LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ENTAH. Show all posts
Showing posts with label ENTAH. Show all posts

Apr 15, 2013

Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum....


Hari ini hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Of cos la cuti kan. So mama sebagai driver terhormat Rayyan Adam pun diberi mandat bercuti. Yeba yeba!!! Boleh bangun lambat.


Tak tahu lah celah bedah mana hari ni diiktiraf sebagai hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Tu kena google la sendiri. Ye la... Kalau negeri ada sultan or raja, biasa nya cuti sempena hari keputeraan. Orang tua kata kalau cuti besday sultan ni, hari cuti holl. Huhuhu. Tu pun entah tak tahu celah bedah mana datang perkataan tu.


Suami biasa la kerja kalau tak de apa benda penting nak buat. Baik cari duit lebih sikit. Bini nak beranak dah ni. Untung-untung ada duit lebih masa dalam pantang nanti.


Ok nak sambung main cikgu-cikgu dengan Abang Long 


Nov 21, 2012

Tolongggg!!!! Siapa yang tahu??? Siapa yang boleh tolong saya!!!!!

 
Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
 
 
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more



Tolongggg!!!! Siapa yang tahu??? Siapa yang boleh tolong saya!!!!!

Jun 25, 2012

Jurujual Yang Merbahaya

Petang Sabtu lepas lebih kurang jam 5.30 petang sedang saya bersantai-santai dalam rumah, tiba-tiba mak panggil. Mak cakap ada orang datang


Saya tengok memang betul ada orang yang tak dikenali sudah berada di hadapan pintu rumah. Mujur waktu itu grill berkunci. Kebetulan suami balik kerja lambat pulak.


Seorang perempuan muda menghulurkan salam. Saya tidak membalas huluran salam itu. Dia mengulurkan tangannya melalui grill yang berkunci. Cuba untuk membuka pintu grill tersebut


Bertanyakan, ada tak kawan dia datang semalam untuk tunjuk satu sampel apa entah. Saya tak kuasa nak tahu sampel apa. Cuma saya sedang berfikir tentang keselamatan kami semua sebab perempuan ni saya tak kenal. Dengan sewenangnya dia berkata, bukak la pintu ni dulu kak. Oh no!!! Saya langsung tidak mendekatkan diri pada pintu tersebut



Saya tak nak langsung membalas salam dia sebab saya khuatir tentang benda yang bukan-bukan. Antara nya saya takut saya dipukau melalui sentuhan. Kedua nya jika saya dengan berani membuka pintu, saya takut saya diserang jika perempuan itu datang bukan dengan maksud sebenar. Sebab nya di luar pagar rumah ada 2 orang lagi temannya menunggu dalam kereta. Jadi lebih baik saya berhati-hati dengan segala kemungkinan.



Ok memang salah saya sebab saya tidak mengunci pagar. Tapi saya sangat marah sebab perempuan ni kurang ajar masuk dalam pagar rumah saya tanpa izin. Apa salah nya kau bagi salam dari luar pagar sahaja sampai tuan rumah sedar engkau ada di luar.



Dan lagi kurang ajar bila kau cuba untuk membuka grill walaupun kau tahu grill tu berkunci. Bila saya tak nak balas salam dia, dia keluar menuju ke kereta sambil memaki saya cakap saya BODOH!!!



Dua kali dia panggil saya BODOH!!!



Aku bukan bodoh ok!!! Aku bertindak mengikut apa yang telah terjadi pada arwah nenek aku dan juga apa yang terjadi pada kawan baik aku. Sebab tu aku bertindak PANDAI dengan tidak menyentuh tangan engkau dan juga tidak membuka pintu gril aku.



Jadi memang tak salah la saya salah sangka. Kalau dia berniat baik, kenapa dia memaki saya??? Kalau dia betul datang untuk menjual, kenapa dua kali dia menempik cakap saya bodoh???



Arwah nenek saya pernah dipukau dan barang kemas yang ada dalam rumah hilang sekelip mata sahaja. Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki bertanya kan arwah kat mana rumah tukang urut. Dia cakap, tangan dia sakit sangat. Nenek saya memang tak buka satu pintu pun. Mereka bercakap melalui tingkap.



