LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Feb 8, 2013

Kisah Percintaan Shila Amzah



Semua orang tahu bahawa bapa yang terlalu menyayangi anak perempuannya akan bekerja keras untuk mempertahankan siapa kah calon suami yang sesuai untuk anak perempuannya.


Walaupun sebaik-baik manusia lelaki yang kita berkawan tu, bapa yang terlampau memikirkan kebahagian puterinya akan sentiasa was-was.


Kat sini tak salah siapa pun. Memang sifat seorang bapa terhadap anak perempuannya begitu.


Dan sesungguhnya, saya antara anak gadis yang mendapat nasib yang sama seperti Shila Amzah suatu ketika dulu. Hanya kerana arwah abah terlalu memikirkan kepentingan/kebajikan/keselamatan anak gadis nya ini bilamana telah jatuh ke tangan lelaki lain.


Percaya lah...Itu lumrah lelaki bernama bapa.


Suami saya komen pasal kes Shila Amzah ni : Kalau abang jadi bf dia, abang ye kan aje apa bapak dia cakap. Esok dah sah. Dah dapat. Ha masa ni la suka hati la kan nak buat apa. 


Komen tak memberangsangkan langsung. Dia la jugak lelaki yang kena macam si Sharnaz ni dulu. Wakakakka!!! Kantoi sudey. :P


Jun 27, 2011

Tahniah Sepah


Pagi-pagi Isnin nak ucap tahniah kat Sepah. Huhuhu!! Mantop!!! Vangga i jadik orang Johor. Hahahha. Tetiba ek. Kang marah pulak orang negeri lain.



Ala gurau je kok. Mana-mana negerii pun sama kan?



Ok dah. Nak sambung gelak lagi. Haaa semput lagi....

Oct 6, 2010

With Siti Nurhaliza


Saja nak tepek gambar lama gila bangga dapat bergambar dengan diva kau... Masa ni Siti belum kahwin. Tengah buat persiapan nak buat konsert kat London. Kiranya masa ni dia baru berkenalan dengan Datuk K kot.



Siti buat konsert kat KUSTEM. Kiranya macam tertutup lah. Sanggup okey nak beli tiket dia walaupun sebenarnya tak de duit. Masa tu saya beli tiket paling cikai duduk kat belakang sekali pakai kerusi plastik. RM30. Mahal wooo rasa masa tu sebab kita bukan ada duit sangat. Nak minta mak tak sampai hati. Ye lah masa tu mak baru je jadi balu.



P/S : Muda remaja lagi tau muka aiii masa ni

Aug 18, 2010

Roslin Hashim Cerai Kali Kedua

Panas satu Malaysia dengar berita Roslin Hashim cerai kali kedua. Soal cerai berai ni macam biasa dengar je la kat mana-mana pun. Cuma yang jadi panas nya kes Roslin Hashim ni lain macam sikit. Masa perkahwinann yang pertama dulu cerai setelah 12 hari bernikah. Ni yang kali kedua pulak lebih kurang sebulan. Sampai kan kat Hot Chat kat Hot FM pagi tadi cerita pasal topik hubungan singkat.



Pelik tapi benar. Kalau dah Tuhan tu kata bukan jodoh, maka cerai lah kan. Pada pandangan mata kasar si Roslin ni macam ingat kahwin tu main-main pulak. Tahu lah banyak duit. Nak kahwin ramai yang sponser. So, kalau cerai pun tak ralat lah terasa duit banyak habis masa majlis berlangsung.



Kenapa tak cuba nak cari jalan penyelesaian kalau rasa hubungan tu tiada keserasian. Pergi jumpa kaunselor ke. Kan banyak duit. Ada je kaunselor nak bagi khidmat nasihat. Ustaz dengan ustazah pun ramai kat Malaysia ni



Hmmm tapi cerai-cerai masa bulan puasa ni macam tak best lah. Pendek kata hormatlah sikit bulan mulia ni. Apa nak kata.... Dah bukan jodoh. Nak buat macam mana.



Tak nak letak gambar Roslin Hashim sebab dia tak hensem. Huhuhu

Jul 27, 2010

With Uncle Hamid Ghurka

Ahad lepas pergi jemputan kahwin kawan suami. Saya tak kenal pun siapa pengantin. Masa nak amik nasi, tiba-tiba saya nampak macam pelakon Hamid Ghurka betul ke aku eja Ghurka ni. Saya cakap lah kat suami. Mula-mula dia tak percaya. Then, tunjuk mak. Mak kata betul.







