LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label DHIA SOFEA. Show all posts
Showing posts with label DHIA SOFEA. Show all posts

Jan 23, 2014

Dhia Topia

Rayyan Adam masih lagi pelat... But still boleh faham apa maksud yang dia sampaikan...

Ramai jugak yang tanya, kami suami isteri cakap pelat ke dengan beliau. Jawapannya harus lah tidak...

Berkemungkinan besar adalah kerana darah yang mengalir dalam darahnya, lebih terarah kepada ayahnya. Ayahnya dulu pun pelat jugakkkkk...

Tak apa lah. Janji Rayyan Adam boleh bertutur, faham dan boleh terima arahan....

So, dek karena kepelatannya....

He call his sister with name Dhia Topia!!!

1st Time Demam


Ini lah wajah anak perempuan kesayangan saya yang pertama-tama kalinya mendapat pekej 3 serangkai; demam+selsema+batuk.


Setelah berusia 7 bulan++ emak bapak diduga amukan si baby di kala malam-malam buta.


Kesabaran teruji. Merengek. Menangis. 


Dan yang pasti, anak perempuan saya lebih manja dari anak lelaki saya.... 

Jan 9, 2014

Majlis Cukur Jambul Dhia Sofea

Assalamualaikum...


Alhamdulilah termetrai jugak majlis cukur jambul buat sang puteri Dhia Sofea di kampung halaman mama, Johor.


Ternyata, semua ni adalah rezeki dari Allah untuk setiap anak yang lahir...


Sepatutnya saya merancang untuk setiap majlis anak kami yang kami rai kan, saya akan memakai semula baju pernikahan kami. Tapi apakan daya, perut sang suami yang semakin meninggi, menidakkan impian saya :(


Eh saya selim lagi tau. Muat je....


So, baju mak bapak pakai je la apa yang ada. Untuk tuan puteri khas didatangkan dari Korea. Cewah... Dan buat sang putera, puas mama nya meronda cari baju melayu yang senada.















Dec 16, 2013

1st Day With Solid Food


Dhia Sofea seorang bayi yang eksklusif full bf. Dengan kejayaan ini, saya sedikit berbangga dengan diri sendiri. Alhamdulilah dengan rezeki susu ibu dari Yang Maha Esa.


So, pertama kali memperkenalkan makanan pertamanya saya ada lah buat sedikit pembacaan dan bertanya pada yang berkenaan apakah yang sesuai, apakah yang sepatutnya etc.


Kemudian, banyak pendapat berkata, yang bayi perlu diperkenalkan dengan buah-buahan yang sesuai yang dijadikan puree. Something like that la. Nak terangkan lebih-lebih pun tak pandai sangat.


Mula-mula plan nak intro dengan buah peach. Memandangkan saya suka color peach. Tu je kot alasannya. Tak makan pun sebenarnya. Tapi puas pusing-pusing dalam Mydin tu. Tak jugak jumpa. So pilihan yang ada masa tu ialah fuji apple. Ok la sebab saya fikir epal sedap jugak kan...


Maka, bertungkus lumus la saya di dapur menyiapkan santapan pertama buat sang puteri....


Dan rupanya, sangat mencabar untuk memperkenalkan rasa lain selain dari rasa susu ibu kepadanya. Beliau terlalu berhati-hati untuk membuka mulut kerana itu bukan la sesuatu rasa yang biasa pada nya.


Yeza.... hanya selepas beberapa suapan, beliau sangat tidak puas hati dan meraung tanda protes!!!


Lantas mama pun bersimpati. Terus mama sua kan apa yang biasa beliau telah biasa. :)


Tak pe ye sayang... Mama faham. Kita slow-slow. Mama doa pengasuh awak pun bersabar dengan keadaan awak yang tak nak buka mulut tu. Huh!!!

Abang Adik

Assalamualaikum....

Sebelum saya berbicara lebih lagi dalam ini belog, mari kita panas kan acara dengan gambar si comel kedua-dua anak kami :)











Sep 15, 2013

16 September 2013




Assalamualaikum Malaysia....

Selamat menyambut hari Malaysia semua.


16 September 2013, genap 3 bulan umur si puteri manis Dhia Sofea.

Sudah 5.4kg.
Kuat menyusu
Menangis bila lapar, berak, or pampers dah penuh (orang perempuan memang geli kalau bontot dia penuh taik)

Dan... dah mula mengagah. Banyak benda dia nak cakap. 


Abang Rayyan sangat sayang adiknya. Alhamdulilah... Semoga anak-anak mama dan ayah akan saling melengkapi dan menyayangi antara satu sama lain. Amin...


Jul 24, 2013

Salam Ramadhan 1434H & Kelahiran Sang Puteri

Assalamualaikum...

Rindu rasanya kat blog sendiri. Nak buka tadi ni pun rasa berdebar-debar je. Lama rasanya tak menulis di sini.


Apa pun Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan. Sedar tak sedar sudah separuh Ramadhan kita lewati.


Di saat ini, kami sekeluarga sangat gembira dengan kelahiran anakanda kedua kami. Alhamdulilah....


Tuan puteri gerangannya...

DHIA SOFEA
16.06.2013
5.50 AM
2.79 KG



Dan banyak lagi yang ingin saya tulis. Banyak cerita nak share. Banyak kejadian nak story. Semuanya sekadar coretan untuk kenangan peribadi saya sahaja pada masa akan datang supaya saya tak terlupa tentang hal-hal penting dalam hidup saya.


In Shaa Allah ada masa akan saya jengah lagi blog kesayangan saya ni.