LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label TAKZIAH. Show all posts
Showing posts with label TAKZIAH. Show all posts

Mar 5, 2013

Pray For Sabah & Malaysia

Sebagai seorang ibu extra ibu mengandung, saya harap doa saya dimakbulkan Allah. Semoga percerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan aman dan selamatkan lah semua pegawai, orang ramai, orang kampung dll yang berhabisan mempertahankan hak tanah tumpah darah bumi bertuah Malaysia. 
 
Satukan lah rakyat Malaysia. Hentikan la tuduh menuduh, saman menyaman, tulis yang tak sepatutnya. Dengan iringan doa dan Al-Fatihah buat pewira negara yang telah gugur. Semoga keluarga mereka tabah. Air mata saya pun tumpah, apatah lagi mereka....
 
Ye.. Saya hanya manusia biasa yang bisa tersentuh mengenangkan perjuangan wira-wira negara ini....
 
Darah saya memang tiada kaitan dengan darah pahlawan. Darah saya memang tiada kena mengena dengan mereka yang sedang berjuang. Tapi mereka semua sedang berjuang untuk menyelamatkan negara saya yang tercinta.
 
Saya sayang Malaysia...

Feb 8, 2013

Kapal Terbang Terhempas Di Cheng Melaka



MELAKA 7 Feb. - Seorang pelatih juruterbang Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) yang berpangkalan di Batu Berendam nyaris maut apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28 yang dikendalikan ketika melakukan latihan penerbangan terhempas di tebing berhampiran Kondominium Cheng Heights di Cheng di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 11.58 pagi mengakibatkan P. Davenessrao, 20, mengalami kecederaan ringan di kepala dan tengkuk dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Insiden berkenaan menggemparkan penduduk di kondominium tersebut yang bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana pesawat itu terhempas kira-kira 30 meter dari kediaman mereka.


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA


Actly terkejut baca berita ni semalam kat FB. Ingat kan berita palsu or khabar angin je. Tunggu jugak la sotkhabar and berita kat tv sah kan.


Saya take serius sebab nya, kawasan taman perumahan saya adalah tempat laluan pesawat ringan ni hari-hari buat latihan.


Tapi saya bukan lah duduk kat Cheng. Cuma memang tiap-tiap pagi/petang/siang/malam ada je kapal terbang yang lalu.


Bukan setakat di kawasan perumahan saya je, tapi memang kawasan-kawasan sekitar sini menjadi laluan latihan penerbangan mereka. 


Lagi pun, rumah saya tak lah jauh sangat dengan airport Batu Berendam tu. Sebelum pindah sini lagi lah saya memang duduk kat Taman Merdeka yang memang terang-terang sebelah je dengan airport Batu Berendam.


Nak-nak kan... Rayyan Adam ni kan jenis manusia yang fanatik dengan kapal terbang. Bila nampak kapal terbang berlegar-legar, dia punya terkinja-kinja, terjerit-jerit aeroplane!!! aeroplane!!!! 


Kalau malam lagi takjub dengan penglihatan dia. Sekecik-kecik cahaya kat atas langit tu dia boleh nampak tau. Memang mata dia sangat sihat.


Apa pun takziah kepada mangsa yang terlibat. Semoga kita semua dijauhkan dengan mala petaka yang macam ni. Kemalangan di mana-mana saja boleh berlaku. Benda semua nak buat sebab. Cuma kalau boleh elak, kita elak. (takut wei, kepala otak fikir, kalau lah terhempas kat rumah aku macam mana!!)


Kepada yang bertanggungjawab, tingkatkan keselamatan anda. Bukan setakat kepada juruterbang sahaja, tapi kepada penduduk setempat terutama orang awam yang berdekatan.


Semoga semuanya baik-baik saja.


Tengah taip entry ni pun dengar kat atas langit ada kapal terbang lalu      

Feb 6, 2013

Takdir Perpisahan

Mendapat perkhabaran kenalan suami telah menemui ajal dalam usia begitu muda akibat kemalangan.


Walaupun mereka suami isteri kawan suami saya. Tapi saya ada jugak beberapa kali bertemu mereka. 


Baru sahaja mendirikan rumah tangga tahun lepas. Isteri sedang sarat mengandung anak sulung 6 bulan.


Sungguh saya turut tumpang kesedihan yang ditanggung oleh isteri tercinta. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu si isteri yang memikul.


Bertahun-tahun mereka bercinta. Kali pertama saya bertemu mereka berdua 7 tahun yang lepas. Baru tahun lepas mendirikan rumah tangga. Sekelip mata sahaja Tuhan kejutkan dengan takdir yang begini.


Perit. Pedih dengan tulisan takdir Tuhan. Apakan daya, kita semua hanya manusia biasa yang tak mampu menahan apa jua janji Tuhan.


