Ingat tak dulu saya pernah up cerita pasal saya beli kain langsir kat Tewah IOI 1 ikat RM2
Dan ini lah hasil nya. Masa tu saya beli 2 ikat. So bagaimana? Nampak mewah tak? Huhuhuhu...
Tapi kena kerja keras sikit la kalau beli kain belen ni. Kalau ikut ukuran memang tak cukup nak cecah ke lantai. Jadik kena la kreatif. Mari kita ke kamdar pulak untuk mencari kain tambahan untuk di macing kan dengan kain 2 hengget tadi. So masih dalam penjimatan lagi la kan.
Tambahan penjimatan lagi bilamana saya tetap berusaha mahu menjahit sendiri langsir tersebut. Walaupun saya tak pernah pegang mesen jahit. Tapi orang kata nak seribu daya kan. Maka terhasil lah dan sangat-sangat berpuas hati waimah tak de kekemasannya lagi.
Percaya atau tidak sepanjang langsir ini dalam pemprosesan, tingkap rumah saya hanya mengunakkan selimut sahaja.
Serius memang tak cukup masa. Tapi kena jugak carik masa untuk siap kan langsir ni. Alhamdulilah setakat ni dah siap 2 keping langsir. Satu yang kat hall hari tu. Dan yang ini untuk master bed room
1 comment:
Syabas! Inpector Shahab...!
Post a Comment