Tapi lelaki ni cakap yang tangan dia sakit sangat. Dia minta tolong nenek saya urut kan sikit je. Nenek ni pun tak sampai hati. Ye lah. Orang tua....Masa sentuhan ni berlaku la, nenek saya dah tak sedar apa yang berlaku. Sedar-sedar segala barang kemas nya dah hilang. Pada hal arwah nenek saya ni urut tangan lelaki tu kat tingkap je tau.



Kedua pulak jadi pada kawan baik saya. Masa tu kami duduk rumah sewa. Kebetulan saya tak de kat rumah. Kawan saya tu tinggal sorang. Ada sorang perempuan datang, kata nya nak cari rumah sewa. Walhal kami tak de pun plan nak cari housemate lain. Tapi benda ni semua tak sedar. Kawan saya pun pelawa masuk dalam rumah. Tetamu yang tak diundang tadi yang konon-kononnya nak cari rumah sewa tengok-tengok sekitar rumah (ye la... konon kata nak sewa rumah kan)



Maybe tak de barang berharga yang nak dirompaknya. Kawan saya kebetulan nak call saya , habis kredit. Si tetamu tak diundang ni pun mempelawa naik keretanya pergi 7E sebab nak beli kredit. Bila dah sampai 7E, kawan saya menonong keluar kereta, dan hand fon nya dibiarkan dalam kereta.



Tiba-tiba kawan saya terpinga-pinga. Ingat balik apa yang terjadi. Hand fon takde kat tangan. Kereta tetamu tadi pun dah lesap.



Benda-benda macam ni la buat pengajaran kat saya. Mujur saya boleh berfikir. Jurujual sekalian alam.... Ingat la. Sekarang ni bukan macam dulu lagi nak buat direct selling dari rumah ke rumah. Semua barang sekarang dah mudah sangat nak dapat kat mana-mana pasaraya. Harga pun lebih kurang sama dengan apa yang kamu jual. Jadi tak payah la nak menakutkan tuan rumah dengan jualan anda dan cara anda menjual.



Selepas kejadian, se-maksimum mungkin saya cuba untuk menjaga keselamatan keluarga kami dan berhati-hati jika suami saya tiada di rumah dengan tidak sewenang-wenang nya membuka kunci rumah. Zaman sekarang, nak duduk dalam rumah sendiri pun tak tenteram dibuatnya. Walaupun pada hari siang. Jahat betullah manusia ni kan


Jun 19, 2012

Cerita Tak Best

Ada 2 cerita tak best 


Cerita Satu

Ada satu kedai Restoren Arab tempat saya kerja ni. Mula-mula kerja dulu ada jugak la membeli kebab. Kali ketiga beli, first time berurusan dengan mamat ni la kan.


Hmmm... entah la. Gatal kot. Bila dia bertanya dan berkata yang bukan-bukan saya jadi takut nak membeli lagi. Ini bukan la sebab saya perasan saya lawa atau sebagai nya. Tapi please... Lelaki di luar sana, tolong hormat orang perempuan boleh tak.


Ye saya tahu saya ni memang tak hot pun. Lawa ke, cantik ke, semuanya tidak. Tapi sila hormati perempuan. Bila saya kata saya dah kahwin and ada anak, perlukan kamu lalu di depan saya sambil suwit-suwit???? Itu namanya kurang ajar!!!


Perkara ini sudah pun diajukan kepada suami saya, dan suami saya marah!!! Marah dalam keadaan memaki. Tapi bukan lah suami saya marah direct. Cuma marah la sebab bini dia kena kacau. Kalau benda ni berlarutan menjadi lebih teruk, mungkin suami saya akan bersemuka la kot. Minta-minta la takde benda tak elok.


Sudah nya, sorang customer engkau iaitu aku sudah lari seorang. Kan ke rugi namanya tu. Dah la kebab tu sedap dan harganya cuma RM5 dan sangat memadai untuk menampung perut aku sehingga ke petang.



