LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label RUMAH. Show all posts
Showing posts with label RUMAH. Show all posts

Apr 17, 2013

Cat Pagar Rumah

Memandangkan tiada renovate secara besar-besaran pun kat rumah ni. Mari kita sekadar melepas kan batuk di tangga sahaja je. Muhahhaha!!!


Tiba-tiba je suami kata, abang nak beli cat la. Nak cat pagar. Erkkk??? Apakah???


So ai kan isteri yang tooooaaattt katanya. Ha ye la. Dia cakap masa tu tengah makan kat sebelah kedai hardware. Tak sampai setengah jam pun berfikir color apakah yang shantek nak cat pagar.


Dia nak biru. Penyokong biru katanya. Ai pulak suka hijau. Tapi bukan sebab apa-apa pun. Memang suka hijau. 


Disebabkan tak nak dilambangkan mana-mana kumpulan pun, saya pilih turqoise. Ha senang cerita. Nak sangat color tak nak sama dengan rumah orang lain kannnn... Huhuhu.


Bila dah siap cat, lawa la jugak. Terang je rumah ni. 




Jan 15, 2013

Jiran Belakang Rumah

Huhuhu. Apa??? Ingat nak ngata jiran belakang rumah eh. Mana ada, Saya ni kan jiran yang baik. Eceh. Hahahaha. Kena la tulis yang baik-baik sebab ada jiran yang skodeng blog ni. Naya je kang tulis bukan-bukan.



Yang sebenarnya, jiran belakang rumah saya ialah kawan baik suami saya. Huhuuhu. Kawan baik masa zaman bujang suatu ketika dulu. Boleh pulak beli rumah nak berjiran jugak ye. Asalnya, we all yang beli dulu. Lepas tu agaknya suami story mory dia pun nak beli jugak. Ikutkan nak beli sebelah menyebelah. Apakan daya dah full house. Dapat betul-betul kat belakang bontot pun jadik la. Nasib baik la kan.



Kalau tak ada jugak sorang lagi nak beli sebelah rumah pada jiran belakang rumah ni (faham tak). Tapi nasib yang sorang ni tak berapa baik. Loan dia tak lepas. Kesian gila hangus deposit dia RM1000 masa tu. Kalau tak memang rumah dia jadi port bujang-bujang perasan ni melepak dengan geng lain. Sebab yang sorang ni belum kawin lagi.


Oh mari sambung cerita hal jiran belakang rumah ni. Ekceli dia baru je beberapa bulan kawin. So tengah sibuk nak pindah masuk rumah la tu. Ha dah kawin baru pulak ko gopoh gapah nak buat itu nak buat ini. Kalau tak sebelum tu memang rumah tu terbiar je tak de apa-apa barang pun. Bayar saja-saja je la kan kat bank. 


Suami siap mesej minta upah tolong cabutkan rumput. Huhuhu. Bujang la katakan. Mana hirau benda-benda macam ni.


Banyak untung nya berjiran belakang bontot rumah ni dengan kawan baik ni tau. Masa we all buat kenduri hari tu. Memang rumah dia la tempat simpan periuk belanga bagai. Cuci pinggan mangkuk pun tumpang rumah dia. Tu untungnya. 


Eh ni nanti kalau dia dah masuk rumah tak tahu la boleh ke idok nak tumpang lagi. Maklum la. Lepas ni rumah dah cantik kan. Tapi kalau dia nak tumpang apa-apa kat rumah we all ok je. Nak tumpang masak pun ok je. Janji kemas. Janji i dah tak payah masak sebab dah ada lauk free. Muahhahahha!!!



Ok la. Wife dia pun ok je. Lepas ni boleh la kita tukar-tukar lauk kan. Huhuhu. Kalau i malas masak, i pergi je rumah u tengok apa lauk ada tapau bawak balik. Tak pun terus makan je la kat rumah u. Orang Terengganu pulak tu. Yes!!!! Ada can aku nak kirim kepok leko free (nak jugak free)



Hish jarang orang yang ok boleh nak decide beli rumah di kawasan yang sama siap nak berjiran sebelah menyebelah and belakang membelakang ni kan. Suami kata, ini memang geng dia dulu masa kerja shift. Memang sekepala and jenis tak kisah sangat. Ok la tu kan. Harap-harap hubungan baik ni kekal hingga mati. Moga-moga boleh bawak ke syurga. Aminnnn....
     

