Amaran ye puan-puan, entry ni agak berbaur tidak puas hati yang keterlaluan yang takut tidak dapat dikawal oleh tuan punya badan.
Tansion dengan sorang kawan suami yang suka suki pinjam duit suami. Benda ni bukannya sekali dua tapi dah banyak kali.
Paling bengang dia tahu pulak suami saya tu dapat duit masa bila, terus je sms ajak minum kat mamak. Rupanya ada udang di sebalik batu.
Ikut kan macam menyesal kenal dengan orang macam ni. Actly, kitorg baru rapat last year bila ada la satu perkara yang kami suami isteri minta tolong dia. Apa benda nya tu biar je la rahsia takat kat sini sebab kalau cakap dia tolong apa, takut ada yang membaca kenal siapa orang tu.
Tapi beb, aku laki bini minta tolong kau bukan free ok!!! Kau siap minta laki aku RM200 as kau punya kerja. Kira macam komisyen la kan. So, ingat sikit. Benda tu semua bukan free!!!!
So, disebabkan dah terkawan, maka kau senang-senang je nak amik kesempatan dengan laki aku yang tak reti nak kata tidak tu???
Mula-mula kali pertama, dia sms suami cakap nak pinjam RM50. Siap datang rumah ok nak amik duit tu. Saya pun kata, tak pe la. Ok kot sebab dia dah tolong kita. Tapi diingatkan sekali lagi. Kau tolong aku bukan free!!!! Aku bayar 200 hengget.
Then, sms nak pinjam RM200. Masa ni mak mertua dia meninggal. Dia cakap la. Betul tak betul wallauhallam. Saya pun cakap kat suami, bagi je la. Dia tengah susah tu. Ni masa dia.
Ada lagi beberapa kali nak pinjam, tapi suami saya tak bagi sebab dah macam tak masuk dek akal.
Ini kali pun baru je terjadi, beriya-iya ajak suami minum kat mamak. Suami masa tu ada hal. Dia tunggu bukan main lama lagi. Sekali suami ada hal tak dapat nak jumpa dia kat mamak tu.
Rupanya kau nak pinjam duit laki aku lagi ye. Masa ni Khamis. So, bila dah tak dapat jumpa, esoknya dia sanggup jumpa suami saya kat masjid tempat suami saya sembahyang Jumaat. Terdesak sangat eh???
Memang la dia bayar tepat pada masa yang dia janji. Tapi kau ingat, gaji laki aku tu cukup ke sampai kan nak bagi kau je manjang??? Wei hangin la wei. Aku taip ni pun tangan aku sejuk. Aku marah.
Kau cerita gebang. Gempak-gempak dengan aku laki bini gaji kau besar. Bini kau kerja bagus. Mana duit gaji kau laki bini. Ye aku tahu anak kau 3 orang. Anak aku baru sorang. Apa lah sangat belanja kami anak beranak. Habis kau tak fikir tanggungan lain yang kitorg kena bayar.
Aku marah kat kau sebab kau jenis suka amik kesempatan. Memang nampak sangat. Kau ingat aku je ke yang tak puas hati dengan kau. Laki aku selalu je cerita hal kau kat aku. Ye lah. Takkan dia nak burukkan kau kat depan kawan-kawan dia yang lain. Orang lelaki mana ada mengumpat pasal kawan-kawan dengan kawan yang lain.
Then, kalau laki aku dengan kawan-kawan dia yang lain keluar makan-makan or main badminton, ada kau bawak anak bini kau??? Beb, orang lain dengan laki aku selamba je bawak anak bini. Kau malu ke? Takkan tak bawak anak bini keluar pun duit kau habis?
Baru ni kau tanya kat laki aku, dah jumpa ke orang nak wiring rumah baru? Kalau tak de aku boleh tolong.
Opppssss sorry beb!!! Laki aku awal-awal tak nak kau tahu rumah kitorg kat mana. Mintak ampun nak pakai kudrat kau lagi. Tak terbalas kang kau punay budi. Banyak benda nak kena bayar kat kau.
Pls la..... Orang lain pun kerja. Kau pun kerja. Aku ni bukan nak kata gaji aku laki bini cukup ke tak. Dan aku nak cakap besra pun aku takut. Cuma setakat ni, kalau takde duit, aku laki bini duduk diam-diam dalam rumah. Makan apa yang ada.
Takkan aku nak ajar kau. Kitorg kalau dapat gaji terus beli barang dapur yang boleh simpan tahan lama. Sardin dengan telur tu memang kena ada stok sampai hujung bulan. Then, tulah yang kami makan anak beranak kalau dah tak de duit nak tunggu gaji.
Habis, ni pun takkan aku nak ajar? Susu anak, pampers anak beli siap-siap. Kalau tak mampu pakai lampin. Aku pun hujung minggu pakai kan anak aku Cloth Diapers. Aku je ke yang kena berjimat. Duit hasil aku berjimat sedap-sedap kau pinjam.
Dan tak salah aku buruk sangka kat kau. Maybe kau rotate kot meminjam duit ni. Kalau tak dapat dengan orang ni, kau pergi kat orang tu. Ha macam tu lah kau punya hidup. Ingat sikit. Kau tu lelaki. Usaha kena lebih sikit beb.
Ok lah. Saya bukan nak memperlekehkan orang yang takde duit ni dan pinjam meminjam. Takut sangat dengan balasan Tuhan, kot-kot benda tu balik kat kita. Cuma saya geram sebab manusia jenis macam dia ni memang suka sangat amik kesempatan. Dia punya amik kesempatan tu keterlaluan. Tu yang tak boleh tahan nak jugak luah kat sini.
Ingat saya tak cuba ke bersangka baik. Dah cuba. Tapi sebab banyak kali kan dia meminjam, tergugat jugak la iman ni. So, saya doa supaya dia berubah dan boleh merancang ekonomi keluarga dia dengan baik.
5 comments:
fuh. memang panas cerita ni. tapi betul jugak. sepatutnya orang tu kena tau jugak kita pun nak jugak pakai duit. sebagai kawan,x boleh la dia buat macam tu.
beb, laki ko tu baek sangat...geram lak aku dgr...
aduhai..mmg susah dpt kawan mcm ni... sama mcm en. abg munna mudah sgt bagi org pinjam duit...
ishhh baca pun dah panas hati...jgn bagi muke sgt org mcm ni...kita pun ada tgungjawab lain dari duk jadi bank ke-2 dia
nur anis : tu la pasal. kita pun ada tanggungjawab lain
hany : ha tahu tak pe. ko nk pinjam duit cer try mintak ngan laki aku. hahahha
munna : agaknya org lelaki ni mmg baik hati sgt kot. dia tak tahu yg bini nya ni berangin je dengar
siti : bank ke-2? hehehhe. lawak je kan. bongok la org tu. geram
Post a Comment