Cerita Dua :


Ada sorang budak sekolah nak hantar netbook untuk format. Yea rite... Standard price RM40 and student price RM35.


Tapi tu la dik... Akak pun tak tahu nak kasi awak harga yang mana. Awak datang ke sini sambil di jari awak ada sebatang rokok yang berasap. Seolah-olah awak sangat dewasa. Walhal awak lagi pendek daripada akak yang memang pendek tak tinggi-tinggi ni dik.


Budak sekolah ni siap cakap, nak cepat ni kak. Nak buat kerja kursus. Alahai... Nasib baik awak cakap nak buat kerja kurus. Tapi tak kena gaya la dik. Awak pegang rokok tu cukup akak tak berkenan. Ye la. Dengan saiz badan semua. Lain la kalau awak dah dewasa. Tak de nya akak heran dik...

 

Besar Punya!!!!!

Hari tu anak sedara suami kawen. So, we all menduduk la kat Negeri Sembilan tu selama 3 hari 2 malam gitu.


Ala nak cerita pasal pengantin pun, tangan ni bukan nya menyempat nak snap gambar pun. So ada la sedikit intipati cerita di sebaliknya nak cerita kat sini.


Alkisah nya, saya adalah menjakun sebab ada sedara pengantin ni bawak buah mangga BESAR PUNYA!!!!


Sedap wei. Ada jugak tetamu yang datang tu kan  tak de la jakun macam saya. Sebab diorg dah biasa jumpa. Tapi saya laki bini memang menjakun tengoh buah giant ni.


Eh tapi rasa dia sedap and tak de benda pelik-pelik pun. Cuma saiz jekkkkk....








Ni la pengantin tu.... Haliza Misbun versi pendek. Muahahahhahaha!!!!








So u alllss pernah ke jumpa buah yang pelik-pelik cenggini???


Mar 14, 2012

On9 Gift

Meh nak share my experience about on9 gift ni.


Selasa lepas my best friend  Suzie bersalin anak sulung nya. So saya sangat-sangat la exited macam la tu anak kau kan. Tapi memang gembira bukan kepalang. 2 hari sebelum bersalin memang kitorg dok bersms sebab dia nak bertanya itu ini pasal tanda-tanda bersalin ni.


Maka setelah puas bersms bersalin jugak la si Suzie ni. Baby boy. Her baby name is Adeeb Ukasyah.


Tapi saya yang memang teruja dari awal telah pun menempah on9 gift 2 minggu awal dari tarikh due Suzie. Ye la. Apa-apa hal kalau Suzie terbersalin awal hadiah dah siap-siap. Kan dah kata tadi saya memang exited. Hadiah pun kalau boleh nak lah yang speacial sikit.


Saya ada lah tempah something. Order by sms only sebab dalam website tersebut memaparkan 2 pilihan sama ada by email or by phone. So terang dan nyata.


My details pun very the clear sebab saya order untuk BABY BOY/BAJET RM100/1 YEAR OLD.


Dan saya pun takde lah tambah specific permintaan like only blue or no pink. Sebab my details yang kat atas dah clear about BABY BOY.


So orang yang berkenaan mms saya gambar yang dah siap digubah sedangkan saya minta pic item yang belum digubah. Bila saya received that pic saya tengok color merah. So saya espect oh it's ok la kan for baby boy. Saya pun selalu jugak pakaikan Rayyan Adam color merah.


Barang pun sampai.... Saya gembira....Saya exited....


Beberapa minit selepas saya buka bungkusan tu saya sudah berasa pelikssss.....


First saya nampak reben kat kasut baby. Saya tanya-tanya la kat opismate. Semua kata ala ok la.


Then belek punya belek dan belek lagi. Eh!!! Kat seluar pun ada reben. Now memang terang dan nyata, this gift for baby girl.


Saya sms bertanya kenapa gift ni nampak macam girl. Terus orang berkenaan call dan terkejut. Rupanya dia dah tersalah hantar parcel. OMG!!!


