LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ACARA. Show all posts
Showing posts with label ACARA. Show all posts

Jan 9, 2014

Majlis Cukur Jambul Dhia Sofea

Assalamualaikum...


Alhamdulilah termetrai jugak majlis cukur jambul buat sang puteri Dhia Sofea di kampung halaman mama, Johor.


Ternyata, semua ni adalah rezeki dari Allah untuk setiap anak yang lahir...


Sepatutnya saya merancang untuk setiap majlis anak kami yang kami rai kan, saya akan memakai semula baju pernikahan kami. Tapi apakan daya, perut sang suami yang semakin meninggi, menidakkan impian saya :(


Eh saya selim lagi tau. Muat je....


So, baju mak bapak pakai je la apa yang ada. Untuk tuan puteri khas didatangkan dari Korea. Cewah... Dan buat sang putera, puas mama nya meronda cari baju melayu yang senada.















May 15, 2012

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil - 050512

Assalamualaikum...


Alhamdulilah setelah 5 purnama bermalam di rumah hasil titik peluh kami suami isteri, dapat juga berkongsi rezeki bersama kaum keluarga, jiran-jiran dan jemputan lain.


Plan asal nak buat kecil-kecilan je kot. Alhamdulilah ramai jugak jemputan yang sudi hadir. Terutama pada jiran-jiran baru yang baru berkenal-kenalan.


Niat saya memang nak panggil anak-anak yatim sekaligus nak jamu la diorg. Yang urus kan menda ni suami. Ye la. Saya kan kat KL. Mana sempat nak menerjah rumah anak yatim. Tapi rupanya yang datang pelajar tahfiz dari madarasah kat area Kandang. Ada dalam 30 orang. Apa pun masih tetap bersyukur.


Walaupun saya mampu la jugak pakai handbag COACH, tapi apa salah nya kita buat perkara yang menuju keberkatan. Makan sedap-sedap kat restoren mewah, bercuti sana-sini kalau hati tak tenang pun tak guna jugak ye tak.




Majlis dibuat selepas isyak. Pelajar-pelajar tu kami suami isteri minta tolong adik beradik amik pakai kereta masing-masing. Dalam 9 biji kereta kot. Haila.... Tak menang tangan tuan rumah dibuat nya tau. Gambar pun cuma ada berapa keping je yang sempat ditangkap.


Masak memasak memang minta tolong kudrat kakak sendiri dan kakak ipar. Untung kan jadi adik ni. Hahahaha. Tuan rumah jadi mandor je arah sana arah sini.


Seronok masak sendiri ni. Cuma yang tak seronok, bahagian dapur tak berapa nak kemas sangat la kan. Dengan periuk belanga nya....




Menu malam tu 
  • Kari kambing
  • Ayam goreng berempah
  • Ulaman
  • Sambal belacan
Menu tambahan yang ditambah oleh mak dan Kak Ana
  • Sambal goreng (Tempe, tahu and kentang. Ni femes la kalau kat Johor)
  • Urap (Pun femes kat Johor)
  • Asam pedas sayur batang keladi




Dan syukur tangan saya pun sempat membakar rainbow cupcakes


Ini saya buat door gift la kekonon nya.... Tak sempat nak mekap kotak tu dengan reben


Of coz la apam polka dot tuan rumah kena ada jugak



Oh ye perkara yang paling membimbangkan saya suami isteri, takut sangat-sangat makanan tak cukup. Pastu mak nasihat kan saya, jangan tamak-tamak. Huhuhu. Alhamdulilah... Semua nya cukup...


Jadi sekian sahaja berita saya dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi hadir. Lain hari kita berjumpa lagi. Juga pada yang tak berkesempatan, lain hari pintu rumah sentiasa mengalu-alu kan kedatangan anda. Cewah...

