LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 16, 2012

Chicken Foldover


Malam pesta muda mudi. Bertemasya dan menyanyi. Lalalalla!!!!


Apa ingat muda mudi je yang boleh bertemasya. We allss anak beranak pun mahu bergumbira. Memandangkan McD ada tawaran buy 1 free 1. Makanya tidak ketinggalan lah mahu mengenyangkan perut.


Rasanya Chicken Foldover ni dah bertahun-tahun kot tak keluar. Dulu saya memang suka bangat dengan menu ni. Eh tapi kali ni macam tak berapa best sangat la. Ke tekak aku yang dah tak berapa elok.


Siapa rasa nak makan lebih dari satu, boleh la print tiket kat bawah ni. Tunjuk je. Tapi air order lain la. Best nya McD ni selalu buat offer buy 1 free 1.



Sebelum balik tu we all lepak-lepak dulu depan McD sambil-sambil tengok kereta lalu lalang and layan si kecik tu main lari-lari. 


Malam minggu biasa la ramai je yang nak berlumba. Daripada motor kapcai sampai la berlumba kereta. Depan MBMB ni memang tempat biasa orang berlumba.


Dari jauh dah dengar dah enjin sebuah kereta mengaum. Mahu memotong sebuah kereta lain yang lebih laju. Tak dapat potong kanan, potong kiri. Tanpa disedari ada sebuah kereta dengan kelajuan biasa berada di lorong kiri.


Apa lagi... Bunyi break yang panjang dah tahu dah si pemilik kereta laju tu dah habis tekan dah break nya. Padah membawa berlumba. Ini lah akibatnya. Habis dihentam nya kereta tak bersalah yang berada di lorong kiri tadi.


Nasib baik bukan berada di kawasan parking area McD. Kalau tak, makin ramai lah yang menjadi mangsa keadaan orang yang berlumba.


Pendek kata. Pada muka!!! Tapi kesian dengan kereta yang dihentam tu. Sudah berhati-hati tapi tetap jadi mangsa keadaan kerakusan orang lain.


Oh saya gigil ketika itu sebab benda terjadi di depan mata kepala sendiri. Alhamdulilah tiada yang tersepit. Tapi hati saya yang tercedera sebab terperanjat. Huh!!!