LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 2, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Menaip secara emo sekarang ni sebab teruja semasa menonton team bola sepak Malaysia semalam. Nak update malam-malam tak boleh sebab menonton bersama Rayyan Adam. So, apakan daya. Nanti akan tekeluar *(^*&^$%% pulak di blog ini.



So, tahniah kepada Malaysia. Tahniah tahniah tahniah. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Tapi saya tak bangga sebab ada anak Malaysia yang saya kenal kondem pasukan negara. Belah la wei!!! Kalau kau rasa pasukan Malaysia tak bagus. Pergi jauh-jauh ke negara luar. Contoh Indon ke. Vietnam ke. Ha pergi rasa kemakmuran menjadi penduduk di negara-negara seperti itu. Berlagak!!!!



Ok dah. Ni nak cerita masa menonton di tv. Paksa suami tonton bersama. Yang sebenarnya suami saya bukan peminat sukan seperti saya. Tapi dia dipaksa menonton supaya dia mudah mencelah topik bola bila berborak bersama rakan-rakannya. Hahahaha.



Disebabkan saya peminat bola, maka tak nak terlepas walau seminit pun tontonan di tv. Makanya aktiviti memasak dilakukan secara laju-laju semasa perlawanan berehat. Lihat lah betapan cintanya saya kepada negara tercinta.




No comments: