Macam biasa tiap-tiap tahun mana-mana rumah di negeri Johor pasti ada kunjungan orang kampung untuk majlis baraan. Yes. We call it baraan yang bermaksud marhaban.
Lepas sembahyang raya, biasanya imam akan berdiskusi dengan para jemaah untuk menentukan bila untuk laksana kan aktiviti ini. Dan kalau di kampung saya, biasa nya untuk kaum lelaki akan bermula pada hari raya kedua dan kaum wanita pada hari raya ketiga. Ni biasa nya lah. Lain-lain kampung lain tau. Ada jugak kampung yang start dari hari raya pertama lagi.
Aktiviti ni bukan hanya berlaku di kampung-kampung sahaja tau, malah taman-taman perumahan yang baru pun ada. Tapi biasa nya kalau kat taman perumahan akan start lewat sikit. Maybe dalam minggu kedua atau ketiga Syawal. Sebabnya, kebanyakan mereka yang tinggal kat taman perumahan pulang ke kampung masa minggu-minggu pertama Syawal.
So, tahun ni kami suami isteri berkesempatan bertemu dengan orang kampung pada hari raya kedua. Masa ni baraan lelaki. Baraan perempuan kami dah balik Melaka. Mak tak sempat nak sediakan apa-apa juadah dan kami espect semua orang dah kenyang makan rumah orang lain sebab rumah kami adalah giliran yang dah banyak rumah dah.
Mak kena duduk depan sebab orang kampung nak jumpa mak |
Budak kecik ni pun adalah menyebok |
Kanak-kanak beratur salam atuk nak dapat duit raya. Dan di kampung saya juga, kalau orang tua perempuan yang berpangkat nenek akan dipanggil atuk. So, atuk bukan hanya untuk orang tua lelaki, tapi orang tua perempuan pun kita panggil atuk. Panggilan nenek hanya untuk cucu-cucu mak sendiri je sebab anak mak 3 orang yang kawen dengan bukan orang Johor |
Jujur nya, saya sebagai orang Johor bangga dengan aktiviti macam ni. Ni pun saya sedar lepas saya dah kawen dengan orang luar negeri Johor. Dan juga kawan-kawan saya pun ramai yang dari negeri lain.
Sebabnya saya puji aktiviti seperti ini kerana, cpntoh la macam mak kan. Now mak dah jarang sangat-sangat duduk kat kampung. So, orang kampung agak sukar la nak tanya khabar mak macam mana. Kadang-kadang bila ada kenduri kawen pun mak tak dapat nak attend.
So, bila ada majlis macam ni, bukan ke akan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita sekampung.
3 comments:
sonok ada aktiviti cmni.. rs meriah sgt
zura : yup. boleh jumpa kekasih lama. hahahhaha
bestnya ada aktiviti cam tue , amy baru pertama kali dengar nie...
Post a Comment