LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label HARIJADI. Show all posts
Showing posts with label HARIJADI. Show all posts

Apr 23, 2014

30

Alhamdulilah usia menginjak satu lagi angka. 30 ok 30!!!!
Dulu tengok orang umur 30 macam dah tua sangat je. Bila terkena batang hidung sendiri, tak de la tua sangat!!!


Tanggal 29 Mac 2014 memang berada di kampung halaman. Kebetulan mak buat kenduri. Sambut bersama adik beradik sendiri sangat la terharu berkumpul beramai-ramai.


Masalah utama pada hari kejadian ialah si anak dara yang langsung tak sporting. Kalau boleh nak bergayut 24 jam dengan mama. Orang lain tak boleh kacau mama! Huh!


Erkkkk seperti biasa layan je la gambar nya ye

Ini kek sangat sedapppppp!!!! Decoration mestilah simple memandangkan ini sambutan hari tua yang ke 30



Nampak terliur takkk???



My jantung hati!!!!




Dan simbolik nya hadiah hari jadi ke 30 ialah mekap. Nampak sangat laki aku suruh aku solek cantik-cantik takut bini nampak tua. Hadiah fresh panas-panas dari Korea. Kiriman dari kawan suami dari Korea

Mar 30, 2013

29/03/2013 Bersamaan 29 Tahun

Alhamdulilah... Akhirnya sampai juga ke tahun yang ke 29 hari ni. Segalanya dengan izin Allah...


Kebanyakan angka, saya memang suka kan angka 29.


Sangkaan pada tahun 29 ni berat badan saya adalah yang terberat sepanjang hidup ni. Rupanya semakin susut.... Berat badan, tolong lah bagi kerjasama ye demi baby.


Apa pun di saat ini, tiada yang lebih bermakna dengan dikelilingi oleh insan yang penuh kasih sayang di sisi. Syukur pada Mu Tuhan atas kurniaan nikmat ini.


Awalnya, sangat frust bila orang sebelah bantal lambat gila wish besday kita. Dia dah pergi kerja baru nak sms bagai. Pagi pergi kerja hanya dapat ciuman biasa je. Ciuman besday yang luar biasa yang diharap kan hampa....


Sang isteri merajuk....


Balik kerja petang tu, suami usaha mencari kek kegemaran isteri. Bertanya sana sini kat mana ada kedai kek Melayu.


Dan akhirnya, hilang rajuk si isteri. Terharu..... Sobsobsob....  
    

Cheese cake. Saya memang suka makan cheese kek. Suami tak suka walaupun dia hantu kek. Tapi demi tekak isteri tercinta katanya




Ni pun suami yang kemas-kemas sebab nak pujuk isteri punya pasal. Sekali lagi hilang rajuk. Huhuhu



With my lovely son Rayyan Adam



Tiap kali tiup lilin pun semua besday dia. Over eh



Sayang mama!!!





Potong kek pun tangan dia mesti wajib ada. Kalau tak memang amukan ablasa uols



Anak dah boleh diharap snap gambo mak bapak





Selesai acara potong memotong, cium mencium, suap meyuap kek....

3 beranak duduk kat luar kononnya nak amik angin luar sambil nyalakan lilin besday tadi.

Jiran yang ternampak ada yang menegur, romantiknya.... Ahaksss!!! Romantik la sangat






Lastly....Alhamdulilah...

Syukur yang tidak terhingga...

Pada mak juga yang tak jemu melayan karenah saya sepanjang kehamilan ni.

Sumpah kali ni sangat lain dengan yang pertama. 

Betul-betul menguji iman di dada

Semoga kesihatan saya dan baby baik-baik saja

Oct 25, 2012

Goodie Bag Ideas

Hari ni saya nak share satu benda yang saya buat dengan keringat saya sendiri. Huhuhu.


Kebetulan saya dalam keadaan tidak bekerja waktu ini, maka banyak la masa saya untuk menggodek apa yang patut yang sesuai untuk majlis besday si kecik.


Godek-godek kat google.


