LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label RAKAN. Show all posts
Showing posts with label RAKAN. Show all posts

Oct 2, 2012

Takziah Buat My BFF

Salam takziah buat my bff atas pemergian anakanda tercinta pagi tadi. Baru je terima perkhabaran dia ni. Baby dalam kandungan 7 bulan. Malam tadi baby dah tak bergerak. Pergi klinik, klinik kata jantung baby dah lemah


So, pagi tadi ke Hospital Serdang. Jumpa pakar, pakar kata kalau baby terus kan hidup pun, baby tak normal.


Tak pe lah Nor. Sedih memang i tumpang sedih. Masa u call i pun i nak menitis air mata. Kita kawan baik. Susah senang dulu sama-sama. Kalau i kerja kat KL lagi dulu masti i pergi tengok u sekarang jugak.


Anak u akan tunggu u kat sana nanti. U dah ada jaminan di sana.


Apa pun u pun bersalin normal. Jaga diri elok-elok. Pantang betul-betul. Next time kalau ada rezeki jaga elok-elok ye. Yang penting u jaga kesihatan u sekarang. Take care ye sayang....


Mar 20, 2012

Nur Rania & Nur Damia

2 tahun lepas up cerita pasal anak sulung nya. Ha ni cerita baby kedua dan ketiga puloks. Laju je kau Niza eh.


Cerita cerita hal baby lagi. Very the exited sebab opismate bersalin twin u alls


Punyalah teruja bila dapat tahu Niza preggy kembar. Saban bulan asik lah dok usap perut Niza. Nak-nak bila dapat tahu baby ni girl. Lagi la orang-orang yang tak berkenaan macam saya ni tumpang berangan nak pakai kan anak baju sama siap reben-reben.



Moga-moga aunty pun boleh dapat baby comel macam kamu-kamu ni. Verangan je lebih aunty ni. Ye la. Aunty pun nak jugak baby kembar




Nur Rania & Nur Damia




Mommies yang baru ada sowang anak bujang. Kepingin mahu anak gegel puloks




Dah tak ingat dah mana satu kakak mana satu adik. Siapa kakak and siapa adik

Mar 15, 2012

Adeeb Ukashah

Presenting... Adeeb Ukashah (tak tahu betul ke tak eja nya ni)





Alhamdulilah Suzie and her baby selamat dan sihat. Suzie bersalin oprate. Tapi masuk hari ke 5 kot baby kena masuk wad sebab kuning. Sian Suzie berusaha nak bagi baby dia susu. Nak berurut tak boleh pulak sebab oprate. Last-last urut tetek je sebab nak bagi susu keluar.


Baby Adeeb ni kuat menyusu. Tak pe ye sayang... Ibu usaha  untuk kamu.


Orang hitam dikelilingi  manusia putih


Ibu and Adeeb



Rayyan Adam very the jeles masa mama dukung Adeeb. Asyik la dia yang nak duduk kat riba kita. Tapi Rayyan Adam penyayang tau. Bila kita suruh kiss, dia ok je. Cuma tu la. Tak boleh orang lain duduk kat riba mama dia.


Special gift for Adeeb


Dan anak sendiri harus lah menjadi model hadiah. Huhuhuhu


Now Suzie dah balik Kelantan kot. Ikut plan dia pantang kat Melaka sebab husband dia kerja kat Melaka. Tapi dah orang tua suruh jugak balik kampung dengan alasan senang nak jaga. Nak tak nak ikut la jugak.


Apa pun tahniah buat Suzie dan Joe atas kelahiran Adeeb Ukashah (sedap kan nama ni)

Jul 18, 2011

Tahniah Suzie

Bulan lepas kan saya pergi Kelantan sorang-sorang sebab my BFF kawen. Semalam saja je pergi rumah dia. Eh laki dia kerja Melaka, tu yang boleh pergi tu. Nanti-nanti lah cerita pasal laki dia kerja Melaka. Panjang Cerita nya. Ada ke orang nak tahu?



Duduk-duduk, borak-borak, gosip-gosip terus dia buka cerita. Hahahhaa. 