Masa tengah makan saya cakap kat suami, nanti nak jugak amik gambar dengan Hamid Ghurka tu. Nak masuk kat blog. Hahaha. Tak kira lah malu ke tak orang tengok. Ye la. Kan orang ramai masa ni. Lepas tu kan, saya nampak jugak Jefrydin tau. Cuma masa nak amik gambar ni dia tengah makan. Macam tak best pulak






Ni antara kawan-kawan suami yang saya kenal. So, diorg pun amik kesempatan join bergambar sekali.

May 3, 2010

Konsert Double Trouble


Tak payah cerita banyak. Dah tahu dah konsert otai ni memang best. So ralat sebab tak dapat pergi. Ikutkan memang nak pergi. Tapi memikirkan saya perlu rehat di rumah, saya lupakan perkara terhebat ini. Hope, lepas ni ada peluang tengok diorg perform live sebelum diorg tak boleh perform lagi. Maklum lah...Umur ada semua dah meningkat. Jeles okey tengok ofismate pergi. Wah..Boleh gitu

Apr 28, 2010

Nangis Tengok Jangan Tidur Lagi

Ni baru lepas melalak tengok Jangan Tidur Lagi malam ni punya episod. Dia tunjuk masa diorg invite arwah Achik Spin. First-first tunjuk masa hari arwah nak dikebumikan. Everything okey, sampai lah ada part yang anak dia nangis-nangis cakap nak ikut ayah dia. Waaaaaaaaaaaa.....Air mata dah macam air terjun siap ada hingus.


Okey, saya akui saya punya hati tak kering. Apa-apa cerita kat tv kalau ada yang sedih memang emo sampai boleh bawa emo orang lain join menangis.


Masa tengah tengok tadi, suami pulak call. Dia tanya lah kenapa nangis ni. Saya jawab tengok pasal arwah Achik Spin. Dia siap bantai gelak kat tempat kerja. Saya makin kuat nangis. Ha amik ko...Sedih wei


Sambung balik kenapa sedih. Sedih sebab terbayangkan anak-anaknya yang kecik lagi. Kalau bujang tak pe lagi. Tak de komitmen. Kurang orang yang disayangi.


Okey lah. Nak sambung nangis

Apr 2, 2010

Takziah : Din Beramboi





Pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej dari suami kata yang Din Beramboi dah meninggal. Terus segar bijik mata dengar berita ni bangun tidur tadi. Mesej ni malam tadi punya. Tak sedar apa sebab dah tidur awal.




Kami suami isteri memang amatlah minat pada Din Beramboi. Saya sekarang kalau nak dengar radio ERA pun sebab nak dengar drama sebabak bersama Din. Now, tak tahu lah nak dengar lagi ke tak radio tu. lagi satu kalau cerita kat ASTRO yang berkait dengan beliau. Dekat WARNA rancangan Afdlin selalu je jemput Din Beramboi. Tak kisah pun ceritanya ulang-ulang. 




Pernah satu ketika saya terasa ingin menulis tentang beliau. Kerana saya memang minat Din Beramboi sejak dia jadi DJ dekat radio THR. Masa tu dia jadi shasha. Masa tu saya kecik lagi dan seingat saya dia tak lah segelemer sekarang. Cuma saya kata, hmmm nanti lah nak tulis. So now saya tulis tentang cerita sedihnya. 




Saya rasa dalam banyak-banyak rancangan hiburan dekat tv or radio, rancangan yang ada Din Beramboi lah yang boleh saya syer dengan suami. Lain-lain rancangan kami tak serasi. Kami berbeza minat. Bila ada Din baru lah kami boleh tengok sama-sama dengan tenang dan serasi




Kami sangat suka ketawa dengan lawak-lawaknya. Kadang-kadang tu lawak Din Beramboi akan kami bawa sampai ke bilik tidur. Bila ketawa akan hilang sekejap stress. 




Tapi dah ajal kan. Yang hidup tetap akan mati tak kira siapa pun di muka bumi ini. Takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.