Dec 31, 2012

Kegembiraan 2012 - Alhamdulilah

2012 bakal melabuh kan tirai. Meninggalkan seribu satu kenangan yang terindah dalam hidup saya. Alhamdulilah.


Banyak perkara besar yang terjadi sekitar 2012. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun banyak rintangan yang dihadapi.


  • Of course tanggal 1 Januari 2012 kami sekeluarga telah berpindah masuk ke rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri masih lagi berhutang dengan bank okeyyyy. Alhamdulilah. Tarikh ini juga malam pertama kami bermalam di sini. 
 
  • Tanggal 31 May 2012 pulak tarikh akhir saya bekerja di Seri Kembangan Selangor. Sangat syukur dengan kejadian ini. Setelah hampir 4 tahun mengharungi perkahwinan jarak jauh. Dalam tempoh ini air mata menjadi sebati dalam diri. Menahan rindu terhadap suami. Menahan rasa bersalah terhadap anak sendiri. Akhirnya detik ini muncul. Walaupun secara materialistiknya telah berkurangan. Tapi percaya lah... Rezeki Allah ni luas. Jangan disempitkan dengan rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengeluh.
 
  • Dan penutup tahun 2012 dihidangkan dengan berita gembira yang dinanti. 7 November 2012 ujian air kencing saya menunjukkan tanda positif. Baby pulak sudi muncul di mata kami pada 12.12.12. Segan agaknya. Kami bakal menimang cahaya cinta kedua kami. Alhamdulilah. Doakan saya dan baby sentiasa sihat. 


Kegembiraan yang dikurniakan segalanya datang dari rezeki Allah swt. Semuanya dengan izin. Semoga saya sekeluarga tidak lalai dengan apa yang telah dikurniakan.


Walaupun ada juga detik sedih dalam hidup sepanjang tempoh ini. Tapi mari kita usaha untuk hilangkan segala stress tersebut supaya terhindar dari sebarang penyakit. Huhuhu.


And welcome 2013. Semoga rezeki kita semua melimpah ruah untuk tahun-tahun yang mendatang.... 



Oct 22, 2012

Loceng Rumah Wireless

Suami saya gedik nak beli loceng pasang kat rumah. Dia kata ada loceng yang tak payah nak pasang-pasang wayar bagai.


Saya pun iye kan je la. Saya tak minat sangat kot. Sebab nya rumah saya setingkat je kot. Orang bagi salam boleh sangat dengar walaupun sayup-sayup. Huhuhu. Tak pun mana yang kenal just calling-calling sudey.


Tapi dah dia nak beli. Beli je la bang oi. Pakai duit dia. Bukan minta bini pun. Apa pun tak boleh!!!


Di mana mahu membeli loceng rumah wireless ni? Kami beli loceng rumah wireless ni kedai menjual lampu. Rasa-rasa nya kalau kat kedai-kedai elektrik pun ada kot menjualnya. Ada jugak yang saya baca, kedai hardware pun ada jugak jual


Berapa harga loceng rumah wireless ni? Harga loceng rumah wireless ni kami beli RM70 untuk 1 set. 1 set ada 1 loceng (dipasang di luar rumah) dan 2 alarm alert yang perlu dipasang pada plug dalam rumah. Benda ni kena pakai karen la kekdahnya. Tapi rasanya tak tinggi sangat kot bik elektrik kitorg sejak pakai benda alah ni.


Muzik dia kita boleh tukar-tukar sebab ada macam-macam muzik. 


Yang loceng kat belah luar tu pakai bateri tau. So memang tak melibatkan wayar langsung.


Jarak loceng rumah wireless ni saya tak tahu la kalau untuk rumah 2 tingkat berkesan ke tak. So far rumah saya boleh dengar sampai dapur. Ala rumah pendek je pun. Jadik la....


Nak tengok gambar loceng rumah wireless ada seperti di bawah. Semuanya suami saya pasang sendiri. 






Oh ye cover tidak termasuk dalam set. Cover tu suami saya beli kat kedai elektrik. Belas-belas je kot harganya. Tak ingat




Close up rupa paras loceng ni dari luar rumah




Ni la yang saya kata alarm alert tu (sebenranya tak tahu nama sebenar dia apa). So, benda alah ni la yang akan berbunyi kalau ada orang press loceng kat luar tu. Muzik ada macam-macam. Pilih je dengan menekan lampu yang menyala tu. Jangan risau. Bil elektrik tak tinggi sangat.