Saya pulak dah order since dari last week then saya confirm kan again yang saya nak parcel ni tiba kat tangan saya before Jumaat because Saturday saya nak pergi tengok baby. Muktamad!!! Barang sampai hari Khamis. So mahu aku tak meroyan sekejap.


Hal meroyan adalah cerita di sebalik nya.


Cuma pengajaran yang saya dapat is, kalau puan-puan mahu order gift for someone secara on9, lebih baik pos dulu ke alamat puan-puan untuk memastikan hadiah yang di order adalah benar dan sebenar benar nya.


Kalau direct terus kepada penerima hadiah, kalau salah takkan lah penerima hadiah tu nak komplen. Dah orang kasik. Amik je la.


Hal tersalah parcel telah pun selesai dengan baik nya. Walaupun hati saya ada sikit sakit tapi memang dah setel dah pun. Dan kejadian tersebut ada hikmahnya. Sebab tu saya kata semuanya ok.

Nov 24, 2011

Dilema Fakri Dan Kemarahan Ong


Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang

Memandangkan perodua mengoffer para pelanggannya memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara free, maka saya juga tidak melepaskan peluang keemasan. Barang free. Siapa tak nak.


So, sesiapa yang menggunakan kereta perodua tetapi tiada tali pinggang keledar tempat duduk belakang, sila-sila kan lah.


Offer ni akan berakhir pada Disember 2011. Tak lama je lagi. Jadi apa tunggu lagi. Lepas tarikh ni dah kena bayar.


Servis memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang kereta perodua adalah di

Perodua Service Centre (Melaka)
No. 5369 C, Jalan Malim, 75250, Bacang, Melaka

Tel : 06-3371880 / 4052





Sementara menuggu, kat situ ada refreshment free for customer tau. Ok lah daripada tak de yek



Aku ni dah macam duta perodua pulak tulis seperti yang di atas

Nov 22, 2011

Hanya Berlaukkan Sardin 1 Malaysia

Maaf la puan-puan. Hari ni terpaksa bercerita tentang bola lagi sementara semangat masih lagi membuak-buak. Dan saya memang la antara peminat tegar bola sepak negara. Saya lebih tegar berbanding suami sendiri. 


Rayyan Adam pula sudah menunjukkan reaksi yang mana beliau telah bersedia untuk menahan diri daripada terkejut beruk mendengar jeritan mak bapak nya secara tiba-tiba. Kalau dulu, beliau akan menangis karana ketakutan. Tetapi kali ini beliau sudah mampu berkongsi kegembiraan di kala mak bapak nya menjerit GOLLLL!!!


So, memandangkan perlawanan berlangsung di ketika makan malam, maka nya hanya lauk sardin 1 Malaysia sahaja yang mampu seorang isteri bernama aku menyediakan untuk makan malam sekeluarga. Huhuhuhu!!!





Jodoh Bertemu Dengan Harimau Muda




Mari kita mulakan pagi kita dengan semangat harimau. Auuuummmmmmm!!!!!


Dan hanya orang-orang yang bertuah sahaja ditakdirkan untuk bertemu dengan pendekar-pendekar kita. Yes!!!!! I jumpa diorg u alllss pagi tadi kat Plus Highway. Pengsannnnnnn!!!!!


Dah la memang dari pagi semalam, dalam kepala otak memang asyik bola manjang. Bila dah menang of coz la sepanjang hari ni senyum tak renti-renti. Ala korang pun sama kan.


Nak dijadikan cerita, pagi tadi gerak dari Melaka nak pergi kerja memang dok dengar Hot FM. Tanpa ragu-ragu memang topik sepanjang hari ni of coz la pasal kemenangan negara.


Dengar je la kat radio diorg cakap team Malaysia baru je sampai KLIA. 


Kalau dah jodoh tak ke mana ye puan-puan. Tiba-tiba ternampak ada satu kereta dok lambai-lambai sebijik bas color kuning. Tengok-tengok ada polis escort bas tu. Eh ni bas Harimau Malaya. Masyallah!!!!


