LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label CUTI-CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI. Show all posts

Nov 16, 2012

Bukit Gambang Water Park

Plan nak pergi holiday ni lama dah. Memang nak pergi tempat mandi-mandi sebab nak bawak anak bujang main air.


Tapi tu la kita ni hanya merancang. Huhuu. Tiba masa saya kesihatan saya tak mengizinkan saya nak bersuka ria pun. Kebetulan pulak anak bujang tiba-tiba demam.


Nasib baik we all pergi dengan makcik and sepupu sepapat saya. So, suami ada jugak geng nak bersuka ria.


Saya hanya duduk-duduk je melepak kat food court melayan anak bujang tak sihat. Sama-sama tak sihat. Apa je yang boleh we all buat. Gambar pun ada tak de je. Mood saya memang ke laut



So layan je la gambar yang ada












   


Rating saya boleh bagi Bukit Gambang Water park ni cuma 50% sahaja. Sorry to say la. Memang bukan saya sorg je yang hypertension waktu ni. Pengunjung lain pun sama tak puas hati.


  • Pengunjung ramai (public holiday mesti lah ramai kan). Kaunter tiket banyak tapi banyak kosong. Staff pulak lembab menjual tiket. 1 jam lebih buang masa beratur tunggu staff yang lembab jual tiket
 
  • Kaunter yang saya beli tiket tu tak de tempat ukur ketinggian untuk kanak-kanak bawah 90 cm. Kanak-kanak bawah 90 cm free. Rayyan Adam mana la saya nak sah kan dia lepas ke tak. So, Rayyan Adam kena pergi ukur dulu kat tempat lain. Then kalau melebihi 90 cm saya kena beratur balik, bersesak barat nak beli tiket untuk Rayyan Adam pulak. Hoi!!!!! Kepala bapak kau buat management macam ni. Siapa yang ada anak kecik macam saya memang lancang mulut marah kan cashier tu. Memang ramai yang marah. Penat wei beratur.
 
  • Ni satu hal lagi. Memang bangang nak mampus.Sumpah saya menyumpah seranah dalam hati. Saya kan bawak mak. Mak saya warga emas. Saya tahu kalau pergi mana-mana pun warga emas akan dapat lain harga. Memang kurang-kurang separuh harga. Sekali kaunter yang saya beratur tu tak boleh beli tiket untuk warga emas. Warga emas punya tiket kena beratur pulak tempat lain. Memang masa ni kesabaran tahap cipanzi. 
 
  • Then saya komplen kat kaunter seterusnya yang boleh beli tiket warga emas tu. Kenapa tak tulis, tiket warga emas hanya boleh beli di kaunter tertentu. Alasan memang tak munasabah. Dia kata, hanya kaunter ni je ada tempat nak photostat IC. Hoi!!!! Kau dapat untung riban-riban tak mampu nak tambah mesin photostat!!!
 
  • Dah la staff yang jual tiket tu lembab. KURANG AJAR pulak tu. Bila saya dah komplen pasal kena beratur banyak tempat sebab tak de info yang tulis betul-betul, warga emas beli kat sini and bla bla bla. Dia boleh pulak menjawab, kita memang tak akan bagi tahu untuk tiket warga emas ni. So siapa yang nak beli baru kita jual. Masa ni memang aku pandang tak berkelip si cashier bodoh ni. Tempat lain ada je tulis harga tiket warga emas. Aku tahu la sebab aku dah banyak kali bawak mak aku bersuka ria dapat half price. Tolong lah Bukit Gambang oiiii. Jangan amik pekerja semberono je bodoh tak reti nak menjawab. Jawapan staff ni memang bodoh. Tak logik langsung. Mana-mana tempat pun warga emas memang dapat lain harga. Istimewa. Atleast kau minta maaf tak boleh. Kau cakap je la kau tak tahu. Tak payah nak jawab yang menampakkan kau bodoh!!!
 
