LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 27, 2010

Orang Kena Rogol Boleh Mengandung Ke?

Semalam mak cakap, anak sedara saya aka anak Kak Ana ada tanya benda yang mak tak boleh jawab. Saya tanya lah apa dia.



Nek, orang kena rogol boleh mengandung ke?



Hmmmm... Then saya tanya lah mak, mak jawab apa. Mak kata, soalan macam ni tak boleh tanya sekarang. Nanti kakak dah besar baru boleh tanya.



Adeh. Sentap gak dengar soalan macam ni. Ye lah. Bayang kan. Budak ni baru je nak naik darjah 3. Sesuai ke tak sesuai nak jawab soalan 18sx macam ni. Tapi benda macam ni penting untuk pengetahua.



Kadang-kadang nak marah pun ada tengok cerita-cerita kat TV especially cerita Melayu yang tayangkan cerita-cerita rogol lah. Romen lah. Cium-cium lah. Peluk-peluk lah. Ha kalau nak contoh cerita Rempit yang arahan Farid Kamil. Nak kreatif tu biar lah bertempat. Nak-nak yang adegan si pondan buka baju satu persatu depan Cat Farish. Beb agak la beb. Budak-budak pun tengok.



Sebenarnya jauh di sudut hati saya kesal gak lah dengan pertanyaan anak sedara saya tu. Tapi lambat laun budak tu nak kena tahu jugak kan. Hmmm now saya kena bersedia bila anak sendiri yang akan tanya kelak. Semoga segalanya dipermudahkan