Otak terus jalan amik hp nak snap gambar. Gilos. Sampai satu tahap saya ada halang kereta polis. Marah siot abang polis tu. Ala nak marah, marah la. Bukan kau bawak ambulans nak hantar orang sakit tenat ke hospital. Hahahahhaha!!!!


Puan-puan.... Sila jangan jeles sebab BADROL BAKHTIAR lambai kat saya ok!!!!


Encik BADROL tolong la ingat saya yang bawa kenari amik gambar awak semua kat tengah jalan sambil drive sebelah tangan. Pleaseeeeee.... Tolong la ingat saya. Saya pakai tudung and baju color purple. Saya pasti awak ingat saya.


Dan kepada Encik BADRUL suami saya yang berada di rumah, sila jangan jeles jugak. Wakakakkaka!!!


Lepas ni, aktiviti seterusnya nak add semua fb player Malaysia!!!!




Ni hasil tangkapan pertama. Bas memang jalan kat kane tengah je. Saya potong kanan. Gambar tak jelas sangat sebab kereta belakang dah cucuk saya suruh cepat. Nasib......



Ok next saya amik lane tengah. Ha masa ni la kira saya dok depan kereta polis. Marah siot abang polis tu. Ala rileks la. Kalau kat Indon mesti lagi teruk peminat diorg. Huhuhuu!!! Tapi lepas tu saya terus amik lane kiri sekali





Bila dah masuk lane kiri, mari kita kejar bas ini sampai dapat!!!



Kejar lagi!!!!



Yes!!!! Dapat!!!! Now kita folllow je kelajuan bas. Nampak tak ada sorang player tengah tengok saya. Tak sabar ok nak lambai dekat-dekat dengan dia



Dan masa ni la tangan saya semakin sejuk!!!! Uwaaa!!! Lambaian saya dibalas oleh BADROL BAKHTIAR. Yes!!!! Pengsan u allssss!!!! Saya dah jatuh cinta dengan dia. Dia la tu yang tengah tengok saya.







Dah la Malaysia menang ibu segala emas. Sangat manisssssssssssss... Paling manis bila saya dapat jumpa diorg pagi-pagi ni baru balik dari Bung Karno!!!!



Manis!!! Manis!!! Oh Manisss nya senyuman mu!!!! Sayang la kat korang!!! I LUV UUUUUU!!!

May 26, 2011

Sila Jumpa Mak Saya




Untuk entry ini 




Kepada anonymous, ini komen balas khas untuk kamu ye. Sebab saya jarang dapat komen macam ni. Terima kasih ye sebab sudi tahu pasal kehidupan saya. Ambil tahu pasal apa saya buat, ambil tahu pasal keluarga saya, ambil tahu pasal anak saya, pasal emak saya.





Cadangan kamu ni memang mulia. Tapi boleh awak hantar proposal ni dan jumpa mak saya. Pergi bagi tahu dia sendiri. Saya tak berani, sebab saya rasa dalam hal ni tak tahu la ada ke pihak yang mengalah atau yang menang. Ke, awak dah tanya sendiri dengan mak saya, yang beliau dah tak sanggup nak jaga anak saya? Dah tanya ke? Kalau belum, pergilah tanya.





Dan lagi satu, sudi ke mak saya nak jumpa awak. Sebab nya bukannya kenal pun. Setakat komen tak bagi nama, belah lah!!!! Takkan takut kot. Suami saya yang tak de blog pun boleh komen letak nama. Kot ye pun tak de blog, takkan lah tak berani nak letak nama. Takut la tu.





Sekali lagi, sila jumpa mak saya untuk cadangan ini dan pergi paksa beliau jangan jaga anak saya. PAKSA tau. Jangan cakap baik-baik. Paksa untuk tidak menjaga Rayyan Adam.





Ok peace no war

May 12, 2011

Lori Atas Lori

Memandangkan harga minyak yang semakin meningkat naik, marilah kita berkongsi kenderaan seperti gambarajah lori di bawah ye. Lori atas lori. Kan ke jimat minyak namanya tu. Jom kita buat kereta atas kereta. Motor atas motor. Bas atas bas. Orang atas orang. Eh?


