Sebelum Syawal kali ni habis, sebelum terlambat, lebih baik saya upload secepat mungkin stok-stok gambar keluarga yang ada.
So, color theme untuk saya 3 beranak of coz la termaktub dalam undang-undang saya seorang. Hahahaha!!!!. Tahun ni pakai gold ok. Tak dapat pakai gold kat tangan pun tak pe, janji kat badan dapat pakai satu badan.
Apa yang paling penting, saya sangat-sangat happy sebab adik beradik saya dapat berkumpul secara bergembira di sana sini. Yang ada masa ni 4 orang adik beradik saya. 3 orang tak de. For sure semua tahulah yang sorang arwah Abang Ngah tak de pergi meninggal kan kami selama-lama nya. Then Kak Ana, memang tiap-tipa tahun sampai rumah mak malam raya pertama. Dan adik saya Wani pun tak balik lagi.
Anyway, layan je lah gambar yang telah secara gagah saya mengupload
|
Percubaan pertama gambar keluarga kami 3 beranak. Mata ke kamera lain |
|
Dan kepala anak masih tidak tentu arah |
|
Si bapa terpaksa memegang dengan erat tangan anak nya supaya tiada pergerakan |
|
Percubaan seterus nya nampak sempurna |
|
Terkadang menjadi alien |
|
Membetulkan kasut raya si bujang trang tang tang ni |
|
Butang baju melayu aku mana PAH???? |
|
Ready for Hari Raya |
|
Rayyan Adam |
|
With samping |
|
Abang Long and family. Masa ni budak-budak ni dah kotor kan baju raya masing-masing, makanya tidak sedondonlah mereka. Dan yang pakai baju hijau di belakang itu sedang merajuk. Rela terpaksa je bergambar. |
|
Abang Didik and my SIL. SIL pada hal sebaya dengan saya. kihkihkih |
|
Siapa-siapa yang kenal pasti akan terasa sebak tengok pic ni. Actly, ni gambar family arwah Abang Ngah. Walaupun Abang Ngah dah tak de, kami tetap anggap SIL saya as my family. Dan yang pasti pertalian dengan anak-anak sedara yang ni takkan putus sampai bila-bila. Setiap kali kami jumpa budak-budak ni mesti ada salah sorang dari adik beradik kami akan menangis. Mak apatah lagi kan. Mana tak nya. Masa yang sulung tu baru darjah 1 diorg adik beradik dah jadi anak yatim. Mahu tak sedih bila kenangkan perkara tu |
|
Yang ni pulak family Kak Senah, kakak saya. Eh tapi nama sebenar dia Afizah tau. Ada kisah mana datang nya nama Senah tu. Masa ni suami dia keluar kejap. So, macam tak perfect je kan |
|
Kebetulan adik lelaki kesayangan mak datang beraya. So, join la aksi gambar keluarga kami. Arwah atuk (nenek sebenarnya tapi kami panggil atuk) meninggal 2 tahun lepas. So, adik-adik mak 2 tahun ni akan menuju rumah mak la pada hari raya pertama. Tak macam dulu-dulu. Raya pertama mesti kitorg kumpul kat rumah arwah atuk |
|
Nice picture |
|
Abang Long and mak |
|
Oh ye, yang 2 orang perempuan tu kembar tau. Yang 2 lelaki ni tak la |
|
Family Abang Didik again with mak |
|
Kak Senah |
|
Kalau tak melekat kat ayah, melekat kat nenek. Tak pun mama pun jadik la |
|
Dan sila tahu ye Rayyan Adam, awak dah tak jadik cucu bongsu nenek lagi. Nenek ada cucu lelaki baru ok. Aizat nama nya. Maka lengkap la 20 orang cucu mak dan abah |
|
Yang dia tahu berkepit je dengan mak bapak nya |
|
Ramai geram Rayyan Adam asyik berkepit |
|
Pak Long dia nak dukung pun melalak macam kena cubit. Leceh la ini budak |
|
The best moment.... Ya Allah Ya Tuhan ku, semoga mak akan bahagia dunia akhirat bersama-sama anak, cucu dan menantu yang mak ada. Semoga kami adik beradik tak gaduh-gaduh, tak bermasam muka. Buang yang keruh ambil yang jernih. Air dicincang takkan putus. Dan andai mak sudah tiada atau antara kami ada yang pergi dulu, kami tidak melupakan antara sama lain. Pastinya kami akan berhubung sesama kami. Amin Ya Rabbal Alamin |
Alangkah indah andai arwah abah dan arwah Abang Ngah saling menikmati kegembiraan ini. Tapi siapa lah kita menolak takdir Tuhan. Mereka terlebih dulu pergi menyahut seruan Ilahi. Giliran kita pula pasti akan menyusul. Itu lah janji Tuhan pada kita
4 comments:
credit to photographer!! haha
anoynymous : eh mcm kenal jek sape ni. hahahhaa
rayyan jd alien skejap2 ye.....mmg susah nak amik gmbr
siti : ha tahu tak pe
Post a Comment