LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 16, 2012

Cabaran Menjaga Seorang Emak

Pepatah ada mengata, emak seorang boleh jaga 10 orang anak. Tapi 10 orang anak tak boleh nak jaga seorang emak. Dan alhamdulilah itu tidak terjadi pada adik beradik saya untuk menjaga seorang emak. Syukur.


Mak pun jenis tak cerewet. Maksud saya, mungkin ada sesetengah orang tua yang tak nak anak-anak jaga. Pada hal diri tu tinggal sebatang kara dah. Suami pun dah meninggal. Tapi tetap nak tinggal kat rumah seorang diri.


Mak saya pun jenis hati nya meronta-ronta nak balik rumah sendiri. Tapi dalam keadaan mak yang baru je pulih dari strok. Nak kata pulih sepenuh nya tu tak la. Atleast mak dah boleh urus diri sendiri dah boleh buat kami bernafas lega.


Nak kata cabaran tu tak lah. Nanti saya takut benda yang saya fikir jatuh berdosa pulak. Cuma terkadang saya keliru.


Macam ni. Dalam keadaan mak sekarang, mak kadang-kadang tak rasa kalau nak buang air. Paling kerap kencing la. Ni kadang-kadang je. Bila dia nak kencing, benda tu tak boleh nak ditahan-tahan. Memang banyak kejadian tak sempat sampai toilet. 


Kadang-kadang tu menitik-nitik je. Sebab mak cuba tahan. Tapi still menitik dari bilik mak ke toilet. 


Eh ini bukan merungut tau. Cuma sekadar tulisan yang saya rasa nak tulis.


Ok dah bila jadi macam ni satu hal saya kena sentiasa mop dan bersihkan lantai rumah. Ye la... Orang yang ada wuduk karang lalu lalang kat situ jugak. So, tugas saya memang kena pastikan benda ni suci kan. Mak kalau amik wuduk pun mak dah tak perasan kawasan dia bersih ke tak. Sebab pergerakan mak sudah mula perlahan. Segala-galanya perlahan. Untuk respon sesuatu keadaan pun mak akan menjadi lambat bertindak.


Pernah masa tu mak berdiri depan pintu bilik. Dia cakap dia nak kencing tapi pening nak jalan. Sudah nya, saya kata tak pe lah. Mak kencing je kat situ. Nanti orang bersihkan. 


Dan satu lagi cerita masa tu mak tidur. Tiba-tiba mak bangun dari tidur. Mak cakap dia terberak. Saya diam je la and cakap kat mak suruh bangun pergi toilet. Nanti saya bersihkan lantai ni.


Oh masa ni, mak siap minta maaf kat saya sebab dia kata dia tak sengaja. Sentap ok seorang mak minta maaf kat anak. Walhal emak la yang jaga kencing berak kita masa kecik. Berak sepah-sepah. Kita tak pulak minta maaf kat mak kan.


Jadi nya, saya berdoa dan sentiasa memohon kepada Allah supaya memberi saya peluang lagi untuk menjaga emak sebaik mungkin tanpa mengguris perasaan mak.


Memang kalau ikut perangai orang yang tak sabar, benda najis ni semua boleh buat hilang sabar. Waimah saya pun bukan la orang yang sabar. Saya mengaku kadang-kadang saya kalah dengan emosi sendiri. Paling tidak pun saya hanya akan menangis dalam bilik puas-puas. Baru la saya keluar bilik and sambung layan mak


1 comment:

Ogy Nordin said...

Jaga orang tua ni banyak kena bersabar... Kita pikir pahala dan itu mak kita sudah. Yang lain tolak tepi.