Gambar telah disnap di hadapan Pasar Borong Selangor. Snap secara laju-laju sebab takut tak sempat

Feb 22, 2011

Makanan Istimewah

Ni memang kisah benar. Jumaat lepas kitorg pergi makan kat kedai Kelantan. Maybe Siam kot majoriti pekerja dia. Actly dah biasa pun makan kat sini. Baru la kali ni dok belek-belek menu yang best-best. Sudahnya laki bini bergelak sakan mengeja perkataan yang ada kat menu tu.




Makanan ISTIMEWAH




BURONG Puyuh




Ikan KEMONG





Ikan Masak STEM




Yang ni tak tahu. Masak LADRIK kot


Adeh!!! Rosak bahasa kebangsaan aku. Memang la ni kedai biasa je. Dah tu owner kitorg suspek orang Siam. Tapi macam tak best je baca benda-benda salah eja macam ni. Kalau satu dua tak pe jugak. Ni banyak pulak tu salahnya.

Jan 2, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Menaip secara emo sekarang ni sebab teruja semasa menonton team bola sepak Malaysia semalam. Nak update malam-malam tak boleh sebab menonton bersama Rayyan Adam. So, apakan daya. Nanti akan tekeluar *(^*&^$%% pulak di blog ini.



So, tahniah kepada Malaysia. Tahniah tahniah tahniah. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Tapi saya tak bangga sebab ada anak Malaysia yang saya kenal kondem pasukan negara. Belah la wei!!! Kalau kau rasa pasukan Malaysia tak bagus. Pergi jauh-jauh ke negara luar. Contoh Indon ke. Vietnam ke. Ha pergi rasa kemakmuran menjadi penduduk di negara-negara seperti itu. Berlagak!!!!



Ok dah. Ni nak cerita masa menonton di tv. Paksa suami tonton bersama. Yang sebenarnya suami saya bukan peminat sukan seperti saya. Tapi dia dipaksa menonton supaya dia mudah mencelah topik bola bila berborak bersama rakan-rakannya. Hahahaha.



Disebabkan saya peminat bola, maka tak nak terlepas walau seminit pun tontonan di tv. Makanya aktiviti memasak dilakukan secara laju-laju semasa perlawanan berehat. Lihat lah betapan cintanya saya kepada negara tercinta.




Dec 27, 2010

Orang Kena Rogol Boleh Mengandung Ke?

Semalam mak cakap, anak sedara saya aka anak Kak Ana ada tanya benda yang mak tak boleh jawab. Saya tanya lah apa dia.



Nek, orang kena rogol boleh mengandung ke?



Hmmmm... Then saya tanya lah mak, mak jawab apa. Mak kata, soalan macam ni tak boleh tanya sekarang. Nanti kakak dah besar baru boleh tanya.



Adeh. Sentap gak dengar soalan macam ni. Ye lah. Bayang kan. Budak ni baru je nak naik darjah 3. Sesuai ke tak sesuai nak jawab soalan 18sx macam ni. Tapi benda macam ni penting untuk pengetahua.



Kadang-kadang nak marah pun ada tengok cerita-cerita kat TV especially cerita Melayu yang tayangkan cerita-cerita rogol lah. Romen lah. Cium-cium lah. Peluk-peluk lah. Ha kalau nak contoh cerita Rempit yang arahan Farid Kamil. Nak kreatif tu biar lah bertempat. Nak-nak yang adegan si pondan buka baju satu persatu depan Cat Farish. Beb agak la beb. Budak-budak pun tengok.



Sebenarnya jauh di sudut hati saya kesal gak lah dengan pertanyaan anak sedara saya tu. Tapi lambat laun budak tu nak kena tahu jugak kan. Hmmm now saya kena bersedia bila anak sendiri yang akan tanya kelak. Semoga segalanya dipermudahkan

Dec 16, 2010

Kamu Itu Isteri

Kalau dah namanya isteri, tetap isteri ye. Apa pun yang terjadi tempat mu bukan di atas. Kamu tetap berada di bawah suami. Biar lah apa pun suami yang buat keputusan. Biar lah suami yang menentukan. Biar pun suami hanya berdiam diri. No need to talk about decision. Kamu itu isteri. Keputusan bukan di tangan kamu. So, kalau suami bercakap atau berdiam, itu adalah kuasa dia. Titik

Dec 15, 2010

PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN AGAMA ISLAM


KAUNSELING

Suatu proses menolong dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan dua hala di antara seorang yang terlatih dengan suami dan, atau isteri yang terperangkap dalam suatu keadan yang sukar di atasi.



