LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 19, 2012

Cerita Tak Best

Ada 2 cerita tak best 


Cerita Satu

Ada satu kedai Restoren Arab tempat saya kerja ni. Mula-mula kerja dulu ada jugak la membeli kebab. Kali ketiga beli, first time berurusan dengan mamat ni la kan.


Hmmm... entah la. Gatal kot. Bila dia bertanya dan berkata yang bukan-bukan saya jadi takut nak membeli lagi. Ini bukan la sebab saya perasan saya lawa atau sebagai nya. Tapi please... Lelaki di luar sana, tolong hormat orang perempuan boleh tak.


Ye saya tahu saya ni memang tak hot pun. Lawa ke, cantik ke, semuanya tidak. Tapi sila hormati perempuan. Bila saya kata saya dah kahwin and ada anak, perlukan kamu lalu di depan saya sambil suwit-suwit???? Itu namanya kurang ajar!!!


Perkara ini sudah pun diajukan kepada suami saya, dan suami saya marah!!! Marah dalam keadaan memaki. Tapi bukan lah suami saya marah direct. Cuma marah la sebab bini dia kena kacau. Kalau benda ni berlarutan menjadi lebih teruk, mungkin suami saya akan bersemuka la kot. Minta-minta la takde benda tak elok.


Sudah nya, sorang customer engkau iaitu aku sudah lari seorang. Kan ke rugi namanya tu. Dah la kebab tu sedap dan harganya cuma RM5 dan sangat memadai untuk menampung perut aku sehingga ke petang.



Cerita Dua :


Ada sorang budak sekolah nak hantar netbook untuk format. Yea rite... Standard price RM40 and student price RM35.


Tapi tu la dik... Akak pun tak tahu nak kasi awak harga yang mana. Awak datang ke sini sambil di jari awak ada sebatang rokok yang berasap. Seolah-olah awak sangat dewasa. Walhal awak lagi pendek daripada akak yang memang pendek tak tinggi-tinggi ni dik.


Budak sekolah ni siap cakap, nak cepat ni kak. Nak buat kerja kursus. Alahai... Nasib baik awak cakap nak buat kerja kurus. Tapi tak kena gaya la dik. Awak pegang rokok tu cukup akak tak berkenan. Ye la. Dengan saiz badan semua. Lain la kalau awak dah dewasa. Tak de nya akak heran dik...

 

3 comments:

Unknown said...

x penah suke lelaki suwetttt2 gitu .. sgt x menghormati wanita

Unknown said...

zura : haah tahu tak pe. kita pun bukan bajet kita ni lawa pun

Unknown said...

cerita 1 sy pon slalu gak kene..mmg x senonoh la kan..!