LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 22, 2010

Marhaban

Ni nak cerita marhaban kat rumah mak pulak. Marhaban group perempuan. Biasa tiap-tiap tahun kampung saya akan buat pada waktu malam dan bermula pada raya ketiga. Hmmm... Malu nak cakap sebenarnya. Saya kan dah lama tau tak join marhaban kat kampung. Alasan nya tak de kawan nak pergi. Pelik kan kawan sekampung tak de kawan. Ya. Tak payah pelik sebab saya bukan sekolah satu sekolah dengan kawan-kawan kat kampung. Rumah pun tepi jalan. Entah kan bila nak jalan masuk ke dalam kampung cari kawan. Tapi dengan sedara mara rapat la.



Ni layan je la pic masa kat rumah mak








Hari tu mak sediakan kuih lopis khas untuk marhaban. Mak buat lebih untuk tetamu yang lain jugak. Gila merenyah buat kuih ni. Leceh la. Suami siap cakap. Siapa lah orang yang cipta kuih lopis ni. Bukan main leceh lagi nak buat.

2 comments:

Jemari Seni said...

Asfaliza.. Kuih Lopis ni kuih yg makan dgn air gula melaka tu kan?
Selalu jumpa bentuk bulat jer tak penah lak jumpa hok gini..menarik!

~aSFaLiZa~ said...

jemari seni : haah makan dgn air gula. sebab tu saya kata meranyah. mak saya suka wat patern segi tiga.