Semoga anak yang dikandung sihat hendaknya. Bertabah la sayang walaupun telah ditakdirkan kamu menjadi yatim sebelum sempat merasa sentuhan kasih seorang bapa.


Lepas dapat tahu berita tu, malam tu terus peluk cium suami tercinta. Takut sangat kehilangan suami di saat anak masih dalam kandungan, di saat anak-anak masih kecil, di saat anak masih perlukan belaian seorang ayah....


Sayang sayang abang sangat-sangat. Janji jangan tinggal kan sayang dan anak-anak.....       

Nov 5, 2012

Kemalangan Dan Kembali Ke Pangkuan-Nya

Pagi Jumaat tanggal 2 November 2012 seperti biasa selepas menghantar Rayyan Adam ke sekolah, saya di rumah mengemas apa yang patut.


Dalam pukul 9 pagi mendapat panggilan dari akak ipar. Dia tanya ada dapat apa-apa panggilan tak. Saya bingung dan hanya tertawa. Mana ada apa saya kata.


Dia pun mengkhabarkan berita kurang baik dari kampung. Pakcik saya, adik mak meninggal akibat kemalangan jalan raya. 


Ya Allah terkedu!!!


Terfikirkan mak yang tengah minum pagi. Tak tahu macam mana saya nak sampaikan berita sedih ni kepada mak.


Lantas, saya suruh mak bersiap. Saya berbohong mengatakan saya ada hal yang perlu diselesaikan di luar. Mak tanpa ragu-ragu bersiap. Selalunya mak memang macam tu. Dia akan lekas bersiap kalau saya ada hal di luar.


Sambil mak mandi saya mengemas kain baju. Mengemas secara sorok-sorok. Dalam pada tu hp mak saya pegang. Saya takut ada orang lain call mak menyatakan berita buruk tu ke telinga mak.


Pada saat ini, apa yang menakutkan ialah kesihatan mak. Saya memang sedih dengan berita kehilangan ni kerana segalanya seperti mimpi.


Tiba-tiba abang saya call menyatakan yang dia nak bagi tahu mak sendiri tentang perkara ni. Saya pun menarik nafas lega kerana saya terlepas beban. Rupanya abang saya hanya bagi tahu mak yang pakcik saya kemalangan. Tidak dibagi tahu keadaan sebenar.


Mak pun pelik kenapa saya masukkan 1 beg pakaian besar ke dalam kereta. Tiba-tiba mak menangis. Sekejap. Mak tanya. Cik Yep (arwah) teruk ke. Saya hanya membatukan diri. Terus mengemas apa yang perlu sambil menunggu suami balik. Emergency Leave.


Sepanjang perjalanan ke Johor, mak tenang. Cool. Dalam pada tu suami menasihatkan saya supaya berterus terang. Tapi saya tak kuat. Saya sedih. Saya sedaya menahan air mata. Cuba bertabah.


Sampai je kami terus ke rumah arwah. Mak terus syak. Dan... Mak meraung sebab orang dah ramai di situ. 


Mak tanya, apa yang dah jadi??? Kenapa orang dah ramai kat sini????


Saya terus diam dan hanya mengalirkan air mata. Saya tak sanggup untuk berkata lagi.


Adik mak yang sorang lagi dan beberapa orang sedara mara memujuk mak yang masih di dalam kereta. Cuba menenangkan mak. Mak pesakit strok. Semua orang sayang mak untuk tidak membagi tahu cerita sebenar.


Syukur. Mak memang dari dulu tiada masalah jantung. Jadi mak dapat menerima hakikat sebenar yang dia baru sahaja kehilangan adik nya.


Sedih sangat mengenangkan Cik Yati (isteri arwah) untuk menerima hakikat yang kekuatan nya telah pergi sekelip mata. Anak yang paling kecil, 9 tahun seperti tidak mengerti apa yang terjadi lagi. Main basikal dengan kawan-kawan seperti biasa. Anak yang sulung, 25 tahun pun baru je lepas belajar. Apa pun kehidupan memang perlu diteruskan.


Mak cakap, dah takdir nya macam ni. Muda ke, tua ke, tetap akan mati. Mak pernah merasa kehilangan suami dan anak. Mak tahu betapa gelapnya dunia melihat orang yang kita sayang pergi buat selamanya.


Di saat ini saya masih lagi berada di kampung. Suami perlu balik Melaka kerana kerja. 


Apa pun semoga Arwahyarham Ahmad Bin Ibrahim ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah di sana. Semoga segala amalannya yang baik di dunia ini diterima dan diberkati.


Sedikit keratan akhbar tentang berita kemalangan tersebut yang mengakibatkan pemergian arwah Cik Yep.