Biasanya kalau saya keluar rumah atau pergi mana-mana loceng ni akan ditutup. Kitorg hanya akan pasang bila ada kat rumah je. Kalau setakat saya duduk sorang-sorang siang hari kat ruang tamu saya akan tutup. Ni salah satu langkah penjimatan bil elektrik la kan



 







Jun 25, 2012

Jurujual Yang Merbahaya

Petang Sabtu lepas lebih kurang jam 5.30 petang sedang saya bersantai-santai dalam rumah, tiba-tiba mak panggil. Mak cakap ada orang datang


Saya tengok memang betul ada orang yang tak dikenali sudah berada di hadapan pintu rumah. Mujur waktu itu grill berkunci. Kebetulan suami balik kerja lambat pulak.


Seorang perempuan muda menghulurkan salam. Saya tidak membalas huluran salam itu. Dia mengulurkan tangannya melalui grill yang berkunci. Cuba untuk membuka pintu grill tersebut


Bertanyakan, ada tak kawan dia datang semalam untuk tunjuk satu sampel apa entah. Saya tak kuasa nak tahu sampel apa. Cuma saya sedang berfikir tentang keselamatan kami semua sebab perempuan ni saya tak kenal. Dengan sewenangnya dia berkata, bukak la pintu ni dulu kak. Oh no!!! Saya langsung tidak mendekatkan diri pada pintu tersebut



Saya tak nak langsung membalas salam dia sebab saya khuatir tentang benda yang bukan-bukan. Antara nya saya takut saya dipukau melalui sentuhan. Kedua nya jika saya dengan berani membuka pintu, saya takut saya diserang jika perempuan itu datang bukan dengan maksud sebenar. Sebab nya di luar pagar rumah ada 2 orang lagi temannya menunggu dalam kereta. Jadi lebih baik saya berhati-hati dengan segala kemungkinan.



Ok memang salah saya sebab saya tidak mengunci pagar. Tapi saya sangat marah sebab perempuan ni kurang ajar masuk dalam pagar rumah saya tanpa izin. Apa salah nya kau bagi salam dari luar pagar sahaja sampai tuan rumah sedar engkau ada di luar.



Dan lagi kurang ajar bila kau cuba untuk membuka grill walaupun kau tahu grill tu berkunci. Bila saya tak nak balas salam dia, dia keluar menuju ke kereta sambil memaki saya cakap saya BODOH!!!



Dua kali dia panggil saya BODOH!!!



Aku bukan bodoh ok!!! Aku bertindak mengikut apa yang telah terjadi pada arwah nenek aku dan juga apa yang terjadi pada kawan baik aku. Sebab tu aku bertindak PANDAI dengan tidak menyentuh tangan engkau dan juga tidak membuka pintu gril aku.



Jadi memang tak salah la saya salah sangka. Kalau dia berniat baik, kenapa dia memaki saya??? Kalau dia betul datang untuk menjual, kenapa dua kali dia menempik cakap saya bodoh???



Arwah nenek saya pernah dipukau dan barang kemas yang ada dalam rumah hilang sekelip mata sahaja. Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki bertanya kan arwah kat mana rumah tukang urut. Dia cakap, tangan dia sakit sangat. Nenek saya memang tak buka satu pintu pun. Mereka bercakap melalui tingkap.



Tapi lelaki ni cakap yang tangan dia sakit sangat. Dia minta tolong nenek saya urut kan sikit je. Nenek ni pun tak sampai hati. Ye lah. Orang tua....Masa sentuhan ni berlaku la, nenek saya dah tak sedar apa yang berlaku. Sedar-sedar segala barang kemas nya dah hilang. Pada hal arwah nenek saya ni urut tangan lelaki tu kat tingkap je tau.



