LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label KELAHIRAN. Show all posts
Showing posts with label KELAHIRAN. Show all posts

Jul 24, 2013

Salam Ramadhan 1434H & Kelahiran Sang Puteri

Assalamualaikum...

Rindu rasanya kat blog sendiri. Nak buka tadi ni pun rasa berdebar-debar je. Lama rasanya tak menulis di sini.


Apa pun Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan. Sedar tak sedar sudah separuh Ramadhan kita lewati.


Di saat ini, kami sekeluarga sangat gembira dengan kelahiran anakanda kedua kami. Alhamdulilah....


Tuan puteri gerangannya...

DHIA SOFEA
16.06.2013
5.50 AM
2.79 KG



Dan banyak lagi yang ingin saya tulis. Banyak cerita nak share. Banyak kejadian nak story. Semuanya sekadar coretan untuk kenangan peribadi saya sahaja pada masa akan datang supaya saya tak terlupa tentang hal-hal penting dalam hidup saya.


In Shaa Allah ada masa akan saya jengah lagi blog kesayangan saya ni.

Mar 20, 2012

Nur Rania & Nur Damia

2 tahun lepas up cerita pasal anak sulung nya. Ha ni cerita baby kedua dan ketiga puloks. Laju je kau Niza eh.


Cerita cerita hal baby lagi. Very the exited sebab opismate bersalin twin u alls


Punyalah teruja bila dapat tahu Niza preggy kembar. Saban bulan asik lah dok usap perut Niza. Nak-nak bila dapat tahu baby ni girl. Lagi la orang-orang yang tak berkenaan macam saya ni tumpang berangan nak pakai kan anak baju sama siap reben-reben.



Moga-moga aunty pun boleh dapat baby comel macam kamu-kamu ni. Verangan je lebih aunty ni. Ye la. Aunty pun nak jugak baby kembar




Nur Rania & Nur Damia




Mommies yang baru ada sowang anak bujang. Kepingin mahu anak gegel puloks




Dah tak ingat dah mana satu kakak mana satu adik. Siapa kakak and siapa adik

Mar 15, 2012

Adeeb Ukashah

Presenting... Adeeb Ukashah (tak tahu betul ke tak eja nya ni)





Alhamdulilah Suzie and her baby selamat dan sihat. Suzie bersalin oprate. Tapi masuk hari ke 5 kot baby kena masuk wad sebab kuning. Sian Suzie berusaha nak bagi baby dia susu. Nak berurut tak boleh pulak sebab oprate. Last-last urut tetek je sebab nak bagi susu keluar.


Baby Adeeb ni kuat menyusu. Tak pe ye sayang... Ibu usaha  untuk kamu.


Orang hitam dikelilingi  manusia putih


Ibu and Adeeb



Rayyan Adam very the jeles masa mama dukung Adeeb. Asyik la dia yang nak duduk kat riba kita. Tapi Rayyan Adam penyayang tau. Bila kita suruh kiss, dia ok je. Cuma tu la. Tak boleh orang lain duduk kat riba mama dia.


Special gift for Adeeb


Dan anak sendiri harus lah menjadi model hadiah. Huhuhuhu


Now Suzie dah balik Kelantan kot. Ikut plan dia pantang kat Melaka sebab husband dia kerja kat Melaka. Tapi dah orang tua suruh jugak balik kampung dengan alasan senang nak jaga. Nak tak nak ikut la jugak.


Apa pun tahniah buat Suzie dan Joe atas kelahiran Adeeb Ukashah (sedap kan nama ni)

Sep 28, 2010

Esok 29.09.10

Anak mama sayang... Esok 29.09.10. Genap setahun si hensem ni. Sekejap je mama rasa masa berlalu. Sekejap je mama rasa mama pernah mandikan baby yang lembik. Yang tak kuat. Sekejap je mama rasa anak mama ni membesar bagaikan juara.



Sayang tahu tak, setahun yang lalu. Mama risau bila lah baby nak lahir. Cuti raya dah nak habis. Memang la ikut kan tarikh belum tiba. Cuma tengah tunggu hari. Tapi sayang ingat tak. Dulu masa dalam perut mama, kita kan duduk jauh dari ayah. So, bila ayah ada dengan kita, mama selalu cakap dengan sayang, kalau nak keluar tunggu ayah ada dengan kita.




