LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 8, 2011

Wedding Suzie & Joe




Ni gambar-gambar masa wedding Suzie kat Kelantan.


Masa ni baru sampai kat air port Pengkalan Chepa. Tengah tunggu Shidah datang amik



Majlis berlangsung hari Isnin. So, bertolak dari KL hari Ahad. Dah plan siap-siap tumpang tidur rumah Shidah yang pakai baju biru tu. Nor pun join tidur rumah Shidah walaupun rumah dia kat Jeli je. Rumah Shidah ni kat Melor kalau tak silap






Sebelum gerak ke Pasir Mas, singgah kat supermarket entah apa entah namanya. Nor nak cari hadiah. Saya cadangkan beli baju tidur dengan boxer je habis cerita. Nak beli benda lain macam tak sempat nak balut bagai. Lepas tu cari lah paper bag yang cantik-cantik. Habis cerita. Hadiah dari saya, dah siap-siap beli masa kat Langkawi hari tu




On the way ke Pasir Mas, Nor yang drive



Jalan kat Kelantan boleh tahan jem. Adeh. Panas mak datuk. Dah la kereta Nor tak de air cond. Cair mekap mak nok




Ni la pengantinnya, Suzie



Masa kitorg sampai dalam pukul 12 lebih. Terkejut tengok Suzie belum mekap lagi. Nampak tak dia masih pakai tudung pink lagi tu. Gila lah mak andam datang lambat. Nak bersanding pukul 2. Mak andam kata, jalan jem. Memang pun




Nor ni adalah room mate serta house mate sepanjang kat KUSTEM dulu. Banyak sangat cerita antara kami. Kenangan suka duka. Gaduh. Ya Allah, rindunya saya saat itu. Dia lah yang ajar saya cakap Kelate. Orang lain bukan main nak cakap luar. Dia suka bantai gelak kalau ada kawan-kawan Kelantan lain cakap luar dengan saya. Masa jumpa ni kitorg dok ingat balik masa mula-mula saya nak cuba belajar cakap Kelantan. Asyik kena kutuk je dulu sebab tak faham.



Ni anak sedara Suzie. Nama dia Umairah. Saya suka lah budak ni. Hitam manis. Eh suka sangat lah. Macam ada sesuatu je. Tengok muka dia pun macam saya kan. Hahaha. Budak ni hitam manis. Agaknya, kalau saya ada anak perempuan, mesti hitam manis macam ni kan. Ye lah. Rayyan Adam dah ter'putih'. Mana lah tahu adiknya nanti ter'hitam'.



Dalam pukul 4 dah bergegas nak ke air port dengan kadar segera. Takut jalan jem. Pun Shidah yang hantar. Nor terus balik Jeli. Masa ni flite pukul 7.30



Sementara tunggu flite, dah tak kerja, amik lah gambar sendiri. Masa nak scan bag, ada steward tegur, tupe tanyo, cik ni pregnant ko? Eh? Saya pun jawab, tak lah. Lepas tu dua-dua sengih. Aagaknya kan, baju yang saya pakai tu macam orang mengandung kot. Dengan perut dah makin membuncit ni. Hmmm bila nak slim ni.










Tujuan ke Kelantan ni adalah untuk ke majlis Suzie semata-mata. Tiada niat lain sama ada bershopping mahu pun seangkatan dengannya. Pada hal duit tak de. Hahahaha. Shidah ada cakap jugak, kalau sempat kita pergi ke Rantau Panjang. Adeh. Memang tak sempat. Tak pe. Saya pun tak ralat sangat. Setakat Kelantan, lain kali pun memang boleh pergi lagi. Ramai je kawan-kawan lain yang belum kawen. Nanti diorg kawen, boleh plan lagi.







Nway, selamat Pengantin baru buat Suzie dan Joe. Nikoh jugak mu denge Joe. Dulu masa kat KUSTEM baloh sokmo. Aku kena gewe mu. Mu kena gewe aku. Nasib kita nikoh denge gewe masing-masing. Tak dok tuka-tuka ore. Huhuhuhu.

4 comments:

Nazz@Purple said...

adik naz pun gi kelantan knduri kwn dia..pengantin lelaki smpai kul 5 ptg..adoi..sebab jln jem teruk katanya..

Unknown said...

nazz : hish lambatnya. kawan akak ni, pengantin lelaki sampai pukul 3.30. mmg lambat gila

No Lan said...

klate memey jeng sokmo..nok2 taing cuti2 nim key..nok g mano2 kene bowok muto baru sedak jalley..tp hok besa keno duk dumoh jah la sbb dop muat hehe..

abang kakNo ore pengalan chepa..dekat sangat la ngan airport tu..tahun 2012 br dapat balik klate..rinduuuuu nyeee..

Unknown said...

kakNo : lama nya baru leh balik kampung. jalan kat kelate maybe jem sokmo sbb jale kecik kot