Kedua pulak jadi pada kawan baik saya. Masa tu kami duduk rumah sewa. Kebetulan saya tak de kat rumah. Kawan saya tu tinggal sorang. Ada sorang perempuan datang, kata nya nak cari rumah sewa. Walhal kami tak de pun plan nak cari housemate lain. Tapi benda ni semua tak sedar. Kawan saya pun pelawa masuk dalam rumah. Tetamu yang tak diundang tadi yang konon-kononnya nak cari rumah sewa tengok-tengok sekitar rumah (ye la... konon kata nak sewa rumah kan)



Maybe tak de barang berharga yang nak dirompaknya. Kawan saya kebetulan nak call saya , habis kredit. Si tetamu tak diundang ni pun mempelawa naik keretanya pergi 7E sebab nak beli kredit. Bila dah sampai 7E, kawan saya menonong keluar kereta, dan hand fon nya dibiarkan dalam kereta.



Tiba-tiba kawan saya terpinga-pinga. Ingat balik apa yang terjadi. Hand fon takde kat tangan. Kereta tetamu tadi pun dah lesap.



Benda-benda macam ni la buat pengajaran kat saya. Mujur saya boleh berfikir. Jurujual sekalian alam.... Ingat la. Sekarang ni bukan macam dulu lagi nak buat direct selling dari rumah ke rumah. Semua barang sekarang dah mudah sangat nak dapat kat mana-mana pasaraya. Harga pun lebih kurang sama dengan apa yang kamu jual. Jadi tak payah la nak menakutkan tuan rumah dengan jualan anda dan cara anda menjual.



Selepas kejadian, se-maksimum mungkin saya cuba untuk menjaga keselamatan keluarga kami dan berhati-hati jika suami saya tiada di rumah dengan tidak sewenang-wenang nya membuka kunci rumah. Zaman sekarang, nak duduk dalam rumah sendiri pun tak tenteram dibuatnya. Walaupun pada hari siang. Jahat betullah manusia ni kan


May 15, 2012

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil - 050512

Assalamualaikum...


Alhamdulilah setelah 5 purnama bermalam di rumah hasil titik peluh kami suami isteri, dapat juga berkongsi rezeki bersama kaum keluarga, jiran-jiran dan jemputan lain.


Plan asal nak buat kecil-kecilan je kot. Alhamdulilah ramai jugak jemputan yang sudi hadir. Terutama pada jiran-jiran baru yang baru berkenal-kenalan.


Niat saya memang nak panggil anak-anak yatim sekaligus nak jamu la diorg. Yang urus kan menda ni suami. Ye la. Saya kan kat KL. Mana sempat nak menerjah rumah anak yatim. Tapi rupanya yang datang pelajar tahfiz dari madarasah kat area Kandang. Ada dalam 30 orang. Apa pun masih tetap bersyukur.


Walaupun saya mampu la jugak pakai handbag COACH, tapi apa salah nya kita buat perkara yang menuju keberkatan. Makan sedap-sedap kat restoren mewah, bercuti sana-sini kalau hati tak tenang pun tak guna jugak ye tak.




Majlis dibuat selepas isyak. Pelajar-pelajar tu kami suami isteri minta tolong adik beradik amik pakai kereta masing-masing. Dalam 9 biji kereta kot. Haila.... Tak menang tangan tuan rumah dibuat nya tau. Gambar pun cuma ada berapa keping je yang sempat ditangkap.


Masak memasak memang minta tolong kudrat kakak sendiri dan kakak ipar. Untung kan jadi adik ni. Hahahaha. Tuan rumah jadi mandor je arah sana arah sini.


Seronok masak sendiri ni. Cuma yang tak seronok, bahagian dapur tak berapa nak kemas sangat la kan. Dengan periuk belanga nya....




Menu malam tu 
  • Kari kambing
  • Ayam goreng berempah
  • Ulaman
  • Sambal belacan
Menu tambahan yang ditambah oleh mak dan Kak Ana
  • Sambal goreng (Tempe, tahu and kentang. Ni femes la kalau kat Johor)
  • Urap (Pun femes kat Johor)
  • Asam pedas sayur batang keladi




Dan syukur tangan saya pun sempat membakar rainbow cupcakes


Ini saya buat door gift la kekonon nya.... Tak sempat nak mekap kotak tu dengan reben


Of coz la apam polka dot tuan rumah kena ada jugak



Oh ye perkara yang paling membimbangkan saya suami isteri, takut sangat-sangat makanan tak cukup. Pastu mak nasihat kan saya, jangan tamak-tamak. Huhuhu. Alhamdulilah... Semua nya cukup...


Jadi sekian sahaja berita saya dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi hadir. Lain hari kita berjumpa lagi. Juga pada yang tak berkesempatan, lain hari pintu rumah sentiasa mengalu-alu kan kedatangan anda. Cewah...