Then, ayah bawa mama pergi jumpa bidan kat kampung ayah. Bidan tu lenggang perut mama guna kain sembahyang. Mama seram okey. Bidan baca apa yang patut. Then bidan bagi mama air selusuh. Hmmm... Mama takut nak minum. Sebab sepupu mama nurse dah pesan sia-siap jangan minum air selusuh. Kebetulan ada jiran ayah bagi mama akar Siti Fatimah. Petang tu jugak mama rendam. Mana lah tahu membantu. Semuanya kuasa Tuhan sayang.




Esoknya 29.09.09 pagi-pagi ayah balik kerja hantar mama pergi klinik. Mama MC. Balik dari klinik mama teringin nak minum air kelapa. Ayah beli 3 biji. Ayah nak kopek. Suruh mama terus minum. Mama kata nanti. Mama nak tidur dulu. Sebelum tidur, ayah sapu air selusuh yang bidan bagi tu kat perut dan kepala mama. Nak minum mama takut sebab dia campur dengan minyak kelapa. Mama minum sikit air akar Siti Fatimah yang mama rendam tu. Yang ni mama jamin bersih sebab sebelum rendam mama cuci dulu. Mama rendam dengan air panas.



Tengah hari dalam pukul 1 mama bangun nak makan. Mama lapar. Pergi toilet tengok-tengok ada darah keluar. Terus kejut ayah. Terus call Mak Uda. Mama dah berdebar-debar. Ayah pun. Ni lah masa nya sayang nak keluar lihat dunia. Terus mama lupa air kelapa yang ayah dah beli tadi. Sebab tu anak mama sampai sekarang masih lagi meleleh air liur. Maafkan mama sayang. Mama panik masa tu.



Sepanjang perjalanan ke hospital, mama tak putus minta ampun dan maaf dari ayah. Mama tak nak ada sebarang masalah masa proses melahirkan. Mama takut banyak dosa dengan ayah. Mama takut tak sempat minta maaf dengan ayah kalau-kalau masa lahirkan sayang ajal mama tak panjang.



Banyak kali doktor cek jantung sayang. Macam tak normal. Rupanya tali pusat dah terbelit kat leher sayang. Sebelah tangan Adam pun sibuk picit tali pusat. Macam mana sayang nak bernafas dengan baik. Patut lah sampai sekarang tangan Rayyan Adam kuat mencengkam. Tangan dia kuat sangat kalau pegang apa-apa. Sejak dari dalam perut lagi dah tunjuk bakat.



Doktor decide kalau sampai pukul 12 malam jalan tak terbukak, perut mama kena belah. Hmmm sekali lagi mama pergi minta ampun dengan ayah. Mama call nenek sedih-sedih minta maaf. Mama takut. Nasib kita baik sayang. Jalan terbukak dengan cantik. Mama pun bertenaga nak teran. Cuma mama tak pandai teran. Kepala sayang tersangkut lama. Sebab tu kepala sayang macam benjol sebelah. Mula-mula dulu ramai tanya kenapa kepala anak mama benjol. Nasib baik sekarang dah tak de benjol tu. Mama rajin gosok masa mandikan sayang. 






Alhamdulilah. Rayyan Adam anak yang dengar cakap. Dia tahu mama dengan ayah belum ada rezeki duduk sebumbung. Sikit pun sepanjang kandungan dia tak susahkan mama dan ayah. Even sekarang pun, dia tahu jaga diri. Mama bangga dengan Rayyan Adam. Dia tak susahkan siapa-siapa yang jaga dia.



Saat mama baut entry ni, mama terlalu rindukan sayang. Mama nangis sayang. Mama gembira anak mama membesar dengan sempurna. Mama bangga anak mama tak banyak ragam, tak banyak karenah, tak banyak susahkan orang. Ni realiti. Tanya la siapa-siapa yang pernah jaga Rayyan Adam. Tanyalah siapa-siapa yang pernah jumpa Rayyan Adam. Rayyan Adam sangat baik. Beliau tak nangis sesuka hati kecuali ngantuk, penat dan paling teruk time haus. Sakit pun dia merengek kejep je. Dia makan pujuk.




