LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 9, 2011

Cerita Pasal Mengandung

Kali ni nak cerita pasal mengandung. Perasaan sekarang ni macam membuak-buak nak mengandung anak kedua. Insyaalllah kalau ada rezeki mungkin tahun depan nak mula stabil kan balik hormon ni. Maybe dah start tiba musim mengawan kot. Gatal pun ye jugak. Huhuhuu.



Kan badan saya ni dah mencanak-canak naik sekarang. Yang pelik nya naik tang perut. Membuncit semacam. Kalau duduk tu tak nampak sangat saya ni gemuk. Tapi bila bangun atau tengah berjalan, nampak la perut ni gedek-gedek buncit.



Nak dijadikan cerita, masa raya kali ni, adalah beberapa sedara tanya. Mengandung ke. Saya pun kata on the way.



Yang sorang ni pulak, tegur masa saya makan tapai. Dia cakap, jangan makan banyak-banyak. Takut jadi apa-apa adik kat dalam perut tu. Saya pun tanya la, adik? Errkkk tak faham la. Dia cakap, kalau mengandung tak boleh makan  tapai banyak-banyak. Hahahhaha. Saya gelak. Serius. Orang memang dah salah sangka ingat saya mengandung.



Ye  puan-puan. Setakat ni masih kosong lagi perut ni. Kalau ada rezeki macam saya cakap tadi la. Nak start tahun depan. Insayaallah.





Dan gambar yang kontroversi sebelum ni ialah gambar masa mengandung kan Rayyan Adam 2 tahun lepas. Masa ni raya tahun 2009. Tinggal tunggu hari nak beranak je masa ni. 9 bulan dah ni. Tu pun dah nampak perut dah ke bawah dah. Bukan main mengah lagi masa ni.



Actly, saya suka sangat-sangat gambar ni. Sebab nya, perut saya macam letak bola. Kalau duduk memang tak nampak mengandung. Tapi kalau berdiri terus nampak perut terjojol keluar. Pendek kata tak nampak gemuk la. Hahahaha. Ok bangga dengan diri sendiri tak salah kan.



Masa ni nak beli baju raya pun berkira-kira. Ye lah. Hari nak raya. Nak pakai baju baru pun dalam dilema. Kalau beli baju baru tak beberapa hari je lagi nak beranak. Last-last beli saiz kecik je. Kalau beli besar sikit macam rugi. Tu yang nampak sendat tang perut. Ada seksi sikit la masa pakai ni. 




Sekali tu memang betul pun. Masuk raya kesembilan keluar tanda nak beranak. Beranak masuk raya kesepuluh






Dan tahun ni kami amik gambar di tempat yang sama. Dulu 3 orang, ni pun 3 orang jugak. Cuma yang dulu, 1 lagi ada dalam perut. Sekarang dah dekat luar perut. Ni kat rumah sedara suami. Tahun lepas tak pergi. Kitorg suka view tangga ni. Nampak menarik

9 comments:

Nens Collection said...

ohhh..sweettnye n3 ni..sy pon tgk ler next year atau next2 year..hehehe..

~aSFaLiZa~ said...

neni : ok tahun depan kita pakat ramai2 beranak ek. huhuhu

~najwa~ said...

insyaallah..moga diperkenankan hajat ;) dah boleh sgt nak dapat adik ni.

~aSFaLiZa~ said...

najwa. insyaallah

Kakzakie said...

Kakak dulu just let it be aje sebab kalau boleh nak ramai-ramai. Lagipula ambik bibik kan senang dulu. Tapi cuma dapat 3 je.... Cepatlah tak payah tunggu pas tu dah dapat berapa nak berhentilah...:)

~aSFaLiZa~ said...

kakzakie : hehehhe. mmg nk cepat pun ni. nak kejar umur

Lady D'yot said...

tangga tu unik

~aSFaLiZa~ said...

nadia : haah. ni tangga rumah melaka kot

Myra Jay said...

Samala kita perut naik mencanak tapi bukan isi baby, penuh dengan lemak..heheee