LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 18, 2012

Dah Hafal 1-10

Oh pejam celik pejam celik tak lama lagi lebih kurang 10 hari je lagi si kecik ni nak masuk 3 tahun. So apa plan mama nya untuk besday dia. Huhuhu. Tak de la gempak sangat kot. Tapi adalah plan nya kalau tak de aral melintang. Kecik-kecik je. Tak buat kat rumah pun. Kita-kita je. Huhu...


Bujang mama ni pun dah pergi sekolah. Harus lah ada perkembangan di sekolah kan. Ala sekolah main-main je pun. Taska aka nursery aka sekolah makan aka child care gitu.


Apa yang membanggakan mak bapak dia ni of cos la sebab dia dah hafal 1 sampai 10 in English. Tapi!!!!! Jangan harap lah sesiapa nak dengar nombor-nombor ni keluar dari mulut dia kalau kita suruh. Memang tak de bukti la nak tunjuk kat orang. Memang dalam mulut dia ada emas!!!


Hanya mak bapak dia je yang boleh dengar and teacher kat school. Lain orang jangan harap hokey.


Nombor yang dia kenal pulak cuma certain nombor je. Nombor 1 in Malay memang dia kenal sangat-sangat sebab teacher ajar 1 Malaysia kat school. Then nombor 2 and 5 in English.


We all pun tak nak paksa-paksa sangat kalau dia tak nak belajar. Umur dia pun baru 3 tahun. Dia tahu sikit-sikit macam ni pun dah kira ok dah.


Dalam masa yang sama ada teknik nak jinakkan dia pandai and suka belajar. Contohnya kalau nak tidur tu sambil-sambil dia khayal, we all suami isteri akan puji cakap dia pandaiii... Puji kaw kaw tau masa ni. Ha masa ni la dia menghafal apa yang kita ajar. Kalau dia tak nak sebut, kita kata.... Adam tak pandai. Mama lagi pandai. So, masa ni dia tergugat. Budak ni jenis nak kena jet baru dia nak buat. Kena puji.. Cakap dia pandai.... Baru dia ada mood.





Ya... Saya tahu. Anak orang lain sebaya dia ada lagi pandai dari Rayyan Adam. Tak pergi sekolah pun dah pandai dah. Mak bapak je yang ajar. Tak payah guna cikgu. Tapi ni kan blog saya. Ada aku kisah nak bagi tahu anak aku pandai kira.







2 comments:

akma said...

kahkah last statement yang nak tergelak tu..

"Ada aku kisah nak bagi tahu anak aku pandai kira"

btw saya suka baca perkembangan kanak-kanak lain kat blog sebab anak saya pun lebih kurang sebaya je,,,,

Mamamya said...

hehee...sapa yg x bangga dgn anak sndri kan.. :)