LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 29, 2012

Kedai Makan Best Di Melaka

Hari ni nak share kedai makan yang best di Melaka yang saya suka dan wajib pergi kalau tekak meronta-ronta ingin dipenuhi.



 




Pertama, kedai Puteri Era Roti John. Huh!!! Memang sedap. Lain la dari roti john biasa. Sebab nya roti nya digoreng dulu dengan telur siap-siap. Ni roti digoreng secara keseluruhan tau. Rampahnya pun terasa mencucuk-cucuk sampai ke tekak. Hahahhahha. Betul tak tipu.


Lokasi terletak berdekatan dengan Hospital Putera. Kalau sesat cari balik Hospital Putera. Pusing-pusing kat situ jugak. Kedai dia jenis kedai R&R. Ada 2 baris. Sebelah sini peniaga Melayu. Sebelah sana peniaga cina.


Harga pulak sangat lah berbaloi-baloi. 1 batang roti john spesial RM5. Gambar di bawah 1/2 batang je tau. 1/2 batang makan sorang memang kenyang macam makan nasi. Harga roti john biasa saya tak tahu sebab tak pernah order.


Dannnnnn air buah gelas besar cuma RM2 sahaja. Percaya la. We all selalu order segelas je. Memang besar. Gambar lupa pulak nak amik. So, biasa nya saya akan order 1 batang roti john spesial + air buah gelas besar = total RM7 je untuk makan 3 beranak. Murah kannnnn.... Dan sedapppp!!!


Bisnes start pukul 6 petang and tutup pada hari Selasa. Kena la hafal sebab takut kecewa kalau pergi kedai tutup












Kedua popia basah. Sumpah sedap. Murah pulak tu. Ada 3 jenis filling. Udang, daging and ayam. Seketul cuma RM1. Sumpah sedap.


Kedai ni memang dari sejak arwah abah ada lagi kitorg suka ngeteh kat sini. Tujuan utama memang cari popia basah. So bila datang sini mesti teringat kat arwah abah.

 
Terletak kat Ujong Pasir. Ala kedai ni memang popular menjual kuih muih. Gila banyak kuih muih Melayu kat sini. Betul-betul kat tepi jalan. Parking memang penuh. Nasib baik kalau dapat. Sebelah nya ada surau. Surau apa entah namanya tidak la saya ketahui.


Pelanggan memang ramai. Cina, Melayu, India, pelancongggg. Memang ramai. Duduk pun kena kongsi meja. Tapi saya hanya suka makan popia basah nya sahaja. Kuih-kuih lain kalau teringin baru saya amik. Kalau tak its ok.


Kena datang cepat. Kalau datang dah pukul 6 lebih sorry naik lori la. Nasib baik ada lagi. Nasib tak baik sila la balik.






Ok toke-toke kedai sekalian. Sila bagi saya komisyen atas khidmat iklan tidak berbayar di sini. Huhuhu. Atau apa salah nya setiap kali saya makan dapat diskaun berpatutan dari pihak anda. Tak gitu!!!