Apr 13, 2012

Majlis Pot Luck

Sempena cuti umum 11 April hari tu, taman tempat saya duduk tu ada buat Majlis Pot Luck untuk penduduk merapatkan silaturahim.

 
Memandangkan kami suami isteri ni adalah antara penduduk yang baru pindah, so macam ala-ala malu kucing la gamaknya dua-dua. Nasib baik jiran sebelah rumah ada datang jugak. Maka nya adalah la jugak kawan nak borak.


First orang lelaki dah pergi awal sebab diorg berjemaah mahgrib dulu kat surau sementara. Then ada bacaan yasin seterusnya sembahyang isyak. Beserta sekali dengan solat hajat.


Dalam pukul 9 malam saya gedek-gedek dengan Rayyan Adam ke tempat kejadian. Kebanyakan orang perempuan jalan kaki malam tu. Saya idok le kan. Berkereta la kita.


Sebenar nya nak bertegur sapa adalah masih malu lagi. Serius malu. Macam.... Alahai. Dulu-dulu kecik-kecik kita ikut mak kita. Ni kita yang dah jadi mak nak bercampur dengan orang ni. Huhuhu. Malu aiiiii!!!


Tapi nak tak nak kena jugak campur dengan masyarakat. Tak nak jadi macam katak bawah tempurung la kan. Dan bila ada majlis macam ni, sekurang-kurang nya kita dapat merapatkan apa yang sepatut nya. Nak duduk kat sini bukan sehari dua. Entah-entah ni la rumah kita sampai mati. Takut esok mati pun jiran tetangga tak tahu.



Of coz la saya buat benda alah ni kan untuk jamuan tersebut. Huhuhu.



Dan ini adalah acara perkenalan yang saya kata kan tadi. Cis sang suami sikit pun tidak memperkenal kan siapa isteri beliau. Huhuhu. Gugup la tu

Sep 9, 2011

Baraan


Macam biasa tiap-tiap tahun mana-mana rumah di negeri Johor pasti ada kunjungan orang kampung untuk majlis baraan. Yes. We call it baraan yang bermaksud marhaban.



Lepas sembahyang raya, biasanya imam akan berdiskusi dengan para jemaah untuk menentukan bila untuk laksana kan aktiviti ini. Dan kalau di kampung saya, biasa nya untuk kaum lelaki akan bermula pada hari raya kedua dan kaum wanita pada hari raya ketiga. Ni biasa nya lah. Lain-lain kampung lain tau. Ada jugak kampung yang start dari hari raya pertama lagi.



Aktiviti ni bukan hanya berlaku di kampung-kampung sahaja tau, malah taman-taman perumahan yang baru pun ada. Tapi biasa nya kalau kat taman perumahan akan start lewat sikit. Maybe dalam minggu kedua atau ketiga Syawal. Sebabnya, kebanyakan mereka yang tinggal kat taman perumahan pulang ke kampung masa minggu-minggu pertama Syawal.



So, tahun ni kami suami isteri berkesempatan bertemu dengan orang kampung pada hari raya kedua. Masa ni baraan lelaki. Baraan perempuan kami dah balik Melaka. Mak tak sempat nak sediakan apa-apa juadah dan kami espect semua orang dah kenyang makan rumah orang lain sebab rumah kami adalah giliran yang dah banyak rumah dah.





 

Mak kena duduk depan sebab orang kampung nak jumpa mak



Budak kecik ni pun adalah menyebok


Masa ni ahli keluarga lelaki yang ada, suami saya dan abang ipar saya. Maknanya diorg berbiras, Nak tak nak si adik ni kena lah beralah memberi sepatah dua kata ucapan. Oh ye. Lepas je semua orang habis berselawat, ada sorg wakil orang kampung akan memberi ucapan untuk saling bermaafan dengan tuan rumah dan menghalalkan apa yang patut. Dan selepas itu, tuan rumah pun akan berkata perkara yang sama kepada tetamu yang hadir



