LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 7, 2011

Berpiknik Di Sungai Congkak




For the first time saya sampai ke Sungai Congkak. Actly, my ofis saja suka-suka nak buat Family Day. So, plan nya pun main plan je. Buat bajet. Lepas tu masing-masing bawak pot luck. Lepas gaji kita pergi.


Bakar-bakar ayam adalah wajib. Duit yang kita kumpul ramai-ramai tu la buat beli ayam. Nyum nyum





Lepak-lepak dulu kejap. Masa ni ada yang dah masuk air. Mana yang lapar, makan je la pot luck yang dah dibawak



Banyak gila makanan. Alhamdulilah. Semua orang pun terlebih-lebih makan. Memang kenyang sampai ke malam. Siap boleh tapau lagi. Masa ni Kak Dolly dah siap-siap sediakan plastik nak tapau untuk semua. Saya bawak nasi himpit dengan kuah kacang. Tapi harap maklum. Mak ye yang masak. Bukan saya.



Dan masa ni pun ada games tau. Saya lah yang uruskan games. Seronok gila tengok budak-budak ni main.


Orang tua pun tak terkecuali ye. Apa yang penting sporting. Ala suka-suka je kan. Kita-kita aje.



Pompuan pun ada dik non. Tapi pompuan kita kasik game yang suci bersih je. Masuk kan air dalam botol. Kata pompuan. Kena lah ayu di depan suami masing-masing



Ni hadiah nya. Semua nya pun saya yang carik dan urus kan. Bajet 50 hengget je semua ni. Murah kan. Bayar pun guna duit yang kita kumpul ramai-ramai tu.


Hadiah budak-budak saya yang kasik merangkap saya ketua permainan kan. Hahaha!! Suka nya diorg dapat hadiah



Dan ini lah para pemenang nya. Hadiah paling banyak kita kasik budak-budak. Orang tua dapat sorang satu jek



Masa ni main air. Ya Allah la hai si Rayyan Adam. Kalau boleh nak tidur dalam air tu. Bapak nya pun melayan anak bujang dia. Mama tak masuk air sangat. Tengah kibarkan Bendera Jepun. Huhuhu. Tapi dah last nak balik, masuk jugak takut balik teringat-ingat. Jadi lah dapat masuk kejap je



Gambar-gambar dari kamera En. Din saya cilok kat fb 




First time Rayyan Adam jumpa dengan si kecik Dhira. Sebelum ni memang tak pernah jumpa. Maklum lah. Rayyan Adam kan kat Melaka. Mama nya je yang selalu jumpa si kecik Dhira ni. Diorg sebaya. Tua Rayyan Adam 2 bulan kot. Tapi Dhira ni halus je orang nya. Walaupun halus. Tapi kuat tau. Jangan main-main. Rayyan Adam suka jugak dengan Dhira. Tapi Dhira tengah trauma lagi. Hehehehe. Dhira trauma sebab baru lepas kena gigit dengan kawan dia kat taska. Sian dia.




Rayyan Adam



Mama dia memang tak boleh belah dengan kucing. Tapi alhamdulilah anak nya ok sangat-sangat. Rayyan Adam tak takut kucing macam mama. Siap suap makan lagi. Kucing ni pun bersih. Tu yang saya tak kisah dia nak pegang



My family


Rayyan Adam with nenek



Masa ni anak Afif baru je lahir. 3 bulan kot. So, mak merangkap baby sitter. Hehehhe. Mak jaga cucu lain. Rayyan Adam dah sombong dengan mak masa ni. Biasa lah. Mama dengan ayah ada dengan dia kan.



Kak Dolly pun bawak mak dia. So, mak adalah kawan nak borak. Gosip-gosip. Wah!!!



En. Din pasang khemah jugak lah kan kat sini. Mana tahu ada anak dara yang nak tidur.



Serius saya suka budak ni. Anak Kak Dolly. Sorry ye kak saya letak gambar Shasha kat sini. Hehehe. Saya suka lah kat dia. Paling saya suka sebab dia diam. Rupa nya dia tak pandai cakap Melayu. Nak cakap dengan dia kena cakap omputih. Tu yang kitorg suka nyakat tu.



2 babies. Nampak Rayyan Adam dah penat. Memang penat dia main air. Ada 3 kali dia keluar masuk air. Masa ni makan tak nak. Minum tak nak. Susu tak nak. Dia nak main air je. Last-last mak suruh saya salinkan dia. Mak nak peluk kasik tidur pun dia sombong lagi. Nak dengan mama jugak. Nasib kejap je terus jalan. Selamatttt...




Gambar berdua adalah wajib ye



Ok dah nak balik pun. Penat!!!



Gambar setiap keluarga



Dan gambar beramai-ramai. Percutian yang sangat-sangat seronok. Moment yang sangat best untuk dikenang. Sebab, selalunya kita tengok muka opismate mesti dok teringat kerja. Tapi kat sini, semua tu  takde. Semua cerita hal family je. Best!!! Next time harap-harap ada lagi acara-acara macam ni yek.

13 comments:

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

kak, organize tuk family kita2 plak eh pasni..hehe

~aSFaLiZa~ said...

nadia : boleh. tapi kena betul2 plan lor. tahun depan yek. tahun ni dah full

gee ryder said...

reliur tgk makanan byk2 tu jer hehe

~aSFaLiZa~ said...

gee : sedap wooo

fazilzura said...

lor lya g sg congkak ker?
dokek je tu kalau nak jmp i heheheh ..

kalau nk lg besh kt sg takala or gabai .. sanun batu2 x banyak cm congkak

~aSFaLiZa~ said...

zura : huhuhu... lain kali nti As calling2 eh. mmg rasa nk pegi lagi pun

munna said...

seronok ye ramai2....

~aSFaLiZa~ said...

munna : haah mmg seronok kak. huhuhu

IbuDhira said...

seronok gilerr...harap2 tahun depan ade lg..

~aSFaLiZa~ said...

rini : harap2 ada la lagi. suka2. huhuu

Norhafiza said...

seronok kan dapat kumpul sesama..apa yang penting adalah kita hepi hehe..opeh abangLan pun dah buat familyday dlu mmg seronok la..

eeee sonoknya dapat main air tuh..

~aSFaLiZa~ said...

kakNo : kumpul ramai2 ni mmg seronok kak. hhuuu

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

OKEH,NEXT YEAR K..TP JGN DE PNGNTIN PLAK TIME TU..HEHE