LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 21, 2012

Langsir Kedua

Malu sangat sebab saya mak budak baru belajar. Ni la langsir kedua hasil tangan busuk saya ni.


Saya pun tak sangka kenapa sekarang ni perasaan nak belajar menjahit begitu membuak-buak. Bayang kan dulu kalau mak menjahit tak de saya heran. Kalau Kak Ana menjahit pun tak de saya pandang.


Yang saya tahu, semua benda-benda kat rumah memang mak jahit sendiri. Dari baju-baju kami adik beradik termasuk baju Melayu abah. Sampai ke langsir. Sarung kusyen, alas meja dan seangkatan dengannya semua mak jahit sendiri.


Sekarang baru aku heran semua tu uallsss... Maybe faktor genetik la kot ek. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.


Serius sekarang saya heran akan semua tu. Rayyan Adam masih dalam perut lagi mak dah sibuk nak jahit sarung bantal nya siap berkait. Dengan kain bedung and barut semua hasil tangan Kak Ana.


Dan saya??? Baru terkedek-kedek nak tanya, eh berapa ek harga mesen jahit. 


Terbeliak bijik mata bila Kak Ana kata paling murah pun 1k. Eh saya memang tak tahu rate harga mesen jahit ni. Saya ingat 400 dah boleh dapat.


Ni mula lah aku nak berzikir kat telinga laki aku ni....



Ni langsir master bed room. Still nak guna style eyelet. Kali ni saya letak banyak sikit eyelet tu. Tapi rasa macam menyesal pulak sebab takut berat and kayu roboh.



Nak pasang eyelet ni tak susah. Cuma kudrat kena kuat. Kalau saya buat rasa nya memang buasir la gamaknya. Nak tak nak, suami kena amik bahagian jugak menolong usaha gigih bini nya ni. Tu nampak ibu jari dia pun sampai berdarah



Eh tapi busuk-busuk saya pun pandai tau jahit kelim baju dengan jahit mata lalat kat leher. Kalau tiba time raya, memang saya ada amik tender dengan Kak Ana jahit kan benda alah tu semua.