Suzie : Wei, aku dah cek dah pagi tadi
Saya : Ha macam mana? Positif ke? ( Masa ni saya memang terlebih exited)
Suzie : Haah. Ada 2 line. 
Saya : Wah. Tembakan tepat kena sasaran. Hahaha. Nasib baik aku ajar kau hari tu. Huhuhuhu. ( Serius memang seronok lah bersembang masa ni)



Actly, bukan Suzie je yang tanya itu ini. Tapi husband dia pun ok je tanya tips itu, tips ini. Ye lah. Anak sulung. Bunting pelamin kata. Nak-nak Suzie pun PJJ macam saya. Suzie cikgu kat Perak. Husband dia, Penolong Pengurus Felda kampung laki aku. Ha kan dah tercerita pasal laki dia kerja kat Melaka.



Ni, dalam kepala otak memang dah berlegar-legar nak kasik hadiah apa kat baby. Macam aku pulak ye yang mengandung.

Jun 10, 2011

Nasi Lemak Kulit Karipap

Entry ni khas ditujukan buat opismate AkuSeorangAjakGay yang berjaya mengaktifkan semula blog nya yang dah lama tertunda





Ajak ialah seorang pemakan yang pelik bin ajaib. Ada ke makan nasi lemak berlauk kan kulit karipap. Orang Johor kata epok-epok. Sekali lagi ye puan-puan. Berlauk kan kulit karipap. Kalau dah nama nya kulit, maka kulit lah kan. So, isi nya ialah kentang hanya perhiasan semata-mata. Tiap-tiap pagi inilah santapan beliau.




Siapa-siapa yang berminat boleh lah follow blog beliau sebab beliau ketandusan follower. Jeles kot tengok blog saya. Hahahhahaha!!!!

Jun 7, 2011

Gi Nikoh Suzie Sore-Sore Dekak Pasir Mas, Kelate

Kawe baru kelik dari Kelate. Lidah kawe asik nak kechek kelate jah.  Tak leh nak kechek luar. Huhuhuu. Hari Ahad baru ni gi nikoh saing kak Pasir Mas. Kawe gi sore-sore. Naik flite  ke KB hari Ahad, balik KL hari Isnin.





Ok dah penat taip ikut lorat Kelantan. Karang salah tafsir, maroh pulok ore Kelate.




Ex-housemate cum my BFF kat KUSTEM dulu kawen. Kali ni memang saya plan nak pergi secara ringkas. Lagi pun dah lama sangat tak jumpa saing baik kat sana.





So, merancang lah saya. Plan asal nak naikk bas. Tapi memikirkan dah lama tak naik bas, takut penat pulak. Then, seterusnya mencuba-cuba mahu naik keretapi. Nak tempah yang ada katil lah kononnya. So, dapat lah tidur dengan tenang sepanjang perjalanan.




Tapi, masih ada perasaan takut sebab dah lama tak berjalan jauh seorang diri. Try jugak contect kawan-kawan yang lain kat area KL kot-kot lah nak join sekali. Tapi memandangkan majlis berkenaan berlaku pada hari Isnin, maka semua jawapan mereka, 'tak tahu lagi boleh dapat cuti ke tak'.




So, dengan selambanya saya buat keputusan naik flite sajo. Perjalanan pun sejam jek lebih kurang. Plan asal nak balik hari je. Tapi, takut tak puas jumpa kawan-kawan kan. So, pergi hari Ahad, balik hari Isnin.





Mesti tertanya-tanya kan. Kenapa suami tak ikut? Kenapa tak bawak Rayyan Adam? Kenapa mak pun tak ikut?




Hmmm.. Kan dah kata, trip ni trip yang ringkas. Suami pun kerja. Mak pun sibuk dengan cucu-cucu yang lain. Ye lah sekarang ni cuti sekolah. Karang ada pulak mulut-mulut berbau kata saya saja je nak enjoy sorang-sorang. Huhuhuhu.




Gambar next entry la. Lagi pun ada banyak lagi benda nak cerita

Apr 26, 2011

Laddu


Ini adalah laddu. 1st time makan masa kuar minum-minum dengan kawan suami hari tu. Ni dah lama dah. Cuma lambat update. Masa tu orang India sambut tahun baru tak silap. So, kebetulan lepak-lepak, kawan suami nama nya Siva kasik kitorg makan benda alah ni.