Mar 28, 2012

Lagi Langsir Kedua

Ingat tak dulu saya pernah up cerita pasal saya beli kain langsir kat Tewah IOI 1 ikat RM2


Dan ini lah hasil nya. Masa tu saya beli 2 ikat. So bagaimana? Nampak mewah tak? Huhuhuhu...




Tapi kena kerja keras sikit la kalau beli kain belen ni. Kalau ikut ukuran memang tak cukup nak cecah ke lantai. Jadik kena la kreatif. Mari kita ke kamdar pulak untuk mencari kain tambahan untuk di macing kan dengan kain 2 hengget tadi. So masih dalam penjimatan lagi la kan.


Tambahan penjimatan lagi bilamana saya tetap berusaha mahu menjahit sendiri langsir tersebut. Walaupun saya tak pernah pegang mesen jahit. Tapi orang kata nak seribu daya kan. Maka terhasil lah dan sangat-sangat berpuas hati waimah tak de kekemasannya lagi.


Percaya atau tidak sepanjang langsir ini dalam pemprosesan, tingkap rumah saya hanya mengunakkan selimut sahaja.


Serius memang tak cukup masa. Tapi kena jugak carik masa untuk siap kan langsir ni.  Alhamdulilah setakat ni dah siap 2 keping langsir. Satu yang kat hall hari tu. Dan yang ini untuk master bed room

Mar 21, 2012

Langsir Kedua

Malu sangat sebab saya mak budak baru belajar. Ni la langsir kedua hasil tangan busuk saya ni.


Saya pun tak sangka kenapa sekarang ni perasaan nak belajar menjahit begitu membuak-buak. Bayang kan dulu kalau mak menjahit tak de saya heran. Kalau Kak Ana menjahit pun tak de saya pandang.


Yang saya tahu, semua benda-benda kat rumah memang mak jahit sendiri. Dari baju-baju kami adik beradik termasuk baju Melayu abah. Sampai ke langsir. Sarung kusyen, alas meja dan seangkatan dengannya semua mak jahit sendiri.


Sekarang baru aku heran semua tu uallsss... Maybe faktor genetik la kot ek. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.


Serius sekarang saya heran akan semua tu. Rayyan Adam masih dalam perut lagi mak dah sibuk nak jahit sarung bantal nya siap berkait. Dengan kain bedung and barut semua hasil tangan Kak Ana.


Dan saya??? Baru terkedek-kedek nak tanya, eh berapa ek harga mesen jahit. 


Terbeliak bijik mata bila Kak Ana kata paling murah pun 1k. Eh saya memang tak tahu rate harga mesen jahit ni. Saya ingat 400 dah boleh dapat.


Ni mula lah aku nak berzikir kat telinga laki aku ni....



Ni langsir master bed room. Still nak guna style eyelet. Kali ni saya letak banyak sikit eyelet tu. Tapi rasa macam menyesal pulak sebab takut berat and kayu roboh.



Nak pasang eyelet ni tak susah. Cuma kudrat kena kuat. Kalau saya buat rasa nya memang buasir la gamaknya. Nak tak nak, suami kena amik bahagian jugak menolong usaha gigih bini nya ni. Tu nampak ibu jari dia pun sampai berdarah



Eh tapi busuk-busuk saya pun pandai tau jahit kelim baju dengan jahit mata lalat kat leher. Kalau tiba time raya, memang saya ada amik tender dengan Kak Ana jahit kan benda alah tu semua.

Mar 12, 2012

Langsir Jahit Sendiri Dah Siap



Kan dah kata hari tu kalau dah siap nak menshow off kat sini. Baru siap sekeping dah berlagak ye.... Hahahaha!!!


Vangga u allsss. Seronok tahap nak tidur berselimutkan langisr tu tau.


Saya suka jahit langsir. Tapi saya tak suka buat kira-kira. Tak mahir lagi la nak buat kira-kira langsir ni.


Makanya semata-mata untuk sekeping langsir ini adalah ramai sifu nya. Maklom la. Kaum korga sume nya tailor. Aku je yang verangan nak jadik Elizebet Tailor.


Untuk keseluruhan, hasil tangan saya mensiapkan langsir ini hanya 70% sahaja. Jadik la yek.


