBMB ni memang tempat biasa orang berlumba.


Dari jauh dah dengar dah enjin sebuah kereta mengaum. Mahu memotong sebuah kereta lain yang lebih laju. Tak dapat potong kanan, potong kiri. Tanpa disedari ada sebuah kereta dengan kelajuan biasa berada di lorong kiri.


Apa lagi... Bunyi break yang panjang dah tahu dah si pemilik kereta laju tu dah habis tekan dah break nya. Padah membawa berlumba. Ini lah akibatnya. Habis dihentam nya kereta tak bersalah yang berada di lorong kiri tadi.


Nasib baik bukan berada di kawasan parking area McD. Kalau tak, makin ramai lah yang menjadi mangsa keadaan orang yang berlumba.


Pendek kata. Pada muka!!! Tapi kesian dengan kereta yang dihentam tu. Sudah berhati-hati tapi tetap jadi mangsa keadaan kerakusan orang lain.


Oh saya gigil ketika itu sebab benda terjadi di depan mata kepala sendiri. Alhamdulilah tiada yang tersepit. Tapi hati saya yang tercedera sebab terperanjat. Huh!!!

Jul 11, 2012

Windmill Again

Tengah hari semalam tiba-tiba nampak lelaki hensem datang tempat kerja saya. Rupa-rupa nya lelaki hensem tu suami sendiri. Ahaks!!!


Macam terkejut la kan. Rupanya beliau nak lunch kat Windmill depan sini je dengan kawan-kawannya. Saya pun, eh nak ikut lah... Suami kata, ramai tau semua lelaki. Saya cakap ala tak pe lah.


Masuk restoren tersengeh-sengeh la saya macam kerang busuk. Malu sebenar nya. Nak tangkap gambar pun serius malu gila. Kalau kamera DSLR tak pe jugak. Ni takat kamera hp. Malu lagi.


Saya makan pun sangat bersopan. Ikut kan hati nak kekoh je tulang belulang kambing tu. Apa kan daya, saya berhadapan dengan rakan-rakan seperjuangan suami


Huhuhu.. Ok la sebelum melalut lebih jauh...Layan je la gambar secara serang hendap di bawah. Ni je yang mampu dicuri



Jul 10, 2012

KFC Flaming Crunch

Minggu lalu mak telah membelanja kami anak beranak makan ayam goreng. Hahahaha. 


Mak cakap cenggini. Malam ni tak payah masak. Mak nak belanja makan ayam goreng. Biasak la orang tua akan panggil restoren KFC ni kedai ayam goreng.


So mencuba la kami tempat yang baru bukak kat Ayer Keroh. 24 jam. Sebelah nya ada Pizza Hut. Senang la dekat dengan rumah kalau tetiba lapar tengah malam.


Mak ni kan jenis nya, kalau nampak saya bermuram durja dirundung masalah, dia akan sedaya mungkin layan anak nya ni. Maklum lah. Emak mana nak tengok anak nya sedih kan. Pada hal aku ni pun dah jadi mak. Tu la untung siapa ada mak lagi. Boleh syer emosi.


Eh ayam KFC yang ada bertih jagung ni kan tak best sangat la. Pedas tu dah best. Tapi tak berapa nak sedap ada jagung jagung ni. Macam muak je. Si kecik tu janji dapat mainan dia senyap la tak menggelupur sangat nak main kat gelungsur tu. Dah tu satu hapa pun dia tak nak makan. Dia cuma nak makan kentang goreng je. Kita amik kentang dia kedekut ya ampun






Gambar we all laki bini je tak de. Dah tak menyabo masing-masing lapo. Masa ni kan ternampak sepupu suami kerja kat sini tau. Tapi dia tak nampak we all. Kalau tak mesti we all dapat seketul dua ayam goreng free. Macam kat McD Dataran MBMB tu pun ada gak sepupu dia. Hahahaha. Selalu je dapat benda free kalau main kenyit-kenyit mata. Eh diam-diam sudah la cite ni ek

Jun 20, 2012

Buah Naga




Ni sesaja beli sebab nak sedap kan tekak mak. Mak sekarang susah betul nak makan. Tu sebab badan jadi lemah tak bermaya. Selalu saya akan paksa makan apa je yang ada kat rumah tu. Kena tazkirah dulu kat telinga nya. Kalau tak memang dia suka layan kan badan dia and perasaan yang tak nak makan  tu. Geram la kita ni. Karang sakit lagi susah.