Oct 2, 2012

Takziah Buat My BFF

Salam takziah buat my bff atas pemergian anakanda tercinta pagi tadi. Baru je terima perkhabaran dia ni. Baby dalam kandungan 7 bulan. Malam tadi baby dah tak bergerak. Pergi klinik, klinik kata jantung baby dah lemah


So, pagi tadi ke Hospital Serdang. Jumpa pakar, pakar kata kalau baby terus kan hidup pun, baby tak normal.


Tak pe lah Nor. Sedih memang i tumpang sedih. Masa u call i pun i nak menitis air mata. Kita kawan baik. Susah senang dulu sama-sama. Kalau i kerja kat KL lagi dulu masti i pergi tengok u sekarang jugak.


Anak u akan tunggu u kat sana nanti. U dah ada jaminan di sana.


Apa pun u pun bersalin normal. Jaga diri elok-elok. Pantang betul-betul. Next time kalau ada rezeki jaga elok-elok ye. Yang penting u jaga kesihatan u sekarang. Take care ye sayang....


Sep 6, 2011

Al-Fatihah Buat Mereka

Alhamdulilah raya kali ni masih berkesempatan menziarah pusara 2 orang lelaki yang menjadi kesayangan kami sekeluarga. 


Masa sampai kubur, saya cakap kat Rayyan Adam, kita nak jumpa atuk ni. Then, pandai pulak dia sebut, tukkk. Ya Allah sayu nya hati


Sambil tu Rayyan Adam amik bijik getah yang ada kat sekitar kubur tu, letak kat atas pusara abah.


Dalam hati saya berkata, abah, ni orang bawak anak orang. Adam jumpa abah ni


Suami pulak amik pokok apa entah. Dia cakap, mesti tumbuh kalau tanam pokok ni. Insyallah





Lepas tu, terus pergi sebelah sana ke kubur Abang Ngah pulak. 


Sama jugak saya berkata dalam hati. Abang Ngah, orang bawak Adam datang jumpa Abang Ngah ni



Al Fatihah buat kedua-dua nya almarhum abah dan almarhum Abang Ngah. Semoga kedua-duanya diampunkan segala dosa di dunia dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Mar 15, 2011

Kalau Dah Ajal

Pagi tadi nak pergi kerja, suami call. Dia kata anak sedara jiran meninggal. Meninggal sebab excident. Memang nak agak dah. So, saya pun dok mengingat yang mana satu orang nya.




Ooooo.. ha baru teringat, budak yang selalu main motor depan rumah ni ha. Biasa time cuti sekolah dia memang ada datang rumah makcik dia kat sini pun. Abang dia memang duduk sini pun. Tu yang kenal tu.




Suami kata malam tadi elok je dia dengan geng-geng dia berkumpul dengan motor. Tup-tup pagi ni dengar dah meninggal. Maybe dalam pukul 2 pagi kot macam tu meninggalnya.




Yang nak diceritakannya, geng-geng diorg ni memang selalu main motor depan rumah saya. Dia punya memekak masayallah!!! Geram lah dibuatnya. Pendek kata kalau Rayyan Adam nak tidur, masa tu memang baran saya sampai. Selalu jugak saya sound. Budak-budak macam ni, memang jenis tak reti bahasa pun.




Saya cakap kat suami, agaknya ramai sangat kot orang menyumpah. Termasuk saya. Tapi saya menyumpah time Rayyan Adam nak tidur then diorg memekak dengan motor-motor tu. Geram lah. Anak nak tidur tapi orang buat bising macam lah depan rumah dia. Ni depan rumah kita.





Tapi apa nak kata. Kalau dah ajal ye tak. Apa pun takziah buat keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Tuhan. Amin. Kepada semua mat-mat pet, sila lah berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Even korg dah ada lesen pun, jangan nak tunjuk hero. Kesian kat mak bapak korang. Sedih meratap mayat korang di bahu jalan.

Apr 28, 2010

Nangis Tengok Jangan Tidur Lagi

Ni baru lepas melalak tengok Jangan Tidur Lagi malam ni punya episod. Dia tunjuk masa diorg invite arwah Achik Spin. First-first tunjuk masa hari arwah nak dikebumikan. Everything okey, sampai lah ada part yang anak dia nangis-nangis cakap nak ikut ayah dia. Waaaaaaaaaaaa.....Air mata dah macam air terjun siap ada hingus.


Okey, saya akui saya punya hati tak kering. Apa-apa cerita kat tv kalau ada yang sedih memang emo sampai boleh bawa emo orang lain join menangis.


Masa tengah tengok tadi, suami pulak call. Dia tanya lah kenapa nangis ni. Saya jawab tengok pasal arwah Achik Spin. Dia siap bantai gelak kat tempat kerja. Saya makin kuat nangis. Ha amik ko...Sedih wei


Sambung balik kenapa sedih. Sedih sebab terbayangkan anak-anaknya yang kecik lagi. Kalau bujang tak pe lagi. Tak de komitmen. Kurang orang yang disayangi.