I love u so much sayang. Mama syukur keluarga kita bahagia. Mama syukur dapat suami macam ayah. Mama syukur ayah sayang kita berdua sayang. Mama syukur ayah jaga kita berdua dengan baik sayang. Ingat ye sayang. Dah besar nanti jaga keluarga kita. Jaga mama. Jaga ayah. Jaga adik-adik. Jaga nenek. Jaga semua orang. Mama tahu Rayyan Adam memang anak yang sempurna dan Tuhan telah janjikan yang terbaik buat Rayyan Adam. Sebab tu lah takdir Tuhan menjadikan Rayyan Adam anak sulung mama dengan ayah. Rayyan Adam pasti bertanggungjawab untuk keluarga kami.




P/S : Disebabkan Rayyan Adam anak sulung lelaki, nanti besar kalau kawen cakap kat menantu mama tiap-tiap tahun raya rumah mama dengan ayah tau. Hahahaha!!! Gila tamak.

Jun 10, 2010

Saya Teran, 2 Orang Nurse Kiri Dan Kanan Tolong Tolak Perut Saya


Sambung lagi cerita masa hari nak bersalin. Cerita ni supaya nanti-nanti saya tak terlupa, eh anak yang mana ek yang kena tu lah, yang kena ni lah. Sebabnya mak saya sendiri memang dah tak ingat pengalaman melahirkan setiap anak dia. Nanti dia akan cakap lah, entah mak tak ingat masa bersalinkan siapa entah.



So, sebab tu lah saya tak nak jadi macam tu. Baik coretkan kat sini supaya jadi ingatan untuk diri sendiri dan bahan bacaan anak-anak kelak. Insyaallah....



Bila orang tanya, berapa kali kau teran masa nak bersalin dulu. Serius saya tak ingat. Kalau nak saya jawab jugak adalah dalam 5 kali kot saya teran. First, teran masih pegang kaki sendiri. Masuk yang ketiga tak keluar jugak doktor suruh saya pegang besi kat tepi katil kuat-kuat.



Bila masa dah pegang besi katil kuat-kuat tak keluar jugak Rayyan Adam ni. Apa lagi... Tak semena-mena diorg angkat dua-dua kaki saya. Ha amik kau... Kena gantung macam ayam. Bakal-bakal ibu sila bayangkan macam mana dua-dua kaki yang kena gantung dan separuh badan lagi berbaring-baring atas katil.



Maybe proses ni adalah untuk memudahkan pengeluaran bayi. Nasib lah waktu tu mata saya tak de lah nampak alat-alat penyedut ke, vacum ke, forcep ke. Errrkkk kalau ada pun bukan saya tahu pun benda tu.



Saat kaki digantungkan ni lah saya mula memejamkan mata. Mula mencari tenaga yang dah makin hilang. Setelah disuruh push push push saya pun push. Bila buka mata tengok-tengok ada nurse kat kiri kanan tolong tolak perut. Eh masa ni terkejut. Sebab masa pejam mata tadi kenapa tak rasa diorg tolak perut saya. Kenapa, kenapa, kenapa ??? Kenapa tak rasa ni.




Erkkk masa ni dah tak peduli dah. Lantak lah nak tolak ke apa ke. Janji budak ni keluar. Maka kami pun bekerjasama lah dalam menjalankan misi mengeluarkan budak Adam ni. Nakal eh anak mama ni. Start la diorg kira 1, 2, 3 saya teran, dua orang nurse kiri dan kanan tolak sepenuh hati perut saya. Doktor pulak bersedia kat celah kangkang dari tadi nak menyambut.



Akhirnya... Setelah dibantu oleh ramai orang, maka keluarlah Rayyan Adam dengan jayanya. Keluar dengan penuh bergaya. Gaya seorang baby yang sihat dan sempurna dalam perut mama. Menangis bagai. Bukan main kuat lagi melalak memecah keheningan malam yang sejuk. Alhamdulilah. Semoga saya takkan lupa saat indah mendakap hangat anak sulung saya. Menyaksikan kesempurnaanya sebagai manusia yang Allah ciptakan. Yang Allah hadiahkan untuk kami suami isteri. Alhamdulilah...

