LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 19, 2012

Putu Bambu Juriah, Ayer Hitam



Ayer Hitam of course la hometown saya kan. Apa yang istimewa kat Ayer Hitam ni selain dari pasu-pasu nya yang lawa or syurga membeli belah untuk bakal pengantin ialah putu bambu yang dijual oleh makcik Juriah.


Family kitorg memang kenal la satu sama lain. Nama suami makcik ni Wak Yan. Lama dah tak jumpa diorg. Memang dari saya sekolah makcik ni dah start jual putu bambu. Dulu cuma gerai kecik tepi jalan je tau. Lama-lama maju. Nak-nak bila ni adalah makanan favorite Sultan Johor. Lagi lah ramai pelanggan nak merasa apa yang istimewa nya.


Ikut kan saya ni tak de lah minat sangat. Biasa-biasa je. Tapi, suami saya ni bukan main suka lagi makan putu bambu kat sini. Setiap kali balik Aitam dia mesti nak makan. Dah jadi acara wajib kalau balik kampung.


Tapi memang sedap lah kalau orang yang minat makan putu bambu ni. Harga 1 pack (politstrin) RM2.50 rasa nya. Ada berapa tak pulak saya pasti. Harga ni pun saya tak pasti gak. Sebab biasa bukan saya yang beli. Huhuhuu.


Nak beli ni kena lah sabar ye. Memang ramai orang yang beratur. So siapa pandai, siapa cepat dia dapat. Harap bersabar..... 



1 comment:

Sherwieyna Muzzawer said...

Salam. tak pernah lagi makan putu bambu ni.ramai yang cakap sedap. teringin pula nak rasa bila baca entry awak ni..mesti sedap kan?