So, kalau ada benda yang dia suka, saya akan beli la. Bila kita dah beli mesti dia nak tak nak kena makan jugak. Ye lah.. Mak ni jenis nak jaga hati anak-anak jugak. Anak-anak dah susah payah sediakan, dia makan jugak walau sikit.



Mak kena sihat-sihat je tau. Jangan nak fikir-fikir sangat hal dunia and anak-anak ni. 

Jun 19, 2012

Kambing Bakar Tempayaki Batu Berendam

Jumaat lepas mengambil kesempatan ber lunch bersama suami tercinta.


Meround la kat area Batu Berendam. Suami park motor kat kedai Coconut Shake yang sedap tu. Rupanya kat sebelah nya tu ada satu kedai Melayu jual Nasi Kambing Panggang. 


Kedai nya tepi jalan je. Kambing nya dibakar pun kat tepi jalan je. Oh ayam nya dibakar dalam tempayan tau. Unik la kan menu dia.


Saya order set Nasi Kambing Bakar Tempayaki + Air Barli = RM 12
Suami order set Nasi Ayam Bakar + Air Barli = RM 6


Nasi Ayam Bakar



Nasi Kambing Bakar Tempayaki



Air Barli Ais




Lokasi : Betul-betul bersebelahan dengan kedai coconut shake Batu Berendam

Owner : 100 % Melayu bukan Arab


Komen positif : Sedap wei!!! Serius sedap. Ayam sedap. Kambing pun sedap. Sos dia semua sedap. Sos lada hitam. Sos cili semua sedap. Harga pun mampu beli la...


Komen negatif : Ni kalau tuan punya kedai baca boleh la baca like komen membina ye. Nasi nya sikit la. Suami saya yang tak kuat makan pun kata tak cukup untuk tampung perut dia. Kuantiti lauk semua ok. Memadai. Tapi nasi sikit. Kuantiti nasi kena la memadai dengan harga dan lokasi. Lokasi pun bukan ada air cond pun. Tepi jalan je kot.



So orang Melaka... Sila-sila la cuba kedai ni. Pasti anda tak menyesal. Pesanan free dari saya. Huhuhuhu. SEDAP!!!!


May 15, 2012

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil - 050512

Assalamualaikum...


Alhamdulilah setelah 5 purnama bermalam di rumah hasil titik peluh kami suami isteri, dapat juga berkongsi rezeki bersama kaum keluarga, jiran-jiran dan jemputan lain.


Plan asal nak buat kecil-kecilan je kot. Alhamdulilah ramai jugak jemputan yang sudi hadir. Terutama pada jiran-jiran baru yang baru berkenal-kenalan.


Niat saya memang nak panggil anak-anak yatim sekaligus nak jamu la diorg. Yang urus kan menda ni suami. Ye la. Saya kan kat KL. Mana sempat nak menerjah rumah anak yatim. Tapi rupanya yang datang pelajar tahfiz dari madarasah kat area Kandang. Ada dalam 30 orang. Apa pun masih tetap bersyukur.


Walaupun saya mampu la jugak pakai handbag COACH, tapi apa salah nya kita buat perkara yang menuju keberkatan. Makan sedap-sedap kat restoren mewah, bercuti sana-sini kalau hati tak tenang pun tak guna jugak ye tak.




Majlis dibuat selepas isyak. Pelajar-pelajar tu kami suami isteri minta tolong adik beradik amik pakai kereta masing-masing. Dalam 9 biji kereta kot. Haila.... Tak menang tangan tuan rumah dibuat nya tau. Gambar pun cuma ada berapa keping je yang sempat ditangkap.