Oh ye. Suami saya naik rimas tengok saya asyik tenung langsir ni atas bawah. Ditambah saya asyik tanya, cantik tak bang?


Maaf la. Jenis manusia terlebih exited cenggini la ropanya

Cepat-Cepat, Cantik-Cantik, Murah-Murah

Cepat-Cepat, Cantik-Cantik, Murah-Murah


Mahu tak tertarik bila kita baca macam tu kat  mana-mana kedai pun kan.


Ada 1 kedai kat Kota Fesyen Melaka jual barang-barang perhiasan rumah english style dengan sangat cantik dan sangat murah.


Mula-mula saya ingat nak masuk KK Home tu la kan. Tup-tup suami kata kita tengok yang kedai ni dulu. Mesti murah. Serius wei!!! Nama kedai tarak ingat.


Now saya dah jumpa rentak mahu mendeko rumah. Wakakakka!!!


Hanya ini sahaja yang sempat disambar. Suami nak design cenggini. I follow je la bang


Motif nak design cenggini sebab nak sorok kunci yang buruk rupa nya ini


Sebenarnya ada benda lagi yang nak disambar hari tu. Tapi si kecik itu sudah yak yak. Makanya mak nya ni tak koser nak memilih dalam keadaan tak senang hati. So next week kita sambung lagi pencarian. Nanti kita kasik cite-cite kat sini lagi.


Yang seronok nya, suami memberi sokongan penuh untuk mendeko bunga-bungaan sebagai motif utama dalam rumah beliau. Hahahahha!!!

Mar 8, 2012

Langsir

Saya budak baru belajar. Saya adalah verangan membuat langsir sendiri dengan jaya nya. Dan sekarang masih belum berjaya. Maka nya tunggu je la hasil nya baru lah boleh membuat show offfffff...


Status perkembangan langsir masih dalam perjalanan. Maklum lah. Saya ni bergerak macam siput. Terkial-kial lagi. Tunjuk sikit-sikit dulu je  la ek.


 
Siap buat garisan supaya jahitan tidak tersasar di landasan yang benar

Dec 29, 2011

Wiring Sendiri

Sungguh tidak disangka ye rupanya suami saya adalah pandai bab-bab DIY ini. Sebelum ni bakat tersebut adalah terpendam. Dan saya adalah jakun bila sesudah 3 tahun kawen rupanya pandai laki aku ni buat wiring. 


So, bagi menjimatkan ongkos yang ada, kami hanya fikirkan di mana kami perlu dapatkan peralatan untuk mendrill, memanjat dan sebagainya. Sangat mudah rupanya bila ada kenalan-kenalan yang memang pandai jugak mempunyai peralatan tersebut. 


Jadi boleh lah kiranya U-wang yang ada sang isteri mengendeng perkara yang lain pula. Tak gitu?

Bahagian saya bab cantum-cantum benda alah lampu ni je. Entah apa nak sebut pun tak reti


Kita juga mengimport pekerja dari kalangan keluarga sahaja. Huhuu. Ye ini anak sedara saya yang dah bujang. Maka tenaga dia diperlukan di saat-saat ini


Sedang berusaha menaiki lubang yang saya muat sangat-sangat




Sangat tekun seorang wireman


Selain dari menolong hulur itu dan ini kepada suami yang berada di atas tangga, si isteri yang kata nya mithali ni wajib lah menyediakan santapan apabila kelaparan. Maka membawak la mangkuk tingkat sebagai bekalan


Masa snap pic ni Rayyan Adam adalah tengah mencium vontot emaknya dek ketakutan dengar bunyi drill yang bising


Dan ini dia bila bukan orang profesional yang buat makanya suka suki dia je nak jaga keselamatan diri. Dah la tak pakai cermin mata. Baju pun dibuangnya. Fail betullah bab safety!!!



So setel bab wiring. Minggu depan bermula lah fasa baru dalam kehidupan keluarga saya yang kecik ini. Tahun baru la kata kan. Rumah pun kena baru....