  • Last komplen saya pasal pelampung pulak. Pelampung ni ada 2 jenis pulak kalau kita nak sewa.... Yang boleh main kat semua tempat and yang boleh main kat certain tempat je... Kau dah tahu manusia ni ramai yang datang. Yang datang ni semua of course la nak main kat semua tempat kan. Takkan lah kanak-kanak ni datang sendiri tanpa ibu bapa so kau ingat target kau pelampung untuk kolam kanak-kanak ni laku. Habis mak bapak nya tak payah pakai pelampung nak main kat gelungsor tinggi-tinggi tu???? Bodoh nya lahai. Pasal apa saya cakap diorg ni tak de akal. Pasal nya, dah tahu ramai manusia yang datang, pelampung yang boleh guna kat semua tempat sikit nak mampus. Ha amik... pelampung yang hanya boleh guna kat certain tempat memang berlambak. Pasal semua orang nak main kat semua tempat. Dasar otak letak kat lutut semua. Huh!!!



Sebenar nya ikut kan bukan saya nak meroyan sangat pun. Cuma memang kebanyakan pengunjung mengomel benda yang sama. Baik-baik kitorg tak kenal satu sama lain. Jadi boleh berborak pulak pasal benda-benda tak berfaedah ni. Bukan saya je yang marah masa ni. So, tak dah pergi Bukit Gambang ni lagi. 
 


Oct 26, 2011

Happy Deepavali



Happy Deepavali semua. Happy holiday. Now mama saya cuti. Tapi mama suruh ayah saya kerja. Sebab kata mama, nanti kita dapat duit banyak kalau ayah kerja hari ni. Triple tu....



Ok la, Happy Deepavali ye buat semua kawan-kawan mama and kawan-kawan ayah. Saya belum ada kawan. 

Jul 7, 2011

Berpiknik Di Sungai Congkak




For the first time saya sampai ke Sungai Congkak. Actly, my ofis saja suka-suka nak buat Family Day. So, plan nya pun main plan je. Buat bajet. Lepas tu masing-masing bawak pot luck. Lepas gaji kita pergi.


Bakar-bakar ayam adalah wajib. Duit yang kita kumpul ramai-ramai tu la buat beli ayam. Nyum nyum





Lepak-lepak dulu kejap. Masa ni ada yang dah masuk air. Mana yang lapar, makan je la pot luck yang dah dibawak



Banyak gila makanan. Alhamdulilah. Semua orang pun terlebih-lebih makan. Memang kenyang sampai ke malam. Siap boleh tapau lagi. Masa ni Kak Dolly dah siap-siap sediakan plastik nak tapau untuk semua. Saya bawak nasi himpit dengan kuah kacang. Tapi harap maklum. Mak ye yang masak. Bukan saya.



Dan masa ni pun ada games tau. Saya lah yang uruskan games. Seronok gila tengok budak-budak ni main.


Orang tua pun tak terkecuali ye. Apa yang penting sporting. Ala suka-suka je kan. Kita-kita aje.



Pompuan pun ada dik non. Tapi pompuan kita kasik game yang suci bersih je. Masuk kan air dalam botol. Kata pompuan. Kena lah ayu di depan suami masing-masing



Ni hadiah nya. Semua nya pun saya yang carik dan urus kan. Bajet 50 hengget je semua ni. Murah kan. Bayar pun guna duit yang kita kumpul ramai-ramai tu.