Kanak-kanak beratur salam atuk nak dapat duit raya. Dan di kampung saya juga, kalau orang tua perempuan yang berpangkat nenek akan dipanggil atuk. So, atuk bukan hanya untuk orang tua lelaki, tapi orang tua perempuan pun kita panggil atuk. Panggilan nenek hanya untuk cucu-cucu mak sendiri je sebab anak mak 3 orang yang kawen dengan bukan orang Johor




Jujur nya, saya sebagai orang Johor bangga dengan aktiviti macam ni. Ni pun saya sedar lepas saya dah kawen dengan orang luar negeri Johor. Dan juga kawan-kawan saya pun ramai yang dari negeri lain. 



Sebabnya saya puji aktiviti seperti ini kerana, cpntoh la macam mak kan. Now mak dah jarang sangat-sangat duduk kat kampung. So, orang kampung agak sukar la nak tanya khabar mak macam mana. Kadang-kadang bila ada kenduri kawen pun mak tak dapat nak attend.



So, bila ada majlis macam ni, bukan ke akan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita sekampung.

Jul 7, 2011

Berpiknik Di Sungai Congkak




For the first time saya sampai ke Sungai Congkak. Actly, my ofis saja suka-suka nak buat Family Day. So, plan nya pun main plan je. Buat bajet. Lepas tu masing-masing bawak pot luck. Lepas gaji kita pergi.


Bakar-bakar ayam adalah wajib. Duit yang kita kumpul ramai-ramai tu la buat beli ayam. Nyum nyum





Lepak-lepak dulu kejap. Masa ni ada yang dah masuk air. Mana yang lapar, makan je la pot luck yang dah dibawak



Banyak gila makanan. Alhamdulilah. Semua orang pun terlebih-lebih makan. Memang kenyang sampai ke malam. Siap boleh tapau lagi. Masa ni Kak Dolly dah siap-siap sediakan plastik nak tapau untuk semua. Saya bawak nasi himpit dengan kuah kacang. Tapi harap maklum. Mak ye yang masak. Bukan saya.



Dan masa ni pun ada games tau. Saya lah yang uruskan games. Seronok gila tengok budak-budak ni main.


Orang tua pun tak terkecuali ye. Apa yang penting sporting. Ala suka-suka je kan. Kita-kita aje.



Pompuan pun ada dik non. Tapi pompuan kita kasik game yang suci bersih je. Masuk kan air dalam botol. Kata pompuan. Kena lah ayu di depan suami masing-masing



Ni hadiah nya. Semua nya pun saya yang carik dan urus kan. Bajet 50 hengget je semua ni. Murah kan. Bayar pun guna duit yang kita kumpul ramai-ramai tu.


Hadiah budak-budak saya yang kasik merangkap saya ketua permainan kan. Hahaha!! Suka nya diorg dapat hadiah



Dan ini lah para pemenang nya. Hadiah paling banyak kita kasik budak-budak. Orang tua dapat sorang satu jek



Masa ni main air. Ya Allah la hai si Rayyan Adam. Kalau boleh nak tidur dalam air tu. Bapak nya pun melayan anak bujang dia. Mama tak masuk air sangat. Tengah kibarkan Bendera Jepun. Huhuhu. Tapi dah last nak balik, masuk jugak takut balik teringat-ingat. Jadi lah dapat masuk kejap je



Gambar-gambar dari kamera En. Din saya cilok kat fb 




First time Rayyan Adam jumpa dengan si kecik Dhira. Sebelum ni memang tak pernah jumpa. Maklum lah. Rayyan Adam kan kat Melaka. Mama nya je yang selalu jumpa si kecik Dhira ni. Diorg sebaya. Tua Rayyan Adam 2 bulan kot. Tapi Dhira ni halus je orang nya. Walaupun halus. Tapi kuat tau. Jangan main-main. Rayyan Adam suka jugak dengan Dhira. Tapi Dhira tengah trauma lagi. Hehehehe. Dhira trauma sebab baru lepas kena gigit dengan kawan dia kat taska. Sian dia.