Serius jakun. Nak makan pun cium-cium bau nya. Memang buruk perangai. Dan juga jakun. Saya tanya buat nya pakai apa. Then Siva kata, dari badam and banyak pakai gula. Ok lah kan. Try. Tapi memang tak boleh belah. Otak tak mengizinkan. Eh tapi bukan sebab itu makanan India sebab saya tak nak makan tau. Tapi sebab benda baru. Dan tak pernah makan seumur hayat ni. Jadi, hanya cuit-cuit je bagi menyedapkan hati Siva. Hehehe... Sory Siva.




Mula-mula Siva kata makan nya kena ngap semua. Hahahaha!!! Masalah nya macam mana nak ngap. Nak makan pun takut. Lain kali lah eh Deepavali I makan nasi beriani kambing rumah U ok. Hehehehe...

Apr 19, 2011

Sebuah Perjuangan Ibu Ketika Melahirkan Benih Cinta

Terpanggil untuk menulis tentang sebuah pengorbanan ibu ketika melahirkan zuriat permata hati sebuah cinta. Semalam mendengar perkhabaran seorang teman tentang kehilangan isteri ketika melahirkan zuriat sulung mereka. Sangat terkejut. Air mata tiba-tiba mengalir. Hati saya sangat sensitif tentang banyak perkara. Lagi-lagi yang melibatkan perjuangan seorang ibu untuk kehidupan anaknya.




Kehadiran permata sulung pasti dinantikan semua pasangan. Saat ini pasti kita terasa kehidupan kita akan bertambah bahagia. Saat mendengar tangisan si kecil. Hanya para ibu yang pernah melaluinya sahaja yang tahu betapa nikmat ini adalah nikmat yang tak terhingga.




Sebelum ni saya hanya mendengar cerita-cerita di tv sahaja tentang ibu yang tewas ketika melahirkan. Namun, inilah kehidupan. Tak sangka ianya terjadi di kalangan orang terdekat kita. 



Bila mengenangkan baby yang tidak berpeluang menatap wajah ibunya. Tidak berpeluang merasa tiap titisan susu ibunya. Makin sayu hati saya. Sayu sesayunya. Bagaimana ayahnya akan teruskan hidup menjadi ayah dan sekali gus menjadi ibu kepada baby tu.




Betapa kita pasti berjuang apa saja demi memberi sebuah kehidupan baru. Meletakkan kehidupan bayi kita di tempat yang teratas. Bertarung demi sebuah nyawa. Nyawa yang tercipata dari sebuah percintaan. Penyatuan dua jiwa.



Saat ini, ketika ini saya juga masih terasa akan kesakitan bersalin. Tentang perjuangan melahirkan. Tentang menyelamatkan benih cinta saya. Dan kesannya masih terasa lagi hingga kini.




Sesungguhnya syurga la tempat mu wahai teman yang pernah ku kenal walau sedetik. Kau antara insan terpilih. Syahid pasti untukmu. Itu janji Tuhan pada mu. Tenang lah kau di sana. Semoga suami mu tabah menghadapi kehilanganmu. Semoga dia juga tabah dan kuat memperjuangkan nasib anakmu.



p/s : Mama rindu anak mama Rayyan Adam. Mama sayang anak mama dunia akhirat. :(((

Apr 5, 2011

My Besday Celebration With The Ladies

Ladies-ladies kat ofis saya ada acara bulanan untuk tahun 2011 ni. Start dari Januari kitorg sambut besday yang berkenaan. Tukar-tukar hadiah. Setiap orang kena bawak hadiah. Hapening sangat. So, Mac ni turn saya pulak. Kitorg akan buat hanya pada hari Jumaat. Lunch lama. 2 jam. Tempat pulak kena vote. Tema yang saya pilih ialah peach. Sama dengan tema perkahwinan saya.




Tiada kata seindah memori yang tercipta. Sangat seronok dengan kenangan yang satu ini. Saya rasa best sangat dengan ofismate saya. So, biar je la gambar-gambar di bawah berbicara, bercerita. Sangat indah. Thank you so much u allssss. Luv u!!!!