So bercambahla idea nak buat goodies bag untuk 3rd besday Rayyan Adam


Dan gambar berikut pasti menceritakan segalanya. Pastinya memberi idea kepada anda juga. Murah dan cantik. Tinggal rajin dengan tidak je





 






 

Sep 28, 2012

29.09.09

29.09.12

Happy 3rd birthday sayang.

Kita sambut awal sehari kat skul k.

Mama tak sempat buat entry speacial ni. Bz

Apa pun mama and ayah love u so much


*test update belog guna hp baru uols*

Sep 18, 2012

Dah Hafal 1-10

Oh pejam celik pejam celik tak lama lagi lebih kurang 10 hari je lagi si kecik ni nak masuk 3 tahun. So apa plan mama nya untuk besday dia. Huhuhu. Tak de la gempak sangat kot. Tapi adalah plan nya kalau tak de aral melintang. Kecik-kecik je. Tak buat kat rumah pun. Kita-kita je. Huhu...


Bujang mama ni pun dah pergi sekolah. Harus lah ada perkembangan di sekolah kan. Ala sekolah main-main je pun. Taska aka nursery aka sekolah makan aka child care gitu.


Apa yang membanggakan mak bapak dia ni of cos la sebab dia dah hafal 1 sampai 10 in English. Tapi!!!!! Jangan harap lah sesiapa nak dengar nombor-nombor ni keluar dari mulut dia kalau kita suruh. Memang tak de bukti la nak tunjuk kat orang. Memang dalam mulut dia ada emas!!!


Hanya mak bapak dia je yang boleh dengar and teacher kat school. Lain orang jangan harap hokey.


Nombor yang dia kenal pulak cuma certain nombor je. Nombor 1 in Malay memang dia kenal sangat-sangat sebab teacher ajar 1 Malaysia kat school. Then nombor 2 and 5 in English.


We all pun tak nak paksa-paksa sangat kalau dia tak nak belajar. Umur dia pun baru 3 tahun. Dia tahu sikit-sikit macam ni pun dah kira ok dah.


Dalam masa yang sama ada teknik nak jinakkan dia pandai and suka belajar. Contohnya kalau nak tidur tu sambil-sambil dia khayal, we all suami isteri akan puji cakap dia pandaiii... Puji kaw kaw tau masa ni. Ha masa ni la dia menghafal apa yang kita ajar. Kalau dia tak nak sebut, kita kata.... Adam tak pandai. Mama lagi pandai. So, masa ni dia tergugat. Budak ni jenis nak kena jet baru dia nak buat. Kena puji.. Cakap dia pandai.... Baru dia ada mood.





Ya... Saya tahu. Anak orang lain sebaya dia ada lagi pandai dari Rayyan Adam. Tak pergi sekolah pun dah pandai dah. Mak bapak je yang ajar. Tak payah guna cikgu. Tapi ni kan blog saya. Ada aku kisah nak bagi tahu anak aku pandai kira.







Aug 29, 2012

10 Syawal

  





Ok hari ni 11 Syawal. Baru nak beroperasi kat blog sendiri. Membizi dengan kehidupan yang nyata.


Apa pun mahu ucapkan selamat hari lahir yang ketiga buat budak cenonit yang makin bijak pandai ini.


Beliau selamat dilahirkan tanggal 10 Syawal 3 tahun yang lalu. Moga menjadi anak yang soleh dan kehidupan yang sentiasa diberkati Allah swt. Aminnn.. 

 

Jun 7, 2012

Besday Incik Suami Yang Ke-31

Masa besday suami yang ke 31 tempoh hari, pada hari kejadian saya adalah membizi disebabkan hari itu juga hari last saya bekerja di Key El.


Maka nya persiapan sambutan hanya tempahan kek dari orang yang sama dengan kek besday saya hari tu iaitu Rini aka x-opismate sedih!!! Nama kek ialah Tiramisu. Sodap den kata. Cayo tak?