Hadiah budak-budak saya yang kasik merangkap saya ketua permainan kan. Hahaha!! Suka nya diorg dapat hadiah



Dan ini lah para pemenang nya. Hadiah paling banyak kita kasik budak-budak. Orang tua dapat sorang satu jek



Masa ni main air. Ya Allah la hai si Rayyan Adam. Kalau boleh nak tidur dalam air tu. Bapak nya pun melayan anak bujang dia. Mama tak masuk air sangat. Tengah kibarkan Bendera Jepun. Huhuhu. Tapi dah last nak balik, masuk jugak takut balik teringat-ingat. Jadi lah dapat masuk kejap je



Gambar-gambar dari kamera En. Din saya cilok kat fb 




First time Rayyan Adam jumpa dengan si kecik Dhira. Sebelum ni memang tak pernah jumpa. Maklum lah. Rayyan Adam kan kat Melaka. Mama nya je yang selalu jumpa si kecik Dhira ni. Diorg sebaya. Tua Rayyan Adam 2 bulan kot. Tapi Dhira ni halus je orang nya. Walaupun halus. Tapi kuat tau. Jangan main-main. Rayyan Adam suka jugak dengan Dhira. Tapi Dhira tengah trauma lagi. Hehehehe. Dhira trauma sebab baru lepas kena gigit dengan kawan dia kat taska. Sian dia.




Rayyan Adam



Mama dia memang tak boleh belah dengan kucing. Tapi alhamdulilah anak nya ok sangat-sangat. Rayyan Adam tak takut kucing macam mama. Siap suap makan lagi. Kucing ni pun bersih. Tu yang saya tak kisah dia nak pegang



My family


Rayyan Adam with nenek



Masa ni anak Afif baru je lahir. 3 bulan kot. So, mak merangkap baby sitter. Hehehhe. Mak jaga cucu lain. Rayyan Adam dah sombong dengan mak masa ni. Biasa lah. Mama dengan ayah ada dengan dia kan.



Kak Dolly pun bawak mak dia. So, mak adalah kawan nak borak. Gosip-gosip. Wah!!!



En. Din pasang khemah jugak lah kan kat sini. Mana tahu ada anak dara yang nak tidur.



Serius saya suka budak ni. Anak Kak Dolly. Sorry ye kak saya letak gambar Shasha kat sini. Hehehe. Saya suka lah kat dia. Paling saya suka sebab dia diam. Rupa nya dia tak pandai cakap Melayu. Nak cakap dengan dia kena cakap omputih. Tu yang kitorg suka nyakat tu.



2 babies. Nampak Rayyan Adam dah penat. Memang penat dia main air. Ada 3 kali dia keluar masuk air. Masa ni makan tak nak. Minum tak nak. Susu tak nak. Dia nak main air je. Last-last mak suruh saya salinkan dia. Mak nak peluk kasik tidur pun dia sombong lagi. Nak dengan mama jugak. Nasib kejap je terus jalan. Selamatttt...




Gambar berdua adalah wajib ye



Ok dah nak balik pun. Penat!!!



Gambar setiap keluarga



Dan gambar beramai-ramai. Percutian yang sangat-sangat seronok. Moment yang sangat best untuk dikenang. Sebab, selalunya kita tengok muka opismate mesti dok teringat kerja. Tapi kat sini, semua tu  takde. Semua cerita hal family je. Best!!! Next time harap-harap ada lagi acara-acara macam ni yek.

Apr 21, 2011

Shopping Di Kedai Hj. Ismail Group, Langkawi

Now kita sambung cerita tentang shopping mopping. Sila tahu tujuan sebenar saya ke Langkawi ialah shopping. Yang lain-lain acara hanya lah sekadar selingan semata-mata.


Tea set ni sangattttt murah. 17 hengget je 6 bijik. Saya beli 2. 1 nak kasik hadiah weding kawan bulan 6 nanti.



 Set yang ni lah yang pecah. 6 bijik pecah. Nasib la wei tak beli corelle ke vantage ke. Opal ye puan-puan. Murah sangat!!! 89 hengget 1 set. Next time baru berfikir-fikir nak beli brand mahal-mahal tu. Alasan anak kecik lagi. Karang leka mahu dia main masak-masak pulak.







 Mak dah mula malas nak layan. Hahaha!!! Lama-lama mak duduk je perati saya tawaf kedai tu. Eh kedai ni ada hantu la!!!