Sep 28, 2011

Tewah IOI

Semalam ke IOI la kita mencari kedai langsir yang ada. Masih lagi dalam misi pencarian langsir idaman. Huhuhu!!! Tapi yang sempat dilawati ialah Tewah sahaja. Masa betulah mencemburui kita



Menggedik di tiang keselamatan


Menggedik lagi

Seronok tak terkata sempat meng-grab segulung kain langsir berharga 2 hengget segulung. Saya punya yang bertali merah. Tali kuning itu harganya 1 hengget. Percaya? Sila lah percaya. Harga sebenar ialah semeter RM28. So, sudah selamat mendapat langsir dapur. Kau tunggu je la nanti aku jahit cantik-cantik, grand-grand langsir dapur aku

Sep 26, 2011

Grill Rumah Moden Dan Terkini



Tajuk tak agak-agak ye. Alhamdulilah. 1st step dah setel. Hall grill sudah di tahap memberansangkan. Slow-slow kayuh. Lama-lama nanti siap la kan. Dan yang pasti pilihan yang saya utama kan ialah no ukiran-ukiran. No wrought iron. Cuma color wrought iron je yang saya pilih sebab color putih juga ditolak ketepi. Maklum la. Saya bukan golongan ibu yang rajin mengemas mahu pun mengelap habuk-habuk yang terselit di celah-celah ukiran tersebut. Oh saya memang pemalas. Harap maklum. Wakakakaka

Sep 23, 2011

Langsir Moden Eyelet Style

Jiwa dan raga sekarang adalah telah memfokuskan kepala otak untuk mensurvey lansir. 



Dan ternyata pilihan muktamad yang ada sekarang ialah langsir moden eyelet style. Ya!!! Saya telah tekadkan hati memilih design ini dalam rumah saya nanti.



Siapa nak tahu google sahaja gambarnya di sini. Sangat cantik menarik dan kau memang dabommm!!!



Now, saya dah round satu Melaka semata-mata mahu masuk kedai langsir sahaja. Ye puan-puan. Saya round Melaka dan mencari kedai langsir. Ingat ye. Kedai langsir, bukan tukang jahit langsir. Sebabnya, langsir telah dirancang untuk dijahit sendiri. Huhuhu!!!



Pandai ke kau jahit Asfaliza? Memang lah tak pandai. Tapi kan katanya adik tailor. So, apa guna kita tak gunakan tailor free. Barang-barang sahaja yang kita beli sendiri. Upahnya tunggulah aku belikan KFC.



Tapi misi munsurvey belum berakhir ye puan-puan. Saya masih ada lokasi yang mahu dilawati. Maybe minggu depan mahu melawat tapak di Tangkak pulak sebabnya suami saya yang mempelawa secara sukarela. Haruslah aku sangat seronok. Huhuhu. Eh kenapa tak pergi Nilai 3. Entah. Rasanya saya boleh dapat harga rendah kot di Melaka. 



Ok siapa nak tahu kedai langsir yang saya dah pergi kat Melaka? So siapa-siapa yang mencari kedai langsir di Melaka, list nya ada di bawah ni ye.


  • Kota fesyen ( Ayer Keroh) - Kat sini, siapa-siapa yang ada bajet lebih atau poket tebal boleh la pilih yang mana berkenan di hati. Saya mengatakan tidak di sini. Sebab mahal sikit kot. Tu pada saya lah yang poketnya tipis. Eh ni bukan nak kondem kedai tu tau. Cuma kalau ada yang bajet lebih boleh la pergi sana. Kat sana memang banyak sangat kedai langsir tau. Rambang  mata. Cuma kebanyakan staff macam tak mesra alam dan ada sikit kedekut ilmu. Lalalala....
 
  • Jakel (Semabok) - Best jugak kat sini. Harga berbaloi. Staff pun mesra alam. Dan yang palin penting staff tak kedekut ilmu. Siap dia kata, kalau rod kayu ni akak try survey kat kedai hardeware pulak. Tengok harga dia mana yang murah. Ha kauuuu... Mana ada orang jual suruh pergi survey kedai lain dulu.
 
  • Kamdar - (Bachang) Pun best. Dan yang paling best harga yang saya nak untuk ring buat eyelet kat kepala langsir adalah jauh lebih murah dari harga di kedai lain. Staff pun tak kedekut ilmu bagi tips pemasangan langsir walaupun saya tak membeli apa-apa. 
 
  • Nagoya (sebelah Melaka Central)- Belum sempat lor nak masuk tanya lebih detail pasal harga. Tapi yang pasti semua orang tahu kot Nagoya punya harga pun murah.



So, tunggu je la next next next entry pasal langsir ni ye. Ok daaaaaaa