LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 25, 2012

Jurujual Yang Merbahaya

Petang Sabtu lepas lebih kurang jam 5.30 petang sedang saya bersantai-santai dalam rumah, tiba-tiba mak panggil. Mak cakap ada orang datang


Saya tengok memang betul ada orang yang tak dikenali sudah berada di hadapan pintu rumah. Mujur waktu itu grill berkunci. Kebetulan suami balik kerja lambat pulak.


Seorang perempuan muda menghulurkan salam. Saya tidak membalas huluran salam itu. Dia mengulurkan tangannya melalui grill yang berkunci. Cuba untuk membuka pintu grill tersebut


Bertanyakan, ada tak kawan dia datang semalam untuk tunjuk satu sampel apa entah. Saya tak kuasa nak tahu sampel apa. Cuma saya sedang berfikir tentang keselamatan kami semua sebab perempuan ni saya tak kenal. Dengan sewenangnya dia berkata, bukak la pintu ni dulu kak. Oh no!!! Saya langsung tidak mendekatkan diri pada pintu tersebut



Saya tak nak langsung membalas salam dia sebab saya khuatir tentang benda yang bukan-bukan. Antara nya saya takut saya dipukau melalui sentuhan. Kedua nya jika saya dengan berani membuka pintu, saya takut saya diserang jika perempuan itu datang bukan dengan maksud sebenar. Sebab nya di luar pagar rumah ada 2 orang lagi temannya menunggu dalam kereta. Jadi lebih baik saya berhati-hati dengan segala kemungkinan.



Ok memang salah saya sebab saya tidak mengunci pagar. Tapi saya sangat marah sebab perempuan ni kurang ajar masuk dalam pagar rumah saya tanpa izin. Apa salah nya kau bagi salam dari luar pagar sahaja sampai tuan rumah sedar engkau ada di luar.



Dan lagi kurang ajar bila kau cuba untuk membuka grill walaupun kau tahu grill tu berkunci. Bila saya tak nak balas salam dia, dia keluar menuju ke kereta sambil memaki saya cakap saya BODOH!!!



Dua kali dia panggil saya BODOH!!!



Aku bukan bodoh ok!!! Aku bertindak mengikut apa yang telah terjadi pada arwah nenek aku dan juga apa yang terjadi pada kawan baik aku. Sebab tu aku bertindak PANDAI dengan tidak menyentuh tangan engkau dan juga tidak membuka pintu gril aku.



Jadi memang tak salah la saya salah sangka. Kalau dia berniat baik, kenapa dia memaki saya??? Kalau dia betul datang untuk menjual, kenapa dua kali dia menempik cakap saya bodoh???



Arwah nenek saya pernah dipukau dan barang kemas yang ada dalam rumah hilang sekelip mata sahaja. Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki bertanya kan arwah kat mana rumah tukang urut. Dia cakap, tangan dia sakit sangat. Nenek saya memang tak buka satu pintu pun. Mereka bercakap melalui tingkap.



Tapi lelaki ni cakap yang tangan dia sakit sangat. Dia minta tolong nenek saya urut kan sikit je. Nenek ni pun tak sampai hati. Ye lah. Orang tua....Masa sentuhan ni berlaku la, nenek saya dah tak sedar apa yang berlaku. Sedar-sedar segala barang kemas nya dah hilang. Pada hal arwah nenek saya ni urut tangan lelaki tu kat tingkap je tau.



Kedua pulak jadi pada kawan baik saya. Masa tu kami duduk rumah sewa. Kebetulan saya tak de kat rumah. Kawan saya tu tinggal sorang. Ada sorang perempuan datang, kata nya nak cari rumah sewa. Walhal kami tak de pun plan nak cari housemate lain. Tapi benda ni semua tak sedar. Kawan saya pun pelawa masuk dalam rumah. Tetamu yang tak diundang tadi yang konon-kononnya nak cari rumah sewa tengok-tengok sekitar rumah (ye la... konon kata nak sewa rumah kan)



Maybe tak de barang berharga yang nak dirompaknya. Kawan saya kebetulan nak call saya , habis kredit. Si tetamu tak diundang ni pun mempelawa naik keretanya pergi 7E sebab nak beli kredit. Bila dah sampai 7E, kawan saya menonong keluar kereta, dan hand fon nya dibiarkan dalam kereta.



Tiba-tiba kawan saya terpinga-pinga. Ingat balik apa yang terjadi. Hand fon takde kat tangan. Kereta tetamu tadi pun dah lesap.



Benda-benda macam ni la buat pengajaran kat saya. Mujur saya boleh berfikir. Jurujual sekalian alam.... Ingat la. Sekarang ni bukan macam dulu lagi nak buat direct selling dari rumah ke rumah. Semua barang sekarang dah mudah sangat nak dapat kat mana-mana pasaraya. Harga pun lebih kurang sama dengan apa yang kamu jual. Jadi tak payah la nak menakutkan tuan rumah dengan jualan anda dan cara anda menjual.



Selepas kejadian, se-maksimum mungkin saya cuba untuk menjaga keselamatan keluarga kami dan berhati-hati jika suami saya tiada di rumah dengan tidak sewenang-wenang nya membuka kunci rumah. Zaman sekarang, nak duduk dalam rumah sendiri pun tak tenteram dibuatnya. Walaupun pada hari siang. Jahat betullah manusia ni kan


6 comments:

JHS said...

Tu kat Melaka ek? Kalau kat KL ni agaknya lagi tinggi peratusan bahaya dia kan?

Asfaliza Mohd Yatim said...

JHS : itu la. kat KL tu lagi la bahaya nya mcm mana. tapi mana2 pun kita tetap kena berhati2. nenek aku tu dl duduk kampung je pun. tetap kena jugak

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

wah..seram!!

Ardini Humaira said...

huih... memang bahaya... risau btul dengan perompak.. huhu

Nens Collection said...

ya allah..naseb xde pape berlaku kan..xpelah sis kene bamboo pon..janji kite sume selamat!

azie said...

ishhh menakutkan lee..kazie kalau siang mmg kunci gate..kat mana2 pun sama je skrg nii..kita kena hati2