Tempahan kek adalah rahsia. Bila namanya rahsia, kek kena la disorokkan. Bila kek disorok di tempat yang tak sepatutnya, semut telah memecah belah kan ramuan sebenar kek tersebut. Mak sentap nak!!!!






Kek Tiramisu nama diberi



Kek bersama aksesori



Ditambah dengan the mask of zorro. Belen masa besday tuan blog hari tu



Ni la besday boy nya. Si boy kecik yang lorat membuat peace



Si boy kecik turut meniup lilin


Ye!!! Potong kek. Makan time!!!



Perasan tak si kecik tu pakai baju yang sama masa sambut besday saya hari tu. Budak ni dah kemaruk pakai baju boboiboy je. Pantang nampak, nak tu je. Kalau kotor pun nak pakai gak. Terpaksa lah sorok-sorok sikit kalau kotor.




Tapi di mana kah saya? Hahahha!!! Tuan blog adalah cekci mekci. Maleh la nak tukar baju. Mak pun ada masa ni. So tiada adegan ciomolot anak beranak pada hari tersebut. Hanya adegan suap menyuap sahaja.



Apa pun happy besday abang!!! Peluk cium dari sayang and Rayyan Adam. We luv so much n much n much!!! Muah muah muah!!! Ganda 23!!!

May 31, 2012

Suami - 31

Hari ini hari 31. Memandang kan hari 31 haribulan, makanya hari ini suami saya telah berusia 31 tahun. Beliau adalah tua 3 tahun dari saya. Maka nya juga hari ni beliau semakin tua.


Dan selamat hari jadi abang. Semoga abang dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa dan dilindungi Allah swt. Semoga juga abang menjadi semakin best dan best dan best sebagai suami sayang dan ayah kepada anak-anak kita insyallah.


Tahun ni punya hadiah of cos la sangat bermakna buat abang kan. Hari ni last day sayang kerja kat KL. Esok dah bermula episod baru cerita keluarga kita. Hope kita semua akan bahagia hingga hujung nyawa. Amin....


So, dengan rasminya sayang dah kerja kat Melaka, bermakna ini lah juga hadiah untuk hari jadi abang tahun ni. selamat duit aku tak payah beli hadiah lain.


HAPPY BIRTHDAY ABANG. Love from sayang and Rayyan Adam. Muah muah muah!!!



Apr 13, 2012

MaMa 28

Alkisah menyambut besday mama yang dah tua bangka ini. Huhuhu.


Ater anak pun baru sorang. Maka menyambut hanyalah bertiga sekadar suka-suka jek. Happy sangat-sangat sebab saya mahukan kebahagian sahaja sebagai hadiah setiap tahun.


Dan memotong kek la kita gamaknya dengan anak kecik. Bukan main tak menyabo lagi si kecik tu nak terjah krim kek. Adeh!!!


Dah tu seronok bukan main dapat pakai topeng the mask of zorro. Mama nya bukan tak nak pakai. Tapi kepala mama ni besar, makanya talinya asik la terputus. Sakan la dua beranak anak dengan bapak.


Red velvet. Sangat sedap sampai termimpi-mimpi. Order dengan Rini opismate. Siapa mahu order sila roger.



Sekarang si kecik ni sedang belajar buat peace. Tapi tak lepas-lepas. Tetap keluar 5 jari



Konfius. Nak buat peace ke. Nak senyum ke. Nak tiup benda alah tu



Dia bergaya dulu hokeyyyy!!!



Happy family. Hope kekal bahagia hingga hujung nyawa kami. Amin..



Potong kek kena la si dia yang potong. Kang sentap!!





I love u abang and bucuk mama



Budak ni kalau nak cium mesti nak ciomolot. Kadang-kadang orang luar yang naik malu tengok we allss ciomolot tau. Hehehhe



Ha yang ni pun mak bapaknya terpaksa la buat dia jadik penghadang dari ciomolot. Huhuhu. We alllss laki bini tak payah la nak tunjuk kat sini kan...




Alhamdulilah. Tq abang. Tq Rayyan Adam. Mama sayang kat kamu berdua sampai mati