Rayyan Adam



Mama dia memang tak boleh belah dengan kucing. Tapi alhamdulilah anak nya ok sangat-sangat. Rayyan Adam tak takut kucing macam mama. Siap suap makan lagi. Kucing ni pun bersih. Tu yang saya tak kisah dia nak pegang



My family


Rayyan Adam with nenek



Masa ni anak Afif baru je lahir. 3 bulan kot. So, mak merangkap baby sitter. Hehehhe. Mak jaga cucu lain. Rayyan Adam dah sombong dengan mak masa ni. Biasa lah. Mama dengan ayah ada dengan dia kan.



Kak Dolly pun bawak mak dia. So, mak adalah kawan nak borak. Gosip-gosip. Wah!!!



En. Din pasang khemah jugak lah kan kat sini. Mana tahu ada anak dara yang nak tidur.



Serius saya suka budak ni. Anak Kak Dolly. Sorry ye kak saya letak gambar Shasha kat sini. Hehehe. Saya suka lah kat dia. Paling saya suka sebab dia diam. Rupa nya dia tak pandai cakap Melayu. Nak cakap dengan dia kena cakap omputih. Tu yang kitorg suka nyakat tu.



2 babies. Nampak Rayyan Adam dah penat. Memang penat dia main air. Ada 3 kali dia keluar masuk air. Masa ni makan tak nak. Minum tak nak. Susu tak nak. Dia nak main air je. Last-last mak suruh saya salinkan dia. Mak nak peluk kasik tidur pun dia sombong lagi. Nak dengan mama jugak. Nasib kejap je terus jalan. Selamatttt...




Gambar berdua adalah wajib ye



Ok dah nak balik pun. Penat!!!



Gambar setiap keluarga



Dan gambar beramai-ramai. Percutian yang sangat-sangat seronok. Moment yang sangat best untuk dikenang. Sebab, selalunya kita tengok muka opismate mesti dok teringat kerja. Tapi kat sini, semua tu  takde. Semua cerita hal family je. Best!!! Next time harap-harap ada lagi acara-acara macam ni yek.

Mar 21, 2011

Selamat Bertunang Yana & Dzul

13 Mac 2011 hari tu ada majlis pertunangan anak sedara belah suami kat Seremban. Tahniah buat Yana dan Dzul. Ikatnya dalam lebih kurang 2 tahun la kot macam tu. Anak sedara belah suami ramai dah besar-besar. Tu yang semua nampak baya-baya saya jek.



 Cincin merisik dan cincin bertunang. Abang, sayang nak cincin lagi. Tak cukup



Yana dan Dzul



Bakal mak mertua. 1 ofis lor dengan bakal menantu. Hahahaha. Serius masa mula-mula saya tengok ingat kakak tunangnya yang sarungkan cincin. Sekali mak dia daaa. Muda lagi kan




Ha ni la kakak ipar saya merangkap kakak kesayangan suami. Nak menantu dah Kak Lang ni




This chocolate sponser by kami suami isteri. Segala design adalah rahsia sehingga diterima oleh tuannya. Gambar diorg pun saya curik kat fb secara serang hendap.




Dan kalau ada siapa-siapa teringin nak tempah coklat macam ni boleh pergi ke facebook Nurul Chococolate or email nurulchococolate@yahoo.com. Add jek nanti boleh la tengok gambar-gambar best dalam tu. Ni homemade punya tau. 





Masa tempah ni, Rayyan Adam siap dapat free gift coklat Ben 10. Sampai sekarang ni belum makan lagi. Gila sayang nak makan


 

Dan ni gambar menggedik adik yang bertunang kacau anak aku masa tidur. Ada je saya jumpa gambar Rayyan Adam dikandid di mana-mana. Huhuhuhu