BENTUK KAUNSELING
  • Individu
  • Bergabung/bersama
  • Serentak
  • Keluarga
  • Penceraian


KATEGORI KAUNSELOR DI JABATAN AGAMA ISLAM
  • Profesional
  • Spara Profesional
  • Tidak Profesional


PROFESIONAL
  • Ijazah dalam Pengajian Islam
  • Latihan Formal dalam Perkhidmatan Menolong (Kaunseling/Psikologi) peringkat Ijazah/Diplima Lanjutan
  • Pengalaman
  • Mempunyai Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian


SPARA PROFESIONAL
  • Ijazah/Diploma dalam Pengajian Islam
  • Latihan Asas Kunseling/Psikologi/Kursus JangkaPendek/Sijil
  • Pengalaman
  • Memiliki Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian


TIDAK PROFESIONAL
  • Mempunyai Asas dalam Pengajian Islam tetapi tidak sampai peringkat Ijazah/Diplima
  • Latihan asas/tiada latihan asas
  • Pengalaman tidak berpengalaman
  • Memiliki perwatakan/personaliti yang besesuaian


SUAMI ISTERI YANG MEMERLUKAN KAUNSELING
  • Berkonflik
  • Mengalami tekanan/Stres
  • Sukar berinteraksi dengan pasangan
  • Ingin berkongsi masalah
  • Memerlukan pengukuhana emosi
  • Memerlukan bimbingan/panduan
  • Ingin memahami peraturan/prosedur
  • Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
  • Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
  • Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
  • Mengenalpasti masalah


MATLAMAT KAUNSELING


Membantu Suami Isteri
  • Menyelesaikan konflik
  • Memahami tanggungjawab
  • Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
  • Memulihkan perhubungan
  • Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
  • Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
  • Mempertingkatkan kemahiran diri
  • Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
  • Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
  • Merujuk masalah kepada institusi yang tepat


TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  • Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
  • Isi borang yang disediakan
  • Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
  • Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji


TANGGUNGJAWAB KLIEN
  • Bersedia/kerelaan sendiri
  • Memberikan kerjasama
  • Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
  • Melaksanakan tindakan
  • Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
  • Bersikap jujur/ikhlas
  • Menghormati kaunselor
  • Mengelakkan bertelagah/bertengkar
  • Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
  • Bersabar dan bertenang
  • Mematuhi peraturan/undang-undang


TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
  • Menghormati klien
  • Berlaku adil/tidak bais
  • Sabar dan ikhlas
  • Tidak menghukum
  • Tidak banyak bercakap
  • Menggalakan klien bercakap
  • Bersedia dan menunjukkan minat
  • Memahami masalah klien (empati)
  • Mendengar dengan teliti
  • Berupaya mempelbagaikan alternatif
  • Mewujudkan suasana teraputik
  • Berusaha mencipta kemaslahatan
  • Membantu klien membuat keputusan
  • Menyediakan laporan yang diperlukan oleh klien
  • Mengelakan daripada berlakunya "transparence"


ETIKA KAUNSELOR
  • Menghormati klien
  • Tidak bais (berlaku adil)
  • Tidak menghukum
  • Menjaga masa
  • Menjaga rahsia
  • Mendorong ke arah melakukan ma'aruf


KAREKTOR SUAMI ISTERI SEMASA BERADA DALAM SESI
  • Sedih/murung/bingung
  • Agresif/marah/baran
  • Pasif/perlu bimbingan
  • Memutar belit fakta/memburuk-buruk
  • Menguasai sesi/ingin menang
  • Mendesak
  • Mengancam/menggugut
  • Takut/bimbang/risau
  • Mengalah/menurut kata


