LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 6, 2011

Kuat Merajuk


Si kecik Rayyan Adam ni sejak seminggu ni dah pandai merajuk. Alahai. Comel je. Bila ada yang tak kena, dia tutup muka dia. Kadang-kadang tu kat lantai sambil meniarap. Kadang-kadang kat meja. Pun tutup muka dia. Kadang-kadang tutup muka pakai tangan je. Janji dapat tutup muka dia.



Konon lah kan nak tunjuk protes. Sambil tutup muka tu, sambil merungut-rungut. Alahai anak mama ni. Eh tapi dia tak mengamuk tau. Cuma tunjuk aksi comel dia tu.



Tapi si kecik ni budak yang makan pujuk. Ala pujuk je. Kejap lagi ok la tu. Pujuk je tau. Umpan-umpan tak main. Maklum lah. Dalam hati ada taman. Jambu katakan. Huhuhu



Umur dia sekarang setahun 9 bulan