Masak memasak memang minta tolong kudrat kakak sendiri dan kakak ipar. Untung kan jadi adik ni. Hahahaha. Tuan rumah jadi mandor je arah sana arah sini.


Seronok masak sendiri ni. Cuma yang tak seronok, bahagian dapur tak berapa nak kemas sangat la kan. Dengan periuk belanga nya....




Menu malam tu 
  • Kari kambing
  • Ayam goreng berempah
  • Ulaman
  • Sambal belacan
Menu tambahan yang ditambah oleh mak dan Kak Ana
  • Sambal goreng (Tempe, tahu and kentang. Ni femes la kalau kat Johor)
  • Urap (Pun femes kat Johor)
  • Asam pedas sayur batang keladi




Dan syukur tangan saya pun sempat membakar rainbow cupcakes


Ini saya buat door gift la kekonon nya.... Tak sempat nak mekap kotak tu dengan reben


Of coz la apam polka dot tuan rumah kena ada jugak



Oh ye perkara yang paling membimbangkan saya suami isteri, takut sangat-sangat makanan tak cukup. Pastu mak nasihat kan saya, jangan tamak-tamak. Huhuhu. Alhamdulilah... Semua nya cukup...


Jadi sekian sahaja berita saya dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi hadir. Lain hari kita berjumpa lagi. Juga pada yang tak berkesempatan, lain hari pintu rumah sentiasa mengalu-alu kan kedatangan anda. Cewah...

Mar 21, 2012

Mar 7, 2012

Coconut Shake @Klebang

Pung pang pung pang orang kata coconut shake kat Klebang ni sedap kan. Kita pun memang selalu berjimba ke sana. Makanya mahu la jugak mencuba coconut shake yang dah masuk kat Jalan-Jalan Cari Makan ni.


Komen? Biasa-biasa je kot. Sebab saya boleh jumpa yang lagi sedap kot. Huhuhuu


Then ditambah dengan pengisar dia yang dah tumpul. So rasa la kelapa tu boleh digigit-gigit.


Makanan kat sini semuanya dah siap-siap bungkus macam nasi lemak or mee goreng. Kuih muih pun ada. Tapi alahai. Karipap tu suami kata inti angin jek. Boleh goncang woooo!!!


Kat sini ada 2 kedai. 1 provide untuk bungkus je. Ada kat tepi jalan. Beratur panjang siapa yang nak membeli. Dan 1 lagi kat dalam yang kitorg duduk ni. Ramai orang. Cina majoriti datang. 


Harga tarak ingat. Sowiiii. 





Sekarang kalau order mesti untuk dia dah segelas. I am big boy mama!!!

Mar 6, 2012

Pizza Hut Diskaun 50%

Ok disebabkan iklan yang pung pang kata Pizza Hut ada diskaun 50% mari kita menerjah apakah yang didiskaunkan tu. 


Rupanya!!! Betul ada diskaun 50%. Tapi hanya menu yang telah ditentukan untuk hari yang telah ditetapkan setiap hari. Faham ke idok ni. Tak faham mari tengok gambar di bawah. Sila la hafal


So kami mengunjung pada hari Sabtu. Yang best cuma kek tu je. Pizza tarak diskaun. So kita pilih meal 1 plus chicken wing.. Cukup lah untuk 3 beranak konon nya. Rupanya si kecik tu dah pandai makan pizza kau....


Nak mula dah aksi beliau melanting segala harta benda


Aksi 2 beranak berciomolot di khalayak ramai


Ni la yang saya order tu. Sedap wo!!!! Kek ni besar. Cukup desert untuk 2 orang makan. Tapi si kecik tu kita sorok-sorok sikit. Beliau tak boleh makan coklat sangat. Takut uwek uwek


Kan dah kata sedap. Pakkal je perut dah kenyang. Kalau tak memang kasik tambah wo!!!




So total makan 3 beranak hanyalah RM40. Ok what