SESI KAUNSELING
  • Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
  • Dikendalikan oleh seorang kaunselor
  • Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi kaunseling


PERANAN KAUNSELOR
  • Menjemput klien
  • Membuat pendahuluan
  • Memberi layanan yang baik
  • Mengenalpasti masalah
  • Menggalakkan klien bercakap
  • Mengkategorikan masalah
  • Menyusunikut keutamaan
  • Menggunakan strategi pertolongan
  • Mengemukakan alternatif
  • Membantu klien membuat pilihan dan keputusan/membuat pertimbangan
  • Memeriksa/mendapatkan komitmen klien
  • Membuat rumusan/penutup/temujanji semula


PERANAN KLIEN (SUAMI ISTERI)
  • Mempunyai matlamat yang jelas
  • Mempunyai keyakinan/kepercayaan kepada kaunselor
  • Bersikap jujur dalam membentangkan masalah
  • Mengawal diri daripada bertingkahlaku agresif/dikuasai emosi/tindakan negatif terhadap pasangan/kaunselor
  • Memberikan komitmen/kerjasama
  • Bersedia melakukan perubahan positif menerima pandangan
  • Bertanggungjawab kepada keputusan yang diambil


KEJAYAAN KAUNSELING
  • Klien memberi kerjasama
  • Klien bermotivasi untuk berubah
  • Kaunselor mempunyai ilmu kemahiran dan pengalaman
  • Matlamat kaunselor dan klien sama
  • Kaunselor mengguna strategi pertolongan yang tepat
  • Tempat kaunseling yang selesa dan kondusif


KEBAIKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  • Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal
  • Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
  • Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
  • Membina keluarga bahagia
  • Menyelesaikan konflik secara baik

Dec 14, 2010

Kucing Jiran Sebelah Rumah

Jiran sebelah rumah bercuti. Katanya pergi Penang. Tak kisah lah tu kan. Yang dikisahkan bilamana kucing-kucing belaannya bersepah-sepah tanpa tuan. Adui mak ai.



Mula-mula tengok anak jiran yang lain dok depan rumah si tuan kucing ni. Budak-budak tu tegur suami. Cakap, pakcik kita bagi kucing tu makan. Tuan nya tak de. Suami pun layan la bla bla bla. Saya memang tak amik port hal-hal mengenai kucing. Siapa-siapa yang kenal saya tahu lah betapa penakutnya saya dengan kucing.



Then, tengok-tengok kucing-kucing tu dah berkeliaran depan pintu rumah saya. Hey hey hey!!! Kalau sekor dua tak pe la sayang. Ni berekor-ekor. Memang lah semua bersih. Tapi kan dah kata saya takut kucing. Terjerit-jerit suruh suami halau.



Ni kalau kau berak depan rumah aku memang siap lah tuan kau. Balik dari Penang tak bagi aku buah pala siap. Cantik lah muka korg semua nak bermanja dengan aku. Sorry la sayang. I memang tak boleh bagi kasih sayang kat benda berbulu kecuali suami ai je.



Paling bengang bila nak start enjin kereta. Walawei... Saya ni bukan apa. Takut terlenyek je haiwan peliharaan jiran saya ni. Nak halau kalau sekor tak pe. Ni sampai 3-4 ekor dok bawah kereta. Kita ni dah lah penakut. Suami tak de time tu. Nak tak nak terpaksa lah baling dengan batu. Tapi batu kecik-kecik je tau. Tu pun saya takut kucing tu terjah saya balik. Buat nya dia cakar. Tak ke naya.



Dah tu dah la kan. Yang dok bertenggek atas bumbung kereta pulak pun ada jugak. Alahai... Tuan puan jiran saya. Sila lah cepat balik. Haiwan-haiwan peliharaan anda sudah tidak keruan. Walaupun saya tahu jiran saya tak baca blog ni sebab kami tak berkawan kat fb. Tapi kot-kot kalau ada sedara mara jiran saya tu baca. Tolong lah sampai kan pesanan khidmat masyarakat ini. Sekian terima kasih.