LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 8, 2011

Medic Alert

Kebanyakan orang yang rapat dengan saya sudah sedia maklum bahawa saya alergik dengan ubat antibiotik. Terutama suami saya lah. Dia memang tahu sangat-sangat hal ni. Antibiotik yang saya tak boleh makan ialah group penicillin. Makanya semua jenis penicillin badan saya tidak boleh terima.




Info pasal penicillin ni ada kat sini ye. 




Tapi antibiotik group lain saya tak cuba pulak sebab saya memang dah takut dah nak cuba. Sebelum ni doktor suruh cuba. Bila cuba, lain pulak jadi nya. So, saya tak makan pun antibiotik lain.





Saya start tak boleh terima antibiotik ni sejak bersalin. Kalau saya makan sebijik, tak sampai setengah jam beberapa tempat kat badan saya akan membengkak kemerahan. Bengkak ni hanya akan hilang selepas 2 minggu hanya kerana sebijik ubat.




Doktor ada tanya jugak kot-kot masa bersalin saya ada terima darah. Tapi seingat saya, memang saya tak de terima darah. Saya cuma masuk air je. Tu pun sebotol je. Lain-lain tak de. Doktor takut kalau-kalau saya terima darah yang tak sesuai. Takut je dengar kan.



Ni antara bahagian yang akan membengkak kalau saya silap perhitungan



Ahad lepas kebetulan saya sakit. Entah kat mana silap nya belakang badan saya, bahagian pinggang macam ada tumbuh bisul. Doktor suspek bukan bisul. Doktor kata maybe cyst. Ok sedikit takut di situ. Harap nya bukan lah kan. Kalau tak maybe akan kena buat minor operation untuk buang benda tu.




Siapa nak tahu cyst tu meh tengok sini rupa dia macam mana



Doakan lah yang tu bukan apa-apa pun. Ni hari nak dekat puasa. Nak dekat raya. Tak nak lah benda-benda tak best jadi waktu macam ni.




Ok memandangkan saya adalah antara yang terpilih untuk tidak boleh makan ubat tertentu, maka doktor sarankan untuk saya membeli gelang atau loket yang akan bagi tahu tentang kesihatan kita.




Maksud nya macam ni. Setiap kali saya pergi ke mana-mana, memang saya akan bawak list ubat-ubat yang saya tak boleh dimakan untuk rujukan pegawai perubatan. Itu saya akan tunjuk sekiranya saya sakit lah.


Contohnya macam ni lah. Saya akan bawa nama-nama ubat sentiasa dalam purse



So, doktor andai kan kalau saya pengsan atau suami tiada di sisi ketika saya sakit tak boleh cakap. Siapa yang akan bagi tahu kat pegawai perubatan yang saya ni tak boleh makan ubat tu, tak boleh makan ubat ni. Buatnya pegawai perubatan tu terus inject ubat yang saya tak boleh makan. Silap hari bulan boleh bawak maut.




Jadi, saya disarankan untuk dapatkan medic alert. Saya rasa benda ni ramai yang tahu. Biasanya kalau siapa join PBSM tahu pasal benda ni




Antara contoh rupa dia macam ni

Ni jenis besi




Yang ni silikon. Kalau siapa-siapa alergik besi macam saya boleh pilih jenis ni



Ni pulak jenis loket




Dan loket lagi



Ada macam-macam ye puan-puan. Google je. semua tu pun saya google


Nak lagi hebat ada yang buat tatto. Tapi kita orang Islam tentulah tak buat kerja haram macam ni



Jadi berbalik pada cerita medic alert dan cerita alergik ubat-ubatan. Doktor tersebut memberi info kepada kami suami isteri tentang gelang ni. Then doktor suruh kami google. Apa yang doktor bagi tahu, gelang ni boleh didapati di Hospital Universiti




Dengan pantasnya saya mencari maklumat.







Bila terjumpa maklumat tentang apa yang saya perlu buat untuk kesihatan saya, saya adalah teruja. Ni for the 1st step, saya baru je membaca apa yang patut. So, next saya pasti akan register dan dapatkan 1 medic alert untuk saya.




Fungsi medic alert ni ialah untuk memberitahu tentang perkara yang berkaitan dengan kesihatan seseorang yang berkenaan. Macam saya. Alergik penicillin. So, kalau saya apply benda tu, dekat gelang atau loket tu akan tertulis nama saya dan jenis ubat yang saya tak boleh makan. 




Dunia sekarang amat-amatlah canggih. Tak payah cakap pun orang dah tahu kita alergik apa.




So, siapa-siapa nak tahu boleh tengok info kat sini. Boleh tengok macam mana nak register. Berapa kos dan bla bla bla.




Sekian. Harap sedikit sebanyak dapat membantu yang lain ye.

5 comments:

Nens Collection said...

sy x pernah th ade org yg alergik dengan certain2 ubat..tq 4 da info ya..

Norhafiza said...

ooo liza alegik ya..takpe, bersabarla ye liza..mudah2an dipermudahkan oleh ALLAH swt..mcm anak kakNo si Farihin ni ada g6pd jd mmg ada ubat yg dia xleh guna..jd kad yg doc bg tu kena bw sepanjang hayat dia selagi sel itu wujud dalam darahnya..anyway tq atas info ni ya..

p/s : kakNo kurang selesa la ngan nyanyian ni..leh ganggu kakNo nk bc n3 liza hehe...nak tutup tak jmp cr lak..

~aSFaLiZa~ said...

neni : huhuhhu. bukan sume ubat ialah ubat


kakNo : welcome
p/s : ok saya dh delete lagu tu. sory. huhuhuhu

Nazz@Purple said...

info menarik ni..thanks..

~aSFaLiZa~ said...

nazz : welcome