LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 9, 2011

Jatuh Terduduk Dalam Tandas

Kejadian berlaku pagi tadi. Masih trauma lagi sampai sekarang. Sakit jangan cakap lah kan.



Selipar yang saya pakai tu dah licin. Tup-tup lepas siap aktiviti, nak melangkah, preppppp terus tergelincir.



Tangan ni sempat lagi berpaut kat pintu. Tapi tak sempat apa-apa. Tengok-tengok tangan tertinggal kat atas, bontot dah jejak lantai yang basah.



Sakit okkkk...



Dalam kepala otak, ni kalau tak boleh bangun nak ketuk pintu tandas tu then nak minta tolong la kalau-kalau ada orang yang dekat dengan tandas ni kan. Nasib baik boleh jugak lah bangun slow-slow.



Pastu keluar la dengan seluar kat bahagian bontot ni basah. Sms suami, cakap jatuh bilik air. Suami reply cakap kenapa tak hati-hati.



Then call mak. Mak dah bebel. Mak kata, tu nanti-nanti mesti sakit memanjang badan kau tu. Hish. So, wekend ni memang plan nak balik kampung, terus suruh mak buat temujanji dengan bidan nak berurut. Sila tahu ye puan-puan. Dengan bidan pun kita kena buat temujanji. Bidan ni bz memanjang. Ye la. Mana tahu ada orang bersalin ke, orang sakit ke. Nak-nak ni kan raya. Kot-kot lah dia pergi beraya.



So, now, badan dah start sakit-sakit. Dah naik kat kepala dah ni. Nasib baik dah Jumaat. So, balik ni suruh suami urut mana yang patut. Dalam pada tu takut jugak turun darah ni. Ye lah, kan jatuh terduduk kat bontot.




Bak kata Rini, orang perempuan bahaya kalau jatuh. Better pergi la berurut. Tu nasib baik tak mengandung tu.

5 comments:

fazilzura said...

zr pun jatuh terduduk masa kt segamat last week , xpi urut lg.. bdn mmg sakit waaaaaaaaaaaaaaaaa

~aSFaLiZa~ said...

zura : org pmpn ni jatuh bahaya tau. ye la. kita ni kan guna organ dalaman. huhuhuhu

Lady D'yot said...

dpt bayangkan kesakitan tu...ouchhh~

~aSFaLiZa~ said...

nadia : haah. sakit wooo

Myra Jay said...

Adeyh, camne leh terjatuh ni..
Pasni kena lebih hati2 tau..