Serius saya adalah gila ketika berada di kedai ini. Saya pergi 2 kali dek kerana gila. Kali pertama survey. Kali kedua cekup mana yang diidamkan. Dan masa nak bayar saya tengok duit ada lebih lagi 300 hengget. Bukan bajet lari. Tapi bajet terlebih. Setan terus hasut amik lagi mana yang belum beli. Gila kan?




Sedang suami simpan barang dalam bonet, saya sempat grab lagi 10 bijik pinggan superware. Setel 100 hengget. Tu pun nasib je kedai dah nak tutup. Kalau tak kepala otak ni aktif je fikir barang apa nak beli lagi. Rayyan Adam pun dah start ngantuk.






Ok bab-bab pilih coklat saya serah kan semuanya pada 2 orang bodyguard saya. Hahaha!!! Kasik can diorg pulak pilih memandangkan saya dah habis tenaga memilih pinggan mangkuk sebentar tadi. Kali ni saya pulak yang dukung si kecik. Saya cuma amik coklat yang saya nak makan je. Lain-lain yang nak bagi sedara mara semuanya di tangan mereka berdua.




So, next time pergi dah ada aim nak beli apa. Tinggal sediakan duit sajok!!! Entah bila nak pergi lagi ni.

Apr 15, 2011

Island Hopping Di Langkawi


Masih lagi sambungan kisah percutian di Langkawi. Selagi ada cerita , selagi tu tak habis  cerita nya di sini ye. Kali ni nak cerita perihal Island Hopping. Pekej ni pun kami amik dengan pihak hotel. Senang cerita. Ikutkan banyak je orang yang tawarkan pekej ni kat sana. Google sudah.







Mula-mula kasi mak mertua selamat dulu. Menantu yang baik okkkkkk



Then ini budak kecik pulak.



Serius saya suka dia berpakaian macam ni. Chummmmeeellll!!!



Kelemahan cenonet ni ialah loly pop betul ke aku eja ni. Magik kalau dapat benda alah ni. Jajan lain pun dia tak layan tau




Pertengahan jalan, dia pun jalan daaaa!!! Mana tak ngantuk. Pagi-pagi dah kena kejut. Ayah yang sangat sweeettt menghalang cahaya matahari buat anak bujang nya.


Ada couple baru kawen amikkan gambar couple dah lama kawen. Muka bukan main cover matahari dua-dua orang



Mak yang sangat cool. Mak memang sporting. Nak naik bot punya pasal, ni first time mak pakai seluar selama ni tau. Mak dulu gemoookkkk gila. Seluar tak muat tau. Seluar ni pun Kak Ana jahit sendiri. Mahu order?



Tempat pertama, Pulau Beras Basah



Sebelum amik pekej ni ramai jugak lah yang advise kami, kalau ada budak kecik tak payah la pergi. Tapi kan dah kata anak saya ni baik. Budak kecik ni kan diam je kalau dikelilingi orang yang tak dikenali. So, saya dengan suami memang bajet la si kecik ni akan pandai jaga diri. Hahahaha!!! Berlagak.




Ye puan-puan. Kami memang bajet Rayyan Adam anak yang baik. Mesti dia boleh terima certain keadaan. Nampaknya jangkaan mak bapak dia kali ni jauh meleset. Perjalanan balik, Rayyan Adam betul-betul mengamuk. Mengamuk yang amat. Tuhan je yang tahu betapa takutnya saya dia terjun laut. 



  1. Tak nak pakai life jacket
  2. Tak nak minum susu
  3. Segala jajan semuanya pun tak nak
  4. Lagi pun dia dah ngantuk
  5. Dia tak suka bunyi bot tu



Kesimpulannya, lain kali dengar lah cakap orang. Sila jangan berlagak. Wakakakaka!!!! Cerita seterusnya nanti saya sambung balik ye kalau datang seru. Daaa!!!