Jun 1, 2010

Ini Bahagian Saya




Ya ini bahagian saya. Saya nak bagi tahu bahagian saya masa mengandung dan melahirkan Rayyan Adam. Apa yang saya dapat, apa yang saya lalui, apa yang saya rasa sebagai ibu mengandung tempoh hari adalah bahagian yang Tuhan nak bagi.



Dari start mengandung sampai lah ke cukup hari nak bersalin saya duduk jauh dengan suami. Sakit pening di kala suami jauh di sisi adalah perasaan yang tak digambarkan bagi seorang isteri. Sangat sedih okey. Nak-nak saya punya simptom muntah-muntah yang berpanjangan.



Saat itu saya hanya mahu dia. Saya mahu suami saya. Ada menemani saya. Melayani saya. Mententeramkan saya. Mengurangkan sakit yang ada. But i have no choice. Suami saya jauh. Saya hanya menangis dan menangis maratapi nasib.



Ada juga rakan yang perasan kenapa saya nangis kalau bercakap kat telefon. Saya sedih okey dengan nasib saya. Boleh kata macam ni lah, perempuan mengandung yang tak de suami di sisi. Perut boyot-boyot jalan sorang-sorang. Drive sendiri-sendiri. Saya tak kuat. Hati saya lemah. Saya cuba kawal perasaan.



Bila tiba bab checkup lagi la bertambah sedih. Jeles nya tengok suami orang lain teman kan isteri nya checkup. Sambil genggam tangan isteri. Kurangkan tekanan isteri. Saya? Saya sorang-sorang. Suami tak de. Jauh. Dia tak boleh teman. Apa perkembangan baby hanya saya je yang dapat melihat. Saya seorang orang pertama. Bukan kami berdua orang pertama.



Tapi Tuhan tu kan adil. Bahagian yang itu saya kurang merasa nikmatnya. Tapi masa hari melahirkan Tuhan bagi kesenangan pada saya suami isteri. Sebab nya, saya selalu berdoa, selalu bercakap pada baby dalam perut. Adam kalau nak keluar kat dunia ni tunggu ayah ada dengan kita ye sayang. Tak kisah la kat mana pun. Janji ayah ada dengan kita. Kesian kat mama kalau sorang-sorang. Yes... Anak ini sangat akur. Anak ini tahu tidak mahu menyusahkan mama dan ayah.



Lantas masa tiba hari melahirkan Rayyan Adam, suami memang ada di sisi. Bila tanda bersalin keluar, suami memang ada di sebelah saya tengah tidur. Alhamdulilah. Tanda bersalin juga tidak sakit. Saya bersyukur sangat-sangat pada Tuhan.



Tuhan juga memudahkan proses melahirkan Rayyan Adam. Tiada apa-apa komplikasi. Dalam lebih kurang 12 jam selepas keluar tanda bersalin saya berjaya melahirkan. Nampak lama bukan 12 jam tu. Tapi saya hanya menanggung sakit bersalin 4 jam sahaja. Satu lagi kesyukuran yang saya panjatkan pada Tuhan. Tuhan anugerahkan tenaga yang kuat pada saya waktu itu.



Ya. Ini bahagian saya untuk anak ini. Untuk yang seterusnya, juga saya harapkan kesempurnaan, dipermudahkan perjalanan proses mengandung dan bersalin. Dan bila kita selalu bercakap pada anak dalam kandungan, Insyaallah anak ini pasti mendengar cakap ibunya.


Apr 10, 2010

Upin Dan Ipin

Masa kenduri tahlil arwah Pak Uda, kami dikhabarkan sepupu saya aka Kak Ita sudah selamat bersalin pasangan kembar upin dan ipin Rabu lepas. Setakat hari ini nama tidak diketahui lagi. Sebab itu digelarkan upin dan ipin sahaja. Kedua-duanya lelaki. Satu, 2.7 kg, Dua, 2.19 kg. Sempurna bukan? Maka dengan rasminya pasangan kembar ini ialah dua pupu kupu-kupu kepada Rayyan Adam. Yeeee nanti balik kampun Rayyan Adam adalah geng bas sekolah.



Sumber pictures daripada mms sahaja


Tak tahu mana abang, mana adik





Sorang macam manis





Sorang macam masam