LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 5, 2010

Takziah : Keluarga Pak Uda

 
Plan pagi sabtu pergi majlis kahwin Fakurzan kat Air Hitam dalam pukul 11. So, bila pergi awal boleh lah gerak awal ke Melaka. Lagi pun tak nak jalan tengah hari sangat sebab panas. Rayyan Adam masih belum sihat sangat lagi. Disebabkan pengantin ialah pengantin lelaki, maka saya tak sempat berjumpa dengan pengantin. Pengantin dah pergi tempat bersanggah. Kawan-kawan yang lain pun  tak sempat jumpa. Ralat jugak lah.
 
 
 
 
Sampai dekat Pagoh berhenti rehat kejap sebab mata dah tak boleh blah. Baru je nak tarik hand break, mak dapat call dari sepupu saya. Berita yang tak jangka. Mak dapat berita Pak Uda abang mak, meninggal dunia secara mengejut. Yup. Memang terkejut. Okey mak cool je. Sebab apa. Sebab mak dah banyak kali hadap kematian orang-orang yang disayanginya iaitu arwah abah dan arwah abang ngah.
 
 
 
 
Saya lagi cool masa tu. Saya terus call Cik Yah, adik mak nak conform kan berita ni. Cik Yah pun belum tahu lagi sebab suara dia masih ceria lagi. Dia kata dia nak call anak Pak Uda dulu baru dia call saya balik. Sementara tu saya call lah adik beradik saya yang lain. Then, Cik Yah call semula kata memang betul pun sambil suara dah menangis sedih.
 
 
 
 
Hmmm nak buat macam mana kan, dah nak sampai Melaka pun saya ni. Nak tak nak patah balik lah ke Air Hitam. Nak patah balik tu kena keluar dekat Tangkak. Serius masa tu saya penat gila. Tapi saya kena cool sebab mak. Kalau saya tak cool maka mak pun tak tentu arah nanti. Masa tu saya marah dengan diri sendiri. Tak tahu marah kenapa. Mayb sebab saya penat. Letih. Lepas tu dengar kejadian sedih.
 
 
 
Hari sabtu tu cuaca sangat takut tau. Hujan serta ribut. Angin kencang lagi. Saya drive dengan nada yang risau. Kejap-kejap saya tengok belakang. Tengok mak dan Rayyan Adam. Sepanjang jalan mengucap tak putus. Fikiran takut jugak kalau-kalau ada pokok tumbang. Alhamdulilah akhirnya sampai jugak saya dekat rumah Pak Uda.



Pak Uda meninggal sebab nak betulkan elektrik, panjat kerusi walaupun sebenarnya keadaan arwah dah uzur. Tapi degil nak buat sendiri. Then, mayb ada kejutan elektrik tapi mungkin kejutan tu sikit je. Yang punca utama ialah arwah terperanjat dan terus terjatuh pengsan. Pak Jang saya yang memang rumah nya dekat-dekat situ hantar ke Klinik Kesihatan dan sebenarnya dalam perjalanan tu arwah dah pergi.



Petang sebelum kebumi, suami pun sampai. Tengok muka suami terus perasaan ni lega. Penat tu ada hilang sikit. Lepas lah jugak rindu seminggu ni tak jumpa. Malam tu saya terus migrain dan suami yang jaga Rayyan Adam sepanjang malam.

4 comments:

Noraide said...

al-fatihah untuk arwah Pak Uda..

~aSFaLiZa~ said...

noraide : kamu pun ada di sini

Noraide said...

aku selalu blog walking..thank follow blog aku yer :) dapatlah kita share2 ilmu nnt..

~aSFaLiZa~ said...

noraide : kongsi ilmu beranak la dgn aku