Okey lah. Nak sambung nangis

Apr 17, 2010

Takziah :Achik Spin Meningal Dunia






Salam takziah buat keluarga Achik Spin. Dikatakan beliau meninggal akibat kemalangan di highway Lekas. Highway ni kira baru buka jugak lah. Last month masa saya pergi Putrajaya saya dan suami memang ada lalu highway ni sebab kami nak singgah di Seremban. Honestly saya taku lalu highway ni. Ye lah, ni kan jalan baru buka. Masih sunyi lagi. Ikutkan memang lah tak jem sebab masih kurang kereta dan highway ni lebih ke arah orang-orang yang nak pergi Negeri Sembilan


Keadaan jalan masa saya lalu, agak sunyi. Kabus pun banyak sebab kawasannya berbukit. Dah namanya berbukit kan, seriau jugak lah tengok bawah. Kiranya ketinggian jalan adalah lebih tinggi dari pokok-pokok yang ada. Tapi, perjalanan semakin dekat lah kalau sesiapa dari KL nak ke Seremban


Berbalik kepada arwah Achik. Ya lah, apa nak dikata. Semuanya sudah suratan takdir. Masih muda dan pastinya anaknya masih lagi memerlukan kasih sayang seorang ayah. Semoga isteri dan keluarganya tabah menghadapi dugaan Tuhan ini

Apr 5, 2010

Takziah : Keluarga Pak Uda

 
Plan pagi sabtu pergi majlis kahwin Fakurzan kat Air Hitam dalam pukul 11. So, bila pergi awal boleh lah gerak awal ke Melaka. Lagi pun tak nak jalan tengah hari sangat sebab panas. Rayyan Adam masih belum sihat sangat lagi. Disebabkan pengantin ialah pengantin lelaki, maka saya tak sempat berjumpa dengan pengantin. Pengantin dah pergi tempat bersanggah. Kawan-kawan yang lain pun  tak sempat jumpa. Ralat jugak lah.
 
 
 
 
Sampai dekat Pagoh berhenti rehat kejap sebab mata dah tak boleh blah. Baru je nak tarik hand break, mak dapat call dari sepupu saya. Berita yang tak jangka. Mak dapat berita Pak Uda abang mak, meninggal dunia secara mengejut. Yup. Memang terkejut. Okey mak cool je. Sebab apa. Sebab mak dah banyak kali hadap kematian orang-orang yang disayanginya iaitu arwah abah dan arwah abang ngah.
 
 
 
 
Saya lagi cool masa tu. Saya terus call Cik Yah, adik mak nak conform kan berita ni. Cik Yah pun belum tahu lagi sebab suara dia masih ceria lagi. Dia kata dia nak call anak Pak Uda dulu baru dia call saya balik. Sementara tu saya call lah adik beradik saya yang lain. Then, Cik Yah call semula kata memang betul pun sambil suara dah menangis sedih.
 
 
 
 
Hmmm nak buat macam mana kan, dah nak sampai Melaka pun saya ni. Nak tak nak patah balik lah ke Air Hitam. Nak patah balik tu kena keluar dekat Tangkak. Serius masa tu saya penat gila. Tapi saya kena cool sebab mak. Kalau saya tak cool maka mak pun tak tentu arah nanti. Masa tu saya marah dengan diri sendiri. Tak tahu marah kenapa. Mayb sebab saya penat. Letih. Lepas tu dengar kejadian sedih.
 
 
 
Hari sabtu tu cuaca sangat takut tau. Hujan serta ribut. Angin kencang lagi. Saya drive dengan nada yang risau. Kejap-kejap saya tengok belakang. Tengok mak dan Rayyan Adam. Sepanjang jalan mengucap tak putus. Fikiran takut jugak kalau-kalau ada pokok tumbang. Alhamdulilah akhirnya sampai jugak saya dekat rumah Pak Uda.



Pak Uda meninggal sebab nak betulkan elektrik, panjat kerusi walaupun sebenarnya keadaan arwah dah uzur. Tapi degil nak buat sendiri. Then, mayb ada kejutan elektrik tapi mungkin kejutan tu sikit je. Yang punca utama ialah arwah terperanjat dan terus terjatuh pengsan. Pak Jang saya yang memang rumah nya dekat-dekat situ hantar ke Klinik Kesihatan dan sebenarnya dalam perjalanan tu arwah dah pergi.



Petang sebelum kebumi, suami pun sampai. Tengok muka suami terus perasaan ni lega. Penat tu ada hilang sikit. Lepas lah jugak rindu seminggu ni tak jumpa. Malam tu saya terus migrain dan suami yang jaga Rayyan Adam sepanjang malam.